MGID

UTUHKAH KERAJAAN MUHYIDDIN


Malek Hussein

‪Berdasarkan perkembangan sehingga hari Isnin, 18 Mei 2020, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin disebut media sebagai mempunyai sokongan 113 Ahli-Ahli Dewan Rakyat, bererti beliau berkuasa dengan majoriti tipis 2 kerusi sahaja.‬

‪Dengan lain perkataan, PM Muhyiddin boleh ditumbangkan jika hanya 2 Ahli Dewan Rakyat berpaling tadah.‬

‪Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan PM Mahathir Mohamad awalnya bermajoriti kukuh dengan sokongan 139 Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Majoritinya 28 kerusi. ‬

‪Majoriti Kerajaan Mahathir hilang apabila 32 Ahli Parlimen (PKR 11, Bersatu 21) mengkhianati Pakatan Harapan(PH). Pada hari pengkhianatan itu, PM Mahathir hanya tinggal disokong oleh 107 Ahli Parlimen dan hilang majoriti.‬

‪Namun, pada waktu Muhyiddin Yassin dinamakan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri, Mahathir telah berjaya mengumpulkan sokongan 114 Ahli Parlimen secara Akuan Bersumpah. PH mempersoalkan pelantikan Muhyiddin, tetapi sudah tidak boleh membuat apa-apa kerana Muhyiddin selesai mengangkat sumpah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan dan memenuhi syarat pelantikan menurut Perkara 43(6).‬

‪Selepas pengesahan jawatan PM Muhyiddin, hanya tinggal dua cara sahaja yang boleh memaksakan PM Muhyiddin meletakkan jawatan.‬

‪⚫️ Cara pertama, Dewan Rakyat meluluskan Usul Undi Tidak Percaya di bawah Perkara 43(4).‬

‪⚫️ Cara kedua, PM Muhyiddin dibuktikan tiada majoriti dalam senario Ahli-Ahli Parlimen blok Kerajaan pula berpaling tadah dari menyokongnya atau beberapa Ahli Parlimen hilang kelayakan di bawah Perkara 48(1)(e).‬

‪Cara pertama sudah pun dicuba melalui Ahli Parlimen Langkawi yang mengemukakan Usul Undi Tidak Percaya yang sepatutnya dibentang, dibahas dan diundi dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas yang baru lalu. ‬

‪Namun, PM Muhyiddin berjaya mengelakkan diri dari Usul tersebut dengan menggunakan kuasanya sebagai Ketua Majlis Mesyuarat untuk memendekkan Mesyuarat daripada 15 hari kepada 1 hari dan hanya untuk melangsungkan istiadat Pembukaan Parlimen dengan penyampaian Titah Diraja sahaja.‬

‪Apapun, Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri masih boleh dibawa ke Mesyuarat Kedua yang akan bermula pada 13 Julai hingga 27 Ogos 2020.‬

‪Cara kedua, ialah dalam senario Ahli-Ahli Parlimen penyokong PM Muhyiddin berpaling tadah atau kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen.‬

‪Dikatakan kini mempunyai sokongan 113 Ahli Parlimen, Kerajaan PM Muhyiddin akan tumbang jika tidak kurang 2 Ahli Parlimen berpaling tadah.‬

‪PM Muhyiddin memimpin Kerajaan dalam “politics of convenience” bagi memboleh UMNO dan BN kembali berkuasa dengan menarik sokongan Bersatu, pengkhianat dari PKR, PAS, GPS dan beberapa parti kecil.‬

‪Oleh kerana Kerajaan tidak dimenangi dan dibentuk melalui mandat rakyat dalam pilihanraya, ia dibentuk melalui mengumpulkan sokongan dengan membahagi dan mengagihkan ‘ghanimah’ berupa jawatan dalam Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Kaitan Kerajaan (GLC).‬

‪Melalui “politics of convenience”, setakat ini PM mendapat jaminan sokongan 90 Ahli Dewan Rakyat melalui pelantikan-pelantikan berikut:-‬

‪▪️62 Ahli sebagai anggota Jemaah Menteri,‬
‪▪️24 Ahli jadi Pengerusi berbagai Agensi Kerajaan / Badan Berkanun / GLC,‬
‪▪️3 Ahli sebagai Duta Khas, dan‬
‪▪️1 Ahli menjadi Menteri Besar.‬

‪Daripada 113 Ahli Parlimen, hanya 90 Ahli sahaja dijamin memberi sokongan berikutan menikmati ‘ghanimah’ jawatan yang berdana dalam Kerajaan Muhyiddin.‬

‪23 Ahli Parlimen lagi bertaraf ‘backbenchers’ tanpa jawatan dalam Kerajaan Muhyiddin. Daripada jumlah itu, 13 adalah dari UMNO yang mana 5 daripada mereka sedang menghadapi pertuduhan berbagai kes rasuah, pengubahan wang haram dan salahguna kuasa di Mahkamah.‬

‪Percaturan kuasa Kerajaan Persekutuan akan berubah, jika:‬

‪🔴 Tidak kurang 2 Ahli Parlimen berpaling tadah, atau ‬

‪🔴 Tidak kurang 2 Ahli Parlimen disabitkan kesalahan oleh mahkamah dengan hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang dua ribu ringgit dan tidak mendapat pengampunan bebas. Mereka yang sedemikian hilang kelayakan menjadi Ahli Parlimen sepertimana menurut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.‬

‪PM Muhyiddin berada dalam kedudukan kuasa yang tersangat rapuh. Selain daripada Usul Undi Tidak Percaya di Parlimen, Kerajaan Muhyiddin akan tersingkir jika Mahkamah sabitkan kesalahan ke atas hanya dua daripada lima Ahli Parlimen UMNO yang sedang menghadapi pertuduhan.‬ Lima Ahli Parlimen UMNO itu terdiri daripada Pekan, Bagan Datuk, Putrajaya, Baling dan Kinabatangan.

‪Tidaklah hanya Pembangkang dan karenah dalaman Perikatan Nasional sahaja yang sedang menghantui PM Muhyiddin, malah mahkamah juga akan turut menghantuinya.

‪Sekian.‬

Senarai Lantikan Ahli Parlimen/ADUN/Pemimpin Politik Pengkhianat Nasional (PN) ke GLC dan Agensi Kerajaan: (Kemaskini: 21 Mei 2020)



Umno:
1. MP Jelebu/Umno - Dato Jalaluddin Alias - Pengerusi UDA Holding
2. MP Gerik/Umno- Dato Hasbullah Osman - Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad
3. MP Cameron Highlands/Umno - Dato Ramli - Pengerusi Amanah Raya Berhad
4. MP Padang Terap/Umno - Dato Seri Mahdzir Khalid - Pengerusi TNB
5. MP Pasir Salak/Umno - Dato Sri Tajudin Abd Rahman - Pengerusi Prasarana
6. MP Jerantut/Umno - Dato' Hj Ahmad Nazlan Idris - Pengerusi Lembaga Getah Malaysia
7. MP Machang/Umno - Datuk Ahmad Jazlan Yaakub - Pengerusi MPOB
8. MP Besut/Umno - Dato Seri Idris bin Jusoh - Pengerusi FELDA
9. MP Kimanis/Umno - Datuk Mohamad Alamin - Pengerusi MyIPO
10. Calon (Kalah) Umno Parlimen Pasir Gudang PRU14 - Datuk Seri Khaled Nordin - Pengerusi Boustead Holding Berhad
11. MP Jempol/Umno - Dato' Salim Sharif - Pengerusi RISDA

MCA:
12. Calon PRU14 kalah Parlimen Tanjung Malim/MCA - Dato Seri Mah Hang Soon - Timbalan Menteri Pendidikan
13. Calon PRU14 kalah Parlimen Seremban/MCA - Datuk Ching Sin Woon - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang.
14. Calon PRU14 kalah DUN Machang Bunok/MCA - Dato' Tan Teik Cheng - Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang
15. Calon PRU14 kalah DUN Bemban - Datuk Koh Chin Han -  Pengerusi Pelabuhan Melaka.
16. Naib Presiden MCA - Dato Sri Tian Li Ker - Timbalan Menteri Perpaduan Nasional

PAS:
17. MP Marang/PAS - Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri
18. MP Bachok/PAS - Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - Pengerusi Kesedar
19. MP Pasir Putih/PAS - YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.
20. MP Pasir Mas/PAS - YB Ahmad Fadhli Shaari - Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
21. MP Dungun/PAS - Wan Hassan Mohd Ramli - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
22. MP Setiu/PAS - YB Tuan Shaharizukirnain Bin Abdul Kadir - Pengerusi TEKUN
23. ADUN Jabi, Exco Terengganu/PAS - YB Dr Azman Ibrahim - Pengerusi Lembaga Kenaf & Tembakau Malaysia

GPS:
24. MP Bintulu/GPS-PDP - Datuk Seri Tiong King Sing - Duta Khas Ke China Bertaraf Menteri
25. MP Hulu Rajang/GPS-PRS - Datuk Wilson Ugak Kumbong - Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Niosh)
26. MP Sibuti/GPS-PBB - YB Lukanisman Awang Sauni - Pengerusi SEDA
27. MP Tanjung Manis/GPS-PBB - Datuk Yusuf Abdul Wahab - Pengerusi CIDB
28. MP Betong/GPS-PPB - Datuk Robert Lawson Chuat - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu.
29. MP Serian/GPS-SUPP - Dato Sri Richard Riot - Duta Khas Ke Asia Timur Bertaraf Menteri
30. MP Baram/GPS-PDP - Anyi Ngau - Pengerusi Lembaga Koko Malaysia
31. MP Igan/GPS-PBB - Ahmad Johnie Zawawi - Pengerusi Bukan Eksekutif Indah Water Berhad (IWB)

PPBM:
32. ADUN Permas/PPBM - Che Zakaria Mohd Salleh - Pengerusi Kejora.
33. MP Beaufort/PPBM - Datuk Azizah Mohd Dun - Pengerusi MARA
34. Ahli Dewan Negara/PPBM - Razali Idris - Pengerusi Ketengah
35. MP Sabak Bernam/PPBM - Dato Hj Mohd Fasiah Hj Mohd Fakeh - Pengerusi FAMA
36. MP Tasek Gelugor/PPBM - Shabudin Yahaya - Pengerusi Felcra
37. ADUN Kempas/PPBM - Dato Osman Sapian - Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia

MIC:
38. Bekas Ketua Pemuda MIC Bahagian - Datuk Nelson Renganathan - Pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF)

Bebas:
39. MP Bukit Gantang/Bebas - Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal - Pengerusi LKIM

...

Boleh tambah kalau ada yang tak tersenaraii...

LEBAI LANGGAR JANJI BIASA....BUKAN BARU..BERSEPAH DALAM UTUBE



Baca kenyataan Mukhriz ... MB tebuk atap Si Sanusi sebelum ini pernah datang berjumpa Mukhriz..dan berjanji akan menyokong Mukhriz sebagai MB.. tetapi mereka Khianat..

kalau nak tahu..itulah wajah PAS.. mereka berjanji dan Khianat..Sama lah seperti Haji Hadi sebelum ini..Berapa kali mereka mengulangi taat setia mereka kepada Tun Mahathir.. Dan lihat bagaimana mereka mengkhianati Tun Mahathir.....

Dalam sejarah Islam.. Sejarah Khalifah Islam.. ramai dari mereka berperang melawan Kuffar, Orang Kafir.. boleh dikatakan mereka menang dalam setiap pertempuran.. Nabi dan Sahabat pernah mengikat perjanjian dengan orang Kafir termasuk dalam perjanjian Hudaybiyah.. Biarpun pernah diKhianati.. ia tidak meruntuhkan Kerajaan Islam mahupun mencederakan batang tubuh Nabi.....

Tapi dalam sejarah Islam.. Pemimpin hebat seperti Saidina Ali, Khalifah ini mati bukan sebab pertempuran dengan orang kafir.. tetapi pemberontakan sesama Islam, dan Muawwiyah dapat mengalahkan Ali disebabkan Pengkhianatan kelompok Khawarij.. Khawarij yang menjadi dalang.. mereka boleh dikatakan menjadi alat kelompok Muawwiyah..

Begitu juga sahabat yang sehebat Saidina Umar.. Dia mati bukan disebabkan kelompok Kuffar.. Tetapi Ahli Ibadah..Mereka membacakan ayat Allah ketika melakukan pembunuhan..

Ibnu Katsir di dalam Al Bidayah Wal Nihayah menceritakan ketika saat Khalifah Usman diserang, Ditikam sembilan kali di dadanya, Amr Bin hamiq melafazkan kata

أما ثلاث منهن فلله وست لما كان في صدري عليه...

".. Adapun tiga tikaman ini kerana Allah dan enam tikaman kerana dendam di dalam dadaku ”...

manakala Saidina Ali dibunuh ketika waktu Subuh, Ketika mahu Melaungkan Azan Subuh di Masjid, Pada hari yang Mulia Hari Jumaat, dalam bulan yang mulia, bulan ramadhan.. Ketika Abdul Rahman Bin Muljam yang juga dikenal sebagai al muqri, Ahli Quran.Tokoh Quran yg dihantar ke mesir oleh saidina Umar..ketika dia ditangkap, dia meronta ronta sambil menjerit ayat 207 Surah Al Baqarah..

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

" Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya "

Semua peristiwa pembuhan ini datang dari kelompok ahli Ibadah(Khawarij) mereka merasakan mereka membunuh..Berkhianat itu kerana Allah..dan mempergunakan ayat ayat Allah..

Jadi fahamkan kita, Kenapa Nabi mengingatkan berulang kali akan bahaya kelompok Khawarij ? Itu sebab Nabi mengulang ngulang supaya kita memerangi mereka... Dalam satu hadis Nabi mengulangi 3 kali supaya kita memerangi mereka..

sabda Rasulullah SAW:

يَحْقِرُ أَحَدَكُمْ عَمَلَهُ مِنْ عَمَلِهِمْ، يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ، فَإِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ، ثُمَّ إِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ، ثُمَّ إِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ

Maksudnya: “Mereka menghina amalan kamu (dengan membandingkan amalan mereka dengan amalan kamu), mereka memerangi umat Islam, maka apabila mereka keluar maka perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka…”

Riwayat Ahmad

Jadi fahamkan akan bahaya kelompok ini.. Jangan sesekali mempercayai mereka..

Tazkirah Ramadhan

 Mei 2020

Ipohmali

FB MMP DAN MDR DULUNYA KEMAIN DESAK KPM BELI ITU INI..SEKARANG DIAM BILA KERAJAAN MELAYU ISLE PEGANG..




Rusia Mulai Proses Produksi Sukhoi Su-35, untuk Indonesia?

By Seto Ajinugroho, Rabu, 20 Mei 2020 | 15:13 WIB
Rusia Mulai Proses Produksi Sukhoi Su-35, untuk Indonesia?
Rusia Mulai Proses Produksi Sukhoi Su-35, untuk Indonesia?
Sosok.ID - Manufaktur pembuat pesawat tempur kenamaan Rusia, Komsomolsk-on-Amur baru-baru ini memulai produksi Heavy Fighter Sukhoi Su-35 Flanker.
Segala dugaan pun muncul untuk siapa Rusia memproduksi Su-35?
Karena dalam daftar pemesan ada nama Indonesia, China, Mesir serta Venezuela.
Mengutip TASS, Rabu (20/5/2020) namun harapan Rusia Fansboy di Tanah Air pupus karena TASS menyatakan Rusia memproduksi Su-35 untuk AU Mesir.
Mesir sendiri sudah menandatangani pengadaan Su-35 sejak tahun 2018.
Dan secara bertahap akan dikirim ke negeri Pharaoh itu.
“Pabrik Pesawat Gagarin di Komsomolsk-on-Amur telah memulai produksi Su-35, yang akan dikirim ke Angkatan Udara Mesir berdasarkan kontrak yang ditandatangani pada 2018,” kata TASS.
“Walau gelombang pengiriman sesi pertama ke pihak Mesir belum ditetapkan, karena pembatasan yang diberlakukan sebab oleh wabah coronavirus ,” tambahnya.



AHLI PARLIMEN PEGANG JAWATAN SALAH.


Liaya Marzuki


Sekarang tengah hebat dilakukan pembahagian jawatan GLC di kalangan ahli Parlimen.

Yang saya musykil, Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan mengatakan ahli Parlimen akan hilang kelayakan kalau “dia memegang suatu jawatan berpendapatan”.

Adakah ini termasuk jawatan di GLC yang memberi pendapatan antaranya berpuluh ribu sebulan?

Benda ni PH pun buat. So 2x5. Kalau tak betul, kita betulkan.

Yang pasti, kita lantik wakil rakyat untuk jadi wakil kita di Parlimen. Bukan jadi wakil kita dalam badan korporat.

Pohon pencerahan siapa-Siapa  yang pakar...



KENAPA KEDAH PULAK NAK JADIKAN CONTOH? KAN KELANTAN DAH BERPULOH TAHUN DAH PERINTAH?




𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗣𝘂𝗹𝗮𝗸 𝗡𝗮𝗸 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗠𝗼𝗱𝗲𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦❓
Mentang-mentang la Kedah di bawah PH sebelum ini catat pelaburan langsung asing (FDI) ke-3 tertinggi dalam negara pada tahun 2019, 𝗧𝗜𝗕𝗔-𝗧𝗜𝗕𝗔 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗣𝗔𝗦 𝗻𝗮𝗸 𝗰𝗹𝗮𝗶𝗺..❓ 😂😂😂
𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗨𝗟𝗨𝗛-𝗣𝗨𝗟𝗨𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗦 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗢𝗗𝗘𝗟 ?.. Tercorot rupanya 😂😂😂
𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 ‼
Telah terbukti keberkesanan pemerintahan PH, 6 negeri di bawah PH duduki tangga TOP-6 CATAT FDI TERTINGGI dalam negara.

Anwar Ibrahim: Penjelasan Terkait Rakaman Audio Mesyuarat Terakhir Majlis Presiden PH Yang Tular



Anwar akui audio 2 puak bertelagah dalam mesyuarat terakhir PH tulen


Presiden PKR Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim mengesahkan ketulenan rakaman audio mesyuarat Pakatan Harapan pada minggu terakhir ia berkuasa Februari lalu, menyaksikan menteri dan pemimpin parti Pakatan Harapan bertelagah secara terbuka berhubung tempoh Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Presiden PKR itu berkata, segala perdebatan dalam mesyuarat itu juga betul kerana beliau sendiri hadir dalam mesyuarat tersebut sambil mendakwa ketegangan tersebut dirancang dan terdapat dalangnya.
“Memang tepat apa yang disuarakan itu bukan palsu, memang berlaku begitu dan saya tidak fikir ia berlaku tanpa perancagan baru, tanpa dalang besarnya kerana seperimana kita tahu yang dibangkitkan itu soal kedudukan Tun Mahathir sebagai perdana menteri,” katanya menerusi penjelasan di Facebooknya, hari ini.
Anwar berkata perkara itu dibangkitkan dengan menyingkap kembali janji yang dibuat PH bahawa jawatan perdana menteri hanya digalas sementara oleh Mahathir dan diserahkan kepada beliau, malah perkara itu dipersetujui semua parti gabungan.
“Disebut mulanya setahun, 2 tahun, kemudian lepas Apec, saya setuju semua, itupun tidak memuaskan hati golongan ini, ada kakak itu sebut kalau boleh biarlah (Mahathir) selamanya, ini putar belit politik, paling rendah dan jijik dalam sejarah,” katanya dipercayai merujuk kepada bekas ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Menerusi penjelasanya, Anwar mengakui beliau pada awalnya tidak bersetuju Mahathir diangkat sebagai perdana menteri, bagaimanapun akur dengan muafakat yang dibuat PH dan bersetuju walaupun ada pihak yang menyifatnya sebagai tidak tegas dalam menyatakan pendirian.
Anwar berkata, kekecohan dalam mesyuarat tersebut dirancang apabila beberapa pemimpin PPBM dan bekas PKR membuat bantahan jika isu peralihan kuasa dibangkitkan.
“Bila dalam mesyuarat itu, beberapa orang PPBM dan pengkhianat dalam PKR merancang membuat gesaan yang keras membantah apa-apa pandangan tentang transisi menyebabkan beberapa teman kita dari Amanah, PKR dan DAP bersuara.
“Ye kita sokong Tun Mahathir sebagai perdana menteri, tapi kita ada perjanjian, ini dari 1 tahun, ke 2 tahun, lepas Apec, lepas itu 3 tahun kemudian sampai bila-bila, jadi ia bertentangan dengan perjanjian, itu mengkhianati perjanjian, bukan sahaja kepada kertas PH tapi kepada rakyat,” katanya.
Anwar berkata, selepas perbalahan begitu panjang menerusi mesyuarat itu, beliau akhirnya mengambil jalan tengah dan menyerahkan kepada Mahathir bila beliau mahu menyerahkan jawatan.
“Saya dengar panjang lebar, bertelagah dan sebagainya waktu itu dan saya tahu sandiwara politik itu, saya lama dalam politik saya dapat baca ini orang nak cari alasan terutamanya dalam PPBM dan kumpulan pengkhianat untuk kata mereka tak setuju dan keluar (PH), saya dapat baca maka saya konsisten dengan sikap saya, saya kata tak perlu berebut, kita runding, jadi saya ambil keputusan serah kepada Mahathir.
“Kemudian saya disergah termasukk dari teman-teman dari PH termasuk DAP, Amanah dan PKR, mereka kata Anwar apa ini kita sudah putus selepas Apec tapi kenapa pilih lepas begitu.
“Saya kata kalau kita buat kenyataan tegas ia akan menyebabkan perpecahan dan saya nak elak daripada golongan pengkhianat guna alasan ini nak keluar (PH), tapi namanya pengkhianatan, buat cara baik macam mana dia khianat juga, kerana rencana mereka bukan nak selamatkan Mahathir tapi menyelamatkan mereka dengan khianat kepada PH untuk dapat tempat,” katanya.
Sebelum ini tersebar rakaman audio selama 2 mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Feb lalu menunjukkan 2 puak, 1 bertegas tempoh jelas untuk Mahathir memberi laluan kepada Anwar dan 1 lagi kumpulan berpendapat perbincangan peralihan kuasa menjejaskan kredibiliti PH.
Dua pemimpin yang paling lantang membantah sebarang tindakan mengehadkan tempoh jawatan Mahathir ialah Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Presiden PKR ketika itu, Mohamed Azmin Ali.
Kedua-duanya memberi amaran kepada Mahathir yang beliau akan menjadi perdana menteri “lame-duck” jika beliau bersetuju dengan garis masa itu.

Hadi kena bayar RM13.2 juta kos guaman di Mahkamah London, dakwa Clare

Hadi kena bayar RM13.2 juta kos guaman di Mahkamah London, dakwa Clare
Clare diwawancara oleh Iswardy dan disiarkan semalam oleh satu blog.

LOMPAT PARTI AKAN JADI ‘NEW NORMAL’ MENJELANG SIDANG PARLIMEN JULAI?

DI MALAYSIA , ORANG JAHAT SELALU UNTUNG


Simpang malaikat 44, bak kata org tua-tua.  Cukup la nak niaya kat Melaka.  Takkan orang yang dah ngaku jadi tukang bawa duit tunai jutaan ringgit untuk Isa Samad, bekas Pengerusi Felda tu, nak dilantik jadi TYT Melaka? 

Hancuss...kalau la betul.   Tapi mana tau kot-kot  upah sebab dia ni la yang kuat bodek si Sembab dan paling kuat suara dan hentak meja depan Tun M dlm meeting Bersatu..

.

TUN BERILAH PELUANG ANWAR PM KERAJAAN PH 2.0

NGO CADANG SPR RAMPAS KERUSI WAKIL RAKYAT MELOMPAT

TUN M...SILA JAWAB 3 PERSOALAN INI.

Buat Tun M yang kami kasihi, konteks Kelantan.





Nak sambung persoalan Abdul Samad Mahmood, dalam konteks Kelantan sahaja dengan Tun M.

Tun M, kami respek kamu masih kekal bersama PH walaupun kamu ada peluang untuk menjadi PM jika bersama PN. Jalan sukar yang kamu pilih itu saya respek.

Walaupun saya bersetuju dengan tindak balas Tun terhadap pendedahan audio (edit) tu, tapi bab 3 item ni saya tiada kompromi dan mahukan jawapan. 3 tu; RM400 juta, Menteri Rosak dalam Kabinet PH dan bela DS Azmin Ali sebelum polis siasat.

Kes DS Azmin siap video pun tidak ada tindakan, biarlah kes rakaman ini berlalu hingga rakaman penuh didedahkan.

Banyak hal saya berpendapat keputusan Tun tidak menguntungkan PH dalam membuat keputusan, dan saya nak tambah 3 lagi persoalan tambahan;

1. Kenapa pemberian Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan disebut ‘Wang Ehsan’, ia langgar manifesto PH. Azmin Ali dan Lim Guan Eng pun cakap benda sama. Sedangkan kita tahu ia Royalti. 2 telaga dari 12 semuanya. Tindakan memberi tangkapan yang negatif rakyat Kelantan kepada PH.

2. Kenapa Tun M lantik Azmin Ali jadi Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan? Sedangkan semua tahu hubungan Azmin dengan Pas sangat erat sejak dalam perebutan MB Selangor - Langkah Kajang lagi. Tindakan ini menyebabkan PH Kelantan tidak mampu berperanan dengan baik dengan agensi-agensi Persekutuan di Kelantan. Tindakan ini memberikan kelebihan kepada DS Azmin, spt ‘conneting the dots’ plot plot untuk penubuhan PN.

3. Kenapa Tun M lantik Rina Harun jadi Menteri KPLB? Ceroi sangat. Hingga semua MPKK dapat kat lantikan politik PAS, tambahan 5 pun tidak berkesan dengan baik kerana tiada jawatan Pengerusi dan Su dikuasai mereka. Hingga perlu diwujudkan MPKKP, itu pun ambil masa 2 tahun baru selesai. Inilah jentera akar umbi PH sebenarnya. Lepas lantik MPKKP terus Kerajaan PH digulingkan. Kini dia pun bersama lompat dalam Kerajaan PN.

Tapi untuk kebangkitan PH 2.0, saya mencadangkan Tun M bukan lagi sebagai PM, jadilah Penasihat Kerajaan Malaysia.

PH pula boleh lantik DS Mukriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri 1, Timbalan Menteri 2 dan 3 bagi pada Amanah dan Dap atau Warisan/Borneo, dengan DS Anwar Ibrahim sebagai PM ke 9. Sekian.

Selamat menunaikan ibadah Ramadhan dan Menyambut Aidilfitri. Sekian

Syam Ghaz

(function() { var d = document, w = window; w

ANWAR DAN SKIM SISWAZAH MENGANGGUR 80AN-.- KINI IANYA DIPERKENALKAN DI PORT DICKSON UNTUK PETANIAN MODEN

  Sekitar 1986, ketika beliau menjadi menteri pertanian, beliau telah melancarkan siswazah tani. Lebih kurang macam itu.Masa tu banyak mahas...