Antara Illi Najwa dan Navpreet Kaur; sebagai mualaf, izinkan
saya berbicara…
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
December 21, 2020
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Buang emak buang saudara (buang emak buang agama),
Kerana kasih saya turutkan.
Hebat
orang Melayu dahulu berseloka. Melangkaui zaman. Ternyata sudah
menjadi realiti. Ini yang diketahui, yang tidak diketahui, bagaimanalah
keadaannya. Buang emak buang agama, kerana kasih, saya turutkan.
Masih terbayang kisah Aishah Bukhari dan Lina Joy. Sebagai
mualaf, terpanggil saya. Izinkan saya untuk berbicara. Tidak usahlah
berdolak-dalih lagi. Jika sudah sebegitulah upacara perkahwinannya. Lupakanlah
buat sementara bahawa beliau masih lagi beragama Islam.
Masih Islam atau tidak, tidak perlu tunggu permohonan untuk
murt4d. Melihat kepada tingkah laku, sudah dapat diketahui, sama ada sudah
murt4d mahu pun belum. Jika pasangan tersebut masih berada di Malaysia, mungkin
senang untuk diuruskan, tetapi jika sudah terlepas ke Punjab, gigit jarilah
jawabnya.
Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini?
Semakin hari, semakin hilang pedoman dan identiti dirinya. Jika
di hospital, wad bersalin, boleh dikatakan, saban hari, ada sahaja anak luar
nikah dilahirkan. Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak diketahui, sejauh
mana ser1us, ada atau tidak kekerapan permohonan untuk keluar Islam. Cuma
berdasar kes di mahk4mah, memang ada.
Ini belum lagi pendedahan, anak-anak perempuan India Muslim
bercinta dengan anak-anak lelaki Hindu. Terselamatkah akidah kita? Kepada ultra
k1asu, perkara ini tidak ada apa-apa, atas dasar hak asasi manusia. Inilah pun
yang mereka perjuangkan selama ini. Dah tentu mereka gembira. Precedent demi
precedent bagi memudahkan tugas mereka.
Kepada kita bagaimana? Maruah kita? Perlembagaan kita?
Tak usahlah terlalu defensif dalam perkara ini. Sedarlah, ini
semua kelemahan kita. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang, kelemahan sistem
pendidikan keluarga, kelemahan media yang sentiasa mensensasikan cerita-cerita
cinta seperti pantun di atas dan sebagainya.
Kalau dah sampai tunduk kepada berhala, tukar nama, nak bersangka
baik lagi bagaimana?
Katakanlah keluarga lelaki sudah biasa panggil dengan panggilan
Navpreet Kaur, kenapa biarkan. Katakan dengan tegas, nama saya Illi Najwa
Anuar. Panggil Illi atau Najwa, kenapa mesti dibiarkan, dipanggil Navpreet
Kaur. Kaur dan Singh, itulah identiti agama Sikh.
Islam memang agama hikmah (wisdom) tetapi bukan berhikmah
selamanya. Perlu ada penegasan terutama hal-hal berkaitan, akidah, nikah kawin
cerai dan sebagainya. Ia tidak boleh dilakonkan atau olok-olok.
Dalam keadaan itu, kita diminta bertegas…
Sama seperti kedudukan kami sebagai mualaf, tidak ada masalah
untuk berbaik dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara yang belum Islam,
setelah memeluk Islam. Malah, dituntut bertambah baik, eratkan hubungan sebaik
mungkin.
Tetapi jika mereka paksa kita menyembah berhala, maka penegasan
ketika itu amat perlu, kecualilah antara hidup dan mati. Rasanya kita belum
berada dalam situasi antara Mashitah (bersama anak) dan Firaun, memilih untuk
menyembah Allah atau menyembah Firaun.
Ketika itu, boleh dibenarkan pilih, bertegas, terjun ke dalam
kawah panas atau menyamar ikut Firaun. Mashitah bersama anaknya memilih
penegasan daripada menyamar menyembah Firaun, walaupun menyamar itu tidak
salah, kerana darurat.
Isunya adakah kita berada dalam situasi antara hidup dan m4ti?
Sudah tentu tidak…
Saudaraku, Islam bukan agama main-main? Kemuliaan dan kehebatan
Islam kerana penegasan. Apabila perkara berhubung dengan akidah, kita mesti
bertegas, tidak boleh tidak. Bukan perkara main-main. Pemimpin negara perlu
bertegas, seperti mana kita bertegas mempertahankan Zakir Naik.
Bawa balik Illi Najwa. Buat penegasan, sama ada dia Illi Najwa
atau Navpreet Kaur…
Begitu juga dengan suaminya, Manpreet Singh. Dilaporkan telah
memeluk agama Islam. Tidak diketahui sama ada namanya sama Manpreet Singh atau
ada sedikit tambahan (ubah) dengan identiti nama-nama Arab. Tetapi itu bukanlah
suatu yang penting. Ada apa dengan nama. Nama Ridhuan pun, kalau perangai macam
mangkok hayun tak guna juga.
Justeru, penjelasan dan pengakuan itu yang lebih penting. Jika
Manpreet Singh yakin dengan Islam. Maka selamatlah Illi Najwa. Jika sekiranya
Manpreet bertindak sebaliknya. Maka hilanglah Illi Najwa, yang ada hanya
Navpreet Kaur.
Pilihan seterusnya, jika Illi Najwa bertegas bahawa dia bukan
Navpreet Kaur, dia boleh bertegas untuk meninggalkan Manpreet Singh, sebelum
keadaan jadi lebih rumit, apabila melahirkan anak nanti. Islamkah anaknya atau
sebaliknya?
Persoalannya, mampukan beliau melakukan sedemikian? Mampukah
beliau ubah pantun Melayu, demi emak, demi saudara, kerana Islam aku turutkan?
Sama-sama kita mendoakan.
Kredit; Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah