SEKOLAH RONGHIYA DI GANU

 


KEH..KEH..KEH..NAMA DAH ORANG PAKAI....MASA BARU KAWIN..SEMUA ELOK..HANGPA TUNGGU LA KEMUDIAN HARI....KENA CERAI JUGA.



Aman Muhamad







 La, selepas disemak, rupa-rupanya nama 'Parti Wawasan Negara' oleh Hamzah tu masih tidak berdaftar lagi rupanya, sekadar umum nama sahaja.

Dan rupa-rupanya juga, nama 'Wawasan' sudah pun diambil oleh sebuah parti Sarawak, dan sudah ada dalam proses pertukaran sejak April yang lalu.

Nampaknya kena tukar nama lain lagi.

kah kah kah
:)





KIOK...CERAI DAH


 

NEGERI MANA YANG JUAL PASIR PADA SPORE....JOM DENGAR



 

HAaaa..APA YANG PAS TAK KATA PADA UMNO


 

PKR TERENGGANU MENADIKAN

 



‘Baju Koyak Takpa, Jangan…’ – PM Anwar

 


Tangkap layar lengan baju batik dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkoyak yang dikongsikan di Facebook Reels pada 13 Jun 2026.

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Perkongsian video Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook Reels mencuri perhatian ramai apabila netizen lebih tertumpu kepada bahagian lengan bajunya yang kelihatan terkoyak ketika beliau menyampaikan mesej kepada rakyat.

Rata-rata pengguna media sosial tidak melepaskan peluang berseloroh di ruangan komen, malah ada yang cuba meneka punca keadaan tersebut.

“Ni la baju yang di ulang-ulang guna pakai.. Walhal beliau seorang Perdana Menteri.. tiada LV, tiada Versace.. Semoga Allah swt memberkati,” tulis Mohd Hasni Izuwan.

“Why (kenapa) Datuk Seri? Tersangkut kat pintu ka?” soal Jannatul Firdaus.

“Tak salah pakai baju koyak. Itu menunjukkan sifat rendah diri, tak pernah sombong. Terbaik DSAI,” kata Radhika Muniandy.

Turut mencuri perhatian ialah komen Crystal Len yang berseloroh sambil mendoakan kesejahteraan Perdana Menteri.

“Jangan hati cepat koyak DSAI. Semoga Tuhan memberkati,” tulisnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati kebanyakan netizen mengambil pendekatan santai terhadap perkara itu dengan ada yang menganggap ia sekadar perkara biasa dan tidak menjejaskan mesej yang ingin disampaikan Anwar menerusi video berkenaan.



‘Kami Tak Tahu, Kami Cuma Nak Mandi’

 


Sebahagian 45 individu ditahan kerana menceroboh Hutan Simpan Kekal Ayer Hitam.

PUCHONG, 16 Jun – Tindakan sekumpulan 45 individu mendakwa terpengaruh dengan hantaran tular di media sosial selepas ditahan ketika Op Jejak kerana menceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) Ayer Hitam, di sini, kelmarin, tular di media sosial.

Malah, sebahagian besar daripada mereka memberikan alasan tidak tahu selain hanya mahu mandi-manda sebagai helah kepada pihak berkuasa.

Operasi khas bersepadu, Op Jejak dijalankan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dengan kerjasama Balai Polis Puchong Jaya serta Universiti Putra Malaysia (UPM).

Seorang remaja berusia 19 tahun mengakui datang ke hutan simpan itu bersama beberapa rakannya semata-mata untuk beriadah dan tidak menyedari tindakan mereka melanggar undang-undang.

“Kami tak tahu salah masuk sini. Memang tak perasan ada signboard (papan tanda) larangan…. maaf bang, kami memang tak tahu,” katanya.

Ketika serbuan dilakukan, beberapa kumpulan dikesan sedang leka mandi-manda, manakala sebahagian lagi melakukan aktiviti pendakian.

Operasi bagaimanapun sedikit tegang apabila segelintir penceroboh disyaki warga asing enggan memberikan kerjasama dengan mempertikai pemeriksaan serta prosedur dokumentasi dijalankan.

Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah, Mohd Hadre Mohamad berkata operasi berakhir jam 3 petang itu membawa kepada penahanan 38 lelaki dan tujuh wanita, termasuk lima warga asing.

“Mereka didapati tidak mempunyai dokumen kebenaran sah untuk berada di kawasan berkenaan.

“Individu berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi tujuan pelaporan untuk tindakan siasatan lanjut oleh JPNS.

“Kita nasihat penggemar aktiviti rekreasi peka tentang keperluan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal dan menjalankan aktiviti tersebut di lokasi pendakian yang dibenarkan sahaja.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil memandangkan perbuatan menceroboh tersebut suatu kesalahan di bawah Seksyen 47 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985,” katanya.

Bukit Batu buka tirai PRN Johor, PH umum calon pertama


 


Pakatan Harapan (PH) memulakan langkah awal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan mengumumkan penyandang kerusi N.51 Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, sebagai calon pertama gabungan itu untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Pengumuman tersebut dibuat Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ketika berucap pada satu program di Bukit Batu yang tetap mendapat sambutan walaupun hujan.

Menurut beliau, kehadiran penduduk yang sanggup bertahan dalam keadaan cuaca kurang baik mencerminkan keprihatinan mereka terhadap masa depan kawasan tersebut.

“Melihatkan semangat warga Bukit Batu yang sanggup bertahan walaupun hujan, saya rasa tidak mengapalah kalau saya pun basah sedikit.

“Melihat kehadiran malam ini, saya tahu rakyat Bukit Batu sentiasa mengikuti perkembangan dan masa depan kawasan mereka,” katanya.

Beliau berkata, atas keyakinan itu, PH memutuskan untuk menamakan Arthur sebagai calon bagi mempertahankan kerusi N.51 Bukit Batu pada PRN Johor kali ini.

Saifuddin berkata beliau sendiri telah meneliti rekod perkhidmatan Arthur sepanjang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan.

Menurutnya, walaupun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan, Arthur telah menunjukkan komitmen yang baik dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat.

“Sudah tentu masih ada ruang yang boleh diperbaiki, tetapi saya percaya beliau telah menunjukkan komitmen yang baik dalam menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa sokongan yang ditunjukkan pada program tersebut akan diterjemahkan di peti undi, sekali gus membolehkan Bukit Batu terus kekal di bawah Pakatan Harapan.


Kalau betul IPTA jual tempat, tunjuk bukti? – AMANAH cabar Haim Hilman


 


Parti AMANAH mencabar Dr Haim Hilman supaya mengemukakan bukti yang jelas dan boleh disahkan berhubung dakwaannya bahawa terdapat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang didakwa “menjual tempat” kepada pelajar sehingga mereka yang tidak layak berjaya mendapat kemasukan.

Menurut AMANAH, dakwaan sedemikian bukan sahaja serius, malah melibatkan integriti sistem kemasukan ke IPTA, kredibiliti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Unit Pusat Universiti (UPU) serta nama baik institusi pengajian tinggi awam negara.

Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH, Azli Yusof berkata, Dr Haim Hilman baru-baru ini sekali lagi mengulangi dakwaan bahawa seramai 30,000 pelajar yang layak dinafikan tempat kerana wujud amalan tidak telus dan penggunaan “pintu belakang”.

Beliau berkata dakwaan itu dibuat ketika satu Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya di Markaz Pas Kawasan Seremban pada 13 Jun lalu.

“Dakwaan seperti ini sangat berat kerana ia menyentuh integriti keseluruhan sistem kemasukan ke IPTA serta melibatkan ribuan pelajar yang berjaya memperoleh tempat melalui proses pemilihan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Azli menggesa Dr Haim tampil segera dengan fakta, data dan bukti yang kukuh bagi menyokong dakwaan tersebut.

Menurutnya, jika benar berlaku penyelewengan seperti yang didakwa, Dr Haim mempunyai tanggungjawab moral dan profesional untuk menyalurkan maklumat itu kepada pihak berkuasa supaya siasatan dapat dijalankan.

“Jika benar, beliau perlu membantu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat, bukannya sekadar membuat dakwaan di pentas politik,” katanya.

Namun, katanya, sekiranya dakwaan tersebut tidak disokong dengan bukti yang jelas, ia hanya akan menimbulkan keresahan dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan masyarakat selain mencemarkan reputasi institusi pendidikan tinggi negara.

Pada masa sama, AMANAH turut menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi memberikan penjelasan rasmi bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap sistem kemasukan ke IPTA terus terpelihara.

Azli menegaskan bahawa integriti sistem pendidikan negara tidak boleh dipolitikkan melalui tuduhan yang tidak berasas.

“Rakyat berhak mendapat penjelasan yang telus, manakala mana-mana pihak yang membuat tuduhan serius wajib bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Dr Haim perlu berani mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya.

“Jika gagal berbuat demikian, beliau ternyata sengaja mengada-adakan pembohongan dan menimbulkan fitnah semata-mata untuk meraih keuntungan politik murahan,” katanya.





“Kita nim hidup, kenam ada wamwamsan. Yam petim kompidem” – Status Zuhdi untuk siapa?


 


Satu hantaran ringkas bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki, mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial susulan pengumuman Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai penubuhan sebuah parti menggunakan nama Parti Wawasan Negara.

Perdebatan itu tercetus apabila Hamzah mengumumkan bahawa parti yang mengambil alih sebuah parti sedia ada itu akan dikenali sebagai Parti Wawasan Negara, sambil memaklumkan bahawa nama tersebut merupakan ilham Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Tidak lama selepas pengumuman berkenaan, Zuhdi memuat naik satu status ringkas berbunyi:

“Kita nim hidup, kenam ada wamwamsan. Yam petim kompidem”(Kita ini hidup, kena ada wawasan. Yang penting komited)

Walaupun ayat itu kelihatan umum, ia pantas menjadi bahan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial yang cuba mentafsir maksud tersirat di sebaliknya.

Ada yang beranggapan status tersebut sekadar kata-kata motivasi, namun tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan perkembangan politik semasa, khususnya selepas pengumuman mengenai Parti Wawasan Negara.

Spekulasi menjadi lebih hangat apabila sebelum ini Zuhdi turut memuat naik hantaran yang dilihat mengkritik keputusan Pas memutuskan hubungan dengan Bersatu, sekali gus menimbulkan pelbagai tafsiran mengenai pendiriannya terhadap perkembangan terkini dalam blok pembangkang.

Di media sosial, ada pengguna mempersoalkan sama ada kenyataan terbaharu itu merupakan sindiran halus terhadap kepimpinan Pas, memandangkan nama “Wawasan Negara” sendiri didedahkan oleh Hamzah sebagai idea yang dicetuskan oleh Abdul Hadi.

Bagaimanapun, sehingga kini Zuhdi tidak memberikan sebarang penjelasan bahawa status tersebut ditujukan kepada mana-mana individu atau berkaitan secara langsung dengan pengumuman Parti Wawasan Negara.

Justeru, segala tafsiran yang beredar di media sosial ketika ini hanyalah spekulasi pengguna, tanpa sebarang pengesahan daripada beliau sendiri.

Namun, dalam suasana politik yang semakin hangat menjelang kemungkinan pilihan raya, setiap kenyataan dan hantaran tokoh politik di media sosial kini pantas menjadi bahan analisis serta perdebatan dalam kalangan netizen.




Jadual Padat PM Anwar Sempena Lawatan Kerja Sehari Ke Sabah

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan lawatan dengan menghadiri Majlis Perasmian Pecah Tanah Sabah Southern MADANI Link di Dewan Lundayeh, Sipitang pada 11 pagi 13 Jun 2026.

KOTA KINABALU, 13 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan sehari ke Sabah hari ini bagi menghadiri beberapa program, termasuk majlis perasmian dan program kemasyarakatan.

Perdana Menteri memulakan lawatan dengan menghadiri Majlis Perasmian Pecah Tanah Sabah Southern MADANI Link di Dewan Lundayeh, Sipitang pada 11 pagi.

Projek melibatkan jajaran talian transmisi elektrik 275 kilovolt (kV) sepanjang 330 kilometer (km) dari Sipitang ke Tawau itu berperanan penting memperkukuh grid bekalan tenaga elektrik di negeri ini dengan mengimbangi agihan tenaga di Pantai Barat dan Timur Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan lawatan dengan menghadiri Majlis Perasmian Pecah Tanah Sabah Southern MADANI Link di Dewan Lundayeh, Sipitang pada 11 pagi 13 Jun 2026.

Selesai program di Sipitang, beliau dijadualkan kembali ke ibu negeri bagi menghadiri Program Melangkah Bersama MADANI: Wanita Beriman, Wanita Bertahan Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada 2.30 petang.

Anwar seterusnya dijadual menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 pada 4 petang.

Majlis perasmian bagi sambutan peringkat kebangsaan itu akan diadakan di Pekarangan Kompleks Sukan Likas di sini, sebelum beliau mengakhiri lawatan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir pada program Melangkah Bersama MADANI: Wanita Beriman, Wanita Bertahan Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 13 Jun 2026.

Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 berlangsung selama empat hari berakhir esok.



Kerjasama Erat Kerajaan Persekutuan, Negeri Pastikan Sabah Terus Maju – PM Anwar

 



Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026. Foto PMO

KOTA KINABALU, 13 Jun – Hubungan erat serta kerjasama yang utuh antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kekal menjadi asas penting dalam memastikan Sabah terus melangkah maju, makmur selain menikmati pembangunan lebih seimbang dan inklusif, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026. Foto PMO

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri, menzahirkan keyakinan itu susulan pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pada majlis makan malam di Istana Seri Kinabalu selepas selesai lawatan kerja sehari di negeri berkenaan hari ini.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026. Foto PMO

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menyentuh masa depan Sabah termasuk agenda pembangunan negeri, pengukuhan ekonomi, kesejahteraan sosial serta ikhtiar mempertingkat taraf hidup rakyat,” ujar Anwar.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026. Foto PMO

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri menghadiri beberapa program termasuk Majlis Pecah Tanah Projek Sabah Southern MADANI Link (SSML) dan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan 2026.





KEADILAN Bertanding 20 Kerusi Di Johor, 16 Di Negeri Sembilan

 


Dr Fuziah Salleh hadir pada program Badminton MADANI di Kuantan pada 14 Jun 2026. Foto Fuziah Salleh

KUANTAN, 14 Jun – KEADILAN dijangka bertanding di sekurang-kurangnya 20 kerusi di Johor dan 16 kerusi di Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri masing-masing.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, semua rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) telah dimuktamadkan dan diselesaikan dalam suasana yang baik.

“Saya difahamkan jumlah terkini kerusi yang akan ditandingi KEADILAN di Negeri Sembilan ialah 16, manakala jumlah minimum di Johor ialah 20, semuanya telah selesai (rundingan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan rangkaian pasar raya terkemuka di Bandar Kuantan Putri, di sini hari ini.

Dr Fuziah Salleh hadir pada program Badminton MADANI di Kuantan pada 14 Jun 2026. Foto Fuziah Salleh

Beliau mengulas mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi KEADILAN pada pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan akan datang.

PH sebelum ini mengumumkan akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

Sementara itu, Fuziah berkata beliau menjangkakan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya negeri Johor akan meningkat berbanding sebelum ini yang diadakan ketika negara masih berdepan pandemik COVID-19.

Dr Fuziah Salleh hadir pada program Badminton MADANI di Kuantan pada 14 Jun 2026. Foto Fuziah Salleh

“Pengundi yang bekerja di Singapura tidak pulang mengundi pada 2022 kerana kebimbangan berkaitan kesihatan dan saya yakin peratusan keluar mengundi akan lebih tinggi kali ini, yang akan memihak kepada PH,” katanya.

Mengenai kemunculan Parti Bersama Malaysia dan Parti Wawasan Negara, Fuziah berkata Malaysia telah lama didominasi oleh satu gabungan politik sebelum corak itu mula berubah selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.



Ada Unsur Khianat Di Negeri Sembilan – PM Anwar






 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) di Putrajaya pada 14 Jun 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 14 Jun – Terdapat unsur khianat di Negeri Sembilan kerana usaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang memiliki kestabilan politik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beliau sebelum ini menyatakan bagi menjayakan kerjasama dalam negara tidak seharusnya ada unsur-unsur khianat.

“Kalau tak khianat, baguslah. Tetapi, kalau dalam kita tengok pengalaman kita di Negeri Sembilan, tentunya ada usaha, dalam keadaan stabil politiknya, ekonominya, tapi ada usaha-usaha untuk menjatuhkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) di Putrajaya pada 14 Jun 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Jadi, itu bagi saya ada sedikit pengkhianatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA).

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam bahawa tidak harus timbul isu pengkhianatan apabila sesuatu penggal pentadbiran di peringkat negeri mahupun nasional berakhir dan tamat.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, sokongan BN terhadap kerajaan Negeri Sembilan sememangnya diberikan secara konsisten hingga ke akhir penggal pentadbiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) di Putrajaya pada 14 Jun 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Namun, beliau berkata, apabila Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri itu, sebagai sebuah gabungan parti BN tentunya mempunyai hala tuju yang harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya PH Negeri Sembilan semalam, Anwar berkata, beliau tidak bersetuju pilihan raya awal di Negeri Sembilan memandangkan kerajaan negeri itu baru memasuki tahun ketiga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) di Putrajaya pada 14 Jun 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Beliau dilaporkan berkata, menyampaikan rasa tidak puas hatinya kepada Aminuddin tetapi menegaskan ‘tiada pilihan’ akibat ketidakpastian daripada UMNO selepas 14 wakil rakyatnya menarik sokongan terhadap Aminuddin sebagai menteri besar, sebelum mengubah pendirian mereka.

“Ini adalah ‘wayang kulit’,” katanya seperti dipetik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) di Putrajaya pada 14 Jun 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Mengenai Johor, Anwar berkata biarpun terpulang kepada Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, tumpuan sepatutnya diberikan kepada penjanaan pertumbuhan, ekonomi negara dan masalah dihadapi rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, beberapa bulan kebelakangan ini isu pilihan raya sibuk ditimbulkan sedangkan ketika ini negara berdepan kesan krisis ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) di Putrajaya pada 14 Jun 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Kalau tidak, tak ada khianat, tak apalah. Tapi maknanya kita harus tingkatkan kefahaman mengapa kerjasama dan muafakat itu penting dan bila ada keperluan pilihan raya pada masanya, jalanlah,” katanya.

PMX JAWAB RAIS YATIM!! - CAMPUR TANGAN UNDANG YAMTUAN BESAR N9


 

Sepakan Hamzah mandulkan terus Bersatu, Muhyiddin-Azmin sah 'game over'


 

BETOI HANG KATA....

 


INI DIA KENAPA ROGHIYA NAK DUDUK MALAYSIA..


 

KHIANAT DAN JAHAT


 

TAHNIAH DR SAM..TAPI TAK PERNAH BERKHIDMAT.


 

MUHYIDDIN KENA HENTAM..


 

MAU TAK QAMAI...SANUSI NAK BAGI KERAKYATAN...KEH KEH KEH...APA LA.


 

MANA AKMAL SALEH...NI BUCU TAK CUKUP...HANG PI HENTAM MEZAH


 

TOLAK BANTUAN SALAHKAN PMX


 

JADIKAN MUKA MUKA NI PEMBANGKANG SELAMANYA


Alfah Cannel

 


Rakyat Malaysia…


 


Ingat Elok2 Muka Ini… Kita Jadikan Dia Pembangkang Selama-lamanya…






Dari mana datangnya Parti Wawasan Negara?

 


CnP



Dari mana datangnya Parti Wawasan Negara? 



Tahun 2026 baru separuh jalan, tapi drama p0litik negara kita selalu buat kita terhibur. 


Benda ni nampak macam kebetulan, tapi caturannya memang tajam. 

... 


#Ceritera1 


1 Januari 2026 - Permulaan Gelombang


Semuanya bermula dengan sunyi bila Tan Sri Muhyiddin Yassin ambil keputusan berundur dari jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).


Benda terus panas di media, tapi ini adalah percikan pertama sebelum api marak.

... 


#Ceritera2 


12 hingga 13 Februari 2026 - Operasi Pembersihan BERSATU


Tiba-tiba, BERSATU Johor hantar memorandum mendesak Datuk Seri Hamzah Zainudin dip3cat.


Alasannya?


Langkah beliau dikatakan bawa kesan buruk untuk persiapan PRU-16.


Esoknya, terus berlaku gempa bumi p0litik. 


BERSATU ambil tindakan drastik membu4ng keahlian Hamzah dan Wan Ahmad Fayhsal. 


Bukan mereka berdua sahaja, tapi keseluruhan 17 pemimpin dan Ahli Parlimen BERSATU termasuk nama besar macam Wan Saiful dan Saifuddin Abdullah digugurkan.


Alasan rasmi, langgar perlembagaan parti.

... 

... 


#Ceritera3 


14 Februari 2026 - Langkah PAUM


DS Hamzah Zainudin bukan jenis yang duduk diam bila diperlakukan begitu. 


Beliau kumpulkan 19 Ahli Parlimen di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Universiti Malaya.


Di sana, beliau isytihar dirinya sebagai bebas sekarang, tak nak buat sebarang rayuan,


dan paling klimaks, telah umumkan TS Muhyiddin Yasin penentang nombor satu beliau.


Per4ng terbuka antara 2 tokoh dari BERSATU bermula. 

... 

... 


#Ceritera4 


22 Februari 2026 - Rombakan Besar PN


Bila keadaan dah makin panas, PN buat Mesyuarat Luar Biasa di Pejabat PAS.


Dua keputusan besar keluar:


✅Pertama, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri diangkat sebagai Pengerusi PN yang baharu ganti Muhyiddin.

... 


✅Kedua, jawatan Ketua Pembangkang yang terawang-awang lepas Hamzah dip3cat, dipersetujui untuk diserah kepada PAS, iaitu DS Dr. Ahmad Samsuri juga sebab kerusi mereka paling banyak.

... 

... 


#Ceritera5 


13 Jun 2026 - Kelahiran Parti Wawasan Negara


Seperti yang ditunggu-tunggu dan dijangka oleh ramai orang, pasti DS Hamzah Zainudin akan bina parti baru sebagai wadah rasmi. 


Semasa Konvensyen Reset Malaysia bertempat di Tanah Merah, Hamzah akhirnya umum penubuhan parti baharu untuk payungi 19 Ahli Parlimen yang sama-sama dipecat. 


Namanya Parti Wawasan Negara (PWN).


Yang buat ramai tercengang, DS Hamzah dedah nama parti ini ialah ilham yang diberi daripada Tan Sri Hadi Awang sendiri. 


Menarik kan? 

... 

... 


#Ceritera6 


13 Jun 2026 - PAS Buka Pintu Untuk PWN


Semasa Konvensyen Reset juga, Tan Sri Hadi Awang buat kenyataan terbuka.


PAS sokong dan terima kemasukan PWN dalam gabungan PN.


Ayat paling dalam daripada beliau cakap mengenai BERSATU ialah...


"Kita dah pisah dengan BERSATU, terpulang pada dia nak duduk dengan kita, itu hak dialah.."


Maksud tersiratnya? 


Entahlah. Sama-sama kita fikirkan. 

... 

... 


#Ceritera7 


Landskap politik Malaysia sentiasa berubah. 


Baik dari mereka yang dalam kerajaan mahupun pembangkang. 


Cuma yang kita nampak dan pasti, BERSATU hilang banyak panglima, manakala Hamzah makin kukuh dengan payung baharu bersama PAS.


Apa nasib BERSATU selepas ini?


Adakah ini pengakhiran atau permulaan kepada gabungan baharu yang lain pula?


Cuba bagi pendapat.. 😄