Aman Muhammad
Ramai walaun pakat tag nama aku di atas post SU Politik MB Kedah, di mana dia mendakwa tiada satu pun ladang babi berlesen di Kedah.
Aman Muhammad
Ramai walaun pakat tag nama aku di atas post SU Politik MB Kedah, di mana dia mendakwa tiada satu pun ladang babi berlesen di Kedah.
Aman Muhammad
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan dalang utama dalam skandal berbilion dolar melibatkan dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low tidak wajar diberi sebarang pertimbangan pengampunan.
Jurucakap Kerajaan Madani itu berkata, Jho Low sepatutnya pulang untuk berdepan dengan pengadilan di mahkamah Malaysia berkaitan skandal kewangan 1MDB.
“Jho Low tidak patut diberi sebarang pertimbangan memaafkan kerana dosa dan musibah yang telah dia bawa kepada negara kita ini terlalu besar.
“Dia kena balik dan dibawa ke mahkamah di Malaysia untuk diadili. Itu yang sepatutnya berlaku,” tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sambutan Hari Guru Lembah Pantai 2026 di ibu negara, hari ini.
Fahmi menambah pendiriannya senada dengan Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menegaskan bahawa AS wajar menolak permohonan pengampunan Jho Low malah negara itu perlu membantu Malaysia mengesan individu berkenaan untuk siasatan lanjut.
Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho berdepan pelbagai pertuduhan termasuk rasuah dan pengubahan wang haram di AS dan Malaysia.
Ia berkaitan peranannya yang didakwa dalam penyelewengan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion daripada 1MDB.
Kelmarin, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan, Jho Low baru-baru ini mengemukakan permohonan pengampunan yang, jika diluluskan, akan menggugurkan pertuduhan jenayah di AS.
Laporan tersebut turut mendedahkan bahawa laman web Jabatan Keadilan (DOJ) AS menyenaraikan satu permintaan yang masih dalam proses di bawah nama Taek Jho Low.
Menurut WSJ lagi, butiran permohonan itu dikategorikan sebagai “Pengampunan Selepas Tamat Tempoh Hukuman” (Pardon after Completion of Sentence) yang difailkan tahun ini.
Peguam syarie, Ustaz Dr Nik Rahim Nik Wajis tampil menegaskan beliau sama sekali tidak berminat untuk menumpang populariti Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang sedang dikecam hebat susulan kenyataannya berkaitan para sahabat Nabi Muhammad SAW.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Dr Nik Rahim & Associates, beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya kritikannya terhadap Nik Zawawi dibuat semata-mata untuk meraih perhatian.
“Ada netizen kata saya nak menumpang populariti Nik Zawawi yang terang-terang menghina sahabat-sahabat Nabi.
“Alhamdulillah, saya masih waras dan mati hidup balik pun saya tidak ingin hendak menumpang kesesatan Nik Zawawi. Moga Allah melindungi saya,” ujarnya.
Beliau yang mempunyai pertalian keluarga dengan Nik Zawawi berkata, bukan sahaja sepupunya itu, malah terdapat beberapa individu lain yang menurutnya mempunyai pemikiran yang tidak sehaluan dengan prinsip perjuangannya.

Dr Nik Rahim bagaimanapun memuji Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai satu-satunya anak kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang benar-benar mewarisi sifat warak, rendah diri dan keilmuan tokoh ulama berkenaan.
“Ustaz Nik Omar satu-satunya anak Tok Guru Nik Abdul Aziz yang ‘menurun’ tok guru.
“Yang lain semua ‘ke laut’ termasuk anak-anak saudara Tok Guru yang lain,” tegasnya sambil menyenaraikan tiga lagi sepupu beliau yang aktif dalam politik selain Nik Zawawi dan Nik Omar.
Mereka adalah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz serta bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abdul Rani.
Dalam masa sama, Dr Nik Rahim yang juga bekas pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu turut melahirkan rasa kecewa terhadap pemimpin Pas tertentu yang disifatkannya sebagai celupar dan kurang beradab.
Menurut beliau, tindakan menghina sahabat-sahabat Nabi SAW serta membuat tuduhan qazaf terhadap lawan politik merupakan antara punca utama mengapa beliau tidak lagi menghormati pimpinan parti itu.
“Ramai yang mulut celupar dan kurang adab. Sanggup menghina sahabat-sahabat Nabi, sanggup buat tuduhan qazaf kepada seteru politik mereka.
“Inilah antara punca terbesar kenapa saya langsung tak hormat pimpinan Pas mulut celupar dan dangat biadab – walaupun bukan semua!” tempelak beliau lagi.
Sehubungan itu, Dr Nik Rahim berharap golongan terbabit diberikan hidayah oleh Allah SWT agar kembali bertaubat dan insaf daripada segala kesesatan.
OLEH MAHANOM MOHAMMAD
Tanyalah mana mana otai industri yang pernah lalui krisis ekonomi tahun 1997, tahun 2008 dan krisis virus sewaktu covid 19, bagaimana mereka survive hadapi kehidupan ketika itu.
Hari ini, dunia sedang berdepan satu lagi cabaran besar.
Kali ini bukan kerana krisis Ekonomi Asia 1997, bukan kerana harga minyak melonjak naik seperti tahun 2008, bukan juga kerana virus pada tahun 2020.
Tetapi kerana gangguan bekalan global. Minyak, logistik, bahan mentah, makanan dan petrokimia semuanya saling berkait.
Bila satu terganggu, kesannya boleh merebak kepada industri, pekerjaan dan kos kehidupan rakyat biasa.
Sebagai pemain industri pembinaan, saya melihat perkara ini bukan sekadar isu ekonomi dunia. Ia adalah amaran bahawa masa depan akan lebih mencabar untuk mereka yang tidak bersedia.
Kita sebenarnya sedang masuk ke era yang memerlukan rakyat dan industri menjadi lebih resilient.
Resilient adalah kemampuan untuk bertahan, menyesuaikan diri dan terus bergerak walaupun dunia sedang bergoncang.
Dalam keadaan macam ini, saya percaya kita perlu kuat dari sudut kerohanian. Jangan jauh dari Allah bila dunia mula jadi tidak menentu.
Perbanyakkan doa, solat, sedekah dan syukur. Kita perlu kuat dan tenang dalam menghadapi ujian ekonomi yang bakal datang.
Kita juga perlu kuat dari sudut emosi. Jangan biarkan ketakutan mengawal hidup kita.
Kurangkan panik. Berhenti sebarkan ketakutan tanpa sumber yang sahih dan belajar bertenang sebelum membuat keputusan.
Dalam krisis, emosi yang stabil adalah kekuatan.
Dari sudut mental pula, kita perlu belajar berfikir lebih jauh ke depan.
Belajar berjimat, urus kewangan dengan bijak, tambah ilmu dan tingkatkan kemahiran baru.
Dunia sedang berubah dan mentaliti lama mungkin tidak lagi cukup untuk bertahan.
Kurangkan gaya hidup yang terlalu bergantung kepada hutang dan kemewahan. Simpan keperluan asas secara sederhana, bukan panik membeli.
Belajar kemahiran baru dan bina pendapatan tambahan supaya kita tidak terlalu bergantung kepada satu sumber sahaja.
Selain itu, belajar guna teknologi dan AI untuk bekerja lebih cepat dan lebih efisien. Kurangkan pembaziran makanan, elektrik dan minyak.
Jaga kesihatan fizikal kerana badan yang lemah sukar bertahan dalam tekanan yang panjang.
Paling penting, bina hubungan yang baik dengan keluarga, jiran dan komuniti.
Masa susah nanti, kita tidak boleh bertahan seorang diri. Kita bertahan kerana ada rakan rakan yang saling membantu.
Setiap kali berlaku krisis, kita akan lihat yang bertahan bukan semata-mata yang paling kaya dan sudah stabil. Tetapi yang paling cepat menyesuaikan diri dengan perubahan.
Kita mungkin tidak mampu mengawal krisis dunia. Tetapi kita masih mampu mengawal cara kita bersedia menghadapinya.
Ingat, jangan panik. Jangan mudah sebarkan berita tidak sahih.
Jangan tunggu sampai keadaan mendesak baru mahu berubah. Jadilah manusia yang paling resilient bila dunia mula berubah arah.
0:00 - Pengenalan & Ucapan Alu-aluan
1:09 - Asas Perjuangan Anak Muda: Prinsip & Keyakinan 3:10 - Cabaran Era Digital, AI & Mempertahankan Idealisme 4:35 - Isu Global & Kepentingan Pemikiran Kritis Belia 6:03 - Isu Kos Sara Hidup, Pengangguran & Kesan Selat Hormuz 8:07 - Inisiatif Kerajaan: Membantu Peniaga Kecil & Ekonomi Akar Umbi 9:15 - Usaha Pembelaan Pekerja Ekonomi Gig & E-Hailing 10:10 - Keselamatan Tenaga, Perbincangan ASEAN & Pengurusan Petronas 13:02 - Akses Pembiayaan & Peluang Ekonomi Belia (MARA, SME, TEKUN) 15:12 - Kepentingan Persatuan Belia & Pengalaman Kepimpinan PM 16:13 - Ketetapan Kerajaan Mengekalkan Harga Subsidi Petrol RON95 17:37 - Pengumuman Peruntukan RM5 Juta Untuk Majlis Belia Malaysia (MBM) 18:20 - Pembangunan Kemampanan Negeri Sembilan & Tadbir Urus Bebas Rasuah 19:06 - Peruntukan Khas Untuk Institusi Agama, KAFA & Tahfiz 20:20 - Kesimpulan & Harapan Hari Belia Negara 2026Laman Facebook Pemuda Pas Sungai Buloh menjadi sasaran kecaman ramai selepas memuat naik hantaran yang berniat memancing kritikan rakyat terhadap parti pihak lawan.
Sayap pemuda Pas itu bertanya “parti apakah yang banyak melawan titah Sultan?”.
Hantaran itu yang dibuat bertujuan mengumpul kritikan terhadap saingan politiknya nampaknya tidak berjaya.
Pengguna media sosial menghidu “niat” kepada pertanyaan itu dan menyifatkan soalan tersebut sebagai bola tanggung kepada Pas.
Mereka memulangkan paku buah keras dengan berkongsi beberapa keratan media, mengingatkan kembali banyaknya teguran dari Sultan kepada beberapa pemimpin Pas.
Antaranya pada 2021, Yang di-Pertuan Agong waktu itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dengan pengumuman pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Baginda berdukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Takiyuddin Hassan selaku Menteri undang-undang waktu itu, telah tidak dilaksanakan.
Pada Februari 2024 pula, Sultan Selangor menyatakan rasa dukacita terhadap kenyataan tidak beradab Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana membuat kenyataan mengelirukan terhadap alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.
Baginda pada waktu itu menitahkan agar ahli-ahli politik tidak memperalatkan agama Islam dan mencemari kesucian agama Islam demi kepentingan politik kepartian masing-masing
Pada September 2024 pula, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas didakwa mempertikaikan kewibawaan institusi kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri berkenaan.
Dalam warkah balas baginda pula, Sultan Sharafuddin menerima permohonan maaf tersebut dan menasihati Sanusi “agar menjaga tutur kata serta tatasusila dan jangan terlalu beremosi, menggunakan perkataan-perkataan yang tidak baik dalam memberi syarahan kepada rakyat jelata terutama sekali bila berada di dalam negeri Selangor”.
Pada tahun sama sekitar bulan Ogos, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan terhadap pemimpin PN, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang.
Pengalaman pahit bekerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional membuatkan Umno serik untuk menjalinkan semula kerjasama dengan parti itu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Pas mempunyai sifat iri hati yang hanya melihat sesuatu perkara dari sudut kepentingan politik.
Beliau mengimbau kembali bagaimana Pas bermain “kayu tiga” dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu ketika masih bekerjasama dengan Umno.
“Memang betul cakap Shahidan Kassim. Ramai ahli akar umbi mahu “Muafakat Nasional” dihidupkan semula. Tetapi sukar dilaksanakan. Pengalaman pahit bersama Pas menyebabkan Umno serik untuk bekerjasama semula.
“Pas ada sıfat iri hati. Parti itu melihat dari sudut kepentingan politik. Patut Umno-Pas kuatkan dulu MN. Tetapi Pas main kayu tiga. Parti itu bimbang Umno jadi dominan.
“Justeru parti itu sertai Perikatan Nasional di bawah Bersatu. Umno sudah hilang kepercayaan kepada kejujuran politik Pas,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Tambah Mohd Puad, Pas bukan sahaja pernah tinggalkan Barisan Nasional tetapi juga Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat dan kini PN bermasalah.
“Maka kalau Pas ada niat untuk hidupkan MN, lebih baik Pas sertai Musyawarah Nasional. Tiada tujuan politik. Ia diketuai oleh TS Abd Ghani Othman. Tokoh berintergriti,” sarannya.
MZaky AAlim
Dr Nik Rahim & Associates
SAYA MENUMPANG GLEMER NIK ZAWAWI YANG HINA SAHABAT??