KAMARUL .WALAU ADA DUIT JANGAN MEMBAZIR LAH.SEDEKAH PADA RUMAH ANAK YATIM DAPAT PAHALA BULAN PUASA INI


PULAU PINANG - Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Barisan Nasional, PAS dan seorang calon Bebas. Seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris (foto), telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 Ogos dan pengundian pada 25 Ogos. Kamarul Ramizu, 42, berkata beliau bersedia untuk membeli borang pencalonan dari Pejabat Pilihan Raya negeri, Jumaat ini. "Saya sedia untuk bertanding di Permatang Pasir kerana saya telah memperuntukkan kira-kira RM100,000 bagi kempen pilihan raya kecil itu. "Saya juga akan berkempen di kawasan Permatang Pasir supaya pengundi faham misi dan visi saya," katanya. Sebelum ini, Kamarul Ramizu telah bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Penanti.

Sementara itu Umno macam biasa nak tunai janji kononnya memenuhi janji di setiap peti undi."hangpa ingat kami ni pekakaih hangpa ka" demikian jelas seorang pengundi yang mengecam Umno yang selama ini tak pernah berbuat apa-apa pun,malah kalau dilihat jasa YB Hamdan, rumah orang Umno yang terbakar pun di beri bantuan.

"Umno nak tolong ahli sendiri pun orang PAS tolong, macamana janji nak tolong rakyat?" demikain jelas yang lain.Tak bagi jalan pun tak pa lah.Dah lama kami kutip duit beli tar second hand buat gotong royong sama-sama." boleh jalan juga demikian kata yang lain.

DEDAH DARI MSO-ORANG PERTAMA YANG SEBUT ANWAR PENGKHIANAT.


Pendedahan ini sengaja disiarkan dalam blog ini.Mungkin ada yang tak sempat menjenguk ke blog MSO.jadi boleh baca di disini.Tapi bukan bermakna mengkhinati MSO.Cuma tolong sebar-sebarkan siapa pengkhianat.Menurut MSO lagi, ianya membahayakan politik Datyo Najib.....



Pinjaman Euro 10 Juta Apakah Muhyiddin Terlibat?


SEMASA Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pertanian dan Asas Tani beberapa tahun lalu berbangkit soal Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah menjadi penjamin kepada sebuah syarikat yang meminjam Euro 10 juta kira-kira RM46 juta dengan sebuah bank luar negara pada tahun 2006.

Pinjaman itu dibuat katanya untuk membina Fish Ptotect di kawasan parlimen Pagoh di Johor. Parlimen Pagoh diwakili Muhyiddin (foto). Sampai kini projek itu tidak dibangunkan. Tindakan LKIM itu dikatakan menyalahi undang-undang dan akta LKIM kerana ia meletakkan agensi kerajaan itu dalam bahaya dan berisiko tinggi menanggung beban tidak mutlak. Kerana sebagai penjamin LKIM kena bertanggungjawab melengsaikan pinjaman berkenaan sekiranya pemimjam gagal melunasinya.

LKIM juga tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan. Yang menghairankan kenapa LKIM bersedia untuk bertanggungjawab dengan menjadi penjamin ke atas pinjaman berkenaan? Apakah tindakan LKIM ketika itu atas persetujuan atau restu Menteri Pertanian dan Asas Tani yang bertanggungjawab ke atas LKIM? Perlantikan pengerusi LKIM adalah dalam bidang kuasa menteri berkenaan.

Yang menjadi Pengerusi LKIM ketika itu ialah Adam Abdul Hamid, ketua Umno bahagian Pulai. Baru-baru ini Adam mengikuti rombongan Timbalan Perdana Menteri ke Australia. Semasa di Perth, Adam membuat kenyataan Umno Johor akan mengadakan himpunan besar-besaran bagi melaungkan Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa.

Bagaimanakah status mengenai pinjaman berkenaan? Pinjaman itu dikeluarkan oleh bank HSBC N.A New York, Amerika Syarikat. Apakah ianya sudah dibayar sepenuhnya oleh syarikat yang membuat pinjaman itu? Sebelum ini juga ada terdengar bank yang mengeluarkan pinjaman berkenaan sudah bercadang untuk menuntut bayaran balik itu dari LKIM menerusi wakilnya Barfkly Bank di Sinagpura.

Kes ini pernah timbulkan dalam surat khabar tidak lama dulu kemudian ditutup atas arahan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Apakah ianya sudah ke pengetahuan SPRM atau belum? Rasanya elok kalau Menteri Pertanian dan Asas Tani yang baru, Noh Omar menyelidik dan menyemak perkara ini. Sekiranya LKIM terpaksa menanggung untuk membayar balik pinjaman itu, wangnya sudah tentu milik para nelayan.

Gerakan Anti Korupsi (Gerak) yang cegas dalam membuat aduan mengenai penyelewengan dan penyalahgunakuasa kepada SPRM juga rasanya perlu membongkar permasalahan ini. Gerak terkenal dengan pembekal dan penerima maklumat berhubung penyelewengan masakan Gerak tidak pernah berjumpa dengan isu ini.

Hendaknya Gerak jangan memilih isu dan kumpulan tertentu saja untuk memangsakannya tetapi bertindaklah secara profesional, adil dan bebas. [wm.kl. 6:30 am 12/08/09]

H1N1 KEMATIAN MENINGKAT,KERAJAAN BARU MERANGKA???

Belum tahap 'darurat kesihatan'

Kes - Kes Baru: 270
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 270
Kes Kematian: 6

Jumlah Kes di Malaysia: 2,253 dengan jumlah kematian 38 orang.

Mungkin menunggu kematian mencecah 100 orang sehari???

Sehingga kini sudah 4o kematian telah berlaku.Namun di Malaysia, kes meningkat terlalu cepat dan tinggi.Kejadian yang berlaku di luar negara kini merebak didalam negara.namun kerajaan masih lagi merangka.Ini lah yang dikatakan cara Malayisa.umpama jalan yang berlubang, sehingga berlakunya kematian maka jalan tersebut baru di tampal.


Kes dan tindakan sebegini dilihat sebagai satu tindakan yang terlambat ke belakang, cuma tindakan yang cepat diambil ialah apabila melibatkan kepentingan tertentu.Sebagai rakyat garis panduan yang dikeluarkan hanyalah sekadar membendung.Ianya perlu satu rancangan konkrit yang lebih jitu bagi menghalang merebaknya wabak ini.

Kita lihat bagaimana kes sebegini memang wujud di setara dunia. Namun kenaikan mendadak dan hampir setiap hari berlakunya kematian akibat wabak ini masih lagi kerajaan merangka sesuatu.???

Untuk masa ini langkah drastik perlu.Bukan merangka lgi.Jika di awal kita boleh sebut merangka pencegahan,tetapi kini menghalang merebak dengan lebih drastik adalah perlu disegerakan.

KENYATAAN AKHBAR AMK PERMATANG PAUH: SIAPA PENGKHIANAT MELAYU: DAN PILIHANRAYA KECIL PMT PASIR







KLIK UNTUK BESARKAN

Bongkar Subuh



PERMATANG PAUH-Ketua AMK Permatang Pauh Sdr Amir Ghazali hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan menghina dan memperlekehkan Ketua Umum Parti DSAI dianggap sebagai satu tindakan terdesak Umno bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu kepada parti tersebut yang dilihat sejak akhir-akhir ini menolak pimpinan mereka.


Orang Melayu hari ini dilihat tidak lagi menyokong Umno yang disifatkan sebagai sebuah parti yang hanya mengadu domba dan cuba mengambil hati orang Melayu dengan cara yang tidak sihat dengan memainkan isu perkauman dalam negara dan juga menghina pimpinan lain.

Beliau juga mendakwa bahawa AMK Permatang pauh sedia meletakkan calon sekiranya Umno mahu berdebat isu pengkhianat bangsa Melayu sama ada DSAI atau pun Umno sendiri.


Dalam satu kenyataan, beliau mendakwa bahawa PKR akan bekerjasama dengan PAS dalam mencapai misi kemenangan dan mempertahankan Permatang pasir di tangan PAS dan jentera AMK akan bersatu dan berjuang melawan dakyah Umno yang pastinya akan datang dari serata pelusuk negeri.



KLIK UNTUK BESARKAN

Namun AMK akan memastikan bahawa Umno akan tetap kalah dalam pilihanraya ini.