Adakah lebai Tan Sri Hadi Awang tak ikut pesanan nabi punca harga barang...

HARGA AYAM NAIK, HARGA BABI KEKAL......

 May be an image of 1 person and text that says "28 NOV 2021 astro AWANI MAM MALAYSIA Harga ayam dijangka naik lagi, harga babi terus kekal"

VIDEO PENDEK : IDRUS HARUN IKUT SAHAJA SIAPA PM


 

VIDEO PENDEK : TAK LAKSANAKAN ISLAM REGA BARANG NAIK- KEH..KEH


 

VIDEO PENDEK : TAK RETI BUAT KERJA MACAM ZAMAN PH BAIK LETAK JAWATAN


 

VIDEO PENDEK : ADAKAH KERAJAAN PAK LONG MAIL NAK TUMBANG PULAK


 

VIDEO PENDEK : AMIR HIJAZ TIBAI PAK LONG MAIL


 

AMK akan lancar kempen TurunHargaBarang dalam masa terdekat

 AMK anggap 'Grand Coalition' sebagai idea pramatang

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia akan melancarkan kempen #TurunHargaBarang dalam waktu terdekat bagi mendesak Kerajaan BN mengawal harga barang barang keperluan harian yang meningkat mendadak kebelakangan ini.

Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab berkata, kempen turun harga barang antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (MPAMK), semalam.

"MPAMK telah mengadakan mesyuarat bulanan bagi membincangkan beberapa perkara utama yang berkaitan termasuklah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, PRN Sarawak serta isu harga barang.

"Meneliti perkembangan semasa, khususnya dalam soal kenaikan harga barang makanan yang mendadak, MPAMK menzahirkan kegusaran dan kebimbangan terhadap usaha kerajaan dalam menangani isu ini yang ternyata menjejaskan kedudukan ekonomi serta kehidupan masyarakat Malaysia.

"Oleh yang demikian, bagi menggesa kerajaan memberikan perhatian yang serius kepada masalah ini, AMK Malaysia akan melancarkan kempen #TurunkanHargaBarang terutamanya yang melibatkan barangan keperluan asas isi rumah rakyat negara ini," katanya.

Menurut Syukri lagi, Kempen #TurunkanHargaBarang akan digerakkan secara bersama dengan badan-badan berkepentingan bertujuan untuk menjadi saluran buat masyarakat umum menyalurkan kebimbangan dan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan dan gerak kerja kerajaan dalam mengekang kenaikan harga yang melampau.

"MPAMK juga telah membuat ketetapan untuk menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada hari Jumaat, 3 Disember, jam 11 pagi di Putrajaya bagi menggesa pihak Kementerian serta kerajaan menangani isu kenaikan harga barang keperluan asas dengan segera.

"Dalam keadaan rakyat masih berdepan cabaran ekonomi ekoran pandemik Covid19, perbelanjaan besar dana rakyat melalui belanjawan dan juga saiz kabinet, sewajarnya diterjemahkan kepada kemudahan dan kesenangan yang dapat dinikmati oleh rakyat," katanya lagi.

Kenaikan harga barang keperluan harian telah menjadi isu hangat di media sosial dengan pelbagai NGO telah menyatakan bantahan terhadap kelemahan kerajaan BN sejak seminggu kebelakangan ini.

 

'Rakyat perlu nyatakan bantahan jika seminggu harga barang tidak turun'

 



NGOs threaten protest if Muhyiddin doesn't step down by FridayKerajaan PN tiada keabsahan, PM Mahiaddin tidak wajar diberi lebih banyak  peluang - GBMRM



Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) yang mewakili 100 NGO hari ini mendesak kerajaan BN agar mengawal segera harga barang keperluan di pasaran.

Pengerusi GBMRM, Mustapha Mansor Amer Mohd Isa berkata, alasan harga sayur sayuran naik sebagaimana dinyatakan oleh Timbalan Menteri baru baru ini tidak diyakini rakyat kerana beliau menyalahkan faktor hujan.

"Ada alasan dari Timbalan Menteri, dia kata akibat dari hujan, musim hujan. Kita patut tanya di waktu Pakatan Harapan (PH) perintah dulu tak ada hujankah?

"Kalau tak ada hujan, boleh la guna alasan hujan," katanya sinis dalam sidang media NGO berkenaan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Mustapha lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) didapati tidak serius melaksanakan tanggungjawab sebagaimana pada era pemerintahan PH yang menyaksikan harga barang lebih murah dan terkawal.

"Saya imbau ketika YB Saifudin Nasution (jadi Menteri), dia gunakan seluruh kekuatan jentera kementerian untuk memastikan barangan utama tidak mudah dinaikkan.

"Kita dapat menikmati harga ayam RM5 - RM6 sekilo. Sekarang sudah RM10, mungkin ada tempat lebih lagi. Telur pun sama. Minyak masak 5kg RM35. Dari harga belasan ringgit jadi RM35. Ini tidak masuk akal.

"Sebab itu saya menyeru rakyat yang juga pengguna di seluruh Malaysia, jangan tempatkan diri anda dalam parti A atau parti B. Kita terkesan secara langsung dengan kenaikan barang ini.

"Oleh itu, kalau dalam seminggu barang tak turun, kita menyeru supaya seluruh rakyat buat bantahan. Kalau kerajaan tak mampu turun harga, rakyat mesti secara kolektif bertindak memastikan harga diturunkan. Tak ada jalan lain," katanya.

Dalam sidang media sama, Setiausaha Otai Reformis 1998, Razak Ismail berkata, kerajaan BN kini seolah-olah telah hilang kawalan dalam isu harga barang.

Malah menurutnya kos untuk mengerjakan haji pun telah meningkat mendadak.

"Terkini kita dengar nak mengerjakan haji dan umrah juga sampai RM30,000. Bayangkan. Ini pencapaian 100 hari Perdana Menteri Ismail Sabri. Kita ucapkan terima kasih.

"Macam kerajaan tak ada kawalan (ketika ini), tak tau apa benda," katanya.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar rakyat melakukan flashmob membantah kenaikan harga barang.

Bagi NGO Otai, kata Razak, mereka akan menganjurkan flashmob untuk menyedarkan kerajaan akan tanggungjawab mereka.

"Kerajaan yang stabil adalah yang boleh mengawal harga barang kerana rakyat waktu ini terkesan, menganggur dan sebagainya. Jadi kita NGO, Otai dan juga GBMRM ini akan terus lipat ganda tekanan, mengerakkan dan menyatakan bantahan mengenai barang naik.

"Dua tiga hari lepas kita nampak rakan Amanah mulakan flashmob di beberapa lokasi. Kita akan juga mula menggerakkan NGO lain agar kerajaan melihat keluhan rakyat.

 

WOIII MENTERI DAN TIMBALAN- BAIK LETAK JAWATAN LA WEYYYY- MENYUSAHKAN RAKYAT SAJA

 



KPDNHEP: Menteri Alexander, Timbalan RosolSyahredzan Johan on Twitter: "Rakyat merungut sebab ayam makin mahal.  KPDNHEP lambat bertindak, Menteri entah di mana. Apa nasihat Timbalan  Menteri pada rakyat? “Pilihah kedai yang murah”.… https://t.co/ZhbEQU9BRo"



Kenaikan harga barang keperluan harian yang seolah-olah di luar kawalan tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia ketika keadaan aman.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) memandang serius kenaikan harga bahan makanan seperti ayam, telur ayam dan sayur-sayuran yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Menurut mereka, pelbagai cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan oleh NGO, pakar ekonomi juga rakyat jelata, namun tidak banyak yang dilaksanakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan keadaan masih juga tidak berubah.

"Begitu juga, Ahli-ahli Parlimen PH telah kerap membangkitkan isu ini di Parlimen dengan tujuan Menteri dan Timbalan Menteri KPDNHEP mengambil langkah-langkah segera dalam menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan asas

"Banyak cadangan konkrit telah dikemukakan tetapi sehingga ke hari ini ternyata Menteri dan Timbalan Menteri masih gagal menangani krisis kenaikan harga barang makanan. Kini dilaporkan harga roti juga telah naik. Tidak lama lagi harga tepung, gula dan beras juga dilapor akan naik," kata mereka.

Justeru itu, menurut Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH, tiada gunanya Menteri dan Timbalan Menteri KPDNHEP kekal dijawatan masing masing sekiranya mereka tidak cekap melakukan kerja atau malah tidak faham peranan masing masing.

"JK Kos Sara Hidup PH merumuskan bahawa Kerajaan yang ada sekarang telah gagal mengatasi isu kenaikan harga barang-barang makanan.

"Maka dengan itu kami mendesak kedua-dua orang Menteri Dan Timbalan Menteri KPDNHEP supaya mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan segera," kata mereka lagi.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Hassan Abdul Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang, KEADILAN), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Ahli Parlimen Hulu Langat, AMANAH), Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin, DAP), Natrah Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN), Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP), Norhayati Bachok (Ahli Dewan Undangan Negeri Maharani, AMANAH), Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu, DAP), Asmirul Anuar Aris (Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, AMANAH) dan Cha Kee Chin (Ahli Parlimen Rasah, DAP).

 

Omicron bawa risiko global ‘amat tinggi’, dunia perlu bersedia, kata WHO




Pelanggan makan tengah hari di sebuah restoran di Hong Kong hari ini. Varian baharu Omicron telah dikesan di Hong Kong, Belgium dan Tel Aviv. (Gambar AP)

GENEVA: Varian Omicron berkemungkinan tersebar di peringkat antarabangsa seterusnya berpotensi mengakibatkan risiko lonjakan jangkitan global yang “amat tinggi” seterusnya mampu membawa “kesan teruk” di beberapa kawasan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

Agensi PBB itu menggesa 194 negara anggotanya mempercepat vaksinasi golongan berkeutamaan tinggi.

Dalam menjangka peningkatan kes jangkitan, WHO menggesa pelan mitigasi dilaksanakan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan tidak terjejas.

“Omicron menunjukkan bilangan lonjakan mutasi yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ada antaranya membimbangkan kerana berpotensi memberi kesan terhadap trajektori pandemik,” kata WHO.

“Risiko global terhadap varian baharu ini dilihat sebagai amat tinggi.”

Setakat ini, tiada kematian yang dikaitkan dengan Omicron direkodkan, namun kajian lebih menyeluruh diperlukan bagi menilai potensinya untuk mengatasi perlindungan diberikan oleh vaksin atau akibat jangkitan terdahulu, kata pertubuhan itu.

“Peningkatan kes mampu menjejaskan sistem penjagaan kesihatan dan mungkin meningkatkan morbiditi serta kematian. Kesan terhadap golongan berisiko juga tinggi, terutama di negara yang kadar vaksinasinya rendah,” kata WHO.

Varian itu pertama kali dilaporkan kepada WHO pada 24 Nov lalu dari Afrika Selatan, di mana jumlah jangkitan menunjukkan peningkatan tinggi.

Sejak itu ia telah tersebar di seluruh dunia, dengan kes baharu dikesan di Belanda, Denmark dan Australia dalam pada lebih banyak negara mengenakan sekatan perjalanan.

Jepun hari ini menyusuli tindakan Israel menutup sempadannya kepada warga asing.

RAKYAT TENAT PM TAMBAH PENASIHAT-www.zunar,my

 

Rakyat TENAT, PM tambah PENASIHAT, 50K sebulan DUIT RAKYAT kena SEBAT!

Please share.

More cartoons @ www.zunar.my



JANGAN MARAH, TERIMALAH HAKIKAT ISMAIL SABRI MEMANG PERLU RAMAI PENASIHAT DI SISINYA

 

Semalam ramai yang terkejut dengan laporan tentang perlantikan Pengerusi UMNO Kedah, Jamil Khir Baharom sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Dengan perlantikan ini bermakna Ismail Sabri kini mempunyai tiga penasihat khas – kesihatan, undang-undang serta hak asasi manusia dan agama.

Dilaporkan lagi, belanja setiap penasihat khas itu adalah sebanyak RM50 ribu sebulan, termasuk untuk gaji beberapa kakitangan.

Bermakna, untuk tiga penasihat khas itu, kerajaan membelanjakan sebanyak RM150 sebulan, walhal peranan mereka adalah bertindih dengan menteri-menteri sedia ada dalam portfolio berkaitan.

Maka itu, ramai yang mempertikaikan untuk apa penasihat khas itu dilantik, sedangkan sudah ada menteri kesihatan, menteri menjaga undang-undang dan menteri hal-ehwal agama.

Dalam kes penasihat khas undang-undang yang dilantiknya, selain sudah ada menteri yang menjaga undang-undang dan Peguam Negara, Ismail Sabri sendiri seorang yang berlatarbelakangkan guaman sebelum itu.

Jadi, untuk apa penasihat khas berkaitan undang-undang dilantiknya?

Begitu juga dengan penasihat khas agama, bersama menteri agama yang sudah sedia ada, malah Pas sebagai parti agama juga ada bersama-sama dalam kerajaan, adakah kehadiran Jamil Khir untuk menjadikan Perdana Menteri lebih alim dan warak serta menjadikan dasar kerajaan lebih Islamik selepas ini?

Selain perlantikan itu difahami adalah untuk Ismail Sabri memberi gaji, jawatan serta habuan kepada kawan-kawannya dalam UMNO, beliau sendiri sebenarnya amat memerlukan penasihat-penasihat khas tersebut di sisinya.

Walaupun sudah ada barisan menteri kabinet dan puluhan pegawai lagi di sekelilingnya atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri, semua itu ternyata masih tidak mencukupi baginya.

Sebab utama beliau memerlukan ramai penasihat khas ialah kerana Ismail Sabri, jika diteliti rekodnya sebagai menteri atau pemimpin UMNO sebelum ini, beliau adalah seorang yang diketahui memiliki kemampuan amat terhad dan bukanlah seorang yang dikenali dengan ada sesuatu kejayaan pernah diciptanya.

Hang Tuah bukan, Hang Jebat pun bukan – beliau lebih kurang seperti wujudnya Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi saja.

Maknanya, beliau bukanlah orang penting dalam senarai kepimpinan UMNO, jauh sekali pernah mencipta rekod kejayaan atau ada sesuatu perkara yang boleh dikaitkan dengannya.

Kalau dalam PRU14 pada 2018 lalu, BN tidak hilang kuasa, malah dapat mengekalkan kuasanya, belum tentu Ismail Sabri berpeluang menang Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang diadakan selepas kekalahan itu.

Sebagaimana beliau berjaya menjadi Naib Presiden UMNO banyak disebabkan oleh faktor nasib, kemenjadiannya sebagai Perdana Menteri juga lebih kerana nasib.

Jika BN tidak kalah PRU14 atau kalau Hishammuddin Hussein turut bertanding pada pemilihan UMNO 2018 itu, Ismail Sabri barangkali bukan Perdana Menteri ketika ini.

Dengan kemampuan dan kewibawaannya sebagai pemimpin diketahui amat terhad itu, Mara Digital yang merupakan idea kecilnya itu pun gagal digerakkan untuk membuahkan kejayaan.

Lantaran memiliki kemampuan dan keupayaan yang terhad juga, sudah tentulah beliau memerlukan ramai penasihat khas di sekelilingnya untuk menampakkan dirinya kelihatan lebih berkemampuan.

Tidak mustahil selepas ini beberapa lagi penasihat khas akan dilantiknya, mungkin mengikut portfolio setiap kementerian atau keghairahannya kepada perkara-perkara tertentu yang berkaitan dengan peranannya sebagai Perdana Menteri.

Mungkin selepas ini ada penasihat khas politik, budaya, bukan Melayu, pertanian, komunikasi, berkaitan Asean dan macam-macam lagi akan dilantiknya.

Lagi banyak perlantikan bermakna lagi banyak wang rakyat diperlukannya untuk membayar gaji-gaji mereka itu.

Itulah hakikatnya, tidak perlu kita marah atau bising-bising kerana inilah beban nyata yang rakyat terpaksa tanggung entah sampai bila lantaran memiliki seorang Perdana Menteri yang terhad kemampuannya.

Tapi kuasa kita sebagai rakyat masih ada untuk menamatkan semua itu – ShahbudinHusin 29/11/2021

BERGAMBAR : DEMO HARGA BARANG NAIK Sany gesa kerajaan ambil tindakan segera turunkan harga barang keperluan

 

Sany gesa kerajaan ambil tindakan segera turunkan harga barang keperluan


Pemuda Amanah dan biro mobilisasi parti itu turun ke jalan raya hari ini untuk melakukan flash mob di 14 lokasi di seluruh negara bagi menyuarakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan asas.

Flash mob itu diadakan secara rentak kira-kira pada jam lima petang tadi termasuk di sekitar kompleks beli-belah Sogo di Kuala Lumpur, yang disertai kira-kira 20 orang diketuai Adun Taman Templer Sany Hamzan.

Menerusi siaran langsung di laman Facebook media rasmi Amanah Malaysia Dateline, beberapa anggota polis dilihat menyuarakan kumpulan kecil perserta kira-kira selepas 20 minit.

Polis juga dilihat meminta para peserta menunjukkan MyKad sebelum mereka dibenarkan beredar.

Ketika dihubungi, Sany berkata mesej utama mereka adalah agar kerajaan mengambil tindakan segera bagi menurunkan harga barangan keperluan.

“Apabila harga ayam, sayur, ikan dan bahan lain naik, secara automatik harga makanan (di kedai makan) juga akan naik.

“Pastinya ini beri kesan seirus kepada rakyat yang masih bergelut untuk pulih daripada impak kewangan akibat wabak Covid-19,” katanya kepada Malaysiakini.

Selain daripada di Sogo, Sany berkata flash mob turut diadakan di satu lokasi di setiap negeri.

Katanya, Pemuda Amanah juga akan mengiringi sekumpulan individu untuk menghantar memorandum di Parlimen pada 30 Nov ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan berkata situasi yang buruk menyebabkan mereka turun ke jalan raya.

 

“Kita mengadakan flash mob di seluruh negara ini walau kita tahu bilangan kes Covid-19 masih tinggi dan himpunan awam untuk protes adalah sesuatu yang harus dielakkan.

“Tetapi kita terpaksa untuk melakukannya dan InsyaAllah kita akan ikut semua SOP. Kenapa? Sebab keadaan sekarang terlalu teruk,” katanya kepada Malaysiakini.

Nik Razak mendakwa kerajaan seperti tidak tahu cara untuk menurunkan harga barangan.

“Walhal merekalah yang ada kuasa untuk campur tangan,” katanya lagi.

Dia juga mengaitkan keadaan sekarang dengan dasar kerajaan yang menurutnya lemah – termasuk dalam soal pembukaan semula perniagaan selepas perintah kawalan pergerakan dan pengambilan pekerja asing – yang boleh memberi kesan kepada harga barang dan perkhidmatan.

“Itu belum ambil kira faktor ekonomi daripada perspektif tukaran mata wang antara ringgit dengan dolar AS, semuanya berkaitan secara langsung dengan kecekapan dan kejayaan dasar kerajaan,” katanya.

 

Hari ini bekas menteri kewangan Lim Guan Eng bertanya jika Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi sedia untuk letak jawatan jika dia gagal menangani kenaikan harga, termasuk sayuran yang menyaksikan kenaikan lebih dua kali ganda.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini membangkitkan kebimbangan selepas mendapati harga sejumlah sayuran meningkat sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.

Menurut CAP, harga sawi pendek meningkat daripada RM3 kepada RM9 per kg, harga brokoli naik daripada RM8 kepada RM20 per kg, dan harga kubis bunga naik daripada RM7 kepada RM16 per kg.

MB Pas Kelantan dedah kerajaan PH sudah mansuhkan wang ehsan dan diganti dengan bayaran tunai petroleum

 


MB Pas Kelantan dedah kerajaan PH sudah mansuhkan wang ehsan dan diganti dengan bayaran tunai petroleum


Kerajaan Negeri memandang serius berkenaan jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan Y8 Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz dalarn persidangan Dewan Rakyat pada 24 November 2021 dan rnemohon penjelasan lebih lanjut daripada Kerajaan Persekutuan ekoran jawapan tersebut yang dilihat tidak selari dengan kenyataan-kenyataan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Untuk rekod, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 7 Jun 2018 telah mernutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memansuhkan Program Wang Ehsan dan memutuskan bayaran tunai petroleum disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri.

Bayaran tunai dan hasil pengeluaran bagi negeri Kelantan telah diperakui oleh Kerajaan Persekutuan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2019 dan 28 Julai 2020 oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Kerajaan Negeri berpendirian bahawa bayaran tunai adalah kaedah yang tepat berdasarkan peruntukan yang jelas dalam perjanjian 1975 antara Kerajaan Negeri dan Petronas. lni juga adalah selaras dengan pendirian dan keputusan Kerajaan Persekutuan sebelurn ini.

Kerajaan Negeri percaya pendirian ini adafah berlandaskan semangat federalisma dan Keluarga Malaysia demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat Negeri Kelantan.

Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Hi Ahmad Bin Yakob Menteri Besar Kelantan.



Siri Kembali Kepada Rakyat. PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa. - yassinsalleh.

 

Siri Kembali Kepada Rakyat. PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa. - yassinsalleh.


May be an image of text that says "Kembali kepada kuasa rakyat PRU15 MENENTUKAN Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa Esok masihkah kita Ikan Ikan Di Kaca"


Dan Si Luncai,,
Masih Juakah Belum Lagi Mahu Terjun?
Sudah begini negara berada dalam libang libu limbo rock
yang sepatutnya bersuara para seniman setiap genre,
yang sepatutnya bersuara para sasterawan setiap aras,
yang sepatutnya bersuara para cendekiawan di awan tinggi
yang sepatutnya bersuara para profesor menara gading;
tetapinya masih jua memilih untuk jadi 3 monyet
tak nampak- tak dengar -tak bersuara
‘comfort zone snugglers’
Kenapakah demikian bunyi sunyi kalian.
'Playing it safe? Oh ya Main Selamat
dengan orgasme onani 'comfort zone'.
Dan bernyanyianlah Si Luncai,
"Lenggang, lenggang, lengganglah
lenggang kangkung di tepi jamban.”
Dan menantilah siang ke malam petang ke padi
dilempar remah dapatlah bagi makan anak bini
ditabur viagra dapatlah nyondol di belakang mati
bagai babi bagai labi-labi bagai biawak songkok tuli
dari pagi ke petang dari senja ke subuh dari jaga ke mereloh
bergoyang sendiri di tiang seri menunggu bintang jatuh
menatah nisan di kuburan meratah bangkai bercicah budu
(baca bur _t & duit)
Dan Si Luncai
masih juakah belum lagi mahu terjun?
yassinsalleh
29.05.2020
(Edited 29.11.2021)
Galeri Ikan Ikan Di Kaca
Hak Cipta © 2020 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara.

(function() { var d = document, w = window; w

Makan Rasuah Boleh Janji Jangan Kritik Kerajaan Melayu Isle?