SURAT MENYURAT SRC


Ini dokumen yg telah dipamerkan di mahkamah..

Tiada penerangan foto disediakan.

Tiada penerangan foto disediakan.

SELAMAT HARI PEKERJA
(Ini hadiah Najib untuk golongan penjawat awam sempena Hari Pekerja)
Langkah-langkah SRC merompak dari KWAP:
1. Nik Faisal bagi pihak SRC International, menulis 'surat cadangan' kepada Najib Razak. Cadangan untuk mengambil RM4 bil dari KWAP. Najib Razak pada ketika itu, merupakan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB.
2. Najib memanjangkan surat Nik Faisal kepada Azian, CEO KWAP pada ketika itu, dengan menyatakan "saya bersetuju dengan cadangan ini".
3. Sementara itu, SRC dengan sokongan Najib telah menyediakan resolusi syarikat, dengan hasrat mengambil tambahan beberapa bilion dari KWAP.
4. Ahli panel pelaburan KWAP, Abdul Wahid Omar merangkap CEO Maybank pada ketika itu, telah meluluskan permohonan SRC tanpa pertanyaan, tanpa syarat, tanpa ulasan.

SAMPAI BILA TUN MAHATHIR SUKA BERGADUH?


Ketika bermusuh dengan Najib Razak, Tun Mahathir bukan saja menjadi pengkritiknya, malah mengalu-alukan sesiapa juga yang berani menegur Perdana Menteri.
Ketika itu, termasuk TMJ yang pernah melakukan kritikan terhadap Najib, bagi Tun Mahathir ia adalah hak pewaris takhta Johor itu untuk berbuat demikian dan ia sesuatu yang harus dialu-alukan.
Tetapi, setelah beliau sendiri duduk di kerusi Perdana Menteri, Tun Mahathir nyata tidak suka dikritik oleh TMJ.
Ketika TMJ memberi reaksi spontan terhadap kata-kata peminat bolasepak JDT yang mahu jurulatih pasukan itu, Benjamin Mora ditukar dengan mengatakan “daripada tukar, baik tukar Perdana Menteri”, Tun Mahathir kelihatan begitu sensitif dan tidak senang dengannya.
Kata Tun Mahathir, kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak boleh ditukar oleh TMJ, sebaliknya hanya rakyat yang boleh menukarnya.
Walaupun sebelum itu Tun Mahathir melalui Deklarasi Rakyat pernah berusaha agar Majlis Raja-Raja memecat Najib, yang nyata sikapnya kini memperlihatkan dia tidak suka dikritik – suatu keadaan yang berbeza ketika sebelum dan selepas beliau menjadi Perdana Menteri.
Terbaru dengan TMJ, khususnya berkaitan Statut Rom dan Istana Johor dalam soal campurtangan dalam pentadbiran kerajaan serta beberapa isu sebelum ini, Raja-Raja adalah institusi yang dikira paling suka dicari gaduh oleh Tun Mahathir.
Semalam pula, ketika Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan rasa kecewa dengan kedudukan Islam yang dilihatnya terancam di bawah kerajaan PH, Tun Mahathir menempelaknya sebagai pekak.
Walaupun Dr. Asri kemudian menjawab balik dengan mempersoalkan siapa yang pekak antara beliau dan Tun Mahathir, yang nyata Perdana Menteri tidak sedia untuk ditegur oleh sesiapa, termasuk oleh golongan agama.
Mengapakah cara Tun Mahathir memberi reaksinya begitu kasar dan seolah-olah ingin bergaduh?
Tidak bolehkah, sebagai Perdana Menteri, beliau menjawab setiap kritikan dengan bahasa yang baik-baik sebagai lambang kesediaan menerima teguran?
Terbaru, dalam ucapannya di depan penjawat awan semalam, Tun Mahathir secara terbuka membidas golongan itu serta mengaitkan mereka dengan amalam rasuah yang berleluasa.
“Dulu kita tahu ada orang tertentu dapat perlindungan dari jentera dan pegawai kerajaan kerana rasuah, apabila kita berusaha menghentikannya, maka pegawai kerajaan tertentu ini tiada pendapatan tambahan dan mereka kecewa, (malah) mereka rasa kerajaan kleptokrasi (terdahulu) lebih baik daripada kerajaan demokrasi.
“Sebab itu sokongan pada kerajaan ini dan saya sendiri merosot, tetapi kita akan terus bersihkan negara dari rasuah, kerana rasuah akan hancurkan negara dan menyebabkan kos hidup meningkat kerana setiap yang kita belanja kena tambah kos rasuah,” katanya lagi.
Tidakkah ini menunjukkan Tun Mahathir seolah-olah ingin bergaduh dan bermusuh dengan penjawat awam pula?
Mengapa memalukan penjawat awam sampai begitu sekali?
Bagaimana dengan rasuah di kalangan pemimpin politik dan mereka yang dekat dengan puncak kuasa?
Rasuah mana yang lebih serius dan memudaratkan?
Mengapa hanya kakitangan awam saja dijadikan sasaran?
Apa kaitan rasuah di kalangan kakitangan awan dengan kemerosotan sokongan rakyat terhadap PH?
Sebelum ini dan sejak beberapa lama dulu juga, Tun Mahathir turut tidak henti-henti melabelkan orang Melayu sebagai malas.
Tetapi ketika meminta sokongan untuk mendapat kuasa, siapakah yang mula-mula dicarinya kalau bukan orang Melayu juga?
Dalam keadaan lain, di peringkat awal berkuasa baru-baru ini, Tun Mahathir turut mencipta pergaduhan dengan Singapura dan China dalam soal hubungan dengan kedua-dua negara tersebut.
Walaupun baru-baru ini Tun Mahathir sudah bersikap lunak terhadap China, tetapi tindakannya bergaduh secara terbuka dengan pemimpin negara itu dalam lawatan sebelum ini tentu masih diingati lagi.
Pendek kata, dengan Raja-Raja, mufti, kakitangan awam, orang Melayu, Singapura dan China – semua mahu dibuat gaduh oleh Tun Mahathir.
Sampai bila Tun Mahathir mahu terus bergaduh?
Selamatkah kita sebagai rakyat apabila memiliki seorang Perdana Menteri yang kaki gaduh dan apakah beliau boleh dianggap betul dan benar melalui sikapnya yang suka bergaduh dengan semua orang itu? (Shahbudindotcom 01/05/2019)

PH ADIL, BAYAR ROYALTI PETROLEUM – MB TERENGGANU

PH bermesyuarat bentang dasar 1 juta peluang pekerjaan


Image result for kabinet malaysia
KUALA LUMPUR – Satu mesyuarat khas sedang dijalankan oleh kerajaan di Pejabat Perdana Menteri dalam merealisasikan dasar satu juta pekerjaan baharu di negara ini.
Menurut Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, mesyuarat itu diadakan supaya setiap kementerian mencari jalan dengan mencadangkan kertas kerja ke arah mewujudkan satu juta peluang pekerjaan dalam negara.
“Datuk Seri Azmin (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) akan dipertanggungjawabkan untuk membincangkan ruang-ruang untuk menambahkan pekerjaan dan bagaimana nak selarikan peranan macam Kementerian Pendidikan bekalkan tenaga kerja dan selarikan dengan industri,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Sambutan Hari Pekerja di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Jelasnya, mesyuarat itu juga akan membincangkan bagaimana meningkatkan penempatan pekerjaan dan mengurangkan ‘mismatch’ dalam sektor pekerjaan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH berjanji akan mewujudkan satu juta peluang pekerjaan.
Ia dimeterai dalam manifesto setebal 200 muka surat “Buku Harapan: Negara, Memenuhi Harapan”. 

KERAJAAN MAHU PINDA AKTA 355



Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks


PINDAAN AKTA RUU 355 GAGAL DIUSAHAKAN OLEH UMNO DAN PAS, KINI KERAJAAN PH PULA AKAN USAHAKAN
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tak payah nak harapkan umno, kemudian kita sendiri minta tangguh. Semuanya kerana kepentingan politik saja.
Alhamdulillah, kerajaan PH tidak perlu tunggu waktu PRU untuk laksanakan sesuatu kebaikan. Kerajaan PH akan lakukan sedaya upaya. Umno dan Pas boleh menolaknya dan kami tidak akan men'jirat"kan atau mengkapirkan anda.

Henti kekang wacana rakyat, forum ilmiah berkaitan Statut Rom


Dua pemimpin muda DAP membantah tindakan polis menyiasat forum akademik berkaitan Statut Rom yang diadakan pada Sabtu lalu di Universiti Malaya mengikut Akta Hasutan.
Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan dantindakan itu bertentangan hasrat kerajaan Pakatan Harapan untuk membenarkan kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi tempatan.
“Kami mengambil pendirian bahawa forum tersebut adalah suatu forum ilmiah untuk membincang isu berkaitan Statut Rom secara akademik, sejajar dengan usaha Kerajaan yang mahu membenarkan kebebasan akademik di institusi-institusi pengajian tinggi.
“Atas dasar ini, kami membantah tindakan PDRM untuk memulakan siasatan ini dan berpandangan forum ilmiah sebegini tidak wajar dibungkamkan melalui tindakan undang-undang kerana dilihat sebagai suatu usaha menghalang wacana rakyat mengenai isu Statut Rom,” katanya dalam kenyataan.
Mereka berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Ketua Pol
is Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bahawa polis telah memulakan siasatan ke atas forum bertajuk “Malaysia and the Rome Statute” mengikut Akta Hasutan. 
Statut Rom adalah satu treati (perjanjian) rasmi antara negara-negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada negara pihak (state party) untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa.
Sehingga 4 Mac, sebanyak 124 negara telah menjadi negara pihak kepada Statut Rom.
Malaysia menyertai Statut Rom pada 4 Mac lalu, namun menarik sebulan kemudian susulan daripada tentangan pelbagai pihak.
Ketua DAPSY Subang, Farhan Haziq Mohamed.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa mengumumkan penarikan Malaysia daripada treati itu pada 5 April lalu berkata, ia dibuat bagi mengelak kekeliruan yang dicipta oleh individu tertentu dan penarikan itu dibuat bukan kerana perjanjian tersebut membahayakan negara.
Mahathir turut mendakwa terdapat percubaan untuk melibatkan raja-raja menentang kerajaan serta untuk memburuk-burukkan kerajaan PH dan diri beliau sendiri selaku perdana menteri, menggunakan isu Statut Rom dengan mendakwa kerajaan menyerahkan semua kuasa kepada pihak asing.
Gesa kerajaan mansuh Akta Hasutan
Mengulas lanjut, Syahredzan dan Farhan berkata, polis masih boleh menggunakan budi bicara untuk tidak meneruskan siasatan ke atas forum terbabit meskipun terdapat laporan polis.
“Mereka (pihak yang melapor) berhak untuk tidak bersetuju dengan Statut Rom tetapi mereka tidak wajar untuk mendesak PDRM supaya mengambil tindakan terhadap individu yang mengamalkan hak mereka untuk berdiskusi mengenai isu tersebut,” ujar mereka.
Mereka juga membantah tindakan polis menggunakan Akta Hasutan yang disifatkannya sebagai “undang-undang peninggalan penjajah yang zalim dan menekan”.
“PDRM sepatutnya menggunakan undang-undang lain yang sedia ada selain Akta Hasutan untuk membuat siasatan, sekiranya benar-benar perlu.
“Kami menggesa PDRM untuk menghentikan segala siasatan di bawah Akta Hasutan terhadap mereka yang terlibat dengan forum tersebut.
“Kami juga sekali lagi menggesa pihak Kerajaan untuk mempercepatkan usaha untuk memansuhkan Akta Hasutan seperti yang telah dijanjikan di dalam mnifesto Pakatan Harapan,” ujar mereka lagi. 

Abdul Hamid Bador KPN baharu


Image result for abdul hamid bador profile

PUTRAJAYA – Nama yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk jawatan Ketua Polis Negara telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Ya, saya fikir dia (Abdul Hamid Bador) akan jadi IGP.
“Saya fikir Yang di-Pertuan Agong sudah tandatangan (surat pelantikan),” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Beliau ditanya mengenai nama pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang disebut-sebut bakal menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bersara wajib.
Desas-desus pelantikan beliau itu tersebar sejak Februari lalu menerusi WhatsApp.
Kiriman mesej yang tular itu menyatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN), memilih Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
Hamid menjadi perhatian pada 2015 apabila membuat pendedahan mengenai pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain mendesak siasatan terus ketika menjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.
Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam PDRM, pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada Kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa republik itu melumpuhkan kegiatan keganasan Jemaah Islamiah (JI) dan elemen pengganas Daesh. 

BENARKAH UMAT ISLAM DIBULI? – PATRIOT

POLITIK MALAYSIA MENUJU PECAH BELAH KAUM?

(function() { var d = document, w = window; w

Hadi Awang mengesahkan kenyataan Mohamad Sabu Kerajaan PN tidak dihormat...