KETUA PENERANGAN PKR DAH SEDAR KA BELUM

 

AbangMi TokPerak

Tiada lagi akhbar Suara Keadilan – Timur Daily


Penubuhan Media PH sudah menjadi wajib dan amat perlu sekarang sebelum PRU15 apatah lagi apabila BN sedang mewujudkan "command centre" untuk menjadi pusat pengumpulan maklumat daripada kerajaan sebelum disalurkan kepada rakyat.

Ini bermakna semua maklumat akan ditapis dan disaring kemudian disaluti dengan pelbagai perkara yang indah dan cantik2 sebelum disebarkan kepada rakyat bagi menarik perhatian mereka.
Apabila "command centre" ini wujud semakin sukar PH untuk mendekati rakyat sebab mereka sudah mendapat maklumat daripada kerajaan dengan lebih cepat dan pantas beserta dengan propaganda untuk mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan.
Sepatutnya Media PH sudah wujud semasa PH memerintah selama 22 bulan tetapi malangnya Menteri Komunikasi (Gobind Singh Deo) pada masa itu hanya sibuk mempromosikan 5G.
Saya pernah menulis kepada menteri pada masa itu supaya gunakan Jabatan Penerangan dan Penyiaran untuk memberikan penjelasan kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti perkauman dan dimonopoli oleh orang Cina sahaja tetapi tidak diendahkan.
Kalau komponen PH asyik bergaduh sesama sendiri dan mengenepikan kepentingan mewujudkan Media PH dengan segera maka kita hanya setakat boleh bermimpi untuk dapat memerintah semula...



No comments: