MERAPU LA.,...

 





Macam mana la bekas timbalan Ketua Ulamak PAS boleh buat kenyataan macam tu.


Orang Islam tak percaya inkarnasi ( pindah roh ) ni.. jelas itulah yang diajar oleh Islam 


Zainul Asri kata kenyataan yang dikeluarkan mengenai perpindahan roh dari jasad ke jasad itu mendakwa dimaklumkan oleh gurunya yang sudah pun meninggal dunia.


Itulah sebab aku tak sebarang ambil dari mulut ' tuan-tuan guru' ni.. manusia tak maksum kan.... 


Bab lain aku memain bole .boleh gurau senda..


 Tapi hal akidah .aku yang jahil ni serah bulat2 pada Allah..


Bukan tok-tok guru.. bukan parti politik.. takut nampak suci pada pandangan manusi.. tapi sebenarnya hina



PN AKAN KALAH TERUK


 

BOLEHKAH SESEBUAH NEGARA ITU MENCETAK WANG


 

FITNAH LOW CLASS


 

BILA MANA USTAZ KEMPEN DAN KINI DISISASAT


 

USTAZ DIN TANYA- KALAU CERAMAH KAT PAS SAJA KAH BOLEH ?


 

TAK DAK AYAQ PI KEDARAH KAT SUNGAI....BODO JA JAWAB...KAH.KAH.KAH PEMIMPIN KAMI TAK PERNAH PER ODOHKAN KAMI RAKYAT.


 

SAMBUTAN TERHADAP PMX


 

KINI PH/BN BERSAMA...PN TERGUGAT

 


Kerjasama antara PH dan BN memang betul-betul menggugat PN. Dalam PRU15, PN jadikan UMNO sebagai pengacau untuk kalahkan PH. Tapi kini, PH dan BN masuk PRN bersama. Jika undi PH pergi BN dan undi BN pergi ke PH, maka PN akan lebur.


PN tahu ini mesti dihentikan. Jadi, mereka mulakan dengan menghasut agar BN tinggalkan PH. Sebab itu ada pemimpin, baik dari BN mahupun dari PH, yang giat keluarkan kenyataan yang mengguriskan hati parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.


Tapi nampaknya usaha ini gagal. Tidak mendapat sambutan pun sama ada daripada pucuk pimpinan mahupun dari kalangan ahli akar umbi sendiri. Jadi ada pula pemimpin yang cuba memujuk UMNO agar bersama PN. Namun ini pun tak berjaya juga.


Akhir sekali, mereka terpaksa pecahkan undi PH. Alihkan undi PH/BN ke parti lain. Tapi parti yang mana? Tak ada pilihan. Zahid dan UMNO tak mahu tinggalkan Kerajaan Perpaduan. Begitu juga GPS. Yang tinggal kini hanyalah parti Muda.


Muda parti yang lemah. Jadi kena ada strategi agar Muda mampu curi undi PH/BN. Caranya? Bermula dengan Syed Saddiq serang kerajaan melalui isu LCS. Walaupun isu itu dijawab dengan tenang dan lengkap, tapi Syed Saddiq tolak kebenaran. Kenapa?


Kerana dia nak wujudkan persepsi yang kononnya PH lari dari perjuangan. Kemudian dia akan buat seolah macam memberontak dan bergerak solo. Tujuannya cuma satu. Dia nak tunjuk konon hanya Muda yang masih ada integriti. Jadi bolehlah dia alih sokongan rakyat daripada PH kepada partinya.


Jelaslah ini usaha terdesak sebab Muda bukanlah parti yang ada akar umbi. Matlamat pun tak jelas, macamana nak pecahkan undi PH? MP dan ADUN Muda pun tak perform. Syed Saddiq pun tahu hal ini tapi apa lagi usaha yang boleh dia dan PN lakukan?


Mahu tak mahu, suka tak suka, PH mesti dikalahkan dan ini saja cara yang mereka boleh fikirkan. Kalau tak banyak, dapat curi undi sedikit pun jadilah. Dengan harapan isu 3R yang terus dimainkan PN dapat menambah sokongan rakyat kepada mereka.


Begitulah. Nampaknya semua dah dirancang teliti. Memang mereka nak jadikan PRN 6 negeri sebagai pukulan TKO terhadap PH. Kalau PH kalah di enam negeri ini, mungkin akan ada MP yang tarik balik sokongan biarpun bakal kehilangan kerusi.


Apa salahnya hilang kerusi kalau habuannya besar? Kan? Pemberi habuan juga sanggup bayar asalkan tak perlu masuk penjara. PRN 6 negeri ini akan jadi jalan terakhir untuk mereka buktikan kepada MP UMNO yang pro-PN berbaloi untuk melawan Zahid.


Tapi aku rasanya usaha ini takkan berjaya. Gaya DS Anwar yang tenang buat aku percaya ada sesuatu yang DS Anwar rancang untuk berhadapan dengan strategi gila mereka ini. Kita tunggu sajalah waktu kempen nanti. Ini hanyalah pendapat peribadi aku berdasarkan observasi sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


UNDI PN DAPAT GELAKAN....NAYA OOOK.

 

Ibrahim Mat Isa.


Depa nak main isu Melayu.. Ayoh!

Baim pun Melayu.. Undi PN dapat GELAKAN!






PM bertakbir raya Aidiladha bersama kariah di Sg Long

 



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi bertakbir Hari Raya Aidiladha bersama kariah di Masjid Taman Rakan Sungai Long, Kajang berdekatan kediaman keluarga beliau.


Takbir hari raya itu dirakamkan oleh RTM 1 dan turut disiarkan di media sosial.


"Alhamdulillah saya berkesempatan menyertai majlis takbir raya sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut esok.


"Bacaan takbir raya dipimpin Imam Masjid Taman Rakan Sungai Long, Tuan Haji Mohd Zamzuri Abu Othman dan disertai ahli jawatankuasa, jemaah masjid dan penduduk setempat," katanya.


PM mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam Malaysia yang akan menjalani ibadah korban mulai hari ini sehingga Ahad nanti.


"Moga kehadiran Hari Raya Aidiladha ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua," katanya lagi.

'Anak rantau ceritalah kemakmuran negeri PH kepada orang kampung'



Anak perantauan yang mencari rezeki di negeri negeri maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan seharusnya menceritakan keselesaan mereka hidup dan bekerja di negeri seperti Selangor, Pulau Pinang atau Johor.


Terutama kepada anak rantau yang berasal daripada Kelantan, Terengganu atau Kedah dan balik kampung pada musim cuti Hari Raya Aidiladha ini.


Bagi Exco Wanita Keadilan, Noraziah Mohd Razit, ibu bapa atau kaum keluarga di kampung seharusnya maklum mengenai kemajuan yang dibawa oleh parti parti dalam Kerajaan Perpaduan seandainya negeri negeri lingkaran Melayu tersebut beralih arah dan ditadbir dengan lebih berkualiti dan mengutamakan tatakelola yang baik.


"Pujuklah mereka (kaum keluarga) untuk undi selain daripada Pas-PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Noraziah Mohd Razit

Menurut Noraziah, tentu anak rantau terfikir mahu ibu bapa dan keluarga di kampung mendapat nikmat kemudahan asas yang lebih baik. Bekalan air bersih yang sempurna serta kemudahan infrastruktur yang lebih lengkap untuk orang tersayang.


Mungkin katanya, mereka menyukai suasana kampung asal yang lebih damai dan tenteram, namun adalah kampung di Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Penang tidak damai?


"Atau adakah anak rantau yang memang mahukan semua di atas tapi risau “keislaman” akan berkurang, merasakan negeri tempat mereka berkerja tidak cukup Islam?


"Adakah Islam tidak cukup makmur di Johor, Selangor dan Negeri Sembilan?


"Adakah tiada laungan azan di Pulau Pinang?" tanyanya.


Justeru, kata Noraziah, anak rantau harus bersikap lebih rasional dan menasihatkan politik yang rasional kepada kaum keluarga di kampung agar fikiran mereka lebih jernih menjelang PRN pada Ogos ini.


* Kredit foto Selangorkini

 

Ketepi ego, kepentingan kaum kerabat demi kekuatan negara, PM seru rakyat

 

Sempena Aidiladha, Anwar Ibrahim mengajak rakyat agar bersatu tanpa mengira bangsa, terutamanya dalam membantu mereka yang lemah dan terpinggir.

Bernama - 29 Jun 2023, 


Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengajak rakyat bersama menyatukan kekuatan, mara demi sebuah negara yang maju dan sejahtera. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengajak rakyat mengetepikan ego, kepentingan kaum kerabat dan keluarga demi kekuatan negara tanpa mengira bangsa, terutamanya dalam membantu mereka yang lemah dan terpinggir.

Menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, isterinya Hajar dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan ketaatan kepada Allah, perdana menteri berkata, ia menjadi asas keyakinan dalam membawa amanah dan menunaikan cita-cita para pewaris bangsa.

Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel

FMT

“Ini tekad dan sumpah kita. Bersama kita satukan kekuatan, mara demi sebuah negara yang maju, sejahtera dan ihsan terhadap rakyatnya.

“Kepada rakyat Malaysia yang menunaikan haji di Tanah Suci, saya mendoakan agar beroleh haji yang mabrur dan semoga selamat pulang ke tanah air,” katanya dalam perutusan Aidiladha yang disiarkan di Facebook.

Anwar berkata, tanggal 10 Zulhijjah setiap tahun, umat Islam seluruh dunia melaksanakan ibadah korban sempena memperingati pengorbanan suci Nabi Ibrahim dan keluarganya.

“Meski serba kekurangan, di tanah serba gersang dalam daerah yang sepi tidak berpenghuni, namun hakikatnya tetap subur dibasahi keimanan dan kasih sayang serta keikhlasan jiwa menurut perintah yang Maha Esa.

“Pengorbanan inilah yang menjadi asas kepada sebuah perjuangan suci mengembalikan maruah umat dan menjamin keadilan buat semua,” katanya.

 

DOK RATIP DAP DAP...JOM DENGAR APA DAP BUAT. SANUSI PUN TAK BOLEH BUAT.


 

SANUSI DIA BUKAN CERDIK. NEGERI DIA PUN TUNGGANG LANGGANG.


 

Menjawab propaganda PN.



MMMS

1. Ringgit merudum -


Sebenarnya tak betul paling rendah dalam sejarah. 


Benda ni insya Allah sementara saja dan banyak dipengaruhi faktor luaran, antaranya faktor pertumbuhan perlahan China yang tidak seperti dijangka.


Yang penting ada pertumbuhan ekonomi dan inflasi terkawal. Kadar inflasi sekarang 2.8% terendah dalam tempoh setahun ni. 


Kalau ringgit jatuh dengan tiada pertumbuhan ekonomi dan inflasi melambung, itu yang patut dirisaukan.


2. Pelabur jual saham-


Pelabur saham ni dinamik dan selalu berpindah randah. Depa akan cari market yang dapat bagi pulangan tertinggi. Depa akan kembali ke market bila sampai di harga yang paling ideal untuk dibeli.


Bila ringgit kembali mengukuh, akan mempengaruhi mereka untuk kembali nanti. 


3. Harga beras naik -


Ni cuma untuk beras import bukan beras tempatan. Harga beras import bukan barang kawalan. Aku makan beras tempatan ja.


4. Harga makanan di restoran naik 1 Julai -


Errr mai kot mana ni? Apa alasannya? Kedai makan marhaen jual nasi guna beras tempatan ja.


5. Harga susu formula naik senyap-senyap -


Dari zaman Perikatan Nasional lagi isu susu formula mahal ni seperti laporan berikut. 


https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/bantut-fahami-situasi-kaji-punca-harga-tinggi-susu-formula-369393%3famp=1


Tapi ya aku setuju, kerajaan perlu amik langkah untuk cuba kawal harga susu formula. 


6. Harga lampin pakai buang naik -


Again, same with formula milk. Bukan eksklusif terjadi zaman sekarang.


Aku buat camna? Tukar kepada brand pasaraya yang kualiti lebih kurang sama, macam lampin brand Pasaraya Hero.


7. Menu rahmah RM5 berkubur -


Tak pasti kesahihannya, yang pasti setidaknya ia telah membantu ratusan ribu rakyat Malaysia selama berbulan-bulan. Zaman 33 bulan ada? 


8. Bil elektrik melambung -


Sebab cuaca panas melampau. Aircond dan peti sejuk perlu kerja lebih keras untuk dapat suhu yang kita mahu.


Aku buat camna? Tak guna langsung aircond.


Tarif baru elektrik pun tak kacau 99% rakyat Malaysia yang bil elektrik RM708 ke bawah.


Nak kena ingat apa YB Takiyudin cakap semasa dia Menteri Tenaga - "Kerajaan takkan selamanya beri subsidi" 😊


9. Tiada lagi subsidi untuk golongan kaya - 


Tidak dinyatakan secara tepat.


Untuk pengetahuan, di masa akan datang tiada lagi pengkelasan ikut B40, M40, T20.


Pengkalan Data Utama PADU akan dilancarkan hujung tahun ni, menyelaraskan data setiap agensi dan kementerian.


Lepas ni rakyat akan dikategorikan mengikut pendapatan boleh guna.


Maksudnya orang yang bergaji RM10,000 tapi ada 5 anak silap-silap dapat subsidi berbanding orang yang bergaji RM8,000 tapi belum kahwin.


10. Graduan muda mengeluh -


Again, bukan eksklusif cuma terjadi sekarang. Zaman PN lagi teruk. Sekarang indeks pengangguran dah berkurang, lebih ramai yang ada pekerjaan.


Pekerjaan setimpal kelulusan itu perlu diselesaikan dengan polisi jelas ke mana halatuju negara untuk 10-20 tahun mendatang, dan akan ambil sedikit masa.


Tapi kena ada political will yang kuat, bijak merancang dan melaksana, bukan golongan ruwaibidhoh, dan tidak sakau. 


Sebab itu polisi sekarang menumpukan ke creative economy, digital, dan juga renewable energy.


Dengan penumpuan 3 industri ini, banyak pekerjaan baru bernilai tinggi akan terwujud nanti.


Bab renewable energy, Malaysia sedang bersedia untuk lead South East Asia RE exchange market. 


Cuba ingat zaman PN, apa polisi mereka untuk menganjak Malaysia dari middle income trap ke arah high income nation?


Untuk jangka pendek dan sederhana nak bantu golongan miskin tegar serta berpendapatan rendah, Inisiatif Pendapatan Rakyat IPR dilancarkan. 


Dalam tempoh 6-7 bulan, kerajaan berjaya selesaikan low hanging fruit seperti isu bekalan ayam, telur, minyak masak kena sakau, dan sebagainya.


Hasilnya bekalan ayam, telur, minyak masak, beras stabil dan harga terkawal sekarang.


Untuk perkara yang sistemik dan lebih kompleks, tentunya akan mengambil sedikit masa.


Yang penting ada halatuju yang jelas. Selepas 5 tahun, nilai kembali pada PRU16.


Najib Bakar



PENGORBANAN



Hutang negara kini mencecah RM1.5 trilllion, kita bayar beratus juta setahun, hanya untuk bunganya. 


Perbelanjaan Kerajaan saban tahun antara tertinggi dalam rantau ini. 35% hanya untuk bayar gaji dan pencen penjawat awam. Belum lagi kira RM3bilion setahun hilang akibat ketirisan. 


Like it or not, we have to acknowledge, negara ini sedang tenat. Ini beban yang kita tanggung setelah 60 tahun merdeka, bila rasuah dan salah gunakuasa berleluasa. 


Bila negara sedang tenat, golongan pertama yang terkesan adalah golongan yang tersusah. Ada yang dibuang kerja, ada yang dipotong gaji. Peniaga dan penjaja juga tak boleh lagi mandiri. Pelanggan pun hilangkan diri. Tiada sangat duit nak diberi. 


Bila hutang tinggi dan duit negara pun tiada lagi, subsidi seharusnya diberikan di mana perlu. Isunya, Sang Maha Kaya perlu ke lagi dibantu? Ramai yang tidak mahu begitu. 


Dalam Islam, setahu saya, ada ajaran sang kaya perlu berkorban hartanya untuk si miskin. Itu konsep asas zakat dan wakaf. Dengan kekayaan, ia menuntut pengorbanan. Bersama basmi kemiskinan. 


Orang dulu bergolok gadai untuk merdeka. Tunku Abdul Rahman tak pernah kaya hingga hujung usia. Habis dijual harta pusaka. Dengan niat bina negara.


Tok nenek kita berjuang menentang penjajah. Digadaikan emas berlian. Demi anak watan dan generasi masa depan. 


Kini, orang bising. Subsidi ditarik untuk T20. Hilang lah duit kita untuk berjoli. Kerajaan katanya kejam sekali. 


Mereka yang di GLC, seperti Petronas dan TNB, tetap nak bonus tertinggi. Kenaikan gaji mereka perlu tetap sama. Tak kira la apa jadi pada negara. Itu Kerajaan punya pasal lah… 


Pemimpin2 terdahulu suruh rakyat ikat perut. Katanya, silap2 bangsa kita akan melukut. Tapi mereka tetap kaya raya dengan tali barut. Harta takkan habis hingga generasi ketujuh.


Pemimpin Kerajaan juga jangan angkuh dan lupa. Anda di atas ada amanah yang perlu dijaga. Jangan minta rakyat susah sahaja, bila kerja anda menyakau pula. 


Ya, semua kita cintakan negara. 


Tapi sejauh mana kita sanggup berkorban untuknya? 


Demi anak-anak kita… 


Eidul Adha Mubarak. 


Selamat Hari Raya Korban. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



FAWWAZ SILA BUAT KERJA DAN BUKAN BERCERAMAH SANA SINI

 





Kesan terpengaruh dengan permainan  sentimen kaum dan agama, akhirnya dapat pasu sebagai MP. Dah jadi MP pun masih sibuk nak berceramah. Tak salah tapi sampai abaikan tanggungjawab sebagai MP, tak kenalah. Elaun belasah juga. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



MP KONGSIKAN SURAT PALSU

 




Baru-baru ni MP dari PN, Wan Ahmad Fayhsal ada kongsikan surat kononnya arahan pihak USIM agar penuntut universiti itu dikerah untuk menghadiri majlis ramah mesra bersama PMX DS Anwar.


Tujuannya nak menunjukkan kononnya sambutan pelajar adalah disebabkan paksaan. Kiranya acara itu takkan berjaya kalau pelajar tak dipaksa. Begitu sekali terdesaknya mereka nak burukkan DS Anwar.


Sebenarnya surat itu palsu. Dan satu laporan polis telahpun dibuat oleh pihak USIM. Demikianlah PN. Tanpa fitnah mereka sekadar sampah terbuang.  Sangat jauh dari ajaran Islam. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



ABANG RABBIT YANG BERBAKTI




 

APA YANG TERANCAM


 

PMX DI MASJID PUTRA PERDANA

 


Menarik sebenarnya kes rasuah PAS ni.







Menarik sebenarnya kes rasuah PAS ni.

Marang

1. Pempetisyen telah membawa bukti video serta 10 orang saksi.

2. 10 orang saksi tu mengaku menerima sogokan dari PAS dengan sumpah "wallahi saya undi PAS".

3. Peguambela Marang berhujjah, calon PAS Marang ketika itu tidak tahu-menahu aktiviti sogokan sumpah itu.

4. Peguambela Marang juga berhujjah pemberi rasuah (lebai dalam video) bertindak sendirian tanpa memberitahu kepada calon PAS Marang.

5. Dan juga calon PAS Marang tidak berada di tempat kejadian ketika aktiviti rasuah itu terjadi.

6. Disebabkan itu, maka hakim berpendapat calon PAS Marang tidak melakukan sogokan, tapi orang lain yang buat. Lalu hakim kata tiada keraguan munasabah.

Di Kuala Terengganu.

1. Pempetisyen telah berjaya membuktikan, bahawa calon PAS KT memang merasuah pengundi.

2. Sogokan dibuat beberapa hari sebelum hari sebelum mengundi dan ia dilakukan sendiri oleh calon PAS KT.

3. Calon PAS KT telah menyogok pengundi dengan bantuan duit dari program kerajaan negeri.

4. Iaitu program i-Pencen, i-Belia, dan i-Siswa telah disogok dan diberi kepada pengundi beberapa hari sebelum PRU15.

5. Berdasarkan fakta yang jelas itu, hakim akhirnya memutuskan kemenangan PAS di KT dibatalkan.

Apa kesimpulannya?

Di Marang, rasuah pengundi memang berlaku tapi dia nafi dia terlibat.

Di KT, rasuah berlaku dan dia memang terlibat secara langsung.

Pendek kata, PAS ialah parti rasuah.

Demi Allah, setiap kerusi yang PAS menang, adalah menang dengan rasuah.

Description: 🙂

_*aMan muhammad *_