17 ke 12 tahun ..rasakan siksaannnya


DULU ZALIM DENGAN SESAMA MANUSIA.MAKA KERANA ITU KEZALIMAN TERSEBUT KINI KEMBALI KEPADA SI PEMBUATNYA....PEK HA DI PENJARA SELAMA 12 TAHUN AKIBAT MENDERA NIRMALA BONET......
SIAP ENGKAU DALAM PENJARA......

3 CD TEMURAMAH BALA DISERAHKAN KEPADA MACC

Ketua pemuda PKR ShamsulIskandar telah menyerahkan 3 CD temuramah mengenai akuan bersumpah beliau dan temuramah bersama beliau mengenai ugutan dan juga apa yang berlaku kepada beliau hari ini.

maklumat mengenai adanya pembayran sebanyak RM 5 juta di berikan berikutan akuan bersumpah beliau . Bala’s recent Bombshell 3 exposure.

ULANG TAYANG

PART 1



PART 2



PART 3



PEMECATAN ANWAR YANG TIDAK SAH:PELUANG TERAKHIR ANWAR

PENJELASAN AMK PULAU PINANG



Angkatan Muda Pulau Pinang (AMKPP)




KENYATAAN MEDIA




3 Disember 2009




Merujuk kepada artikel bertajuk “Demo: Pemuda PAS, PKR tidak sehaluan” yang telah diterbitkan oleh pihak Tuan berkenaan kenyataan Ketua AMK Malaysia iaitu saudara Shamsul Iskandar yang sangsi sama ada benar Angkatan Muda PKR Pulau Pinang membuat aduan polis untuk mendesak penganjur disiasat seperti dilaporkan media.







Saya Amir Haji Ghazali selaku Ketua AMK Pulau Pinang merasa bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar berkenaan isu tersebut (laporan Polis).




Memang benar ada laporan polis telah dibuat terhadap penganjur Demonstrasi Haram itu tetapi ianya bukanlah dibuat untuk menggesa pihak polis menahan para peserta demonstrasi haram itu, kerana kami sedar tentang ujudnya polisi yang membenarkan sebarang perhimpunan secara aman diadakan.




Kami juga amat menghormati hak semua pihak untuk mengadakan perhimpunan secara aman selagi ianya tidak menimbulkan kekacauan dan menganggu ketenteraman awam.
Laporan Polis terhadap penganjur perhimpunan haram itu hanya dibuat setelah perkara-perkara berikut timbul:
Perhimpunan Haram itu tersebut menganggu dan juga menghina persidangan DUN yang sedang berlangsung. Dimana pintu pagar DUN telah digoncang untuk menimbulkan suasana tegang dan takut kepada ADUN-ADUN dan Pegawai yang telah hadir dalam sidang DUN. Peserta-peserta perhimpunan haram itu uga telah mengeluarkan kata-kata yang berunsur perkauman dan mempamirkan sepanduk-sepanduk serta kain rentang berunsur provokasi dan menganggu lalu lintas.

Peserta Demonstrasi menggoncang pintu pagar DUN.




Lalu lintas yang terganggu.







Liputan media yang dibuat oleh pihak TV3 juga telah memaklumkan peserta perhimpunan haram itu telah melakukan tuduhan secara terbuka terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa kerajaan negeri telah membohongi penduduk Pulau Pinang, ini merupakan satu tuduhan tidak berasas dan amat serius dan wajar disiasat mengikut lunas undang-undang.




Kami juga mahu pihak Polis mengambil tindakan tegas dan professional serta tidak mengamalkan sikap ‘Double Standard’ kepada penganjur perhimpunan haram itu, kerana ianya jelas menggugat ketenteraman awam dan menimbulkan perasaan takut kepada masyarakat Pulau Pinang umumnya dan peniaga-peniaga dan masyarakat yang tinggal disekitar Bangunan DUN khasnya.




Liputan Media yang meluas juga telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang selama ini telah bersikap adil kepada seluruh Rakyat Pulau Pinang selama Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.




Disini ingin saya tegaskan bahawa laporan Polis yang telah dibuat adalah untuk Pihak Polis mengambil tindakan sewajarnya kepada PENGANJUR perhimpunan haram tersebut dan bukanlah untuk memaksa pihak Polis bertindak terhadap peserta-peserta perhimpunan haram tersebut.




Amir Bin Haji Ghazali
Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang.

KENYATAAN MEDIA

Gambar ehsan dari Pinkturtle





Media : Isu Perhimpunan Haram Pemuda BN KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN P.PINANG1 DISEMBER 2009

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang memandang serius sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di hadapan bangunan DUN Pulau Pinang dan tindakan biadap membakar foto Lim Guan Eng, Ketua Menteri P.Pinang yang disasarkan untuk merendah-rendahkan kewibawaan kerajaan negeri di bawah pimpinannya. Tindakan mereka yang keterlaluan ini juga telah dianggap menghina Dewan Undangan Negeri yang sedang bersidang.

Perbuatan tersebut walaupun berlandaskan kebebasan bersuara, namun isu yang dibangkitkan begitu kolot & lupa sejarah. Norman selaku ketua Pemuda UMNO P.Pinang dan yang mengetuai Pemuda BN Pulau Pinang pada perhimpunan haram tersebut, sepatutnya membuka mata seluas-luasnya sebelum berdemonstrasi terutamanya mengenai isu yang dibangkitkan seperti isu bayaran pampasan kepada penduduk yang mana tanah tersebut akan dibangunkan.
Sebelum menuding jari kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pada hari ini, AMK Pulau Pinang menyeru agar Norman menjawab terlebih dahulu bagaimana penduduk Kampung Sungai Batu di halau keluar seminggu sebelum sambutan aidilfitri 2006.
Ketua AMK P.Pinang waktu itu Amizudin Ahmat berjuang bersama penduduk mempertahankan nasib mereka. Di mana UMNO & Norman ketika itu termasuk pecacai-pecacai yang hadir menyertai perhimpunan haram kelmarin hanya menjadi pengikut tanpa melihat fakta sejarah itu sendiri.

Adakah pelan pembangunan tanah-tanah penduduk ini berlaku ketika pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang? Ianya sudah pastinya berlaku ketika zaman pemerintahan BN termasuk isu di Tanjong Tokong. Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang telah berusaha membantu penduduk Kg Buah Pala mengikut lunas undang-undang menerusi cara berunding dengan pihak pemaju hingga berjaya membela nasib penduduk di situ dengan mendapatkan bayaran pampasan yang tertinggi kepada mereka, jika dibandingkan dengan pampasan yang diperoleh oleh kerajaan negeri BN yang lalu kepada penduduk Sg Batu yang hanya sebanyak RM40 ribu sahaja.

Sekiranya Norman mahu menjadi jaguh kampong mengenai isu ini, beliau perlu menjawab isu ini di Kampung Sungai Batu terlebih dahulu. Di mana Pemuda UMNO untuk membantu penduduk menerima pampasan yang setimpal daripada pemaju? dan di mana YB Syed Ameruddin selaku Exco Perumahan Negeri merangkap Adun Bayan Lepas pada waktu itu? Pemuda UMNO tidak lebih hanya berlagak umpama ayam sabung tetapi tak ubah bagaikan ayam piru yang riuh berbunyi.

AMK P.Pinang juga kesal dengan tindakan lewat pihak polis untuk meleraikan perhimpunan haram tersebut yang jelas menunjukkan layanan ‘double standard’ mereka ketika berhadapan dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama juga, AMK P.Pinang amat kesal dengan laporan berat sebelah Buletin Utama TV3 bertarikh 30 November 2009 yang melaporkan kononnya demontrasi tersebut dianjurkan oleh penduduk Kampong Buah Pala. Untuk membuktikan perhimpunan haram ini didalangi oleh pemuda BN, jelas dapat dilihat melalui beberapa kain rentang dan poster-poster yang telah disiapkan awal.

AMIR BIN HJ GHAZALI
KETUA AMK P. PINANG
WRLR:DEMONTRASI TAK SALAH.ITU LUNAS DEMOKRASI.KENYTAAN DAN FAKTA YANG DI PUTARBELIT SALAH.
GAMBAR :ihsan PINK TURTLE



LAPORAN POLIS PEMUDA PAKATAN P.PINANG

Ini adalah laporan Polis yang telah dibuat oleh saudara Azrizal Tahir bagi pihak AMK P.Pinang, manakala bagi pihak DAPSY dibuat oleh YB Eng Wei Aik dan DPP P.Pinang oleh Ustaz Yusni.
Laporan polis :

Saya Ahmad Azrizal bin Tahir Naib Ketua Angkatan Muda 1, Parti KeADILan Rakyat Pulau Pinang. Ingin membuat laporan polis bersangkutan dengan perhimpunan haram yang dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Norman Zahalan.

1. Perhimpunan haram tersebut menghina persidangan DUN yang sedang berlangsung. Pintu pagar DUN telah digoncang untuk menimbulkan suasana tegang dan ketakutan kepada ADUN-ADUN dan Pegawai yang hadir dalam sidang DUN. Peserta perhimpunan haram juga mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dan banner serta kain rentang berunsur provokasi merujuk kepada siaran media tv3 jam 8.00pm 30 hb Nov 2009

2. Liputan media yang dibuat oleh TV 3 juga memaklumkan peserta perhimpunan haram telah melakukan tuduhan terbuka terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa kerajaan negeri membohongi penduduk Pulau Pinang . Ini merupakan tuduhan yang amat serius dan wajar disiasat mengikut lunas undang-undang.

3. Saya juga mahu pihak polis mengambil tindakan tegas dan professional serta tidak ‘double standard’ kepada penganjur perhimpunan tersebut kerana ia jelas mengugat ketenteraman awam dan menimbulkan ketakutan kepada masyarakat Pulau Pinang. Liputan media yang luas telah menyebabkan pandangan serong masyarakat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Laporan ini dibuat agar pihak polis mengambil tindakan tegas kepada penganjur perhimpunan haram tersebut. Saya juga menegaskan di sini yang pihak polis harus membuka segera fail siasatan terhadap tuduhan pembohongan yang kononnya dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mengambil tindakan sekiranya tuduhan tersebut hanya fitnah yang dibuat untuk mengugat imej kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sekian Laporan Saya.
Ahmad Azrizal Bin Tahir