“Setpol Razman” tak nafi kenyataan, cuma kata itu catatan peribadi

 


“Setpol Razman” tak nafi kenyataan, cuma kata itu catatan peribadi

“Setpol Razman” tak nafi kenyataan, cuma kata itu catatan peribadi

Biarpun menantu Hadi Awang, Akmal Kamaruddin mengatakan kenyataan tindakan tidak melantik Pas sebagai Exco Agama Kerajaan Perak adalah satu pengkhianatan adalah fitnah, namun penulisnya tidak menafikannya.

Fairuz Hafiizh Othman yang diperkenalkan di dalam Harakahdaily sebagai Setiausaha Politik Pesuruhjaya Pas Perak berkata, menyerahkan portfolio agama kepada bukan ahlinya iaitu selain daripada Pas adalah satu pengkhianatan dan kerja jahat.

“Bagi portfolio agama yang di sandang Pas tentunya mustahil berubah kerana dilihat hanya seorang wakil Pas yang memiliki latarbelakang agama.

“Menyerahkan portfolio agama kepada bukan ahlinya adalah satu pengkhianatan dan kerja jahat. Ia adalah kebinasan apabila tidak di serahkan kepada ahlinya. Ini yang di sebut rasullullah SAW,” katanya di laman Facebooknya semalam.

Namun beberapa jam kemudian beliau telah memadam kenyataan ini, seterusnya menantu Hadi mendakwa ia adalah fitnah.

Fairuz Hafiiz akhirnya tampil mengaku kenyataan tersebut namun beliau mendakwa, kenyataan tersebut hanyalah tulisan santai dan satu analisis.

“Tulisan santai yang saya pos pagi tadi rupanya menimbulkan kekalutan. Ia adalah satu analisis berkaitan pembahagian portfolio exco Perak.

“Oleh kerana ia menimbulkan kekalutan maka saya terpaksa menarik balik tulisan tersebut,” katanya.

Katanya, tulisan peribadi dan santai beliau itu dikatakan pendirian Pas Perak atas jawatan Setiausaha Politik Pesuruhjaya PAS Perak.

Namun katanya sehingga kini tiada sebarang watikah di serahkan kepadanya, taklimat atau sebarang tugasan rasmi.

Hasil carian Perak Insights mendapati, lidah rasmi Pas, Harakahdaily banyak menyiarkan berita dan kenyataan Fairuz Hafiiz dengan memperkenalkan beliau sebagai Setiausaha Politik Pesuruhjaya PAS Perak.

Untuk rekod, beliau juga adalah seorang penjawat awam iaitu berkhidmat sebagai seorang guru.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5514694755211204&id=100000122032873




No comments: