PESAWAT BERENJIN JET PERTAMA DIBINA DI MALAYSIA SEPENUHNYA"








Ramai rakyat negara kita Malaysia sehingga kini tidak mengetahui sejarah dalam teknologi aeroangkasa negara kita Malaysia. Dimana di negara kita Malaysia, pernah terdapat sebuah syarikat yang membina pesawat yang menggunakan enjin jet. Malah pesawat enjin jet tersebut dibangunkan sepenuhnya di Malaysia.


Lebih menarik lagi pesawat tersebut mempunyai dwi fungsi iaitu untuk kegunaan awam dan untuk kegunaan ketenteraan. Malah pesawat tersebut juga pernah dicadangkan untuk kegunaan sebagai pengangkut Tentera Darat Diraja British!


Pada tahun 2009, sebuah prototipe pesawat enjin jet yang dibangunkan sepenuh di Malaysia lebih tepat lagi di Bukit Jalil, Kuala Lumpur berjaya disiapkan dengan jayanya.


Prototipe pesawat enjin jet tersebut dikenali sebagai AVCEN Jetpot. Malah acuan fuselage pesawat tersebut juga dibangunkan oleh syarikat pertahanan milik Bumiputera Melayu Tempatan iaitu DK Composites Sdn Bhd.


Pesawat AVCEN JETPOT tersebut dibangunkan oleh Syarikat Avcen Limited Malaysia Sdn Bhd yang berpengkalan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Syarikat Avcen Limited Malaysia Sdn Bhd ini adalah anak syarikat kepada Firma Avcen Limited yang berpusat di United Kingdom (UK).


Syarikat Avcen Limited ini dimiliki oleh seorang usahawan British iaitu Michael Robert Dacre selalu pengasas Firma Avcen Limited, UK. Walaupun pesawat AVCEN Jetpot ini dibina sepenuhnya di Malaysia tetapi rekabentuk dan hak ciptanya adalah hak milik Firma Avcen Limited, UK.


Walaubagaimanapun "malang tidak berbau. Pesawat AVCEN Jetpot yang dipandu sendiri oleh mendiang Michael Robert Dacre terhehempas pada tarikh 16 Ogos 2009 di Lapangan Terbang, Taiping, Perak. Kemalangan tersebut telah meragut nyawa Michael Robert Dacre. 


Pemergian Mendiang Michael Robert Dacre dalam nahas tersebut turut membawa sekali legasi teknologi pesawat AVCEN Jetpot bersamanya. Malah jika nahas itu tidak berlaku, mungkin kita akan dapat melihat pesawat enjin jet tertera tulisan "Made In Malaysia " digunakan banyak negara di seluruh dunia.


Dari sejarah pesawat enjin jet AVCEN Jetpot ini juga kita dapat melihat tentang teknologi komposit pembuatan pesawat tempatan yang milik negara kita. Malah negara luar yang maju seperti United Kingdom juga turut menggunakan teknologi komposit buatan Malaysia tersebut.


Dimana Syarikat milik Bumiputera Melayu Tempatan seperti DK Composites Sdn Bhd dan CTRM Sdn Bhd diketahui adalah dua Syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran dalam teknologi komposit pesawat termaju bertaraf dunia.


*In memory of Michael Robert Dacre


1956 to 2009





No comments: