SARANAN KEPADA PEMIMPIN MUDA CELUPAR - DARIPADA DESAK ANWAR DIGANTI, LEBIH BAIK GESA DAP KELUAR PH


Walaupun pemimpin senior dan utama dalam DAP tetap setia dan cenderung untuk terus mempertahankan Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH, malangnya kedapatan pemimpin muda dalam parti itu yang bersikap sebaliknya.


Hanya kerana PH gagal dalam PRN Melaka, beberapa pemimpin muda DAP lantas bersikap celupar serta angkuh mendesak agar Anwar diganti segera, baik atas kedudukannya selaku Pengerusi PH atau sebagai Ketua Pembangkang.


Gaya mereka bersuara mahu Anwar diganti itu muncul dalam pelbagai nada, ada yang berterus-terang dan ada juga yang berselindung di sebalik pelbagai istilah seperti “reset” dan seumpamanya.


Dalam keadaan PRU15 mungkin hanya tidak sampai setahun lagi daripada sekarang, memperkukuh PH dan sama-sama menyumbang ke arah kekukuhannya adalah jauh lebih penting dan mustahak daripada meminta Anwar berhenti.


Lagi pula, dalam tempoh yang dikira cukup singkat sebelum PRU15 tiba di depan mata, siapakah pemimpin, baik dalam PKR, DAP dan Amanah yang mampu menggalas tugas menggantikan Anwar?


Lebih daripada itu, pemimpin DAP yang celupar itu sendiri, apakah sumbangannya selama ini ke arah memperkukuh PH, khususnya dalam konteks mempamerkan DAP sebagai parti yang sederhana dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat di negara ini?


Menggantikan Anwar bukanlah jawapannya buat masa ini kerana tanpa Anwar, PH mungkin ditimpa kekalahan yang lebih teruk dalam PRU akan datang.


Anwar setidak-tidaknya jauh lebih ke depan dari segi kemampuan dan kewibawaan berbanding Ismail Sabri Yaakob, Zahid Hamidi, Najib Razak, Mahiaddiin Md Yasin, Mohamad Hasan atau sesiapa juga yang dikira adalah pesaingnya dalam PRU15 akan datang.


Belum berjaya atau tidak berjaya menjadi Perdana Menteri, jauh sekali setakat gagal mengemudi kejayaan dalam PRN Melaka, ia bukanlah ukurannya untuk meletakkan Anwar sebagai telah gagal.


Kalaulah untuk menjadi Perdana Menteri perlu ujian kelayakan seperti dari segi kemampuan, kewibawaan, kehehatan berpidato, pintar mematahkan hujah lawan, skil komunikasi, track rekod sebagai menteri sebelumnya, jalinan hubungan antarabangsa dengan pemimpin dunia luar dan sebagainya, sebenarnya sudah lama jawatan Perdana Menteri itu menjadi milik Anwar.


Begitu pun, jika pemimpin muda DAP yang ingin menolak Anwar atau tidak yakin dengan kemampuannya itu ingin terus bersikap demikian, apa kata mereka terlebih dahulu mendesak Lim Guan Eng agar membawa DAP keluar daripada PH.


Langkah ini sebenarnya lebih munasabah seumpama jika kita tidak setuju untuk terus tinggal berkongsi dalam sebuah rumah, kitalah yang sepatutnya keluar daripada rumah tersebut.


Adalah pelik bila mana kita tidak setuju dengan seseorang yang tinggal serumah dengan kita dan sementara yang lain-lain hanya berdiam diri, kita pula meminta orang itu keluar daripada rumah tersebut.


Satu-satunya jawapan kepada keinginan tidak mahu lagi berketuakan Anwar memimpin PH ialah membawa DAP keluar daripada gabungan itu.


Kemudian, kita lihat, kalau mereka berani menyuarakan desakan itu, apakah ia akan mendapat layanan atau pertimbangan daripada Lim Guan Eng, Lim Kit Siang atau kepimpinan DAP seluruhnya.


Dan jika akhirnya gesaan itu tidak mendapat layanan atau perhatian daripada DAP, langkah yang lagi terpuji dan disanjung tinggi ialah pemimpin berkenaan yang harus keluar daripada DAP.


Pilihlah wadah perjuangan lain yang tiada kaitan sama sekali dengan DAP yang masih ingin kekal bersama PH atau dengan PH yang masih ada Anwar sebagai ketuanya.


Beranikah kamu wahai orang muda DAP? – ShahbudinHusin 23/11/2021.



VIDEO PENDEK : ANWAR HENTAM NAJIB


 

VIDEO PENDEK : HUSAM MUSA DAN SEJARAH TOK GURU SANTUNI RAKYAT


 

VODEO PENDEK : POLITIK MALAS PUNCA NAK SALAHKAN ORANG LAIN


 

MENGIGAU 40 KEROSAKAN PH, TERBUKA PEKUNG SENDIRI


Akaun Amanah ini ditubuhkan pada 14 Disember 2018 di bawah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61). . Wang daripada akaun amanah ini antaranya digunakan untuk membayar hutang syarikat 1MDB, menampung kos operasi syarikat dan akaun amanah serta pelaburan simpanan tetap. Sejumlah RM2.170 bilion telah diterima pada tahun 2019 dan sejumlah RM791.41 juta telah dibelanjakan bagi pelunasan kupon 1MDB. Pada 31 Disember 2019, baki akaun amanah ini berjumlah RM695.81 juta.



Pembunuhan kadet Zulfarhan: Ada apa di sebalik semua ini?


Kita memerlukan pemimpin yang memahami bahawa persekitaran universiti adalah bagi menyemai semangat setiakawan, persahabatan serta mendambakan ilmu pengetahuan

By

 Rom Nain

-

 

 UPNM tangguh pendaftaran secara fizikal pelajar, laksana pendaftaran dalam  talian | Astro Awani


Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Penantian empat tahun lamanya bagi keputusan mahkamah berkenaan pembunuhan kadet Universiti Pertahanan Malaysia, Zulfarhan Osman Zulkarnain akhirnya selesai.

Hukuman penjara 18 tahun dikenakan kepada enam tertuduh yang mengakibatkan kematian serta hukuman tiga tahun penjara kepada 12 tertuduh yang lain yang mengakibatkan kecederaan teruk diterima dengan reaksi bercampur-baur – yang bolehlah kita fahami dengan melihat kepada keadaan serta sifat kesnya ini.

Pejabat Peguam Negara mengumumkan bahawa ia akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi serta akan mengembalikan pendakwaan awal melibatkan tuduhan pembunuhan terhadap enam pelajar di bawah Seksyen 2 Kanun Keseksaan.

Oleh itu, proses perundangan masih berjalan dan ia sepatutnya tidak dispekulasikan secara lanjut.

Apa yang perlu kita ambil kisah sebenarnya adalah keadaan lain yang menyelubungi kes pembunuhan ini, khususnya berkaitan keselamatan serta kesucian kampus universiti di Malaysia serta kakitangan dan pelajarnya.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Benar, bagaimana dan mengapa jenayah sebegini terjadi di sebuah ruang yang sepatutnya dikelilingi orang yang berdisiplin tinggi serta keadaan yang terkawal sungguh mengelirukan dan menggusarkan.

Perkara ini perlu dijelaskan bagi memastikan kita dapat mengelak peristiwa tragik sebegini dari berulang. Apa yang dilalui oleh kadet muda ini jangan pernah diulang, tidak kiralah di UPNM atau di tempat lain.

Meneliti peristiwa yang berlaku serta persoalan yang timbul, beberapa perkara ini perlu kita perhalusi:

·         Peristiwa tragik yang mengakibatkan kematian Zulfarhan berlaku di dalam UPNM di bawah seliaan mereka. Ia sesuatu yang memelikkan saatnya keseluruhan peristiwa ini – yang berlaku beberapa hari – tidak mendapat perhatian warden bertugas serta pelajar lain yang berada di asrama

·         Dengan status UPNM sebagai universiti ketenteraan di bawah Kementerian Pertahanan, apakah ia tidak mempunyai laporan serta prosedur keluar-masuk kampus yang ketat? Jika begitu, mengapa kita dapat mendapat tahu bahawa kadet ini dapat keluar masuk kampus dan bahkan berada semalaman di luar kampus sekali gus membuatkan kita tertanya-tanya, adakah (a) peraturan ini wujud dan jika begitu, (b) adakah peraturan dan prosedur ini – dijalankan dan dikuatkuasakan oleh universiti?

·         Seperti universiti awam dan swasta lainnya, UPNM pastinya mempunyai polisi kedatangan yang ketat bagi kelas akademiknya, bukan. Bagaimana ketidakhadiran kadetnya yang begitu lama tidak disedari pensyarah sekali gus mengakibatkan persoalan berkaitan dengan penguatkuasaan serta pelaksanaan polisi ini

READ MORE:  Post-colonial universities in the service of autocratic states

 

Berdasarkan ulasannya terhadap laporan ini yang ditulis oleh Ffree Malaysia Today pada 18 Jun 2017, Menteri Pertahanan ketika itu, Hishamuddin Hussein, menyatakan bahawa peristiwa ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada UPNM serta tentera, dan sepatutnya tidak lagi diulangi.

Di dalam kenyataan sama, beliau mengumumkan bahawa Kementerian Pertahanan akan “melihat kepada keperluan untuk menilai semula sistem sedia ada di UPNM”.

Beliau juga dipetik dengan berkata, “Saya serius. Saya mahu melihat UPNM dan pusat latihan ketenteraan kita bertanggungjawab (atas kematian Zulfarhan)…. Mereka (UPNM) tidak boleh cuci tangan ke atas kes ini, dan kematian pelajar ini takkan sia-sia.”

Kini, saatnya semua sudah selesai dengan kes tragik ini, inilah masanya bagi menteri pertahanan untuk kembali menilai janjinya serta kembali melihat kepada akar isunya ini.

Tidak disangkal lagi bahawa kedua-dua tenaga pengajar serta wakil tentera di universiti ini wajib menjawab beberapa persoalan – jawapan yang patut mereka ada selepas renungan selama empat tahun lamanya ini.

Di dalam penghujahannya bagi menolak permintaan peguambela bagi memohon hukuman yang lebih ringan, timbalan pendakwaraya menyatakan bahawa kadet yang dituduh mempunyai peluang untuk menghentikan penyeksaan namun tidak melakukannya. Beliau mengatakan bahawa pengaruh budaya di universiti itulah sebagai punca.

Beliau dipetik berkata, “Saya ingin menyebut tentang budaya seperti yang dinyatakan oleh semua yang tertuduh. Adakah kita mahu mendukung budaya sebegini, adakah kita mendukung kadet yang sebegini yang kemudian akan menjadi askar, bagi melindungi negara kita?”

Aspek budaya, persekitaran yang menyelubungi tindakan sebegini perlu disiasat.

Jelas, sebuah inkuiri bebas, yang perlu ditubuhkan bersama oleh Kementerian Pertahanan serta Kementerian Pelajaran Tinggi, perlu dilakukan bagi menjalankan tugas tersebut.

READ MORE:  Higher education in Malaysia: The way forward

 

Dengan hanya memberi hukuman kepada 18 kadet yang tertuduh di atas kesalahan yang mereka lakukan ini hanyalah seakan menutup pengakhiran tragis kepada gejala yang lebih merbahaya. Akar puncanya, tidak kiralah di dalam budaya mahupun pentadbiran, perlu diteliti dan diubati pada tempatnya.

Bagi memetik hero Perang Dunia Kedua Field Marshall William Slim, di dalam perang “tidak ada tentera yang jahat, hanya pegawai yang jahat”.

Barangkali inilah waktunya untuk kita mengetahui siapa pegawai jahat yang bertanggungjawab mengacu kadet yang buruk ini dalam usaha menggantikan mereka dan budaya yang didukung dengan pemimpin yang lebih manusiawi.

Kita memerlukan pemimpin yang memahami bahawa persekitaran universiti adalah bagi menyemai semangat setiakawan, persahabatan serta mendambakan ilmu pengetahuan – bukannya keganasan, kebencian, atau perasan macho yang cukup toksik serta membodohkan.

Rom Nain
Editor bersama, surat berita Aliran
16 November 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 

Mantan Pengerusi BN P. Pinang mohon maaf kepada Guan Eng

 

Mantan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow memohon maaf kepada mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung artikel mengenai Pulau Jerejak yang diterbitkan pada 16 November 2016.

Permohonan maaf itu dibacakan di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim, Datuk Seri Tun Majid Tun Hamzah.

“Saya menyesali tuduhan saya yang tidak berasas menyebabkan kesusahan dan kesukaran terhadap Lim Guan Eng atas penerbitan artikel terbabit,” katanya seperti dilaporkan portal MalaysiaGazette.

Selain itu, Chang Yeow juga dilaporkan perlu membayar kos RM75,000 kepada Guan Eng seperti persetujuan yang direkodkan Mahkamah Rayuan pada 12 November lalu.

Pada April 2017, Guan Eng memfailkan saman menamakan Chang Yeow, Pengarang Berita Star Media Group Berhad, David Tan dan wartawan, Crystal Chiam Shiying selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Guan Eng mendakwa Chang Yeow telah memberi membenarkan dan atau menyebabkan kenyataan fitnah dan palsu itu ditulis dan disiarkan di akhbar dan laman webnya melalui defendan lain.

Beliau mendakwa defendan telah berniat jahat menerbitkan kenyataan berunsur fitnah dan palsu dalam artikel bertajuk ‘Pulau Jerejak land sale questioned’ (Penjualan tanah Pulau Jerejak dipersoalkan bertarikh 16 November 2016, yang merujuk kepada plaintif (Guan Eng).

Keputusan PRN Melaka bukti rakyat bencikan budaya lompat parti

 


Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit menyifatkan keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini telah mencerminkan kebencian rakyat terhadap budaya lompat parti.


Katanya, Barisan Nasional (BN) yang memenangi majoriti dua pertiga dalam telah berjaya mengeksploitasi isu lompat parti untuk kepentingan mereka.


“Bagi saya, orang ramai serius dengan isu lompat parti. Pendapat peribadi saya ialah pengundi Melaka telah menunjukkan mereka tidak suka isu ini.


“BN, terutama UMNO, mempunyai ramai pelompat parti meninggalkan mereka bukan sahaja di Melaka tetapi juga ahli Parlimen," katanya.


Namun, beliau yakin perkara yang sama tidak akan berlaku di PRN Sarawak.


“Pakatan Harapan (PH) juga boleh menyediakan kerajaan yang stabil. Kita di PH Sarawak kini tiada katak. Oleh itu, hanya PH Sarawak adalah alternatif yang baik kepada GPS dalam membentuk kerajaan akan datang," katanya.

 

Tokoh peguam, pejuang reformis Kamar Ainiah meninggal dunia

 



Salah seorang pejuang awal era Reformasi dan pernah menjadi pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, peguam syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman meninggal dunia hari ini akibat komplikasi diabetis.

Kamar Ainiah sebelum ini aktif membela pimpinan dan aktivis semasa era reformasi dan memberi sumbangan dalam perundangan syariah di negara ini.

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Allahyarhamah serta keluarga.

"Terima berita sedih bahawa sahabat seperjuangan kami, seorang tokoh peguam, dan antara reformis terawal saudari Kamar Ainiah Binti Kamaruzaman telah pergi menyahut panggilan Ilahi.

"Saya doakan keluarganya kuat serta tabah mendepani ujian. Semoga rohnya diberi tempat yang terbaik oleh Yang Maha Esa," kata Anwar dalam catatan di Facebook.

Difahamkan satu majlis bacaan Yasin dan Tahlil akan diadakan jam 9 malam ini secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet.

Majlis anjuran Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) itu akan dipimpin oleh Ustaz Iz’aan.


PELABUR MANA NAK DATANG KALAU DALAM 4 TAHUN 3 PERDANA MENTERI- INI BUKAN AFRIKA TAPI MALAYSIA

 

ASUWADI ISMAIL

Betul tak apa kita cakap... Negara luar tak iktiraf kerajaan yang ada hari ni kerana bukan undi dari rakyat...

Sebab itu Pelabur lari... Kerja tak ada...barangan naik mendadak... Semua ni kerana rancangan tebuk atap.....
JAWAB LAH DEPAN ALLAH nanti siapa yang susahkan rakyat di saat pemimpin hidup senang hasil duit rakyat....
May be an image of 1 person and text that says "UM Utusan Online DIGITA 3h "Mengapa negara luar tidak mahu datang dan melabur di negara kita, kerana mereka tidak mengiktiraf kerajaan yang sebegini, sekali mengundi dapat tiga Perdana Menteri". https://www.usan.com.my/terkini /2021/1/sayabisikan-kepa-prdana -menteri-bukan-ketua-kampung/ i UTUSAN. UTUSAN.COM.MY 'Saya bisikkan kepada Perdana Menteri, bukan ketua kampung'"
Ramzan Ahmad, Mohd Hazwan and 51 others
7 comments
3 shares
Like
Comment
Share