KENAPA KAWAL HARGA BABI- MELAYU TAK MAKAN BABI- JADINYA INI PENJELASANNYA


 

KISAH ANWAR DIPENJARA KERANA MEMBELA PETANI BALING KERANA TERLALU MISKIN...LIWAT KENAPA DIBELASAH- KENAPA TIDAK DITUDUH RASUAH.


 

APA CER- KLASTER MAHKAMAH PN- SUDAH KENA PEGANG


 

APA YANG HANGPA NAK RISAU PASAI ANWAR DAN DAP.


 

TUUU DIAAA- PATUT NAK BUAT LANGKAH MACAM MACAM- RUPANYA DAH MULA TERDEDAH BANYAK PERKARA RUNDING TERUS. SELAIN KASA...NI PULAK APA BENDA LA WOIII.....

 

CEO disyaki dalang agih projek runding terus kerajaan PN RM92.5 bilion direman.




Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini dan direman lima hari bermula 6 hingga 10 Jan.

PETALING JAYA: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menjadi “orang tengah” dalam pengagihan projek kerajaan bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sepanjang 2020 hingga 2022.

Suspek lelaki berusia 42 tahun itu ditahan malam tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, CEO itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini dan direman lima hari bermula hari ini hingga 10 Jan.

Katanya, SPRM membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu yang dipercayai menjadi dalang atau orang tengah kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.

“Hampir 90% projek yang diberikan secara runding terus masih belum dilaksanakan kerana tiada pengeluaran surat setuju terima lagi.

“Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada siasatan terhadap baki 10% projek yang sedang berjalan membabitkan perkembangan projek antara 10% hingga 20%,” katanya.

Pada 9 Dis lalu, SPRM berkata fokus siasatan berhubung dakwaan salah guna dana Pakej Rangsangan Ekonomi ketika Covid-19 akan tertumpu kepada RM92.5 bilion, iaitu jumlah dibelanjakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

SPRM berkata, hanya RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan daripada peruntukan dianggarkan berjumlah RM530 bilion yang dibelanjakan pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.

Berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

Dalam pada itu, sumber berkata suspek yang ditahan dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dan “pihak atasan”.

Katanya, beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak 3 hingga 5% dan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik konon untuk tujuan pembiayaan politik.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.


Kapal peronda OPV mesti siap Mac ini, kata Saifuddin

 

Kerajaan menyuntik pinjaman berjumlah RM152.6 juta untuk memastikan projek kapal OPV 1 milik APMM disiapkan tahun ini dan projek itu kini diambil alih Kementerian Kewangan. (Gambar fail)

PULAU INDAH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan Projek pembinaan kapal peronda luar pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu disiap pada Mac tahun ini seperti ditetapkan dalam komitmen asal.

Menterinya Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau dan timbalannya Shamsul Anuar Nasarah akan mengikuti perkembangan projek itu secara dekat untuk memastikan pembinaan kapal berkenaan siap dalam masa ditetapkan.

“Namun, jujurnya saya fikir mereka masih perlukan tempoh lagi selepas Mac (tarikh sepatutnya siap kapal OPV 1), (tetapi) tidak lama, tahun ini perlu ada.

“Saya menyebut dengan jelas pendirian kerajaan supaya tarikh serahan ini tidak diubah atau dilanjut pada tempoh yang panjang atas alasan yang kita tidak boleh kompromi,” katanya kepada media selepas meninjau pembinaan kapal OPV 1.

Media melaporkan kerajaan menyuntik pinjaman berjumlah RM152.6 juta untuk memastikan projek kapal OPV 1 milik APMM disiapkan tahun ini dan projek itu kini diambil alih Kementerian Kewangan.

Justeru, Saifuddin berkata peruntukan tambahan tersebut diharap dapat membantu untuk menyiapkan projek tersebut dalam masa ditetapkan

“Semua komponen utama sudah (dipasang), akan ada bot pengiring sampai. Semuanya tersangkut kerana aspek bayaran.

“Tapi dengan suntikan baharu, saya harap aspek itu tidak menjadi masalah,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin turut memaklumkan pembinaan kapal OPV 2 dijangka siap pada Oktober depan.


QATAR INGIN MELABUR DI MALAYSIA


 

PM JUMAAT DI TANGLIN HARI NI- BAJU SAMA JA 2 MIGGU LEPAS


 

KENAPA MEREKA TAKUT SANGAT- INI PENCERAHANNNYA


 

SEMUA HANG GAGAL


 

MGNews: Politik Sabah Masih Tenang... - Anwar Ibrahim

MGNews: Langkah London? Jauh Sangat Patut Murah Lagi Buat Di Langkah Kaj...

MGNews: Perdana Menteri Jamu Selera Di Ikan Bakar Tanglin, Solat Jumaat ...


Perdana Menteri hari ini meluangkan masa kira-kira 30 minit menjamu selera di Medan Ikan Bakar Tanglin. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba jam 12.48 tengahari diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Mereka memilih hidangan ikan jenanak, pari, siakap dan sotong bakar.


PELUANG TERAKHIR UNTUK LANGKAH SETERUSNYA


 

WOW....HEBAT YA...


 

BANGKIT DARI KUBUR






 

GAGALIS DISABAH


 

INI LAH PERSEPSI YANG DITANAM. MENANAM KEBENCIAN. ZAMAN MAHATHIR DULU DIA AKAN DITAHAN DIBAWAH ISA KERANA MENGHASUT. SB AKAN TUNGGU KERETA DEPAN UMAH. ITU LAH PERKARA YANG DILAKUKAN.

 

JAKIM BUKA SIASATAN PEGAWAINYA KUTUK KERAJAAN PERPADUAN DALAM KULIAH SUBUH



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawainya mengeluarkan kenyataan berbaur politik dengan menghentam kerajaan dalam satu kuliah Subuh baru-baru ini.

Jakim berkata pegawai berkenaan sudah dipanggil untuk siasatan lanjut.“Pihak pengurusan tertinggi Jakim sedar akan video tular ceramah yang disampaikan oleh seorang pegawai itu yang dilihat mengundang kemarahan netizen.

“Jakim telah memanggil pegawai tersebut untuk siasatan lanjut bagi memulakan prosiding tatatertib dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam,” kata Jakim di Twitter.

Ciapan itu tidak menyatakan sebarang nama secara khusus namun dipercayai berkenaan rakaman ceramah penolong pengarah kanan Jakim Mohd Meeftah Anuar yang tular di media sosial.

Dalam kuliah subuh di sebuah masjid di Selangor beberapa hari lalu, Mohd Meeftah antara lain menyifatkan PH sebagai tidak berakhlak kerana bekerjasama dengan seterunya untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Video Player
00:00
01:10

Dia tidak menyebut mana-mana pihak secara khusus namun membangkitkan lagu ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ yang menjadi lagu tema PKR ketika kempen PRU15.

Dia berkata ada parti yang dahulunya menolak penyamun tetapi sanggup “bercumbu” dengan parti lawan untuk memegang tampuk pentadbiran negara.

“Kita jangan ikut orang, mulut dia belum apa-apa lagi dah penyamun penyangak, siap buat lagu hoi hoi ya hoi. Eh eh lepas tu dia pula ‘bercium’.

“Kita pula nak ikut perangai dia? Tuan-tuan jangan ikut perangai orang buruk akhlak. Itu bukan urusan kita tapi antara dia dan Allah,” katanya dalam rakaman itu.


PEMIMPIN UMNO LEBIH MENYERLAH PEMIMPIN PH LAIN MASIH LENA.

 Hadapi serangan parti lawan

PEMIMPIN UMNO LEBIH MENYERLAH


Zahid sindir Sanusi… MB itu mampu selesai masalah rumah mangsa banjir seperti beliau mampu bercakap atas pentas politik. Jujur saya kata dlm hadapi PAS pemimpin2 UMNO seperti Lokman Adam, Isham Jalil   & Kamal Amir lebih menonjol atau lebih kedepan.


Saban malam Lokman Adam melawan musuh2 Kerajaan Perpaduan. Jawapannya sinis, lojik dan berfakta dan maklumat saya terima ramai pemimpin dan penyokong pembangkang gelisah dgn tindakan agresif Lokman Adam.


Contoh mengenai Sanusi… segala serangan dan sindiran Sanusi kpd kerajaan Perpaduan tiada siapa ambil peduli ( pemimpin PH ). Hanya Lokman Adam dan terbaru Zahid Hamidi dgn sinis memberitahu biar Sanusi selesaikan sepertimana hebatnya dia bercakap di hadapan penyokong2nya. 


Itu baru betul.. jgn biar keceluparan Sanusi dibiarkan… nanti org Kedah percaya. Biar org Kedah tau mamat tu gebang je lebih.


Di mana hilang pahlawan2 PH dgn kuasa yg ada. Saya bimbang, BN atau UMNO itu boleh sahaja jika mereka mahu bersama lawan tapi skg nampak mereka yg lebih kuat melawan serangan PAS mahupun PN. 


PRN dah dkt jika keputusan berpihak kpd lawan hingga mampu menggugat N9, PP dan Selangor… dari segi moral masyarakat akn melihat kerajaan ini bukan kerajaan pilihan rakyat. 


Saya terpaksa menegur sb dah terlalu ramai otai reformis, rakan2 penulis (cybertrooper), aktivis dan rakan2 FB hubungi serta mesej bertanyakan kpd saya. 


Saya cuma mampu katakan nanti saya sampaikan kpd ‘pimpinan’ yg mana ada kesempatan jika bertemu sb saya bukan siapa2. Tak perlulah juga ‘Tag’ saya jika ingin menegur mana2 Menteri… u all direct sahajalah kpd yg berkenaan. 


Kita jgn ‘honeymoon’ lama sgt brother and sister (pimpinan & Menteri) semua. Saya bercakap ini utk pimpinan2 PH tidak kira dari PKR dan Amanah ( DAP tidak perlu kerana utk menjaga sensitiviti org Melayu) bersuara melawan serangan lawan yg semakin agresif.


*Norman Radzuan*


KUDA TUNGGANGAN MAHATHIR SEDANG DIATUR UNTUK MENENTANG ZAHID HAMIDI.


 

CAKAP KURANG KERJA CEPAT BUAT- HANNAH YEOH


 

PERANCANGAN SEDANG DIBUAT UNTUK MEMULIHKAN EKONOMI.-AFIZI


 

SABAH BERGOLAK. INI KISAH SEMALAM


 

PERGOLAKAN DI SABAH NI LAMA SANGAT DAH. RAKYAT SABAH NI BANYAK SANGAT KETINGGALAN. PEMIMPIN SABAH NI TAK ADA PERASAAN ATAU APA ? NAK TOLONG ANAK BANGSA SENDIRI PUN TAK BOLEH.

 

Gagal guling kerajaan negeri, ‘lanun, penjarah’ wajar disingkir, kata pemimpin GRS.



Khabar angin mengatakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor bakal tumbang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyelar mereka yang terlibat dalam cubaan menggulingkan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.

“Cubaan (rampasan kuasa) ini kerja lanun dan penjarah. Cukup-cukuplah. Mereka mesti disingkirkan,” kata pemimpin yang enggan dinamakan itu.

“Kini (identiti) mereka telah didedahkan. Semua orang di Sabah tahu siapa yang cuba menggulingkan Hajiji. Mereka ini ‘desperado’.”

Katanya, walaupun cubaan rampasan kuasa itu gagal kali ini, beliau tidak menolak kemungkinan pihak berkenaan akan cuba melakukannya lagi pada masa akan datang.

“Mereka mesti faham bahawa tindakan yang mengancam kestabilan politik Sabah akan memberi kesan terhadap kestabilan kerajaan perpaduan di Putrajaya.

“Saya tidak rasa ini sesuatu yang dikehendaki Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Saya berharap beliau akan menyuruh mereka ini supaya ‘berambus’.”

Menurutnya, perancangan untuk menggulingkan Hajiji menunjukkan betapa pentingnya mewujudkan undang-undang anti-lompat parti di negeri itu.

“Kerajaan Sabah mesti mempercepatkan pembentangan undang-undang anti-lompat parti dalam sidang DUN,” katanya.

Terdahulu, timbul khabar angin di media sosial bahawa kerajaan Sabah pimpinan Hajiji bakal tumbang, dengan desas-desus mengatakan Barisan Nasional dan Warisan akan berganding bahu membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin GRS tampil menafikan perkara itu dan menyifatkan khabar angin berkenaan hanya bertujuan menjadikan keadaan politik di Sabah tidak stabil.

Kerajaan negeri yang diterajui Hajiji merangkumi GRS dan BN, disokong 53 ADUN di Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk tujuh yang dilantik.

Warisan yang memiliki 19 kerusi, satu-satunya parti pembangkang, manakala PH Sabah – yang telah menyatakan sokongan untuk Hajiji – memegang tujuh kerusi.

NARATIF NEGATIF PERLU DINYAHKAN

 NARATIF NEGATIF PERLU DINYAHKAN


Cerita dan desas desus mengatakan ada gerakan untuk menjatuhkan kerajaan Perpaduan adalah kisah kliese yang sengaja diada-adakan. Orang ramai tidak perlu mempercayainya sampai ikut sama viral. 


Penjelasan Ismail Sabri Yaakob sangat nyata dan mengesankan. Pertemuan dikata berlaku di London itu hanya rekaan semata². Ismail Sabri kata orang mengaitkan namanya sebagai tidak takut dosa. 


Awal² lagi saya sudah tepis desas desus berkenan yang ia rekayasa. Jika pertemuan itu rahsia kenapa ia jadi hebuh? Itu maknanya ia tidak berlaku. Ia suatu riverse psyichology. 


Tidak pun disebut nama² sesiapa yang terbabit dalam pertemuan itu? Jangan² ia adalah ilusi bloger Mr Spain di Manchester yang mencipta modal baru untuk survive. 


Kepada mereka yang bimbang kerajaan Perpaduan jatuh dan menyayanginya, usah layan naratif yang direka itu. Naratif itu perlu dinyahkan jauh². 


Tugas semua orang yang sayang dan cinta peraduan yang dibentuk menerusi kerajaan kini ialah mempertahankan kerajaan dengan meletakkan kepercayaa kepada pengemudinya bersama teamnya. Jangan berlaku perselingkuhan antara kita.


Faham apa yang diterapkan Anwar Ibrahim dalam kerajaan kini. Faham nilai dan rangka perpaduan yang dilakarnya merentasi sempadan kaum, fahaman dan juga budaya. Anwar sedang membina semangat kenegaraan baru.


Anwar kini sendang membina dan memacu negara ke arah kecemerlangan melambung. Jika diibaratkan suasana kerajaan kini dalam acara lari 1000 meter berganti ganti, pelari akhirnya Anwar. Kita telah ketinggalan beberapa meter sebelum ini disebabkan tersalah beri batton. Sebagai pelari akhir Anwar akan memecut sedaya mungkin dan pengakhiran perlumbaan ini beliau jadi penentu.


Jadi kita diluar gelanggang perlu beri sokongan tepuk sorak penuh padu dan jitu. Usah jadi pesemis dengan laungan negatif yang boleh mengganggu pelarian Anwar.


Kepada Ismail Sabri kita berterima kasih atas penjelasan dan pengakuan itu. Dengan ini saya lantik beliau sebagai presiden kelab penyokong. Trims.


CABARAN HIDUP ANWAR- BELUM ADA YANG KENTAL SEPERTI BELIAU


 

ZAHID HAMIDI AKHIRNYA SEDIA UNTUK BERLAWAN, PENCABARNYA BOLEHLAH SEGERA BUKA BILIK GERAKAN


 Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi akhirnya bersuara dengan memberi komitmen sedia untuk dicabar bagi jawatan Presiden parti dalam pemilihan akan datang.

Tegasnya, dalam pemilihan sebelum ini pada 2018, beliau juga dicabar dua ahli parti tapi keputusannya masih memihak kepada beliau yang kemudiannya menyaksikannya memenangi pertandingan itu.

Bahkan, kata beliau, kombinasi undi dua pencabarnya ketika itu iaitu Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah masih kurang berbanding undi diperolehinya.

“Dulu pun saya dicabar juga, dua orang cabar saya dan undi mereka masih kurang berbanding undi yang saya peroleh.

“Bukan nak riak, sombong dan takabur mahupun ujub, tapi itulah faktanya,” katanya lagi.

Serentak dengan itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, kuasa untuk menentukan kepimpinan parti terletak kepada kuasa dan suara perwakilan parti di seluruh negara.

“Terdapat hampir 160,000 perwakilan yang mewakili cawangan-cawangan untuk menentukan sama ada mahu kepimpinan yang sedia ada atau kepimpinan yang berubah untuk pastikan UMNO terus relevan dalam pentas politik negara.

“Kuasa mutlak itu adalah kuasa perwakilan,” tambahnya.

Dengan penegasan sedia dilawan dan mahu menyerahkan nasibnya kepada perwakilan itu bererti boleh dikira berakhirlah sudah polemik sama ada perlu atau tidak pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang ini.

Suara dan penegasan Presiden UMNO itu wajib dihormati dan ditaati sepenuhnya.

Penyokong dan pengampu Ahmad Zahid mesti serta-merta berhenti daripada memberi saranan dan mendesak agar dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan.

Jika Ahmad Zahid sendiri sudah menunjukkan keterbukaan dan keberanian untuk dilawan, tiada sebab bagi penyokong serta pengampu untuk tidak turut sama menjadi terbuka dan berani.

Kepada pencabar yang ingin berlawan dengan Ahmad Zahid pula, maka dengan ini bolehlah mula menggerakkan jentera kempen mereka dengan lebih agresif mulai sekarang.

Ini kerana pemilihan mungkin akan diadakan sebelum ketibaan Ramadan pada 23 Mac akan datang, tidak sampai tiga bulan saja lagi daripada sekarang.

Bilik gerakan di peringkat pusat dan negeri-negeri hendaklah mulai dibuka, bahkan duit-duit simpanan juga haruslah segera dikeluarkan.

Ingat, yang nak dilawan dan dijatuhkan adalah Ahmad Zahid yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri, kalau setakat modal air liur dan belanja makan di kedai mamak saja, main jauh-jauhlah nak menang.

Sekurang-kurangnya kena belanja makan di hotel tiga bintang dan jumlah perwakilan pula hampir 160 ribu orang.

Kiralah sendiri berapa banyak duit belanja yang diperlukan, itu belum kira lagi elaun untuk jentera parti yang bergerak siang malam dan hampir tidak tidur serta meninggalkan anak isteri semata-mata untuk berkempen bagi pemimpin kesayangan mereka.

Masuk berlawan mesti nak menang, jika tidak, baik bagi Zahid Hamidi menang percuma saja.

Lu fikirlah sendiri…– ShahbudinHusin 05/01/2023.




KISAH WALAUN SUKA TIMBULKAN PERSEPSI- TANAH DI PERAK PADA TAHUN 2015- DAN JUGA KISAH VARIAN COVID 19.WALAUN NI DOK LAM GUA....


 

MAMAT NI MARAH ANNUAR MUSA


 

KDN BUAT APA ? NAK TANYA DIA NI , MANA DIA DAPAT MAKLUMAT NI


Tak kan nak biaq lagi...tangkap ja laaaa

Alahaiiiii...

Tangkap dan soal siasat dimanakah dia dapat sumber..semua ni mengganggu gugat kerajaan yang sah..tak kan nak biaq peristiwa 2020 berulang kot..bangkit bangkitttttt

TANGKAPPPPPPPP


PEJA SELAMA INI MENGARUT

 



YB daripada DAP buat Hal lagi...

Kali ni dengan TMJ pulak... Koyak walaunssss ni... 

 

Pulangkan Hak rakyat... INILAH pemimpin yang sangat berani.. semoga dipermudahkan urusannya PMX...


 

Malas nak komen lebih-lebih. Tapi admin page ni lebih cerdik dari sebahagian penyokong PH sendiri. Guane boh? Raja Gelap


 

HALAL PULAK YA

 


PN sanggup pula nak kerjasama dengan kluster mahkamah? Dah halal pulak ke? Yang aku suka di perenggan ketiga, bercakap soal dasar, Hamzah secara jelas sebut UMNO. Wow...

Maknanya memang masih memasang impian untuk runtuhkan kerajaan yang ada ini ikut pintu belakang ya? Tak kisahlah walaupun YDP Agong dah nasihat agar kekalkan kestabilan politik kan?

Mengkhianat ni menimbulkan ketagihan. Sekali dah khianat, memang nak buat banyak kali. Agaknya la. Terpulanglah. Aku cuma mampu berdoa agar apa apa rancangan jahat akan gagal. Guane boh?

Raja Gelap

 

MOHON BANTUAN UNTUK PENDIDIKAN ANAK ANAK


 

Mohon Menteri Pelajaran Bantu Keluarga-keluarga yang hidup tertekan di

 bandar-bandar  besar,

 dan kos bertambah bila penetapan gaji minima di swasta.

MAKIN MEROYAN PERIKATAN NASIONAL (PN)

 

HANG INGAT TU GLC KA LEBAI- LAIN KALI BUAT KAJIAN DULU SEBELUM CAKAP


BOB KELANANG

MAKIN MEROYAN PERIKATAN NASIONAL (PN)

Puak-puak Perikatan Nasional sekarang ni nampak makin meroyan... mana taknya... sampai isu syarikat korporat pun nak disabitkan dengan kerajaan... Gila... contoh macam kes 7-Eleven la...

7-Eleven tu bukanlah Government Link Company (GLC) ... ianya adalah syarikat berstatus Holdings... jadi apa sahaja urusan berkaitan dengan 7-Eleven adalah terkait dengan pemegang saham dan pengarah-pengarahnya... aper diorang nak buat... hal diorang...

Takder kena mengena dengan pentadbiran Kerajaan Persekutuan... jadi Perdana Menteri (PM) tak perlu pun bagi penjelasan mengenai apa yang berlaku dalam syarikat 7-Eleven ni... patut soalan yang mangkuk Ahli Parlimen Perikatan Nasional ni nak suruh Anwar Ibrahim jawab tu dia tanya kepada Vincent Tan... selaku pemilik sebenar 7-Eleven...

Itu baru betul... tanya ditempat yang betul... tanya direct dengan pengurusan 7-Eleven... bukan tanya dengan Kerajaan Persekutuan...

Mamat ni katanya dulu bekas Ketua Pengarah Perisikan ATM... takkan la bodoh sangat.... huhuhu... semenjak jadi walaun PAS terus jadi bodoh ke???

Huhuhu...

𝘗𝘦𝘳𝘥𝘢𝘯𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘈𝘯𝘸𝘢𝘳 𝘐𝘣𝘳𝘢𝘩𝘪𝘮 𝘥𝘪𝘨𝘦𝘴𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘶𝘢𝘳𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘶𝘣𝘶𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯-𝘫𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘦𝘬𝘢𝘴 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬𝘯𝘺𝘢 𝘍𝘢𝘳𝘩𝘢𝘴𝘩 𝘞𝘢𝘧𝘢 𝘚𝘢𝘭𝘷𝘢𝘥𝘰𝘳, 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘒𝘦𝘵𝘦𝘳𝘦𝘩 𝘒𝘩𝘭𝘪𝘳 𝘔𝘰𝘩𝘥 𝘕𝘰𝘳.

𝘔𝘦𝘯𝘶𝘳𝘶��𝘯𝘺𝘢, 𝘫𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯-𝘫𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘍𝘢𝘳𝘩𝘢𝘴𝘩 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢 𝘈𝘯𝘸𝘢𝘳 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯 𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢 𝘴𝘦𝘫𝘢𝘬 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘳𝘪𝘯𝘴𝘪𝘱 𝘵𝘢𝘵𝘢𝘬𝘦𝘭𝘰𝘭𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘯𝘫𝘪-𝘫𝘢𝘯𝘫𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘶𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘗𝘢𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘏𝘢𝘳𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘪𝘯𝘪.

𝘔𝘢𝘯𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘫𝘢𝘯𝘫𝘪-𝘫𝘢𝘯𝘫𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘶𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘗𝘏 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘢𝘵𝘢𝘬𝘦𝘭𝘰𝘭𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘨𝘳𝘪𝘵𝘪 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘮𝘦𝘯𝘵𝘢𝘥𝘣𝘪𝘳 𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢?

𝘗𝘦𝘳𝘭𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘍𝘢𝘳𝘩𝘢𝘴𝘩 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘬𝘵𝘪 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘸𝘢 𝘢𝘨𝘦��𝘥𝘢𝘳𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘶𝘯𝘨-𝘭𝘢𝘶𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘗𝘏 𝘥𝘢𝘯 𝘈𝘯𝘸𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘬𝘪𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘰𝘩𝘰𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬𝘵𝘪𝘬 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘥𝘢𝘺𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘶𝘯𝘥𝘪.

𝘚𝘦𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮, 7-𝘌𝘭𝘦𝘷𝘦𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘏𝘰𝘭𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴 𝘉𝘩𝘥 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘬𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘮𝘶𝘮𝘬𝘢𝘯 𝘙𝘰𝘣𝘪𝘯 𝘛𝘢𝘯 𝘠𝘦𝘰𝘯𝘨 𝘊𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘵𝘢𝘬 𝘫𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪𝘯𝘺𝘢, “𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘪𝘯𝘢𝘵 𝘭𝘢𝘪𝘯" 𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘨𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘍𝘢𝘳𝘩𝘢𝘴𝘩.

𝘙𝘰𝘣𝘪𝘯 𝘛𝘢𝘯, 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘮𝘦𝘨𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘮 𝘶𝘵𝘢𝘮𝘢 7-𝘌𝘭𝘦𝘷𝘦𝘯, 𝘵𝘢𝘪𝘬𝘶𝘯 𝘝𝘪𝘯𝘤𝘦𝘯𝘵 𝘛𝘢𝘯 𝘊𝘩𝘦𝘦 𝘠𝘪𝘰��𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 41.8 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘶𝘴 𝘬𝘦𝘱𝘦𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨𝘢𝘯, 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬 𝘬𝘦 𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘬𝘶𝘮𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪, 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘦𝘬𝘴𝘦𝘬𝘶𝘵𝘪𝘧 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘱𝘢𝘥𝘢 25 𝘕𝘰𝘷 2021.