DUIT UNTUK UPACARA PENGKEBUMIAN MENJADI BAHAN YANG DISANGKA DUIT PALSU.


 

‘Paling besar sitaan sekarang ini babit kes Ismail Sabri, cecah RM177 juta’ – Azam Baki




Dalam tempoh tiga bulan sahaja bermula 1 Januari sehingga 31 Mac tahun ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekodkan jumlah sitaan sebanyak RM483,386,441.

Daripada keseluruhan jumlah itu, nilai sitaan membabitkan kes Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah yang paling tertinggi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, untuk kes Ahli Parlimen Bera itu sahaja, agensi terbabit telah menyita sebanyak RM177 juta.


“Paling besar sitaan sekarang ini adalah kes Datuk Seri Ismail Sabri, iaitu RM177 juta. Itu jumlah yang paling besar sitaan kes,” katanya dalam sidang media hari ini memetik Sinar Harian.



Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah aset dan wang yang dibekukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan serta Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 adalah sebanyak RM548,978,525.


Setakat ini, jumlah aset yang telah dilucut hak dan dimasukkan ke dalam akaun kerajaan di bawah ketiga-tiga akta berkaitan termasuk Akta Tatacara Jenayah adalah sebanyak RM603,363.29.


“Ini menunjukkan bahawa kami sedang giat berusaha untuk menyelesaikan kes-kes lain bagi tujuan pelucutan hak sama ada secara rasmi mahupun melalui penalti dan kompaun, di mana setakat ini jumlah penalti atau kompaun yang telah berjaya dikutip adalah sebanyak RM412,000,” katanya lagi seperti dilapor.




Kerajaan Jamin Permohonan Semakan Akta SPK Berjalan Tanpa Campur Tangan – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menghormati sepenuhnya hak mana-mana individu untuk mendapatkan tafsiran Perlembagaan melalui jalur kehakiman. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Apr – Kerajaan memberi jaminan bahawa proses mahkamah berhubung semakan kehakiman terhadap kesahan perlembagaan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta SPK) akan berjalan tanpa sebarang campur tangan atau prejudis, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan menghormati sepenuhnya hak mana-mana individu untuk mendapatkan tafsiran Perlembagaan melalui jalur kehakiman.

“Ini adalah antara tonggak penting dalam sistem demokrasi berperlembagaan yang berpaksikan kedaulatan undang-undang. Seperti dalam mana-mana proses mahkamah, kerajaan memberi jaminan ia berjalan tanpa campur tangan atau prejudis sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwwr Ibrahim berkata walaupun kerajaan akan mempertahankan kesahan Akta SPK di mahkamah, Kerajaan MADANI turut komited untuk meneliti semula secara menyeluruh kerangka kerja SPK. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata struktur dan keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) serta peranannya dalam proses pelantikan kehakiman telah dipersoalkan sejak sekian lama oleh pelbagai pihak termasuk badan kehakiman, Majlis Peguam dan pertubuhan masyarakat madani (NGO).

“Persoalan ini bukan sesuatu yang boleh diketepikan dan ia menuntut penelitian serius dari sudut dan lensa undang-undang, institusi dan Perlembagaan,” katanya.

Anwar berkata walaupun kerajaan akan mempertahankan kesahan Akta SPK di mahkamah, Kerajaan MADANI turut komited untuk meneliti semula secara menyeluruh kerangka kerja SPK selaras dengan semangat pembaharuan institusi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata struktur dan keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) serta peranannya dalam proses pelantikan kehakiman telah dipersoalkan sejak sekian lama oleh pelbagai pihak. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ini bagi memastikan proses pelantikan kehakiman benar-benar mencerminkan prinsip ketelusan serta kebebasan badan kehakiman tanpa menjejaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dan keistimewaan Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Anwar berkata kajian semula itu akan melibatkan rundingan bersama pihak berkepentingan termasuk institusi kehakiman, Majlis Raja-Raja, Majlis Peguam dan NGO, dengan matlamat memperbaiki sebarang kelompongan dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap integriti sistem keadilan negara.

“Sebarang reformasi yang dibawa kelak akan menyemangati prinsip Perlembagaan, yakni memelihara doktrin pengasingan kuasa, menjunjung sistem Raja Berperlembagaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Hanya dengan asas yang kukuh ini, kita dapat memastikan kestabilan jangka panjang dan sistem demokrasi negara kekal terjamin,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan MADANI kekal berpegang kepada prinsip tadbir urus berintegriti dan akan terus bertindak dengan telus, bertanggungjawab serta menghormati semua institusi Perlembagaan dalam menguruskan isu sepenting ini.


KAMU DA BUAT SALAH BESAR KAH




 MB Terengganu mengadu pergerakannya dipantau sepanjang masa


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengadu di laman Facebook kononnya beliau telah ditandai sebagai individu di bawah kawalan Arahan Kawalan Perjalanan (TCO) mengakibatkanpergerakannya dipantau sepanjang masa.

Beliau berkata, dirinya seolah-olah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan satu sindiket dan gangster, atau persona non grata di tanah air saya sendiri.

MenurutNaib Presiden Pas berkenaan , beliau sangat kecewa dengan keadaan tersebut yang telah berlaku sejak tahun lalu.


“Saya di “tahan” dan dibawa ke tepi, satu panggilan akan dibuat dan perlu mendapat persetujuan satu cawangan khusus sebelum dibenarkan keluar dari kawalan sempadan, untuk setiap kali keluar-masuk sempadan, walaupun sekadar ke Sabah dan Sarawak sejak suku ketiga tahun 2024,” dakwanya.

Samsuri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) berkata, ke mana beliau pergi, siapa yang ditemui, dan apa yang dibualkan, semuanya menjadi perhatian pihak tertentu dan perlu dilaporkan oleh satu cawangan khusus kepada pihak political master atau operator utamanya.

“Inilah realiti harian yang saya hadapi. Dengan perkembangan teknologi canggih hari ini, mereka mungkin juga cuba mengetahui isi perbualan saya dengan individu tertentu, terutama pimpinan politik.

“Adakah telefon saya dipintas? Sudah tentu. 100%.

“Adakah saya diikuti ke mana-mana saya pergi, walaupun atas urusan peribadi? Sudah tentu. Tanpa ada keraguan,” tegasnya.

Ahmad Samsuri Mokhtar

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu menjelaskan kehadiran operatif dan elemen pihak yang memantau pergerakannya adalah sangat ketara dan mudah dikenal pasti menerusi pemilihan kenderaan yang digunakan, kereta yang statik, cara pihak terbabit berkomunikasi, pejalan kaki (spotter), dan sebagainya.

Sehubungan itu, Samsuri menganggap keadaan tersebut berlaku hanya untuk meredakan paranoia segelintir pihak yang tanpa ada keperluan untuk merasakan tidak stabil dan terancam.

Dalam masa sama, wakil rakyat Pas itu mendakwa seorang lagi pemimpin utama pembangkang juga berdepan dengan label tier TCO sepertinya dan mereka tidak akan berdiam diri.

“Negara yang benar maju demokrasi dan institusinya, mempunyai ruang kawalan di bawah Parlimen seperti “Jawatanakusa Terpilih Risikan ” sebagai kuasa pengawal (oversight) untuk menghalang salah guna kuasa jentera dan aset kerajaan terutama oleh pihak berkepentingan politik dan kewangan.

“Dalam hal ini, sudah ada rakan Ahli Parlimen yang ingin membangkitkan salah guna kuasa TCO dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang,” katanya.






PMX BERBUAL DENGAN PRESIDEN SYRIA.


 

TAK CERDIK.33 BULAN DULU APA PUN TAK BUAT


 

Gabenor Guangxi Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Tianli di pejabatnya di Putrajaya pada 10 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 10 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Guangxi, Lan Tianli dan delegasi di pejabat beliau di sini pagi tadi.

Anwar berkata, lawatan berkenaan mencerminkan hubungan mendalam dan terjalin lama antara Malaysia dan China, terutamanya dengan Guangxi sebagai rakan wilayah yang penting.

Menurutnya, China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia untuk tahun ke-16 berturut-turut pada 2024 dengan jumlah dagangan mencecah USD106.04 bilion (RM484.12 bilion), manakala Guangxi sebagai pintu masuk China ke ASEAN memainkan peranan penting memudahkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Tianli di pejabatnya di Putrajaya pada 10 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya maklumkan bahawa Malaysia menantikan Lawatan Negara Presiden Xi Jinping yang dijadualkan pada 15-17 April ini.

“Justeru, kami turut bertukar pandangan antaranya terkait dengan potensi perdagangan dua hala meliputi ASEAN termasuklah pengukuhan kerjasama kecerdasan buatan (AI) dan Digital,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai sasaran untuk menjadi hab kepimpinan AI serantau dan menjemput perusahaan AI terkemuka China untuk mempertimbangkan bagi menubuhkan ibu pejabat serantau mereka di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Tianli di pejabatnya di Putrajaya pada 10 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Selain itu, kami turut menyentuh usaha-usaha memajukan Inisiatif “Dua Negara, Taman Berkembar” melibatkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), yang mana terus menunjukkan kemajuan positif dengan 19 projek diluluskan bernilai RM25.68 bilion dengan jangkaan pewujudan lebih 10,000 peluang pekerjaan.

“Sehingga kini, RM20.77 bilion telah direalisasikan dengan 7,572 pekerjaan telah diwujudkan hatta ini menunjukkan manfaat ketara kerjasama Taman Berkembar kepada ekonomi dan tenaga kerja Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Tianli di pejabatnya di Putrajaya pada 10 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, beliau berharap hubungan diplomatik Malaysia dan China terus berada pada tahap matang sehingga mampu menghadapi sebarang isu dan cabaran mendatang.




"PEMIMPIN BESAR" PAS DALAM RADAR SPRM ? SUSPEK SETERUSNYA ?

KESIAN PAS TAKUT HILANG KERUSI PERMATANG PAUH KPD NURUL IZZAH ?

BUDAK SANUSI JAWAB ISU BOLA SEPAK KEDAH 11 BULAN TIADA GAJI.


Budak Sanusi penyokong tegar Sanusi Md Noor menjawab Isu Ds Saifuddin Nasution memberi sumbangan kepada 40 orang pemain dan jurulatih dan juga pngawai bola sepak kedah. Beliau Menjawab Penuh Penipuan Dan Spin Gila. Jom Tonton Hingga Tamat. Pelbagai Perkongsian Video akan ditunjukkan Didalam Live Solihin Shabudin. Harap Memberi Manfaat Kepada Para Penonton dalam Siaran Ini. Terima Kasih, Teruskan Menonton Hingga Tamat.





MP Pas Minta Kerajaan PN Dahulu Beri Penjelasan Isu Kg Sungai Baru??

Arina Riana






Korang ni x kesian ke kat Rafidah joget tu ..24jam meroyan usung anak naik Hilux..memekik salah kan kerajaan Madani isu Kampung Baru..alih² kerja puak² PN sakau dan sekutu dia yang gadai .


Tanah Kampung Baru masa jadi kerajaan tebuk atap dulu yang gadai tanah MELAYU dengan harga murah...

Walaun.. dengan macai PNyakau..oi ..nak pergi mana..tu. Ni haà. Apa lagi tunggang la isu ..ni. lagi..🤣🤣🤣🤣


PERBICARAAN MENGHASUT PAPAGOMO DAN RATU PEMFITNAH DISIASAT & BAKAL SAMAN!


Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan meneruskan kes hasutan membabitkan blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris. Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif Ahijman berkata pihaknya telah menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan kes tersebut, setelah mendapati siasatan kes berkenaan lengkap. “Saya percaya untuk kes ini masih ada lagi ramai saksi dan kita telah tetapkan tarikh perbicaraan pada 23 dan 30 April ini,” katanya ketika prosiding di hadapan Hakim Norma Ismail. Sebelum ini, Wan Muhammad Azri telah mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang dihadapinya. Pada 2 Mei 2024, Wan Muhammad Azri, 42, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di laman X miliknya. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada 12 tengah hari, 29 April tahun lepas. Pertuduhan dikemukakan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama itu, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.








KBS siasat pegawai buat komen tidak sopan di media sosial

 



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bahawa siasatan akan dibuat ke atas pegawai kementerian yang membuat komen tidak sopan di media sosial.


Siasatan ini dibuat ekoran tindakan seorang kakitangan KBS Wan Nusmadi Leman yang bertugas di Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah yang melontarkan kenyataan tidak sopan dan tidak bermoral di platform Facebook.


“Berdasarkan Peraturan Pertanyaan Awam (Peraturan 19, P.U. (A) 395/1993), adalah jelas dinyatakan bahawa pegawai kerajaan tidak dibenarkan membuat kenyataan awam yang boleh menjejaskan dasar, rancangan, atau keputusan kerajaan, atau kenyataan yang boleh mencemarkan imej kerajaan,” kata seorang pegawai KBS.



“Tindakan segera telah pun dilaksanakan pada awal pagi hari ini dengan menghantar Unit Integriti KBS yang diketuai oleh Puan Noramelia Roslan dan Puan Molly Mariapan untuk menjalankan siasatan lanjut di IKTBN Alor Gajah, Melaka. Pertemuan bersama Pengarah IKTBN tersebut telah berlangsung pada jam 2.00 petang tadi.”



Pengumuman ini dibuat ekoran desakan masyarakat di media sosial agar tindakan segera diambil terhadap kakitangan berkenaan.

Isu ini turut dibincangkan dalam mesyuarat pasca Jemaah Menteri.



Laporan penuh hasil siasatan akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha KBS dan dikongsikan dengan Pejabat Perdana Menteri untuk tindakan selanjut






Tuan Ibrahim semacam mengaku PN yang bersalah di Kg Sungai Baru



 



Pelbagai pihak menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta pihak tertentu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dahulu memberikan penjelasan dalam isu Kampung Sungai Baru sebagai satu pengakuan bersalah.

“Mengaku pun,” kata Shamsul Mersing yang mengulas berita permintaan Tuan Ibrahim itu.


Media hari ini melaporkan, Ahli Parlimen Kubang Berian itu berpendapat ada kewajaran bagi pihak yang terlibat dengan isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur ketika pentadbiran PN untuk memberi penjelasan.


Menyifatkan pengambilan tanah di situ sebagai isu lama, Tuan Ibrahim berkata penjelasan daripada pihak berkenaan diperlukan.

“Ini (isu) dah lama, jadi saya ingat ia perlu penjelasan daripada pihak berkenaan, pada waktu itu.


“Saya sendiri secara peribadi (rasa) kita perlukan penjelasan terhadap perkara-perkara tersebut, apa yang berlaku pada tempoh tersebut perlu penjelasan lanjut,” katanya kepada Malaysiakini.




Tuan Ibrahim dan rombongan datang ke Kampung Sungai Baru semalam bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan mereka.

Namun, dalam taklimat pemimpin penduduk di situ, mereka menyalahkan para pemimpin PN dahulu yang menyerahkan tanah di situ kepada pemaju.


Pengerusi Jawatankuasa Sementara Penduduk Kampung Zainab Alias mendakwa beberapa bekas menteri dan wakil rakyat terdahulu menyebelahi pemaju, termasuk Annuar Musa, Shahidan Kassim, serta ahli Parlimen Titiwangsa ketika itu, Rina Harun.


“Kami dah bagi tempoh berapa lama tiada siapa wakil rakyat pun jumpa kami, yang saya sedih YB Rina pun boleh sokong dengan pemaju, tanah kami dia sokong (pemaju), saya marah.


“Saya sebut satu lagi nama menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Annuar Musa, selepas itu jumpa Shahidan Kassim,” katanya.

Dalam kunjungan itu, Tuan Ibrahim, salah seorang menteri dalam kabinet PN dahulu berkata, isu di Kampung Sungai Baru itu merupakan kezaliman yang tidak sepatutnya dibenarkan berlaku.


“Ia juga tentang hak orang Melayu di kawasan ini yang akan hilang. Kalau mereka setuju, mereka mungkin akan dapat sebuah rumah sebagai ganti, tapi yang jelasnya mereka dipaksa.


“(Kalau) tak terima pergi mahkamah, berapa mahkamah putuskan itulah yang tinggal. Jumlah pampasan RM250,000 ke RM300,000 itu bukan nilai yang sebenar.


“Rumah-rumah di kawasan ini (sepatutnya) akan cecah RM800,000 ke RM1 juta seunit. Ini satu kezaliman yang tidak sepatutnya diizinkan dalam negara kita,” katanya.


Penyokong Pakatan Harapan berkata, mereka datang ramai-ramai ke sana konon hendak tunjuk prihatin., “Padahal PN yang paksa dan bagi pampasan murah. Tak pasal-pasal orang sana pertikai kehadiran PN.”



Farizul Fabrizio pula berkata, “Alamak…..lebai nak tembak kawan sendiri ke?……dah tidur sebantal kan….takkn tak tau.”




‘Tak semua barang boleh ambil, baik tak payah bagi’, ini nasihat penerima MyKasih SARA



 

Heboh pula segelintir penerima baharu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 sebulan bagi isi rumah yang merungut kononnya tidak boleh membeli banyak barang.

Seorang penerima MyKasih SARA sejak tahun lalu tampil menasihatkan golongan terbabit agar belajar untuk bersyukur.

Norashikin Mohd Rusli berkata, kerajaan MADANI lebih mengutamakan pembelian barangan makanan kering bukannya makanan sejuk beku.

“Nak bagitau, RM100 tu kalau beli beras 10 kg, minyak masak 5 kg, tepung, gula, kunyit, garam, biskut, bihun, susu, roti, maggi, telur, sardin habis dah RM 100.


“Kerajaan memang buat lebih kepada barang makanan kering.

“Barang sejuk beku contoh nugget, sosej dan sebagainya tu bukan keperluan utama, sebab tu tidak dimasukkan dalam barang layak MyKasih,” jelasnya.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut mengingatkan bahawa sabun mandi dan syampu rambut boleh saja diambil.

“Barang basah pula kenapa tak boleh? Cuba fikir yang barang kering pun tak cukup RM100.

“RM100 yang dah jimat ambil guna MyKasih tu boleh ‘tarik’ ke barang basah, mudah kan?” ujarnya.

Sehubungan itu, Norashikin menegaskan perkara paling penting bagi 5.4 juta penerima SARA bermula 1 April lalu adalah bersyukur.


“Syukurlah dapat RM100 sebulan tu. Dapatlah juga jimat RM100, ‘kan?

“Sebelum ini mungkin belanja dapur kering basah jumlah RM400. Dapat MyKasih ni dah jimat RM100.

“Jadi, kena keluar RM300 sahaja. RM100 lebihan tu boleh guna ke lain, betul ke tak betul?” kata Norashikin lagi.





UMNO PECAT H20 ? HILANG KERUSI SEMBRONG ?

SEMUA PENYOKONG TEGAR SANUSI PAS TERKEDU DENGAR ULASAN INI?

Taraf Ketua Penerangan Pas Pusat pun tak tahu CAP AYAMPekeliling Kerajaan??

 Che Ibrahim


Taraf Ketua Penerangan Pas Pusat pun tak tahu Pekeliling Kerajaan?? 


Nampaknya kerajaan kena wajibkan MP/Adun mengambil Peperiksaan Am Kerajaan supaya mereka terdedah kepada Perintah Perintah Am dan Pekeliling Kerajaan.






LEGASI LAMA YANG TIDAK BEKERJA.

 Gerak Harapan. 


Semalam 23 wakil rakyat pembangkang hadir ke Kampung Sungai Baru. bukan bawa penyelesaian, tapi datang dengan wajah simpati dan skrip lama: “kami mahu penjelasan”. Tapi penjelasan daripada geng mereka sendiri? Lawak betul.


Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata:


    “Saya secara peribadi rasa kita perlukan penjelasan… sebab ini legasi lama.”


Ya betul, legasi lama. Tapi soalnya legasi siapa?


Sebab dalam pertemuan yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Sementara Penduduk, Zainab Alias, terus menamakan mereka yang dulu bermesra dengan pemaju:


➡️ Annuar Musa


➡️ Shahidan Kassim


➡️ Rina Harun


Zainab tak berselindung. Katanya, tiada siapa pun dari kalangan wakil rakyat masa itu datang jumpa mereka, apatah lagi membela. Yang berlaku?


Sokongan senyap kepada pemaju.


Sekarang bila rakyat makin lantang dan Kerajaan Madani cuba betulkan keadaan, barulah PN datang nak "minta penjelasan".


Macam datang ke rumah yang mereka sendiri bantu runtuhkan… lepas tu tanya, “kenapa rumah ni jadi begini?” Dasar penunggang!


Nak cuci tangan? Silakan. Tapi jangan pura-pura tak tahu siapa yang mula gali lubang.


Kalau benar nak bela rakyat, kenapa dulu senyap? Kenapa sekarang baru nak sedar? Bila rakyat marah, tiba-tiba muncul sebagai pejuang?


Bau hipokrasi tu, kuat sangat!



MASA JADI KERAJAAN 33 BULAN

 

Zuwairi 

Masa mereka jadi kerajaan ini yang mereka buat. Sekarang dah jadi pembangkang ... mahu jadi batu api pulak. 




Dimaklumkan oleh penduduk Kg Sg Baru, notis di bwh Akta Pengambilan Tanah tu ditampal di sebahagian rumah penduduk pada hari Jumaat 18 Jun 2021. 


Sabtu & Ahad cuti, Isnin 21 Jun 2021 terus diwartakan. Kalau penduduk nak bantah sekalipun, mana boleh keluar rumah..tengah total lockdown masa tu. 


Begitulah "hebatnya" PN masa tu..skrg semua tak mengaku, nak salahkan Kerajaan Madani. 

Anuar Musa & Shahidan Kassim sbg ex-Menteri WP di zaman PN yg kena jawab.



Pemuda PAS Malaysia Disahkan Bodoh??

Zuwairi Md Yusof 


Pemuda PAS Malaysia Disahkan Bodoh


Kenapa PAS pilih background Pelangi?Lain maciammm ni.Orang lain ko tuduh Liberal ini PAS mesti Lebairal.





BILA MENJADI ALAT POLITIK KETAKSUBAN.

 

Zainuddin Omar


Pada tahun 2002, Gujarat menyaksikan salah satu rusuhan paling buruk dalam sejarah India. 





Dua imej yang tidak dapat dilupakan muncul dari zaman kelam itu. Salah satunya ialah Qutubuddin Ansari, seorang lelaki Muslim yang menadahkan tangan, merayu untuk nyawanya, dengan mata penuh ketakutan. Yang satu lagi ialah Ashok Mochi, seorang tukang kasut Dalit miskin, memegang besi panjang, dengan wajah penuh kemarahan. 


Ansari menjadi simbol kesakitan. Mochi, simbol kemarahan. Kedua-duanya terperangkap dalam gelombang kebencian dan keganasan yang sama.


Kini, selepas 23 tahun, kedua-dua lelaki ini bertemu, bukan dengan kebencian, tetapi dengan pemahaman. 


Pertemuan itu berlaku dalam sebuah acara buku di Kerala. Apa yang berlaku selepas itu sangat menyentuh hati. Ashok berkata dia masih tinggal di kaki lima di Lal Darwaza dan bahkan tidak mampu untuk berkahwin.


 “Apa pembangunan? Apa kemajuan? Semuanya dusta,” katanya, bersuara menentang janji-janji yang dibuat oleh para pemimpin, terutamanya Narendra Modi, yang ketika itu merupakan Ketua Menteri Gujarat semasa rusuhan berlaku.


Qutubuddin, lelaki yang pernah merayu untuk nyawanya, melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Dia memaafkan Ashok. “Dia hanyalah alat yang digunakan oleh dalang-dalang,” katanya. 


Yang dimaksudkannya ialah golongan berkuasa pada masa itu, merujuk kepada peranan Modi dalam menyebarkan kebencian dan memecah-belahkan rakyat. 


Dia menambah, “Saya tidak menyimpan dendam di dalam hati. Saya rasa seperti dia adalah saudara saya sendiri sekarang.” Kata-katanya menunjukkan keberanian dan nilai kemanusiaan yang tinggi.


Qutubuddin juga mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan wang yang banyak untuk muncul dalam iklan kerajaan yang mendakwa Gujarat kini aman. 


Tetapi dia menolak. “Keamanan bukan untuk ditunjukkan dalam gambar. Keamanan ialah apabila rakyat tidak lagi hidup dalam ketakutan,” katanya. Kata-katanya menjadi mesej tegas menentang penggunaan mangsa untuk membina imej politik.


Pertemuan semula yang menyentuh hati antara dua lelaki dari pihak bertentangan rusuhan ini membawa mesej yang jelas. 


Mereka berdua telah menderita. Mereka berdua telah melihat di sebalik penipuan. Dan mereka berdua menyalahkan Narendra Modi atas penderitaan yang dialami Gujarat. 


Dalam dunia hari ini yang penuh kebencian dan perpecahan, kisah mereka mengingatkan kita bahawa kebenaran, kasih sayang, dan kemaafan jauh lebih kuat daripada mana-mana janji politik.


📌Kredit kandungan: Firstpost, Mumbai Mirror, The New Indian Express & Times of India



DI ASUH GITU..TAK BAGI GULING GULING. BILA BAGI, TAK PUN BERTERIMA KASIH.


 Ridhwan Mohamad


Tapi penyokong2 pembangkang selalu dihasut melalak bencikan kerajaan PMX....




HANG JANJI 5 HARI SAMPAI LA TELAGA AYAQ PUN TAK JUMPA

 

Kita berjumpa dengan semua orang. Kadang-kadang dekat petrol pump, dekat dengan stesen LRT. Bila tanya kita, dia kata ‘bila kerajaan ini nak bertukar’?


#Harakahdaily #HDPremium




MASA PN JADI KERAJAAN 33 APA PUN TAK BUAT..BILA ANWAR BUAT ITU INI, ..DIA KERJA MENGUTUK...AKAI TAK DAK.

 


ANWAR SERU ASEAN BERSATU

 

Yeop Tanjung


PMX sebagai antara 10 pemimpin dunia yang diperhatikan pada 2025 sebaris dengan Presiden AS, Donald Trump. PMX menggalas tugas besar pada tahun 2025 apabila memulakan tanggungjawab memimpin rantau Asia Tenggara selaku Pengerusi ASEAN. Kepengerusian PMX akan menguji kepimpinan Asean beliau dalam memajukan rantau ini.


Alhamdulillah Ekonomi Madani, yang diamalkan oleh negara selain kepimpinan telus Kerajaan Perpaduan yg dipimpin oleh PMX, Dunia menghormati beliau tertapi kenapa dgn rakyat kita sendiri sebaliknya.


 Mencemuh, menghina makihamun saolah dah hilang segala adap dan susila, kenapa ya Shahbudin Husin. Dan saya tertanya juga adakah pemimpin pembangkang baik Bersatu mahu pun PAS ada yg setara PMX... .


#everyone



BANTUAN BUKAN TIKET POLITIK.


 

KAU PUN TAK IKUT UNDANG UNDANG

 


𝗗𝗕𝗞𝗟 tolong bertindak 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴, nasihat si 𝗽𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗹𝗼𝗻. Aku baru tau 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗹𝗲𝘀𝗲𝗻 tu ikut undang-undang rupanya. 𝗛𝗶𝘀𝗮𝗽 𝗱𝗮𝗱𝗮𝗵 ikut undang-undang, 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗮𝘁𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 pun ikut undang-undang juga rupanya. Guane boh?




 

Raja Gelap II 


.



Pulak dah! Ustaz ke mamat ni?





Sebenarnya aku dah baca posting dia. Katanya, dia 𝘁𝗮𝗸 𝗶𝗸𝘂𝘁 sebarang ritual keagamaan. Bagi aku tak ada masalah pun kalau betul begitu.


Lagipun, aku rasa dia pun 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗵𝗶𝗹. Aku yakin dia tahu batas agama. Kita tak payahlah nak ragui keimanan dia. Dia dan Allah lebih tahu.


Cuma yang tak sedapnya, dia kata terima jemputan kerana 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗺𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗶𝗳𝘁𝗮𝗿. Alasan begitu agak pelik untuk diterima. 


Cakaplah lawatan sebagai Adun ke, tak kisah. Tapi bila cakap begitu, buat aku teringat kisah 𝘁𝗮𝘄𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗶𝘀𝘆 kepada Nabi ﷺ.


Mereka ajak Nabi ﷺ untuk sembah berhala mereka kemudian setahun mereka pula sembah Allah . Lalu turunlah 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗮𝗹-𝗞𝗮𝗮𝗳𝗶𝗿𝘂𝗻 sebagai respon menolak tawaran tersebut. 


Satu lagi, aku nak tunjukkan 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗔𝗦. Kalaulah ini dibuat oleh mana-mana pemimpin PH atau UMNO, nescaya 𝗿𝗶𝗯𝘂𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 dengan laungan liberal.


Tapi bila puak dia yang buat, tak mengapa. Sebab itu aku kata PAS 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿. Kalau nak harap kepada PAS, rakyat susah, Islam tercemar.


Sebab itu kena 𝗹𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗹𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗸𝘂𝘀𝘁𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.