SOKONG ANWAR DAN TOLAK MAHATHIR BUKAN KERANA KITA TAKSUB ATAU 'WALAUN ANWAR


Saya tertarik dengan ucapan Salahuddin Ayob, Timbalan Presiden Amanah dalam konvensyen parti tersebut hari ini.  Syabas diucapkan kepada beliau kerana secara jujur memberitahu Amanah bukan taksub kepada mana-mana individu, bukan walaun kepada Mat Sabu, Anwar, Guan Eng ataupun Mahathir.


Pendirian inilah yang memperkuatkan PH sejak mula ditubuhkan dahulu sehingga membawa PH menjadi kerajaan selepas PRU14 yang pada Mei 2018 sehingga Februari 2020.  Oleh kerana kita semua tidak taksub dan bukan walaun kepada sesiapa termasuk kepada Anwar, maka kita rela terima Mahathir menjadi PM.  Keadilan juga bukan taksub kepada batang tubuh sesiapa walaupun Keadilan ini lahir dari perjuangan reformasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim.  Adainya Keadilan ini walaun kepada Anwar, tidak masuk akal Keadilan boleh terima Mahathir yang menjadi musuh nombor wahid kepada Anwar sekian lama.  Boleh sahaja Keadilan mencadangkan isteri Anwar, Presiden Keadilan waktu itu untuk diangkat menjadi PM sementara menanti pembebasan Anwar dari penjara.  Tetapi Keadilan memilih untuk menerima Mahathir kerana meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.


Sepanjang kempen PRU14 yang lalu, kita jaja nama  Anwar dan slogannya "reformasi", "Lawan Tetap Lawan" sehngga Mahathir pun mula belajar menyebut 'reformasi'.  Apakah itu tanda kita walaun atau pentaksub Anwar?  Tidak.  Kita jaja nama beliau dan kita bawa slogan "reformasi' adalah kerana kita yakin dengan prinsip dan reform yang ingin dibawa oleh Anwar.  Itu saja.


Malangnya, siapa yang gagal menterjemahkan reformasi sewaktu berada di tampuk kuasa?  Selama 22 bulan kerajaan PH berkuasa, apakah kita dapat melihat reform yang kita impi-impikan?  Memang ada tetapi terlalu sedikit dan tidak dapat dirasai oleh rakyat bawahan.  Terlalu banyak yang melanggar prinsip ini.  Bukan sahaja reform gagal dilaksanakan dengan tepat, bahkan manifesto PH pun dianggap sebagai "bukan kitab suci"haya kerana untuk mencari alasan di atas kegagalan untuk melaksanakannya.  


Ingin kita tegaskan, menolak Mahathir untuk dibawa bersama ke dalam PH bukan bermakna kita taksub kepada Anwar.  Ia juga bukan bermaksud kita terlalu emosi.  Mahathir ternyata gagal untuk menghadam apa itu reform, bahkan beliau dilihat jelas sebagai anti reform.  Sikap Mahathir yang terlalu emosi dengan Anwar Ibrahim telah merosakkan imej PH sehingga tindakannya yang emosi itu juga telah menjatuhkan kerajaan PH.   


Siapa tidak tahu perancangan Mahathir di dalam Bersatu ketika itu?   Apakah kita lupa dengan niat Mahathir untuk mewujudkan kerajaan perpaduan sekaligus menghancurkan PH?  Lupakah kita dengan tindak tanduk Mahathir yang sering memperkecilkan, memperlekehkan dan merendahkan Anwar Ibrahim secara terbuka?   Bukankah Mahathir sendiri secara terbuka menyatakan tidak mahu lagi berurusan dengan Anwar Ibrahim dan Keadilan hanya kerana Keadilan menolak untuk menamakannya sebagai PM untuk kali ketiga?


Anti kepada Mahathir bukan kerana kita taksub kepada Anwar.  Kita  pernah terima Mahathir kerana kita yakin Mahathir bukan Mahathir di era diktator atau Mahazalimnya dahulu.  Rupa-rupanya kita tersalah sangka dan tersalah pilih.  Mahathir tetap Mahathir yang akan merosakkan mana-mana parti yang dianggotainya.  Umno pernah dirosakkan dan dipecahkan oleh Mahathir.  PH juga tersadung di pintu pagar Putrajaya juga kerana orang tua ini yang memberi ruang yang amat selesa untuk pengkhianat merampas kerajaan.  


Sehubungan itu, tidak salah jika kita kata sesiapa yang masih kemaruk dengan Mahathir ini, merekalah sebenarnya taksub dan walaun kepada Mahathir sehingga lupa kepada tindak-tanduk beliau terhadap PH.  Kami tidak minta kamu taksub atau menjadi walaun kepada Anwar, tetapi kami mahu kamu berpegang teguh dengan prinsip PH.  Jika itu pun kamu gagal lakukan, maka jangan salahkan atau tuduh orang lain sebagai taksub kepada Anwar Ibrahim.  


WFAUZDIN NS




Tiba masa kerajaan, pembangkang pertimbang Kabinet bayangan

 

Astro Awani
Tiba masa kerajaan, pembangkang pertimbang Kabinet bayangan
Felo penyelidik Policy Research Group (PRG), Nashril Abaidah berkata, cadangan itu seiring usaha -political reset- yang diusahakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang ketika ini. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan dan pembangkang disaran mempertimbangkan usaha untuk menginstitusikan Kabinet bayangan di peringkat Dewan Rakyat sebagai usaha mengukuhkan amalan demokrasi di negara ini.
Felo penyelidik Policy Research Group (PRG), Nashril Abaidah berkata, cadangan itu seiring usaha “​political reset”​ yang diusahakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang ketika ini.
Bagaimanapun, jelas beliau, cadangan berkenaan hanya boleh direalisasikan sekiranya wujud iltizam politik ​yang tinggi untuk menubuhkan dan mengiktiraf Kabinet bayangan selaras dengan amalan demokrasi berparlimen.
“Kewujudan Kabinet bayangan secara sah sudah lama dinafikan.
“Sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan sistem ini secara rasmi bagi membolehkan pembangkang memainkan peranan lebih penting dalam sistem demokrasi negara.
“Kerajaan dan pembangkang yang komited terhadap prinsip demokrasi akan memahami perlunya semak dan imbang, dan kewujudan sistem ini boleh menyuburkan lagi demokrasi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.
Terdahulu, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengesa pembangkang agar membentuk sebuah Kabinet bayangan dan memberikan tumpuan kepada pembangunan dasar yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
Namun, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata Pakatan Harapan (PH) buat masa ini tidak perlu mewujudkan Kabinet bayangan bagi proses semak dan imbang kerajaan Persekutuan pimpinan Perikatan Nasional (PN).
Sebaliknya, jelas beliau, Ahli Parlimen PH telah diberi portfolio tertentu untuk memberi fokus kepada subjek spesifik dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, Nashril berkata kenyataan bahawa PH tidak memerlukan Kabinet bayangan disifatkan sebagai gagal mencerminkan semangat yang mendokong demokrasi berparlimen.
Katanya lagi, isu asas Kabinet bayangan bukan untuk PH semata-mata, sebaliknya ia perlu bagi menyuburkan demokrasi selaras dengan amalan Westminster.
Selain itu, Nashril berpandangan kegagalan untuk mewujudkan Kabinet bayangan sebelum disebabkan kekurangan dana dan maklumat.
“Ini kerana Kabinet bayangan bukanlah satu institusi yang diiktiraf sebagai sebuah institusi rasmi.
“Ketika ini hanya jawatan Ketua Pembangkang sahaja yang diiktiraf.
“Buat masa ini, Kabinet bayangan sukar untuk berfungsi berikutan kekurangan dana dan maklumat yang diperlukan anggota Kabinet bayangan untuk menjalankan tugas dengan berkesan.
“PRG percaya beberapa usaha untuk menjayakan Kabinet bayangan (secara tidak rasmi) sebelum ini juga gagal kerana kekurangan sumber,” ujar beliau.
Justeru, perkara itu katanya, menyebabkan tidak wujud sistem semak dan imbang yang mantap serta perdebatan yang berkualiti di Dewan Rakyat kerana maklumat dimonopoli oleh satu pihak sahaja.

PANTAS DR ROZAIMI TANGKAP ISU- SILA BERI PENJELASAN

 





Saya melihat ada beberapa orang mula menyebarkan gambar tangkap layar ini. Sebahagian mereka mula mempertikaikan kerana terdapat kontradiksi antara isi kandungannya. Pada 2013 melarang ucapan. Manakala pada tahun ini mereka sendiri mengucapkan selamat pada hari raya Krismas/Natal. Post asal boleh dilihat di link berikut:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=783540668329346&id=220590201291065

https://www.facebook.com/333762569997423/posts/5097063960333903/

Respon saya adalah seperti berikut:

1. Ulama semasa berbeza pendapat tentang hukum mengucapkan selamat pada hari raya orang kafir selagi mana ia tidak mengiktiraf kekufuran mereka. Ia isu khilaf yang kita semua tahu.

2. Jika diperhatikan, tangkap layar 1 adalah dari Page FB Pas Pusat. Manakala tangkap layar 2 pula dari pimpinan parti tersebut. Ia dari individu yang mungkin berbeza. Mungkin mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Kita perlu adil dalam masalah ini kerana tidak mustahil pimpinan parti mempunyai 2 atau lebih pandangan dalam isu-isu ijtihad.

3. Cuma kita perlu bertanya kepada pemilik Page FB Pas Pusat yang menulis hukum haram pada tahun 2013 adakah mereka telah mengubah pandangan atau masih memegang pandangan haram? Jika mereka mengubah pandangan mereka ia perkara biasa kerana perkara ijtihad adakalanya seseorang boleh mengubah pandangan. Ia bukanlah suatu yang mengejutkan dan memalukan.

4. Jika mereka masih memegang pandangan haram hukumnya, adakah mereka akan menegur mana-mana pihak yang mengucapkan selamat pada hari raya Natal dari kalangan pimpinan mereka?

5. Jika mereka telah mengubah pandangan dari haram kepada harus selagi lafaz ucapan itu tidak mengandungi pengiktirafan kepada kekufuran, adakah sewaktu mereka menulis hukum haram itu mereka tidak memakai "teropong putih bersih yang boleh melihat semua warna yang sebenar tanpa tersilap"?

6. Jika mereka berbeza pendapat dengan 2 pimpinan ini sedari awal lagi, siapakah yang memakai teropong tersebut ketika memilih pandangan ini sehingga terlahir daripada mereka 2 pandangan yang tidak selari?

Saya sebagai rakyat juga teringin tahu penjelasan mereka dalam isu ini.

Dr Rozaimi Ramle

 

TERBAIK...MASA DULU AKU PEMBANGKANG SEKARANG AKU TUMPANG JADI KERAJAAN..SUDAH TENTULAH FATWA KU BERUBAH UBAH...AGAMA JADI KOMODITI ????

 

Dulu Pas haram ucap Hari Krismas, kini boleh sudah jadi menteri

Dulu Pas haram ucap Hari Krismas, kini boleh sudah jadi menteri

Gambar Menteri, Timbalan dalam poster ucapan Hari Natal dipertikai netizen

 

Gambar Menteri, Timbalan dalam poster ucapan Hari Natal dipertikai netizen


29 POSTING SEHINGGA KINI . LAGI BERITA AKAN MENYUSUL.

 


TERIMA KASIH KERANA MELAYARI WRLR. SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI.


SILA TEKAN  >   UNTUK BERITA AWAL....


KENAPA BANYAK POSTING MENGHENTAM PAS..KERANA DUDULNYA PAS MENGHENTAM PH...PULANG PAKU BUAH KERAS DAN ADAT BERPOLITIK. ADALAH BIASA...CAKAP TAK SERUPA BIKIN,BIKIN TAK SERUPA CAKAP. BLOG INI BEBAS MENGHENTAM KEPADA MANA MANA PARTI POLITIK YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) 18 Pengurusan tertinggi serta seluruh warga KPPK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua penganut beragama Kristian di negara ini... See more Selamat Menyambut Hari KRISMAS auit טר e YB DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI wecmailtauaotonteladangandankcmci‎"‎‎


QAFLAH PUNYA DEWAN ULAMAK-DULU TAK BOLEH MASA JADI PEMBANGKANG SEKARANG BOLEH SEBAB JADI PEMERINTAH..KAH.....


BANG AIM

 Ini ialah riwayat yang SOHEH selepas mendapat kuasa pemerintahan. Nanti kalau kalah, fatwa akan bertukar semula.


Image may contain: ‎2 people, ‎text that says "‎Hd Harakatdaily الحراكت @harakatdailyHD Dewan Ulama PAS sahkan ucapan Selamat Hari Natal kini dibolehkan. "Fatwa dahulu terbatal dengan serta-merta" Ketua Dewan Ulama PAS. Translate Tweet Se-Malaysia PAS) Pusat kmengucapkan Selamat HarakotDally toleransia masalahi agama, Itu selama Ayuh, Sekarang, mengerti SofinatMeayanbattu KRISMAS‎"‎‎




KEPALA MASAM PUNYA MENTERI

 


IBRAHIM MAT ISA

Asalkan Pas dapat tutuh DAP.

Kepala masam punya mintiri

Image may contain: 1 person, text that says "GU GANG UTARA KALAU USTAZ MENCABUL & MEROGOL, JANGAN BUKA AIB MEREKA KALAU BUKAN USTAZ YANG BUAT BUKALAH AIB MEREKA SEBESAR NYA JENAYAH SEKSUAL AGAMAWAN: JANGAN BUKA AIB AGAMAWAN AHMAD MARZUK SHAARY Khadam Belaan MCA Penguatkuasa syariah dipenjara 14 bulan cabul, aibkan rakan sekerja Oleh bhnews@bh.com.my December2 2020 12:09pm HALAMAN UTAMA BERITA Polis tahan 'Ustaz Syamsul' didakwa cabul ahli perniagaan Khamis, 2020 05:28 PM MYT Kalau Mokhtar Senik bawak lari bini orang, diam-diamkan ja"

DEPA BOLEH ORANG LAIN TAK BOLEH..LEBAI....

 

SHAHBUDIN

Kalau kedai kek halal tidak dibenar pamerkan ucapan krismas pada kek untuk tujuan pameran, apakah dibenarkan pemimpin Pas yang tentunya ada cop halal pada perbuatan mereka meletakkan ucapan krismas untuk tujuan pameran secara meluas di FB?


 Image may contain: text that says "Dr. Zulkifli Mohamad Al-... @drzul_albakri Ringkasnya, jika kedai B yang ada sijil halal JAKIM buat kek dengan ucapan perayaan pada kek untuk tujuan pameran (display) di dalam premis, ia tidak dibenarkan tetapi jika Kedai B menyediakan kek yang ditempah A dan ada ucapan perayaan pada kek, ia DIBENARKAN. Translate Tweet 9:17 PM. 24/12/2020 Twitter for iPhone"

Gabungan Besar kekalkan Anwar Pengerusi PH - Salahuddin Ayub



Gabungan Besar atau Grand Coalition yang dicadangkan dibentuk mengumpulkan parti-parti pembangkang tidak akan mengetepikan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub berkata, Gabungan Besar yang menjadi topik perbincangan hangat sejak kebelakangan ini sekiranya menjadi kenyataan akan menempatkan PH sebagai pemimpin parti-parti pembangkang lain, bukan sebaliknya tokoh-tokoh di luar PH diberi kesempatan menjadi ketua.

"Apa dia gabungan besar? Tidak ada niat buang dan ketepi Anwar seperti difitnahkan hari-hari.

"Gabungan besar itu kita cadang PH jadi tunggak, bukan orang lain memimpin. Jelas perjanjian dalam PH masih utuh, pemimpin PH masih Anwar," katanya ketika berucap merasmikan konvensyen Pemuda Amanah di Melaka, hari ini.

Menurut Salahuddin lagi, Amanah sebagai salah satu parti komponen dalam PH kekal dengan konsensus awal bahawa Anwar diberi tanggungjawab dan kebebasan untuk mengembalikan kerajaan PH di Putrajaya, secara mencari bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi atau berkerjasama dengan mana-mana organisasi politik dengan syarat-syarat tertentu.

“Majlis Presiden izinkan Anwar teroka jumlah daripada kumpulan dan parti lain yang dirasakan munasabah dengan parameter, bukan satu cek kosong.

“(Kebebasan itu diberi) dengan parameter yang kita boleh tanggungjawab bersama, kalau boleh ambil kerajaan.

“Kerana kita akan hadapi pilihan raya umum ke-15, apa akan kita jawab kepada rakyat,” kata Salahuddin lagi.

Penegasan Salahuddin mungkin membawa pencerahan kepada senario ketidaktentuan ikatan PH dalam dua minggu ini, sejak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataan bersama mengenai masa hadapan gabungan itu, serta reset politik pembangkang.

 

Krismas pemangkin semangat kerukunan, jamak budaya

 untitled image

Perayaan Krismas seharusnya dijadikan pemangkin meningkatkan semangat kerukunan dan jamak budaya di Malaysia.

Dalam perutusan sempena Krismas, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan perlunya rakyat bersyukur hidup dalam kepelbagaian dan saling menghormati antara kaum.

"Rakan dan sahabat handai kita yang menganut Kristian menyambut perayaan Hari Krismas. Kita sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan budaya yang pelbagai pasti merasakan kemeriahannya setiap tahun.

"Setiap perayaan-perayaan besar di negara ini wajar dijadikan pemangkin dalam meningkatkan semangat kerukunan dan jamak budaya. Aktiviti kunjung mengunjung mungkin terkesan dengan tantangan yang dibawa wabak COVID-19, namun ia tidak seharusnya menjauhkan kita dari iltizam murni ini," katanya.

Dalam perutusannya, Anwar turut memetik Bible, Psalm 106:3: "Berbahagialah segala orang yang menegakkan keadilan dan yang berbuat kebajikan pada setiap ketika".

Katanya, seruan tersebut adalah universal bagi mengangkat keadilan dan kesaksamaan di dalam masyarakat Malaysia.

"Kesaksamaan mesti diterjemahkan dalam amalan dan sikap kita, terutamanya dalam persoalan tatakelola dan pentadbiran agar ia tidak sekadar retorik yang sering kita ulang tanpa komitmen jelas kepadanya.

"Tahun 2021 juga akan mempersiapkan kita dengan prospek ekonomi pasca Covid-19 yang menunjukkan demokrasi-demokrasi besar di dunia masih merangkak dalam mencapai pertumbuhan.

"Selamat Menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru 2021 kepada semua rakyat Malaysia," katanya lagi.




Larrry Sng setuju kekal sebagai pengerusi KEADILAN Sarawak

 


Larry Sng bersetuju untuk kekal sebagai pengerusi KEADILAN Sarawak.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan rakan gabungan Pakatan Harapan (PH).

"Setelah berunding dengan pemimpin negeri dan rakan koalisi, kami sepakat bahawa pemilihan pemimpin Dayak untuk memimpin PH dalam pilihan raya negeri Sarawak dan tawaran saya untuk mengundurkan diri sebagai ketua MPN adalah dua isu yang berasingan.

"Pemimpin negeri KEADILAN Sarawak memberi saya keyakinan dan sokongan penuh untuk terus memimpin MPN dan tidak membantah cadangan saya untuk mengenal pasti pemimpin Dayak yang sesuai untuk memimpin kita dalam menghadapi pilihan raya.

"Rakan sekutu PH juga telah dimaklumkan dan bersedia membincangkan perkara ini dengan serius pada awal Januari," katanya.

Larry bagaimanapun tetap bertegas bahawa PH seharusnya melantik pemimpin Dayak sebagai Ketua Menteri Sarawak sekiranya memenangi pilihan raya negeri.

"Saya yakin sekiranya cadangan ini diterima, PH akan bertanding pilihan raya negeri dengan calon CM Dayak. Sekiranya kita memenangi pilihan raya negeri, dia akan menjadi Ketua Menteri Dayak ketiga Sarawak dalam sejarah.

"Ini penting untuk mewujudkan peluang yang sama rata kepada kaum Bumiputera yang telah diabaikan oleh kerajaan. Mereka adalah kaum terbesar tetapi dipinggirkan di setiap bidang dan industri di negeri ini.

"Ratusan ribu hektar tanah mereka telah diambil oleh taukey besar di Sarawak, melalui pengeluaran lesen pekerjaan sementara. Sebilangan besar, mereka bahkan tidak akan menerima hak milik tanah masing-masing, yang merupakan hak kelahiran mereka, sepanjang hayat mereka.

"Sebilangan besar penjawat awam Dayak tidak dilantik sebagai pegawai kanan dalam perkhidmatan awam.

"Orang Dayak juga paling miskin berbanding kaum lain. Ini bagi saya sangat tidak adil.

"Tidak ada waktu yang lebih baik daripada sekarang, untuk membangkitkan masalah ini untuk memenuhi hasrat mereka yang terpinggir, sehingga masalah yang paling mempengaruhi mereka akan diberi keutamaan.

"Oleh kerana GPS tidak dapat memberikan impian ini kepada rakyat Sarawak. Mungkin PH boleh.

"Saya bersedia mempertimbangkan untuk kembali memimpin untuk sementara waktu lebih lama, jika idea ini dapat diterima oleh pemimpin KEADILAN pusat dan rakan PH," katanya.

 

Jenayah penyeludupan 'kartel daging' cemar industri makanan halal Malaysia

 


Imej industri halal Malaysia terjejas teruk akibat jenayah penyeludupan 'kartel daging' yang dibongkar dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, penyeludupan daging tidak halal kemudian dibungkus semula dan meletakkan label halal benar-benar mencemar industri makanan halal negara yang berintegriti dan terkenal di peringkat antarabangsa.

Katanya, lebih jelik lagi, sindiket tersebut dilaporkan oleh akhbar New Straits Times (NST) mungkin telah berleluasa selama puluhan tahun atas "sokongan" daripada pegawai-pegawai kerajaan yang "dibeli".

"Meskipun Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menafikan angka 40 tahun (sidiket), namun tidak mustahil ia telah berlarutan dalam tempoh lama kerana dilaporkan melibatkan ramai “orang dalam” dan aduan berkenaannya pernah dibuat.

"Tambah buruk apabila penyeludupan ini berlaku di banyak negeri seperti Kelantan, Sarawak dan Johor seperti yang disahkan oleh Bukit Aman.

"Operasi dan serbuan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa di Taman Perindustrian Senai baru-baru ini mendapati sebuah gudang digunakan sebagai lokasi membuat cap palsu yang kemudiannya ditampal pada kotak daging yang dibungkus semula. Ia seolah-olah satu perbuatan yang dirancang malah dibantu oleh tangan ghaib penguasa.

"Selaku Ahli Parlimen bagi kawasan Johor, saya menyeru agar Kerajaan Negeri lebih tangkas mengawal keadaan agar tidak menjadi kronik. Saya dimaklumkan, aduan berkenaan kegiatan ini pernah dilaporkan kepada pihak Kastam Johor sebelum ini namun tidak ada tindakan yang diambil," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim mencadangkan buat sementara waktu ketika siasatan terperinci dijalankan oleh pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa tindakan susulan boleh diambil.

Terutamanya, usaha sepadu oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Lembaga Pelabuhan Johor untuk membanteras penyeludupan. Usaha tersebut harus meliputi meninjau kelemahan prosedur, sistem import eksport, kelonggaran pintu masuk serta integriti pegawai yang terlibat.

Kerajaan juga, menurut beliau wajar mengesan daging beku yang dikenalpasti secara dokumentasi telah diedarkan serta mengambil tindakan sewajarnya sama ada merampas atau menyita demi pengguna.

Selain itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu juga menyeru agar diselesaikan segera bidang kuasa agensi yang terlibat supaya tidak timbul konflik kelewatan atau birokrasi yang dikhuatiri terdapat pertindihan perundangan dan bidang kuasa sehingga menjejaskan tindakan membanteras dan menjaga kepentingan rakyat.

"Akhirnya, sebagaimana saranan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, saya juga menyeru semua Kementerian dan agensi yang terlibat untuk tampil kehadapan dan berani menggalas tanggungjawab untuk bersemuka dengan rakyat dalam isu ini.

"Sekiranya dakwaan ini benar maka ianya wajib dibongkar dan dibanteras habis-habisan. Rakyat wajar dimaklumkan. Semua mereka yang bersekongkol dalam jenayah penyeludupan dan komplot kartel termasuk pemegang Permit Import (AP) serta perasuah wajib dibawa ke muka pengadilan, tidak kira pangkat atau kedudukan," katanya lagi.

 

MELAYU ISLE TAK NAK KOMEN KERANA TAKUT KENA TROLLL....

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

Zaman Kerajaan Melayu Isle ni, bukan takat beer halal jadi arak lembut, Polis pun sekali ting-tong siap lawan arus. Harap tak ada kad OKU la ye kan?

Cuma nak bincang secara ilmiah dan tak emosi dengan psuedo melayu macam

Firdaus Wong Wai Hung

Firdaus Wong Wai Hung - Official

, kiranya macam ini boleh di kategorikan islam terancam tak?

Tapi kali ini salah Menteri atau salah didikan ibu bapa?

Pindaan akta 333 dah gazet belum; hari ni serba tahu macam tok peti utara.

 No photo description available.

WOIII BUDAK BUDAK..DAH DILULUSKAN SEAWAL KERAJAAN TEBUK ATAP AMBIL ALIH...

 Image may contain: 5 people, including Husni Hussain, text that says "BANGE TIDAK SERIK LAGIKAH DONG ZONG DALAM MENGOCAKKAN PERPADUAN? AYUH BERSAMA DONG ZONG, ULANGI PERISTIWA 13 MEI 1969 aman PH HARMIA boNe H堂總 DONG ZONG KENYATAAN MEDIA PMIUPM BERSAMA GAMIS, HARAMKAN DONG ZONG! MUHAMMAD HAKIM BIN PAIMIN DOMPMIPLOIOM"

Ke mana agaknya budak-budak Pas yang suka nunjuk penumbuk nih sekarang. Dulu bukan main nak haramkan Dong Zong, tup tup tak siapa berani haramkan Dong Zong termasuk Pas. Budak-budak  nih dah tak prihatin ka dengan isu daging tak halal, ostad-ostad gila seks, Illi Najwa kawin dengan lelaki Sikh dari India dll isu yang mengancam Islam? Hidup ka lagi mereka.???

Kdt

Tarmizi Mohd Jam

 

GEMPAR | PEKERJA DEDAH DIUGUT LULUSKAN DAGING HARAM UNTUK PASARAN

 

BOB KELANANG


Image may contain: food

Temubual yang dijalankan terhadap lima orang pekerja dan pemantau rumah sembelihan di Australia mendedahkan bahawa mereka telah diugut supaya meluluskan daging-daging haram untuk pasaran Malaysia.

Mereka juga mendakwa telah menerima layanan buruk sepanjang bertugas di bawah seorang individu bernama Mohamed Adil Rahman.

Isu Daging Halal

Kelima-lima mereka yang bekerja di pelbagai tempat sembelihan di Australia itu meminta supaya wartawan menggunakan nama samaran supaya identiti mereka tidak didedahkan.

Seorang lelaki bernama ‘Mustafa’ diambil bekerja sebagai tukang sembelih oleh Mohamed Adil Rahman bagi mewakili Sichma (Supreme Islamic Council of Halal Meat Australia).

Mustafa kemudiannya ditugaskan sebagai pemantau di antara tahun 2008 dan 2012 di pelbagai rumah sembelihan terletak di New South Wales, Australia.

Dalam satu rakaman temubual, Mustafa mendedahkan, dia telah diarahkan oleh Adil Rahman supaya “meluluskan bangkai yang haram menjadi halal” dengan cara membuang tag ‘tidak halal’ dan menggantikannya dengan ‘halal’ sebelum dicampurkan ke dalam proses penyediaan daging halal.

Selanjutnya, haiwan-haiwan yang dikenali sebagai ‘downers’ atau terpaksa dibunuh, yang sudah mati dan haram juga dilabelkan sebagai halal. Ini termasuklah bangkai haiwan yang tengkoraknya retak yang sepatutnya dilabelkan sebagai haram.

Menurut Mustafa, dia telah membuat aduan kepada kedua-dua wakil Sichma, Adil Rahman dan sebelum ini Mughdar Sadian namun diminta agar menuruti sahaja arahan jika tidak mahu dipecat.

Tambahnya lagi gajinya juga dipotong secara berkala untuk membayar ‘derma’ dan tidak dibenarkan untuk bercuti. Selain itu katanya, dia tidak diberikan surat rasmi tawaran kerja atau kontrak.

Individu bernama Fikri diambil bekerja sementara oleh Adil Rahman dalam tahun 2014 di Gundagai, New South Wales untuk Sichma. Fikri juga mengesahkan dakwaan bahawa bangkai haiwan yang tidak halal kerana terpaksa dibunuh telah diletakkan label halal.

Kata Fikri dia meninggalkan Sichma walaupun baru bekerja tiga hari kerana merasa jijik dengan kegiatan curang dalam proses penyediaan daging halal. Fikri juga tidak diberikan sebarang kontrak kerja dan tidak pernah diberi gaji.

‘Abdul’ pula mendakwa telah diambil bekerja oleh Adil Rahman sebagai tukang sembelih dari bulan Jun 2017 sehingga bulan Mei 2018 di dua buah rumah sembelihan terletak di New South Wales.

“Sepanjang saya bekerja dengan Mohamed Adil Rahman. Saya lihat mereka tidak mengikut standard Syariah/Halal sepenuhnya,” katanya.

Tukang sembelihan bukan beragama islam dakwanya mengambil bahagian secara bergilir dalam produksi dengan tiada langsung kehadiran pemantau halal di sebuah rumah sembelihan.

“Setiap kali pekerja islam perlu pergi ke tandas, pekerja bukan Islam meneruskan proses sembelihan, mengakibatkan daging halal dan bangkai haram bercampur. Atas alasan yang sama, saya sukar untuk menunaikan solat kerana tidak dibenarkan berehat,” dedahnya.

Menurut Abdul, gaji yang diterimanya kurang daripada separuh seperti yang dijanjikan disebabkan oleh ‘derma misteri’ yang ditolak dari bayaran.

Abdul turun mengadu dalam kenyataan bersumpahnya bahawa dia tidak dibenarkan bercuti dan tiada pampasan perubatan ketika bekerja di bawah Adil Rahman.

Seorang lagi tukang sembelih dan juga juru pemantau bernama “Halim” diambil bekerja oleh Muhamed Adil Rahman dari bulan Mei 2016 hingga May 2017.

Kata Halim, dia telah dikejarkan ke hospital dan menerima 10 jahitan selepas terlibat dalam satu kemalangan, namun sebaliknya dia telah diarahkan oleh Mohamed Adil Rahman untuk segera kembali bekerja.

Selepas merayu, Adil Rahman akhirnya membenarkannya masuk kerja pada pagi keesokan harinya. Keesokan pagi itu katanya, dia merasa begitu sakit dan telah pulang ke rumah berdekatan dengan rumah sembelihan.

Akibat perbuatan itu, Mohamed Adil Rahman telah memecat Halim dan menghalaunya keluar dari rumah.

Halim juga tidak pernah menerima kontrak kerja, justeru tiada dokumen bukti pekerjaannya. Dia tidak dibenarkan mengambil cuti atau meminta pampasan perubatan. Tiada tempoh masa bekerja setiap minggu dan syarat-syarat minimum bagi notis pemecatan.

Seorang lagi individu bernama “Raslan” mendakwa telah diambil bekerja oleh Muhamed Adil Rahman sebagai pemantau dari tahun 2013 hingga 2017.

“Saya secara tidak sedar berada dalam sistem yang melibatkan penipuan kontrak kerja, penipuan cukai, dan kegiatan ekonomi gelap yang telah dirancang, dilakukan, dan didalangi oleh Mohamed Adil Rahman menggunakan nama Supreme Islamic Council of Halal Meat Australia Inc. (Sichma) sebagai pihak pengesahan, yang mana saya tidak mahu terlibat lagi,” dedahnya.

Menurut Raslan, Adil Rahman bertindak sebagai pemantauan negeri untuk Sichma, juru audit rumah sembelihan, dan penyedia tukang sembelihan yang menumpukan kepada penyediaan juru sembelih halal untuk Sichma.

“Memegang ketiga-tiga jawatan ini melanggar undang-undang dan standard halal, dan akan menjejaskan integriti produk-produk halal,” katanya.

Menurut Raslan, Adil Rahman telah menggunakan pengaruhnya untuk menyingkirkan Australian Halal Food Services (AHFS) dari akreditasi sebagai pembekal kepada Jakim dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Adil Rahman juga katanya telah menyingkirkan Islamic Co-coordinating Council of Victoria (ICCV) dari akreditasi Jakim.

“ICCV enggan patuh kepadanya. Tiga minggu kemudian dengan perasaan puas dia beritahu saya, sudah selesai. Saya dah buang ICCV dari senarai Malaysia dan Singapura. Pada minggu berikutnya, sebuah notis dari Malaysia dan Singapura sampai mengesahkan kenyataan Adil Rahman,” dedahnya.

Raslan menceritakan sebuah sistem yang mana Adil Rahman telah mengawal kesemua kemudahan tukang sembelih termasuk kemudahan cukai, caruman pencen, cuti bergaji, cuti sakit, elaun dan lain-lain.

Namun bayaran yang sepatutnya diterima oleh pekerja ini katanya dikongsi bersama bos-bos Sichma dan pihak lain.

“Orang tengah (yang juga merupakan seorang tukang sembelih) kemudian membayar pekerja sembelihan lain. Namun tiada pekerja yang menerima kemudahan cukai, caruman pencen, cuti bergaji, cuti sakit. Mereka hanya menerima gaji asas tidak lebih dari itu,”

“Sebagai orang tengah, Adil Rahman mengarahkan saya untuk menubuhkan sebuah syarikat di bawah nama saya, untuk bertindak sebagai pembayar. Namun syarikat itu berfungsi seperti yang diarahkan oleh Adil Rahman, dan saya tidak mempunyai kuasa ke atasnya,” dedahnya.

“Ironinya, disebabkan pendekatan licik, Adil Rahman tidak mempunyai sebarang perjanjian dengan mana-mana rumah sembelihan untuk menyediakan pekerja. Namun loji-loji sembelihan ini membayar secara terus kepadanya untuk mendapatkan perkhidmatan juru sembelih,”

“Perlu diketengahkan bahawa sekiranya sebuah rumah sembelihan tidak bersetuju dengan cara itu, ia akan hilang lesen mengimport daging halal kerana Adil Rahman merupakan seorang Pemantau Halal Negeri dan Juru Audit Loji Sembelihan untuk Sichma,”

“Saya pernah menjadi salah seorang pemantau, dan saya ditugaskan membayar gaji pekerja. Namun akhirnya saya sedar ini merupakan satu bentuk penghambaan moden terhadap pekerja dan mengambil keputusan untuk tampil mendedahkan informasi ini kepada anda hari ini. Para pekerja masih lagi dilayan buruk, dan menerima gaji yang tidak setimpal,” dedahnya.

Jika ada mana-mana juru sembelih yang mengadu kepada rumah sembelihan, kata Raslan, mereka diberitahu bahawa itu bukan tanggung jawab loji sembelihan.

Apabila juru sembelih mengadu kepada Sichma, sebaliknya mereka diminta untuk bercakap kepada Adil Rahman dan apabila mereka mengadu kepadanya, mereka diugut untuk dipecat, dan gaji minggu lalu tidak akan diberikan.

“Saya tidak boleh nafikan bahawa Adil Rahman mempunyai hubungan baik dengan Malaysia dan Singapura, dan dia menggunakan kelebihan ini untuk maju dalam perniagaan,” dedahnya.

Sichma menerusi peguamnya Peter Guy, dari Kennedy Guy Solicitors Melbourne menafikan segala dakwaan dan menyifatkannya sebagai palsu dan tidak tepat.

Sichma juga menafikan bahawa Mohamed Adil Rahman merupakan juruaudit halalnya, namun ia enggan mengesahkan peranannya dalam organisasi berkenaan.

Sichma juga telah mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap artikel Asian Sentinel bertarikh 7 November yang melaporkan tentang penyelewengan. Asian Sentinel bagaimanapun mempertahankan laporan itu dan tidak memadamnya sekaligus bersedia untuk disaman.

 

(function() { var d = document, w = window; w

Ordinan Darurat | Jangkaan pasca titah YDP Agong - Penganalisis Politik