Senator Australia persoal ketakutan Umno terhadap pemerhati bebas

Senator Australia persoal ketakutan Umno terhadap pemerhati bebas

KUALA LUM[UR 24 NOV: Senator Selatan Australia, Nick Xenophon menempelak laporan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya hingga terpesong kenyataan sebenar.
Pada kenyataan media semalam, Xenophon menyatakan, beliau menyerahkan surat peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur minggu lalu untuk diserah kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr.
Surat itu berhubung bantuan dari Australia bagi pilihan raya Umum akan datang yang mencerminkan ‘kehendak sebenar rakyat Malaysia’.
“Tidak ada apa-apa permintaan yang boleh ditafsir sebagai gangguan oleh satu negara dalam hal ehwal negara lain.
“Realitinya ialah kehadiran pemerhati bebas antarabangsa dari enam negara seperti yang dilapor April lalu bertujuan memantau sistem pilihan raya, menunjukkan peningkatan kebimbangan serius demokrasi Malaysia.
“Bob Carr ada hak untuk menyatakan Ausralia tidak akan campur tangan dalam PRU 13. Bagaimanapun dia boleh menyatakan kehadiran pemerhati bebas dianggap campur tangan kepada sistem di Malaysia?,” katanya.
Malah, Xenophon juga mengalu-alukan jika Malaysia mahu menjadi pemerhati untuk pilihan raya umum di Australia pada masa depan.
“Kerana Malaysia dan Australia adalah seperti rakan yang hebat. Saya yakin ahli Parlimen Australia dan Suruhanjaya Pilihanraya Australia mengalu-alukan penelitian daripada ahli Parlimen Malaysia ke atas sistem pilihan raya kita, tahun depan.
“Apa yang dimahukan Anwar ialah pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. Peranan Australia sebagai jiran dan rakan hanya sebagai pemantau dan pemerhati, jika diminta.
“Persoalannya, mengapa kerajaan Malaysia begitu takut dengan permintaan Anwar untuk mengambil pemerhati bebas dari rantau ini?” katanya.