Semangat Bi-Partisan diperlukan untuk menjayakan Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19*

 *Media Release*


*Semangat Bi-Partisan diperlukan untuk menjayakan Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19* 


Pakatan Harapan telah menubuhkan satu Jawatankuasa bernama Pakatan Harapan Immunisation Taskforce yang dipengerusikan oleh saya, Dr Dzulkefly Ahmad (Bekas Menteri Kesihatan), dan dianggotai oleh wakil tiga-tiga parti dan semua Exco Kesihatan negeri-negeri Kerajaan Pakatan Harapan. 


Tujuan penubuhan Taskforce Vaksin ini adalah seperti berikut:

1. Membantu menyakinkan dan menjayakan Program Imunisasi COVID-19 oleh kerajaan, samada kerajaan negeri Pakatan Harapan mahupun Kerajaan Pusat dengan semangat bi-partisan.

2. Mengembleng tenaga semua wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan membantu dalam  Komunikasi Strategik tentang manfaat vaksin COVID-19, membenteras fahaman anti-vaksin dan koordinasi perlaksanaan imunisasi di kawasan Parlimen dan DUN masing-masing.

3. Melibat urus dengan pakar perubatan, golongan berkepentingan (stakeholders) dan NGO dengan kaedah "whole society approach" dalam memantau dan menjayakan perlaksanaan Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19. 


Pakatan Harapan mengenali kesukaran dan kesulitan mengendalikan Program Imunisasi secara menyeluruh dalam masa yang singkat. Kejayaan atau kegagalan program imunisasi  akan menentukan kesihatan rakyat, keupayaan kapasiti kesihatan  dan pemulihan ekonomi negara. 


Demi kepentingan rakyat dan masa depan negara, Pakatan Harapan ingin melangkau jurang politik untuk bekerjasama dengan kerajaan. Kami berharap langkah ini akan menyakinkan rakyat dalam menerima immunisasi. 


Kami juga ingin menyeru Kerajaan Pusat dengan semangat bi-partisan melibatkan wakil-wakil Pakatan Harapan dalam Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). Penglibatan wakil PH dalam JKJAV akan menghantar mesej kepada rakyat bahawa Pelan Imunisasi Kebangsaan melangkau politik dan mendapat sokongan seluruh negara. 


Anggota Pakatan Harapan Immunisation Taskforce termasuk YB Dr Lee Boon Chye (Bekas Timbalan Menteri Kesihatan), YB Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching), YB Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut), YB Sim Tze Tzin (Bayan Baru), YB Dr Ong Kian Ming (Bangi), YB Dr Siti Mariah Mahmud (Exco Kesihatan Selangor), YB Dr Norlela Ariffin (Exco Kesihatan Pulau Pinang), YB Veerapan (Exco Kesihatan Negeri Sembilan). 


Sekian Terima Kasih. 


YB Dr Dzulkefly Ahmad

Pengerusi,

Pakatan Harapan

Immunisation Task Force.

29 January 2021.



Dr Wan Azizah: Ini Antara Nyawa & Mati, Jangan Mempermainkan Ini Kerana ...

Dr Dzulkefly Ahmad: Vaksin Bukan "Silver Bullet", Kesihatan Awam Adalah ...

Anwar Ibrahim: Dalam Soal Rakyat & Kesihatan Awam Itu Pun Nak Untung Lag...

BELUM PUN BULAN 3..

 

Bob Kelanang



Pakar kesihatan US meramalkan kita akan mencatatkan angka 5 ribu kes sehari menjelang bulan MAC, rupa2nya ia berlaku sebelum tamatnya bulan Januari... jadi apa guna darurat ? Apa guna PKP? Ini hanyalah kemahuan PM Din dan gomen tebuk atapnya yang sedaq depa dah hilang majoriti. MCO dan SOP apa benda? 

Ni plan B gomen PM Din untuk lanjutkan daruratlah...

SEMBURIT TU APA DIA YA....AKU TAK PAHAM...

 


Orang yang  mengaku buat kerja di hotel Sandakan itu adalah Haziq.  Haziq beritahu pasangannya adalah Azmin. 

 Tiba-tiba Azmin kata dia keluar parti kerana masalah moral Anwar.  Peliknya, alasan ini diberikan setelah dia berpakat dengan si Sembab untuk khianat PH.  Hakikatnya dia amat takut kalau Anwar jadi PM, kes di hotel Sandakan akan terbongkar.  Itu je



MACAM SYARIKAT MELAYU, TAPI CINA PUNYA..BMF LA SANGAT


Mohd Zaimi Saad

Boss Susu Farm Fresh dah tak larat tepis. Isu Farm Fresh bukan syarikat Bumiputra sekali lagi hangat padahal dulu dah hangat. Punyalah gigih rakyat Malaysia check SSM untuk tau siapa pemegang saham dan director syarikat disebalik Farm Fresh. 


Boss Susu selama mempromosi produk Farm Fresh tak pernah sebut pun Farm Fresh ni syarikat milik Bumiputra dan celah mana jadi isu? En Azmi tu ada pegangan saham minoriti dalam syarikat dan nilai pun boleh tahan. Yang kaki condemn, kaki sebar kebencian dalam FB silap-silap ASB pun tak sampai RM100.00. Sebab? Sebab terlalu sibuk dengan kejayaan orang lain. Go get a life la fucker.


Kampret!




JIKA SAYANGKAN NEGARA INI, JANGAN TAKUT DAN JANGAN BERHENTI MENOLAK MUHYIDDIN


Semua kita memang sayang dan cintakan negara ini kerana di Malaysia inilah kita dilahirkan, membesar, mencari rezeki, berkeluarga membina kehidupan, melalui hari tua dan akhirnya sehinggalah menemui kematian.


Malah, melalui sedikit sebanyak harta atau warisan yang ditinggalkan, kita juga mahu anak cucu dan generasi kita yang seterusnya kekal berada dan menyayangi negara ini.


Tetapi, selari dengan rasa sayang dan cinta kita kepada negara itu, kita tentulah mahukan keadaannya bertambah baik untuk didiami bagi pewaris kita yang seterusnya.


Kita tentu akan berasa sengsara, kecewa dan tertekan melalui kehidupan ini jika kita merasakan negara ini akan bertambah buruk dan tiada jaminan untuk dilalui oleh anak cucu setelah ketiadaan kita nanti.


Lainlah bagi mereka yang bergantang duit simpanan, rumah, harta dan saham bersepah di seluruh negara sebagai peninggalan atau ada bapa mertua yang pemurah memberi projek ketika berkuasa, rasa cemas terhadap nasib anak cucu barangkali tidaklah terlalu mencengkam.


Namun, kategori kayangan yang bernasib baik itu terlalu sedikit bilangannya, manakala rakyat lain secara majoritinya hanyalah biasa-biasa saja laluan hidupnya di mana mereka masih perlu mencari kerja atau menjalankan perniagaan sebagai sumber meneruskan kehidupan.


Soalnya, adakah negara kita dalam keadaan baik, boleh dibawa ke arah lebih baik atau bertambah buruk di bawah kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin sekarang?


Asas kepada terbentuknya kerajaan secara umumnya ialah apabila sesebuah parti itu menang pilihanraya yang memberi makna ia disokong oleh majoriti rakyat.


Kerajaan yang sah, dari segi undang-undang dan moral, adalah kerajaan yang diredhai rakyat.


Muhyiddin dan kerajaan PN yang ada hari ini tiada semua keredhaan itu kerana beliau menjadi Perdana Menteri adalah melalui komplot pintu belakang serta pengkhianatan yang terancang.


Tak sedar dek untung kerana menang atas tiket PH yang menggunakan logo PKR, Muhyiddin bersama beberapa pengkhianat lain sebaliknya menikam PH untuk mengejar kepentingan peribadinya.


Beliau bukan disokong untuk menjadi Perdana Menteri atas keyakinan terhadap kewibawaan serta kepimpinannya, tetapi beberapa kelompok yang menyokongnya sejak awal lagi adalah berdasarkan pelbagai kepentingan yang berbeza.


Lebih buruk, selain sejak mula majoriti yang dimilikinya amat diragui dan beliau sendiri takut untuk membuktikan keabsahannya di Parlimen, kemudian melonggokkan rasuah jawatan untuk mengukuhkan kedudukan, setelah kedudukannya kian terancam pula beliau telah mengusulkan nasihat kepada Yang Dipertuan Agong agar darurat dikuatkuasakan.


Dengan itu rasa tidak puas hati rakyat yang bermula dengan tidak merestui kerajaan PN ini tambah membuak-buak serta membesar hari demi hati.


Berlapikkan alasan Covid19 untuk melindungi kedudukannya, termasuk dengan mencadangkan darurat, fokus kerajaan untuk menangani wabak akhirnya jadi tidak menentu dan berubah-ubah setiap minggu.


Ini kerana kerajaan pimpinan Muhyiddin tiada fokus untuk menjaga rakyat, sebaliknya keutamaan lebih kepada menjaga kedudukan daripada dijatuhkan semata-mata.


Antara nasib rakyat yang kelaparan, tiada wang dan tiada pekerjaan, Muhyiddin jauh lebih sayang kerusi Perdana Menteri yang didudukinya daripada mereka itu.


Lantaran itulah kelulusan dewan yang tidak perlu di Pagoh boleh diluluskan dengan cepat, manakala untuk memberi vaksin demi keselamatan rakyat; dengan Myanmar, Nepal dan Bangladesh pun kita ketinggalan berbanding mereka.


Ketiga-tiga negara yang dikata mundur itu sudah pun mula memberi vaksin bagi rakyatnya, tetapi kita hanya hujung Februari baru bermula.


Hari demi hari seterusnya, dengan kes Covid19 terus meningkat walau ada PKP dan darurat, ekonomi kian melemah, pelaburan menurun 68 peratus, indeks rasuah jatuh kerana rasuah politik terhadap Ahli-Ahli Parlimen untuk mengekalkan kedudukan dan pengguguran beberapa kes berprofil tinggi begitu berleluasa, rakyat kian mengeluh dengan pelbagai kesempitan, selain kedudukan minoriti kerajaan terus dipertikaikan, Muhyiddin pada hakikatnya adalah Perdana Menteri paling gagal dalam sejarah negara ini.


Tidak sampai setahun berkuasa, bukan saja neraka kehidupan makin terasa, bahkan sebenarnya tiada jaminan negara ini akan bertambah baik jika beliau tidak segera diturunkan.


Desakan agar beliau meletak jawatan dengan mudah boleh kita dengari di mana saja setiap saat, setiap hari tanpa henti.


Kepada rakyat yang cinta dan sayangkan negara ini, yang ada anak cucu untuk kehidupan yang harus dilalui, penolakan ternadap Muhyiddin ini bukan saja harus diteruskan, malah wajib dipertingkatkan sentiasa dan sepanjang masa.


Sama ada melalui penolakan itu Muhyiddin akan berundur atau tidak, sekurang-kurangnya apabila PRU tiba nanti, ia mampu menjadi gelombang untuk menghempas beliau dan semua yang bersekongkol dengannya daripada terus mentadbir negara ini.


PN yang berjaya membentuk kerajaan melalui pengkhianatan, kemudian diteruskan dengan kegagalannya mengurus negara ini dengan baik seperti yang ada hari ini adalah suatu pengkhiantan juga kepada anak cucu kita yang mewarisi kehidupan seterusnya.


Kita akan berdosa kepada anak cucu kita jika tidak menolak kerajan ini, lalu memberikan mereka sebuah negara yang buruk dan teruk untuk kehidupan mereka. (Shahbudindotcom 30/01/2021)



62 sukarelawan jadi individu terawal terima suntikan vaksin kajian klinikal COVID-19


Abd Hadi Che Awang
62 sukarelawan jadi individu terawal terima suntikan vaksin kajian klinikal COVID-19
Majoriti sambutan yang diterima untuk menjadi sukarelawan di hospital berkenaan adalah dari kumpulan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun dari pelbagai latar belakang. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: 62 sukarelawan menjadi individu dan kumpulan terawal di Malaysia yang menerima suntikan vaksin bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah pada Sabtu.
Jumlah berkenaan merupakan sebahagian daripada 375 individu yang disasarkan menjadi sukarelawan bagi proses penerimaan suntikan kajian klinikal vaksin COVID-19 di hospital berkenaan.
Menurut Ketua Jabatan Pusat Penyelidikan Klinikal HSAH, Dr Vijaya Kumar L.Suppan, sukarelawan berkenaan dipilih daripada kalangan individu yang berumur 18 tahun keatas dan memiliki tubuh badan yang sihat selain tidak melibatkan wanita mengandung, wanita yang bercadang untuk mengandung serta wanita yang masih berada dalam proses penyusuan.
Tambah beliau, majoriti sambutan yang diterima untuk menjadi sukarelawan di hospital berkenaan adalah dari kumpulan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun dari pelbagai latar belakang.
Kebanyakan mereka mengetahui maklumat berkaitan Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 melalui media sosial seperti aplikasi Facebook, Whatsapps dan Twitter.
"Para sukarelawan ini telah menjalani program saringan pada hari Khamis lalu dimana mereka telah menjalani ujian suhu, ujian fizikal ujian COVID dan juga ujian darah, dan juga lain-lain data tentang sejarah kesihatan mereka tentang penyakit kronik.
"Kajian ini hanya melibatkan sukarelawan yang berumur 18 tahun ke atas dan dalam keadaan yang sihat, setelah berjaya jalani saringan pada Khamis dan keputusan darah dan COVID adalah negatif maka mereka boleh dapatkan vaksin COVID pada hari ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, sukarelawan terbabit juga akan dikawal selia dan dipantau pihak hospital selama satu tahun selain perlu menjalani beberapa ujian lain untuk mengetahui kesan suntikan yang mula dilaksanakan hari ini.
Dalam pada itu, Dr Vijaya turut berharap orang ramai terutama yang tinggal di utara tanah air untuk berdaftar sebagai sukarelawan bagi Kajian Klinikal berkenaan di enam hospital termasuk di HSAH Sungai Petani, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Hospital Taiping, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Seberang Jaya dan Hospital Pulau Pinang.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan menyatakan bahawa Kajian Klinikal Fasa 3 adalah merupakan kerjasama antara negara Malaysia dan China menerusi Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS).
Kajian sama turut dijalankan di Brazil selian Kajian Klinikal Fasa 1 dan 2 telah dilakukan di negara China.
Vaksin kajian berkenaan adalah menggunakan platform vaksin tidak aktif yang diperbuat daripada virus yang telah dimatikan.
Kira-kira 3,000 sukarelawan akan terlibat di seluruh negara yang mana kesemua mereka akan menerima suntikan di sembilan hospital KKM yang dijadikan tapak kajian di bawah seliaan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM termasuk enam hospital diatas selain Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Umum Sarawak.


AWAT HANGPA TAK PI GODAM KERAJAAN LEMBAB DAN LEMAH DALAM BANYAK HAL...CUBA HANGPA DEDAH NAK TENGOK..? DAH PANDAI SANGAT GODAM SANA SINI...HA.HA

 Polis siasat ‘Anonymous Malaysia’ yang beri amaran untuk lancarkan serangan siber

Polis siasat ‘Anonymous Malaysia’ yang beri amaran untuk lancarkan serangan siber

Polis telah membuka satu kertas siasatan terhadap “Anonymous Malaysia” yang memberi amaran kedua untuk melancarkan serangan siber, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia menerima laporan berhubung ancaman penggodam terbabit dan akan menjalankan siasatan atas kesalahan mendatangkan khianat awam dan ugutan jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505 dan 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (1998),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baru-baru ini, kumpulan penggodam Anonymous Malaysia membuat ancaman untuk menggodam laman sesawang kerajaan menerusi satu klip video yang tular di platform media sosial.

Antara dakwaan kumpulan itu dalam klip video berdurasi 55 saat ialah sistem sekuriti Malaysia berada pada tahap rendah dan boleh menyebabkan para penggodam menjual segala maklumat yang bocor, selain lebih 46 juta data pengguna syarikat telekomunikasi telah digodam sehingga hari ini.


Anonymous Malaysia hari ini mengeluarkan satu lagi video berdurasi tiga minit 17 saat yang mendakwa “scammer” terus menipu orang ramai menerusi e-mel, panggilan telefon dan laman sosial sejak 2015 berikutan kebocoran data.

Kumpulan itu mendakwa punca utama perkara itu berlaku kerana pelayan daripada pihak swasta dan kerajaan yang mengandungi maklumat peribadi telah digodam dan dibocorkan sebelum dijual kepada pihak ketiga.

Pada Selasa lepas, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.


 

S’PURA SARING 55K PEKERJA ASING, KEMATIAN BERTAMBAH TAKSAMPAI 8 ORANG

 S’PURA SARING 55K PEKERJA ASING, KEMATIAN BERTAMBAH TAKSAMPAI 8 ORANG

EMPAT KEGAGALAN BESAR, MUHYIDDIN WAJIB LEPAS JAWATAN


COVID-19: Macam-macam nasihat saya beri, akhirnya saya juga salah? - Najib

 

Firdaus Azil
COVID-19: Macam-macam nasihat saya beri, akhirnya saya juga salah? - Najib
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau tidak sangka ada pihak menyalahkan dirinya kerana peningkatan kes sehingga menghampiri 6,000 semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan kekesalan kerana beliau juga yang dipersalahkan ekoran situasi COVID-19 membimbangkan di negara ini.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau tidak sangka ada pihak menyalahkan dirinya kerana peningkatan kes sehingga menghampiri 6,000 semalam.
Ujarnya lagi, pihak tersebut mendakwa beliau tidak memberi nasihat yang sewajarnya kepada Kerajaan, dan cuba menjadi ‘hero’ kerana ingin menyalahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Yang beri amaran bahawa kuarantin rumah bagi pelawat asing akan cetus gelombang baru COVID-19, Najib. Yang tak setuju Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubar dan Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan, Najib.
“Yang bidas kerajaan kerana proses kuarantin bagi mereka pulang dari PRN Sabah lembab, Najib Yang suruh kawal ketat dan sekat rentas negeri seluruh Semenanjung Malaysia di peringkat awal selepas PRN Sabah pada ketika kerajaan suruh kita tenang dan dakwa keadaan masih terkawal, Najib,” katanya lagi.
Selain itu, beliau turut berkongsikan beberapa lagi kritikannya terhadap Kerajaan, yang turut dilaporkan secara meluas oleh media.
Najib berkata, beliau sebelum ini turut mengkritik tindakan Kerajaan memansuhkan sekatan rentas negeri, serta melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika kes semakin naik.
“Yang desak untuk naikkan semula tempoh kuarantin ke 14 hari (tapi tak dibuat kerajaan) dari 7 hingga 10 hari pada ketika mutasi UK semakin mengganas, Najib.
“Yang suruh kerajaan ambil tindakan tegas pada masa kes COVID mencecah 100,000 (tapi juga tidak dibuat kerajaan), Najib,” katanya lagi.
Malah, Najib berkata, beliau turut menegaskan beberapa kali bahawa Kerajaan perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan amat ketat untuk tempoh dua minggu.
Katanya lagi, ia bagi memastikan segala usaha dan penat-lelah petugas barisan hadapan, tidak sia-sia begitu sahaja.
“Tapi akhirnya selepas PKP 2.0 separuh masak selama 17 hari masih gagal, kes baru cecah 5,700 kes dan jumlah kes melepasi 200,000, Najib juga yang salah sebab tak nasihatkan kerajaan?” soalnya lagi.


PERCEPAT PROGRAM VAKSINASI, BELI DARI PELBAGAI SUMBER


ADA LAGI YANG PERCAYA DIA NI?

Orang tua yang dah lupa asal usulnya... Menunggu kapal warisan balik ke Kerala... Ramai org Malaysia dah benci dia.. Katanya.


Malaysia yang gagah dan berjaya dibangunkan oleh tangannya... Akhirnya tangannya juga menghancurkannya . 


AKU turut simpati akan nasibnya dan kebodohannya...

# Pray4 Mahathir..



 

INDONESIA CIPTA ALAT PENGESAN COVID MELALUI PERNAFASAN DAN CEPAT....MALAYSIA CIPTA SEJARAH LAMBAT TERIMA VAKSIN DARI NEGARA NEPAL


 

MALAYSIA JUGA PUNYA KEWANGAN KUKUH..TAPI PENYAMUN BANYAK DAN RASUAH MEMBENGKAK....

 


Dulu bila Singapura lebih dulu terima vaksin, ada menteri PN bagi alasan sebab negara tersebut punya kewangan yang kukuh dan mereka boleh beli vaksin COVID-19 awal.

Sekarang ni Nepal, Myanmar dan Bangladesh pun lebih dulu beli vaksin. ADAKAH ini menunjukkan kewangan negara Nepal, Myanmar dan Bangladesh LEBIH KUKUH dari M'sia ??!.. Pelabur asing pun dh tak berani nak melabur dlm negara..

Apa yang lembab sangat Menteri PN ni buat kerja?

#PNipu

#darurat109

SR


Image may contain: 1 person, text that says "Kes baharu dalam tempoh 14 hari *(setakat 28 Jan. 2021) INDONESIA Bermula vaksin COVID-19 155,575 Januari 2021 MALAYSIA 50,353 FILIPINA "Kajian klinikal vaksin COVID-10 di Malaysia baru bermula Jan. 2021" MYANMAR THAILAND 22,929 5,774 4,541 366 SINGAPURA Februari 2021 Januari 2021 Februari 2021 Disember 2020 VIETNAM 115 KEMBOJA Mei 2021 BRUNEI 27 LAOS SR suara akyat 6 3 Kenapa Malaysia lembab sangat? SARS-COV-2 ARS-CoV-2 onavirus .V1D.19 Coronavirus Vaccine SARS-COV-2 Coronal Vaccine"

TAK PERLU PUN SEDEKAH PADA NEGERI NEGERI NI...BUKAN NAK KENANG SANGAT PUN..BALAK BELAMBAK...DUIT ROYALTI BANYAK...

 Banjir: Selangor salur sumbangan RM2 juta kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang

Banjir: Selangor salur sumbangan RM2 juta kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang

Tiga negeri di Pantai Timur yang terkesan akibat kejadian banjir baru-baru ini menerima sumbangan berjumlah RM2 juta daripada kerajaan Selangor, hari ini.

Sumbangan itu berjumlah RM1 juta kepada negeri Pahang, dan masing-masing RM500,000 kepada Kelantan dan Terengganu.

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pihaknya mengucapkan terima kasih atas ingatan rakan sejawatannya Amirudin Shari.

“Ini sebagai perbelanjaan bagi meringankan beban penduduk negeri ini yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.

“Walaupun hanya dapat bersemuka secara atas talian demi mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP), namun ia amat bermakna,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Penghargaan sama turut dinyatakan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob sambil menjelaskan sumbangan itu akan digunakan untuk membantu kerajaan negeri itu dalam usaha pemulihan pascabanjir.

“Saya bersama-sama menteri besar Selangor secara atas talian berkongsi pengalaman mengenai situasi banjir Kelantan dan menyempurnakan simbolik penyerahan.

“Sumbangan tersebut amat bermakna kepada rakyat Kelantan. Terima Kasih,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.

Sementara itu Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyambut sumbangan itu dengan pepatah Melayu ‘kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan’.

“Alhamdulillah, setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor atas sumbangan RM500,000 bagi membantu kerajaan negeri Terengganu dalam usaha pemulihan pascabanjir,” katanya. 


Covid-19: Graduan baharu berdepan peluang pekerjaan yang amat mencabar

 Covid-19: Graduan baharu berdepan peluang pekerjaan yang amat mencabar


Dengan pemulihan ekonomi yang perlahan, pakar percaya prospek pekerjaan akan menjadi sukar bagi graduan baharu.

Bagaimanapun, sekiranya graduan baharu menyesuaikan diri dengan trend semasa dalam permintaan pasaran, pakar percaya ia mungkin membuka jalan kepada peluang pekerjaan yang tidak konvensional.

Menyifatkan peralihan itu sebagai “mencabar”, Zulaikha Azmi, eksekutif penyelidikan di Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi, memberitahu FMT bahawa majikan kini cenderung ke arah kerja jarak jauh berasaskan kontrak dengan waktu kerja lebih fleksibel.

Walaupun laluan kerjaya tradisional yang stabil akan tetap ada, Zulaikha berkata, graduan baharu bersedia untuk menguasaikemahiran di luar kurikulum mereka.

“Trend seperti itu menuntut graduan baharu terus-menerus mengemas kini kemahiran mereka sendiri,” katanya.

Graduan baharu harus berfikir di luar kotak supaya tidak ketinggalan.”

Beliau berkata, graduan baharu mungkin tidak akan menempuh laluan kerjaya yang sama dengan senior mereka.

“Mungkin tidak akan ada lagi graduan yang hanya mempunyai ‘satu pekerjaan’,” katanya.

“Bekerja di luar bidang pilihan anda mungkin menjadi kebiasaan kini berbanding sebelum ini.”

Beliau juga berkata, kemasukan pekerjaan mungkin sukar bagi graduan baharu, sekali gus menggesa kerajaan supaya menimbangkan lebih banyak penyelesaian jangka panjang bagi membantu golongan itu memasuki pasaran pekerjaan.

“Sebagai contoh, kolaborasi dengan sektor swasta untuk memberi insentif dalam pengambilan graduan baharu baru mungkin akan membuahkan hasil.”

Beliau juga berkata, institusi pendidikan tinggi harus menyesuaikan diri dan berusaha melengkapkan graduan mereka dengan set kemahiran yang tepat untuk pasaran kerja baharu.

Lee Hwok-Aun.

Dalam pada itu, Lee Hwok-Aun, felo kanan di Institut ISEAS-Yusof Ishak, memberitahu FMT bahawa graduan baharu dengan kemahiran yang sesuai dengan mod e-dagang mungkin lebih berkemungkinan diambil bekerja.

Namun katanya, kecenderungan Malaysia untuk menghasilkan pekerjaan berkemahiran rendah, rutin, dan bergaji rendah mungkin berterusan.

“Ini melihat kepada kekosongan jawatan yang diiklankan di MyFutureJobs,” katanya.

“Daripada 267,000 peluang pekerjaan, pekerja kilang merangkumi kategori terbesar iaitu sebanyak 13% daripada jumlah keseluruhan.

“Tiga pekerjaan terbesar berikut, iaitu pembantu jualan, pembantu kilang, dan pengawal keselamatan – merangkumi 12% daripada semua kekosongan.”

Ketika ditanya keadaan itu jika dibandingkan dengan kemelesetan 2008, beliau berkata, bahawa penyebabnya berbeza sama sekali.

“Pemulihan ekonomi kali ini bergantung pada kawalan pandemik, pengeluaran vaksin dan pemulihan ekonomi,” katanya.

“Tetapi pemulihan mungkin besar kerana tidak berlaku krisis kewangan atau gangguan perbekalan yang besar.”

Katanya, cabaran utama yang menghimpit pasaran mungkin mengambil bentuk keselamatan pekerjaan yang berubah cepat, aturan kerja baharu dan keperluan latihan semula.

Lee juga berkata, pendidikan tinggi lebih relevan dalam banyak cara, selain sekadar kaedah memajukan belia Malaysia untuk memasuki pasaran kerja.

Menyedari bahawa umur bekerja mungkin meningkat melampaui 60 tahun ke atas, Lee berkata, melanjutkan pelajaran sepenuh masa mungkin masih bernilai bagi golongan belia.

“Golongan remaja dan orang muda masih dalam proses mengenali diri mereka,” katanya.

“Apakah kita mahu memaksa mereka yang berusia 18-21 tahun ke dalam pekerjaan sepenuh masa?”


Keengganan KKM kongsi data buat kami 'bertinju' dalam keadaan mata tertutup - Dr Dzul

 

Firdaus Azil
Keengganan KKM kongsi data buat kami 'bertinju' dalam keadaan mata tertutup - Dr Dzul
Keengganan KKM berkongsi data mentah menyebabkan Kerajaan Negeri bertinju dalam keadaan mata tertutup dan tangan terikat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sekali lagi meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk berkongsi data mentah COVID-19 kepada kerajaan-kerajaan negeri.
Beliau berkata, ia bagi memastikan langkah lebih efektif dapat dikenal pasti bagi menangani pandemik itu.
Jelas Pengerusi Selangor Task Force for COVID-19 (STFC) itu lagi, keengganan pihak KKM berkongsi data berkenaan, menyebabkan Kerajaan Negeri seolah-olah ‘bertinju’ dalam keadaan mata tertutup dan tangan terikat.
“Umpamanya kalau kita bertinju, umpama mata kita ditutup, tangan kita diikat. Data sharing ini adalah sangat penting dan ia bukan data sharing bersabitan dengan data peribadi.
“Yang kita katakan, ini adalah data anonymous. Kita tidak kenal pun siapa (pesakit), kerana ia masih dalam Akta Perlindungan Data Peribadi (PDP), Akta Kesihatan…itu kita tiada pertikaian.
"This is the way moving forward, maaf kalau saya katakan. Ini adalah jalan keluar untuk kita mengatasi rebakan gelombang ketiga ini dengan berkesan. Dan saya harapkan perkara ini dapat diperhatikan dan dipertimbangkan, dan segera dilaksanakan.
“Ini juga yang diminta surat terbuka sejumlah pakar kesihatan kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), dan saya harap perkara ini dapat diperhalusi dan diambil tindakan segera," katanya lagi.
Dalam sidang Parlimen November lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, pihak Kementerian enggan berkongsi data mentah COVID-19 dengan pihak lain termasuk Kerajaan Negeri Selangor.
Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Dr Adham mendakwa tafsiran berbeza terhadap maklumat ini boleh menyebabkan kekeliruan dan orang ramai menjadi panik.
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly mengakui ada masanya Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik seperti kaedah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ataupun Bersasar.
Namun, jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu lagi lagi, perkara itu perlu diperhalusi dengan sebaik mungkin bagi memastikan ia lebih efektif dalam menangani pandemik itu.
Ujarnya lagi, Selangor telah mencadangkan beberapa perkara yang bersifat proaktif, berbanding tindakan reaktif seperti yang dilaksanakan sekarang.
“STFC mutakhir ini mengesyorkan satu program proaktif (bukan reaktif) iaini Program POIS atau 'Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS) atau 'Mencegah Tercetus Perebakan di Tapak-Tapak Penularan'.
“POIS merupakan kerjasama pintar 3-Penjuru (Tripartite Partnership) secara sukarela (voluntary), antara "Kerajaan Negeri-Majikan-NGO", dimana tumpuan utama diberikan termasuk menjalankan saringan berkala di semua kilang dan tempat kerja (termasuk tapak-tapak binaan),” katanya lagi.
COVID-19 | Selangor catat kes tertinggi



APA BEZA MANUSIA DENGAN IBLIS

 Jamzuri Ardni


Iblis pun tahu dia ialah Iblis yang dilaknat Tuhan. Manusia yang punya akal, lahir dari Bani Adam, walaupun sudah menyedari berbuat silap tapi masih meneruskan kesilapan malah terjerumus kejahatan, apa bezanya dengan Iblis..?





MANUSIA YANG TAK PERNAH FAHAM


Hamdan Taha


 Paling membimbangkan ialah bila kes meningkat melebihi angka 5 ribu ke 10 ribu sehari dan semua hospital kerajaan dan swasta telah penuh. Pesakit hanya di minta berada di rumah sahaja kerana kemampuan kerajaan menagani kes ini sudah tidak ada kemampuan...


Jika ini berlaku siapa kah akan bertangungjawap kerana saya yakin dan percaya kerajaan Azmin Ali dan Muhyuddin Yaasin ini keutamaan mereka bukan nyawa rakyat tapi kedudukan kewangan negara yang mereka nak guna dah tak ada.


Kecuali lepas ni setelah hamzah zainuddin...menteri agama...menteri ekonomi dan beberapa orang menteri ini yang telah di jangkiti mungkin mereka lebih faham kenapa perlunya total pkp....tapi saya tetap percaya Azmin Ali dan Muhyuddin Yaasin tidak akan faham kecuali mereka pula kena covid...masa itu barangkali mereka akan faham...


Manakan tidak pkp dah buat darurat dah buat tapi kes meningkat. Apa ertinya darurat dan pkp jika tidak dapat menurunkan sedikit kes covid dari angka 3000.....


Hari ni hampir semua rakyat tahu bahawa darurat yang di umumkan adalah untuk.selamatkan jawatan mereka bukan nak selamatkan covid merebak dari rakyat...tapi untuk kegunaan mereka kekal berkuasa...


Saya pun tak faham juga melihat mereka yang bermati matian untuk berkuasa ini jenis manusia apa...apakah tak ada perasaan malu...atau masih nak kumpul harta sebanyak yang boleh atau nak apa di dunia ini....apakah mereka fikir tak akan mati...atau harta boleh memjadikan mereka tak mati mati....saya tidak terkejut langsung apabila lokman adam mendedahkan menantu muhyudin dapat projek bernilai 1.2 bilion dengan mudah...kerana memang itu lah peluang mereka kerana bapa mentua pm...Kj juga pernah laku kan perkara yang sama...


Maka itu lah sebenarnya yang di kejar oleh pemimpin kita ini....sedang rakyat semangkin hari semangkin terhimpit dengan kesusahan...



LEBAI MEMANG PAKAR MENYESATKAN ORANG

 




LEBAI MEMANG PAKAR MENYESATKAN ORANG

Samada benar atau tidak, 'ajaran ibu Yati' itu wujud, sesat atau tidak, terserah kepada Majlis Fatwa. Bukan terletak kepada lebai Tontowi yang yang terkenal dengan kisah 'Pay Per View" di German dulu.

Kalau beri kuasa menghukum orang lain sesat, memang ini kepakaran dan kegemaran puak lebai. Umno pernah dituduh sesat bahkan kapir, oleh puak penjual agama ini. Sesiapa yang tidak ada kad ahli parti lebai, nanti mati akan ditanya, 'mana bukti kamu ahli lebai?". Kalau ada, laju masuk syurga. Kalau tiada, siaplah kena campak ke neraka. Ada lebai yang bawa ajaran sedemikian dalam kuliahnya. Sesat atau tidak? Tentulah tidak, sebab datangnya dari lebai.

Ada sekor kebai dari Utara, dalam kuliah di masjid juga sebut, "Kalau Kak Wan (Wan Azizah) tidak sokong RUU 355, nanti mati, kami tanam dalam jirat". Maksud dia, mati kapirlah. Bila murobbi mereka, Hadi anak Awang senduri bila diberi ruang untuk bawa usul RUU Akta 355 dalam Parlimen, beliau sendiri minta tangguh, tidak mahu bahas usul yang dia bawa sendiri. Kalau tidak sokong RUU 355 pun boleh mati tanam jirat, gamaknya apa yang Hadi buat tu kalau mati nak buat macam mana? Langsung tak payah tanam di mana2 kot? Atau campak di laut Marang saja? Ajaran lebai Utara itu sesat ke tidak? Tentulah tidak, sebab datangnya dari ahli syurga.

Sebab itu, aku tidak pelik kalau pak-pak lebai ini berbuat sesuka hati mereka menyesatkan orang. Sewaktu mereka lawan Umno dulu, mereka tuduh Umno Kapir, Umno pula tuduh mereka sesat. Muhyiddin terang-terang sebut

' Pas Parti Ajaran Sesat". Kini, kesemua mereka berada dalam tong najis bersama.

Negara lain sibuk pulihkan ekonomi dan banteras Covid19, lebai sibuk nak menyesatkan orang.

WFAUZDIN NS