Kempen saat akhir di DUN Klias bersemangat

 

Kempen hari penghabisan Pilihan Raya

Negeri (PRN) Sabah di N32 DUN Klias meriah apabila Penerangan KEADILAN Johor turun membantu menganjurkan flashmob KEADILAN bersama calon Abdul Rahman Md Yakub.

 Flashmob dianjurkan pada pagi tadi di

jalan utama pekan Beaufort dan mendapat sokongan menggalakkan dari penduduk setempat serta pengguna jalan raya yang membunyikan hon sebagai tanda sokongan.


"Penduduk tempatan memberikan

sokongan kepada kami dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing

"Flashmob ini berjaya dianjurkan

atas kesepakatan anggota KEADILAN Johor, sekaligus menaikkan lagi publisiti buat calon dan parti.

"Tidak lupa juga kepada jentera

KEADILAN Cabang Beaufort dan WARISAN Bahagian Beaufort yang mengambil bahagian," kata satu kenyataan di Facebook Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor.

Kempen saat akhir akan berterusan sehingga jam 12 malam ini

sebelum tamat dan pengundian akan bermula pada jam 8.00 pagi, 26 September.

KEADILAN giat berkempen hari terakhir di DUN Matunggong

 


Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong, Sazalye Donol Abdullah terus giat berkempen pada hari terakhir di Kota Marudu, Sabah.

 Kempen beliau dikuatkan dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang sentiasa berdampingan dengan calon sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 Aminuddin juga ditemani oleh ADUN Sri Tanjung, M Ravi bersama seluruh jentera KEADILAN Negeri Sembilan.

Kempen hari ini bermula dengan pertemuan bersama pengundi di Terongkongan Darat.

Sazalye kemudian mengadakan pertemuan dengan seluruh ketua adat dan ketua kampung di DUN Matunggong.

 Aminuddin juga sempat memberi amanat terakhir kepada Sazalye sebelum hari mengundi esok.

"Pastikan KEADILAN dan Warisan Plus menang, selamat menyumbang kepada kemenangan Sabah," katanya.

 DUN Matunggong merupakan salah satu kerusi yang mempunyai potensi besar untuk dimenangi KEADILAN kerana terdapat pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

 

Seramai 17,111 pengundi berdaftar di DUN Matunggong dengan 10,579 pengundi berasal dari etnik Rungus.

 

 

 

KALAU DONGENG KENAPA GELABAH

 

KALAU DONGENG KENAPA CEMAS


Shahidan Kassim kata konon ada MP sokong Anwar sebegai gimik politik dan dongeng saja. Kalau ia dongeng kenapa awak layan gimik berkenaan patut senyap dan jangan dedahkan kegusaran.

Awak kata MP bawah awak sebagi ketua backbenchers 50 orang dan 32 Umno, apa jaminan mereka tidak akan lari dan koner sebab sejarah dah merakam terdapat lebih 15 orang MP Umno dah lari tinggal Umno.

Itu fasa pertama fasa kedua dalam proses. Sepatut you tahu mereka yang lain tidak menghadapi masalah seperti setengah yang lain, mereka mungkin saja lari meninggalkan Umno kerana ingin selamatkan diri.

Hanya orang yang tahu berenang sahaja tetap tak hiraukan banjir yang datang melanda sebab mereka reti berenang. Trims.MSO

 

ANWAR TERIMA KUNJUNGAN YB MUJAHID

 Image may contain: 4 people, people sitting, table and indoor, text that says "Dahulu Kini"

Terima kunjungan YB Mujahid Yusof Rawa tadi. Beliau berkunjung santai bertanya khabar sambil saya singkap kenangan lalu bersama ayahnya allahyarham mantan Presiden PAS Tuan Haji Yusof Rawa.

Kini kami bersama dalam perjuangan yang panjang untuk melonjakkan negara tercinta ke satu tahap yang lebih baik. Semoga persahabatan dan perjuangan ini terus diberkatiNya.

Anwar Ibrahim Mampu Memacu Negara Menjadi Maju,Bertamadun Dan Berkebajik...

WARTAWAN BERTANYA GURU TOK TENTANG ANWAR( TOK USIN UG )


Lepas solat jemahat kat sejid rusila tadi, sebaik je guru tok pijak tangga keluar sejid, berpuluh wartawan menyerbu guru tok untuk bertanyakan beberapa soalan kpd duta khas timur leste, err...timur tengah ini. Guru tok terpaksa cari kerusi untuk duduk kerana guru tok sukar mahu gerakkan jari jemari dan lututnya jika berdiri. Berikut soalan yg ditanya yg sempat tok ingat dlm kepala batu tok:

W: Wartawan. H: Hadi (guru tok le teww)

W: Tuan guru duta, kelmarin Anwar kata dia dah cukup jumlah MP untuk dia jadi PM. Apa komen tuan guru duta?

H: Jumlah tak penting. Kalau bas banyak mane pung, kalau tak berenti steseng, takdop gune seseng habuk (jari jemari mula bergerak beransur2)

W: Maksud saya, Anwar mungkin akan mengadap Agong dan Muhyidin mungkin akan tumbang. Jadi, bagaimana pendirian parti tuan guru duta dalam isu ini?

H: ye...ye...Macang ana bgtahu tadi, bila bas tak mboh berenti steseng, camne bas ini mahu ke istana? (jari jemari semakin ligat berketik)

W: Ermmm..tuan guru duta, apakah parti tuan guru akan menyokong anwar?

H: Ye..ye..yang penting moral. Kalau bas itu ada moral, dia akang berenti di steseng macang burung hud-hud yang engkar perintoh nabi sulaimang. (lutut telah mula bergerak sedikit seiring dgn jari jemari di atas peha)

W: Err..apa kaitan? Maksud tuan guru duta?

H: Gini, Islang ni mudoh. Ekonomi islang mesti diuruskan dengan baik. Contoh ekonomi yg baik adalah seperti burung hud hud. Pahang dok mantik ana? (kepala lutut berlaga semakin laju seperti menghampiri klimaks)

W: Tak faham, tuan guru.

H: mung biasa naik bas dok? (tajam mata menjeling, sesekali tersenyum sumbing)

W: Biasa la. Apa kaitan dengan ekonomi dan burung hud hud, tuan guru?

H: Eheh..eheh..eheh..(ketawa gatal) kalau mu naik bas, mu bayar tambang dok?

W: Ye...tentulah. beli tiket.

H: Kalau mu beli tiket, mu dapat duduk depan ke atau belakang? (kepala lutut terus berlaga, jari jemari mula ligat berpusing)

W: Errmm..ikut no tempat duduk la dlm tiket tu...

H: hahhh...itulah dia islang. Kalau bas tak berenti steseng, orang tak boleh naik, maka bas akang kosong dan tiket takdop orang nok beli. Bila takdop orang beli tiket, ertinya bas itu mengalami defisit ekonomi dan mengakibatkan hibah tak boleh dibayar kepada tabung haji....

W: Adoii...pening saya..

H: Memang pening sebab nok buat RUU 355 bukang mudoh macang buat keropok lekor kat kedai depang nuh...

W: Apa kaitan pulak dgn burung hud hud, tuan guru?

H: Haa...baru ana nak ekpleng kat anta. Baik, burung hud hud ini adalah sejenis burung yang tiada dalang zoo negara. Kalau burung ini ada, sudah tentu tiket masuk zoo negara akang dinaikkang. Naiknya tiket akang menyebabkang inflasi kpd negara kita. Ini menjejaskang KDNK negara di mana negara ini tidak akang mampu melaksanakang hudud nanti. (lutut semakin kuat bergetar seperti hampir sangat nak klimaks)

W: Adeii..err..tuan guru, kesimpulannya, isu anwar tadi, bagaimana pendirian tuan guru duta?

H: ye...ye..kesimpulang nye...anwar mesti naik bas berenti di steseng, jual tiket, dan tentukang burung hud hud ada di zoo negara di mana kalau musim ujang turung, tadoh la air agar isu air di kelantang boleh diatasi. (mula bangun untuk balik)

W: Maksudnya?

H: Ye..ye..maksudnya, selagi ada Dap, kite tokleh berkawang dengan anwar. Udoh..udoh..ana lapar nak makang ni..(terus capai tongkat, turun tangga dan berlalu sambil tersenyum puas hati)

W: (garu kepala sambil berkata kpd tok ) betul la kata orang, tak semua lebai itu cerdik.

Tok: Na"am. Kalau guru tok cerdik, takkan dia jadi presideng parti tok...teeheheheee...

W: Kehkehkeh..

Kami ketawa bersama.

TOK USIN

Rusila

 


KERAJAAN PN SUKAR LULUS UNDANG-UNDANG, MUHYIDDIN PATUT LETAK JAWATAN


MUAFAKAT DAH NAK KARAM KOT?

 Image may contain: text

HA..HA..JIWA KACAU BUDAK NI...STROKE DIA BAIK BELUM?


W.FAUDZIN


 No photo description available.

MashaAllah. Kesihannya aku tengok makhluk ini. Takde angin, takde ribut, tiba-tiba melompat maki hamun macam orang gila kena histeria. Sepatah ayat pun Anwar tak pernah usik batang tubuh kamu, tapi kamu seperti tidak tenteram dan tidak boleh tidur selagi kamu tidak maki hamun Anwar. Sedarlah, sebelum kamu dimamah tanah.



Undi Warisan Plus bererti lindungi autonomi Sabah, tingkat dana pembangunan

 

Oleh Lim Guan Eng

(Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan)

Rakyat Sabah mengundi Warisan Plus dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri bererti mengundi untuk melindungi autonomi Sabah dan peningkatan dana pembangunan daripada kerajaan Persekutuan.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah jelas merupakan pertempuran antara dua pemimpin, Warisan Plus yang dipimpin oleh Shafie dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyokong Warisan Plus jelas merupakan undian rakyat Sabah untuk Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri, sedangkan undian untuk GRS akan membolehkan Muhyiddin memilih siapa Ketua Menteri Sabah yang seterusnya.

Rakyat Sabah tidak mempunyai pilihan selain menyokong Shafie, jika mereka ingin mengekalkan kuasa autonomi mereka untuk memilih Ketua Menteri mereka sendiri dan tidak membiarkan orang luar membuat keputusan.

Tambahan pula, menyokong Shafie juga dapat membantu meningkatkan dana pembangunan Sabah daripada kerajaan Persekutuan dengan menghantar mesej yang jelas dan tegas bahawa orang Sabah tidak akan dibuli, sebaliknya menuntut pembahagian yang adil daripada dana pembangunan yang diperlukan untuk mengeluarkan Sabah daripada kedudukan malang sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Bahkan sebelum hari mengundi esok, Muhyiddin telah mengembalikan semula projek bernilai RM4.2 juta yang telah saya luluskan sebagai Menteri Kewangan, untuk menaik taraf 24 jambatan di Kampung Sim-Sim di Sandakan. 

Projek ini adalah antara lima projek PH di Sandakan yang telah dibatalkan pada 8 Julai oleh kerajaan PN sekarang.  Empat projek lain di Sandakan yang masih dibatalkan adalah: –

  • RM4 juta untuk memasang sistem kumbahan untuk 400 rumah di Kampung Cina Sim-Sim,
  • RM400,000 untuk menaik taraf balai raya,
  • RM1 juta untuk projek jalan raya di persimpangan Jalan St Monica; dan
  • RM1 juta untuk memperbaiki rumah orang cacat penglihatan.

Mengundi Warisan Plus dapat memberi pengajaran kepada PN untuk tidak membatalkan dengan kejam projek untuk rakyat di Sabah semata-mata kerana dendam politik.

PN harus menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan cadangan Suruhanjaya Cobbold agar Sabah diberi layanan sebagai rakan kongsi setara. 

Adakah Muhyiddin lupa bahawa tanpa Sabah tidak akan ada Malaysia? Rakyat Sabah yang mengundi Warisan Plus akan mengingatkan Muhyiddin bahawa orang Sabah tidak akan dibuli dan status istimewa Sabah sebagai rakan kongsi setara.

PH telah meningkatkan dana pembangunan untuk Sabah sebanyak RM1.1 bilion daripada RM4.1 bilion di bawah Belanjawan 2018 kepada RM5.2 bilion di bawah Belanjawan 2020.

PH telah memudahcara pelaburan berjumlah RM 18.2 bilion untuk masuk ke Sabah dalam 22 bulan, berbanding dengan BN yang hanya membawa RM9.7 bilion dalam lima tahun daripada 2013-2018.

Walaupun kemenangan Shafie akan mempengaruhi kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin belum berjanji akan melakukan yang sama atau lebih baik daripada PH.

Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah yang dipilih oleh rakyat Sabah, akan menjadi peringatan berterusan kepada Muhyiddin bahawa dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang besar dan mesti melakukan lebih banyak lagi untuk Sabah. 



Shafie Apdal tak mungkin kalah, Warisan Plus tak mustahil menang bergaya

 

Oleh Nor Miswary Ramli

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal telah menunjukkan jalan keluar kepada gerombolan Musa Aman yang cuba mengambil alih Kerajaan Sabah apabila beliau tanpa ragu-ragu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bulan Julai lepas.

Selepas tumbangnya beberapa kerajaan negeri di Johor, Melaka, Perak dan Kedah maka dengan modus operandi yang sama, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan mereka punyai laluan mudah seperti itu di Sabah.

Shafie Apdal telah beberapa kali mengulangi betapa rakyat Sabah tidak perlukan mereka dari Kuala Lumpur untuk menentukan kepimpinan di Sabah.

Tegas beliau, rakyat Sabah-lah yang berhak sepenuhnya memilih pemerintah di Sabah.

Mesej beliau ini juga menjelaskan bagaimana corak kepimpinan yang mahu dipersembahkan kepada rakyat Sabah oleh pemimpin Sabah sendiri sekiranya Warisan Plus memperolehi mandat.

Saya kira Abah dan ‘kaum kerabatnya’ yang datang dari Kuala Lumpur sudah sepatutnya telah dapat mengenal pasti mengapa beliau dan kerajaan pimpinannya temui jalan buntu bagaimana untuk menandingi Shafie Apdal.

Shafie Apdal tak mungkin kalah dengan imej “Abah” dari Kuala Lumpur yang telah tewas pusingan pertama melalui langkah khianat proksinya, Musa Aman dan Warisan Plus tak mustahil menang bergaya berdepan PN dan GRS yang masih keliru siapa bakal Ketua Menteri pilihan mereka.

Lanjutan moratorium: Muhyiddin harus dengar keluhan rakyat

 

Oleh Lim Guan Eng

(Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan)

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengecewakan ramai rakyat Malaysia kerana gagal melanjutkan moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama 6 bulan lagi ketika dia mengumumkan bantuan kewangan tambahan RM10 bilion di bawah Kita Prihatin semalam. Dia mengatakan bahawa 98% permohonan untuk pelanjutan moratorium dan bantuan bank secara bersasar telah diluluskan, dengan lebih daripada 1.4 juta peminjam, dan lebih daripada 380,000 peminjam telah mengesahkan bahawa mereka memerlukan bantuan tersebut.

Walau bagaimanapun, jumlah peminjam ini masih jauh lebih rendah daripada 8 juta peminjam individu dan korporat yang akan mendapat faedah daripada lanjutan 6 bulan moratorium pembayaran balik pinjaman bank secara automatik.

Moratorium pembayaran balik pinjaman yang akan berakhir pada 30 September 2020, telah membantu meringankan beban kepada perniagaan dan isi rumah yang terjejas pasca Covid-19, dengan menangguhkan pembayaran balik pinjaman, termasuk untuk pinjaman gadai janji (mortgage) dan sewa beli. Nilai moratorium pinjaman ini kepada 8 juta peminjam individu dan korporat adalah RM 90 bilion, suatu bantuan kewangan yang besar yang telah membantu menyelamatkan mata pencarian, perniagaan dan pekerjaan.

Bantuan bank secara bersasar dan pelanjutan moratorium secara terpilih jauh lebih kecil impaknya berbanding pelanjutan moratorium pembayaran balik pinjaman bank 6 bulan secara automatik. Pemulihan ekonomi yang tidak menentu selepas penguncupan pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 17.1% pada suku tahunan kedua, iaitu prestasi yang terburuk di kalangan negara-negara ASEAN, bertambah teruk dengan gelombang kedua jangkitan COVID-19 yang berlaku di banyak negara asing.

Tan Sri Muhyiddin harus mendengar keluhan lebih daripada 6.2 juta peminjam yang tercicir apabila moratorium pembayaran balik pinjaman tamat pada 30 September, terutamanya pengundi Sabah yang akan menghadapi pilihan raya negeri Sabtu ini, untuk melanjutkan moratorium tersebut selama 6 bulan lagi. 

MASA UNTUK BERSATU, JANGAN LAGI TUDUH KHIANAT PH


MUHYIDDIN TELAH HILANG SOKONGAN . MESTI LETAK JAWATAN SEGERA

 

Pada 23 September 2020 jam 12.10 tengahari bertempat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk di persembahkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Majoriti Ahli-ahli Parlimen yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah Ahli Parlimen Melayu dan beragama Islam.

Usai pengumuman penting Datuk Seri Anwar pada sidang media itu telah dengan pantas keluar kenyataan-kenyataan sumbang dari individu-individu tertentu yang panik lalu memberi tohmahan buruk bahawa kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah satu penipuan, propaganda pilihanraya, sandiwara, rekayasa palsu, mimpi disiang hari dan sebagainya.

KEADILAN ingin mengingatkan semua pihak bahawa perkara sepenting dan segenting ini apatah lagi melibatkan insitusi tertinggi negara bukanlah satu perkara yang boleh dipermain-mainkan.

KEADILAN ingin menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar sebelum sesi sidang media itu telahpun memohon untuk mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Baginda telahpun memberi perkenan kepada Datuk Seri Anwar untuk mengadap Baginda pada hari Selasa 22 September 2020 jam 11.00 pagi namun terpaksa ditangguhkan pada saat akhir ekoran Baginda kegeringan lalu terpaksa menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

Perkara ini telah pun disahkan oleh pihak Istana melalui satu kenyataan media Istana Negara oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadli Shamsuddin.

Pengumuman Datuk Seri Anwar bahawa Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin telah kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen telah turut disahkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui kenyataan beliau yang menyatakan dengan jelas dan terang bahawa UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-ahli Parlimen mereka yang mengambil keputusan untuk menyokong Datuk Seri Anwar.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan media beliau juga maklum bahawa Ahli-ahli Parlimen UMNO yang menyatakan sokongan tersebut adalah dalam satu jumlah yang ramai.

Urutan dari kenyataan secara terbuka Presiden UMNO tersebut, KEADILAN sangat yakin bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah sendirinya sedar bahawa beliau telahpun kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen.

Ini memandangkan dengan sokongan penuh ahli-ahli Parlimen UMNO kepada beliau sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin hanya mempunyai selisih majoriti dua (2) orang ahli Parlimen sahaja.

Kesedaran kehilangan sokongan majoriti ini turut diperkuatkan lagi dengan pengakuan Tan Sri Muhyiddin sendiri yang memohon untuk Datuk Seri Anwar membuktikan sokongan majoriti beliau menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai satu proses formaliti.

KEADILAN ingin menegaskan bahawa sebarang cubaan pihak-pihak tertentu untuk menghalang pertemuan Datuk Seri Anwar dengan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang telah di perkenankan oleh Baginda adalah satu tindakan malampaui batas dan tidak menjunjung amalan demokrasi.

Ini sangat bertentangan dengan hasrat Seri Paduka Baginda yang jelas membuka pintu kepada rakyat disamping meneliti dengan terperinci segala isu-isu berkaitan perlembagaan sebagaimana ketika proses lantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 8 dahulu.

KEADILAN sesungguhnya menghormati pandangan tokoh-tokoh perlembagaan serta ahli-ahli akademik tempatan namun KEADILAN juga menegaskan hasrat Datuk Seri Anwar sebagai ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang untuk mempersembahkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukti senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang telah menyatakan sokongan majoriti kepada Datuk Seri Anwar juga adalah satu hak yang wajar untuk dihormati oleh semua pihak.

KEADILAN menegaskan sekali lagi bahawa faktanya adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin kini telah kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen.

Ini turut diakui oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui kenyataan media beliau semalam. Tan Sri Muhyiddin kini secara perundangannya telah hilang keabsahan sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia.

Oleh yang demikian, Tan Sri Muhyiddin sewajarnya berundur serta meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan cara yang terhormat memandangkan sokongan majoriti Ahli Parlimen kini telahpun beralih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KEADILAN mendukung penuh pentadbiran baru Malaysia dibawah pimpinan Datuk Seri Anwar yang pastinya akan mewakili semua rakyat, dengan majoriti Melayu-Bumiputra dan perwakilan saksama semua kaum di negara ini.

KEADILAN akur dan menyokong sepenuhnya kenyataan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim bahawa pentadbiran baru nanti akan tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktiraf kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra disamping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain.

DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya

25 September 2020



BUKAN PM BOLEH MENGHADAP AGONG – DR AZIZ BARI


BERLAKUKAH TSUNAMI POLITIK DI SABAH?





 Oleh: Redzuan Shamsudin

 

Persoalan utama selepas kempen bermati-matian parti-parti politik di Sabah selama dua minggu, menuju hari pengundian pada 26 September ini adalah apakah akan berlakukah tsunami politik?

 Jawapan itu tidak mudah ditemukan oleh pihak-pihak yang membuat tinjauan berikutan 16 parti bertanding merebut 73 kerusi DUN. Lebih menyukarkan keadaan, politik di Sabah masih dipengaruhi tokoh-tokoh veteran yang menjadi godfather atau penaung kepada masyarakat setempat.

 Misalnya calon di DUN Pintasan, Pandikar Amin Mulia yang menyertai parti kecil USNO merupakan bekas Ketua Penerangan Umno dan masih berpengaruh dalam politik. Begitu juga Anifah Aman yang mencuba nasib menyertai Parti Cinta Sabah dan bertanding di DUN Bogawan, masih dianggap tokoh Umno yang dihormati.

 Tidak mustahil biar pun parti mereka kalah teruk tetapi ketuanya yang merupakan orang lama dalam politik akan menang dan menjadi wakil rakyat di DUN Sabah.

 

Sokongan terbelah dua

 

Namun secara kasar sokongan boleh dikatakan terbelah dua di antara gabungan Perikatan Nasional (PN) – BN dan Warisan – Pakatan Harapan (PH). Parti-parti kecil lain atau parti baharu pula diramal hanya mendapat sokongan berbaki dari kedua-dua gabungan besar berkenaan.

 Dari segi naratif kempen hanya ada dua isu yang menjadi fokus utama pengundi, iaitu memilih kerajaan Sabah yang diperintah oleh anak negeri tanpa campurtangan Persekutuan atau pemerintahan mengikut telunjuk Putrajaya bagi mendapatkan lebih banyak peruntukan.

 Kedua-dua naratif mempunyai kekuatan tersendiri. Terutama di sebelah Barat Sabah, pengundi sub bandar dan kampung lebih mengutamakan parti-parti Semenanjung yang terdiri dari BN dan PN. Manakala di Pantai Timur Sabah, kawasan kubu kuat Warisan, pengundi menolak konsep campurtangan Persekutuan dan mempertahankan kerajaan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal.

 Hujah Warisan dalam siri kempen mereka amat jelas. Sabah sejak 1963 telah diperintah oleh parti pro Semenanjung dan pada 1990an Umno dibawa masuk serta memerintah secara pengaruh langsung dari Kuala Lumpur.

 Namun berbanding Semenanjung, pembangunan di Sabah terhad. Biar pun merupakan pengeluar petroleum kedua besar di Malaysia, insiden kemiskinan di negeri itu paling buruk. Sabah juga pengeluar kayu balak terbesar. Malangnya pemimpin politik dan pemodal menjadi kaya-raya sedangkan rakyat bawahan tidak mendapat kemudahan asas minimum.

 Contoh paling mudah, Sabah hanya mempunyai 10,000 km jalan berturap sementara Semenanjung mempunyai 131,000 km jalan berturap. Berbilion ringgit hasil bumi Sabah dicukai dan wang itu tidak dipulangkan sebagai peruntukan pembangunan.

 Sedangkan mengikut perjanjian pembentukan Malaysia, wilayah Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi sama taraf dengan Semenanjung. Mengikut perjanjian itu juga, Tanah Melayu tidak memberi subsidi kepada Borneo Utara dari segi pembangunan, sebaliknya Tanah Melayu akan mendapat 60% sementara Sabah mendapat 40% wang mereka sendiri untuk pembangunan.

 

Bakar semangat kekalkan Warisan

 

Hujah ini menjadi pembakar semangat kepada rakyat Sabah yang dinafikan hak pembangunan buat sekian lama untuk mengekalkan pemerintahan Warisan. Sementelah Shafie pula telah melakukan perubahan besar dengan menubuhkan tiga kementerian untuk membawa perubahan bermakna, seperti Kementerian Pelajaran dan Inovasi, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat serta Kementerian Hal Ehwal Anak Negeri. Selain itu, beliau juga telah mencukai syarikat perlombongan yang mana dana tersebut digunakan untuk pembangunan negeri.

 

Populariti Shafie meningkat mendadak lewat polisi pemberian Geran Tanah kepada penduduk. Beliau turut memansuhkan Geran Komunal dan memulihkan pajakan tanah yang sebelum ini dikurangkan menjadi 99 tahun setelah mahkamah Borneo memutuskan bahawa ianya harus dikekalkan pada 999 tahun. Shafie mengumumkan sebahagian besar hak milik tanah yang telah tamat tempoh pajakannya boleh diperbaharui dengan premium minimum.

 Polisi ini mendapat sokongan meluas penduduk di luar bandar kerana ketika era BN geran tanah jarang sekali diperolehi penduduk. Tanah-tanah kerajaan adalah hak ketua menteri mengagih-agihkan kepada kroni atau kepada syarikat perladangan.

 Dengan perubahan yang bermakna, kerajaan Shafie berusia dua tahun itu telah mendapat pujian dan pujaan pengundi. Ke mana sahaja Shafie pergi dalam ceramah dan kempen politiknya beliau disambut oleh penduduk tempatan dengan meriah.

 

Bagi yang tidak biasa dengan politik Sabah yang mana kurang sekali penyokong setia dan sokongan politik boleh berubah-ubah melalui pemberian wang atau hadiah, sokongan padu yang ditunjukkan kepada Shafie boleh dianggap sebagai bayangan awal kemenangan Warisan pada 26 September.

 

Sokongan melimpah kepada KEADILAN

 

Sokongan tidak hanya terhad kepada Shafie atau calon Warisan malah ditunjukkan juga kepada parti sekutu asal Semenanjung.

 

Misanya jelajah Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim di 7 DUN yang ditandingi parti itu mendapat sokongan padu. KEADILAN tidak menyediakan hadiah kepada penduduk setempat untuk hadir namun kehadiran sejumlah besar penyokong di tengah-tengah ancaman Covid 19 amat mengujakan. Ditambah pula kawasan di mana KEADILAN bertanding terletak di Pantai Barat Sabah dan merupakan kubu Umno – BN sebelum ini.

 Oleh itu, satu rumusan boleh dibuat bahawa riak-riak tsunami telah kelihatan di Sabah. Apatah lagi kesilapan Muhyiddin dalam kempen yang dikepalai beliau seolah-olah mengugut rakyat Sabah sekiranya mahukan lebih banyak peruntukan maka jalan terbaik adalah mengundi PN.

 Naratif itu juga dibawa oleh pemimpin-pemimpin Bersatu yang berasal dari Semenanjung, mendedahkan Shafie mengutus surat kepada pentadbiran Dr Mahathir meminta peruntukan untuk Sabah. Ditohmah kononnya Sabah tidak mungkin boleh survive tanpa sokongan Putrajaya.

 Kempen menyakitkan hati orang Sabah itu mungkin menatijahkan penyudah tidak baik kepada PN. Apatah lagi rakyat Sabah yang baru sahaja dalam proses pemulihan selepas Perintah Kawalan Pergerakan tidak begitu selesa dipaksa menghadapi Pilihan Raya Negeri lewat cubaan rampasan kuasa arahan Semenanjung yang gagal.

 Dengan janji calon-calon Warisan – PH berintegriti dan hanya ada satu calon Ketua Menteri bagi Sabah, iaitu Shafie Apdal, berbanding dua atau tiga calon bagi parti lawan maka tidak mustahil tsunami politik akan berlaku pada 26 September ini.

 Sekiranya hal itu berlaku, maka politik Sabah mungkin akan memberi kesan besar ke atas politik Malaysia. Kerajaan PN di Putrajaya berkemungkinan besar tidak selamat.

 Gabungan Politik Sarawak mungkin akan mencari sekutu baharu bagi mengelakkan tsunami Sabah menyeberang sempadan. Begitu juga Umno yang baru-baru ini presidennya Dr Zahid Hamidi telah mengesahkan beliau tidak akan menghalang Ahli-ahli Parlimen parti itu menyokong Anwar, akan lebih padu menyokong sebarang perubahan di peringkat Kerajaan Persekutuan.