PMX BERI SUMBANGAN BUAT SHIMA.





 Alhamdulillah, Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi seniwati Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman atau Shima.


Shima kini menghidap penyakit bronchitis sehingga menyebabkan beliau tidak boleh menyanyi sekali gus terputus sumber pendapatan.


Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan Shima. 


Saya mendoakan Shima dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT. 


#MalaysiaMADANI




MEREKA SAHABAT.....

 ALLAHU AKBAR 



ku hanya pernah melihat DSAI seperti ini sewaktu beliau berada di sisi arwah bondanya dan bapanya ketika kedua2 insan tersayang itu kembali ke Rahmatullah, di mana waktu itu DSAI terpenjara angkara kezaliman Mahathir.  


Sewaktu beliau difitnah, dihina, diaibkan, ditumbuk, disepak dan diterajang, beliau masih bertahan dan tabah.


Kali ini, sekali lagi aku menyaksikan suasana ini ketika pelukan terakhir beliau untuk melepaskan DYMM YDP Agong meninggalkan istana untuk kembali ke Pahang setelah tamat tempuhnya sebagai YDP Agong.  Tentunya bagi PMX, terlalu banyak jasa Tuanku terhadap beliau.


Semoga kedua2nya dirahmati Allah.


WFAUZDIN NS



MESKI JAWATAN HAMZAH DIKEKALKAN, TAPI KEDUDUKAN AZMIN DALAM BERSATU SEMAKIN DIKUKUHKAN

 

MESKI JAWATAN HAMZAH DIKEKALKAN, TAPI KEDUDUKAN AZMIN DALAM BERSATU SEMAKIN DIKUKUHKAN

Shahbudin Husin

30 January 2024

Politik Semasa

3 Comments

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada Ahad malam lalu yang berlarutan sehingga jam 1.15 pagi tidak membuat sebarang perubahan kepada kedudukan Hamzah Zainuddin sebagaimana hangat dispekulasikan sebelum itu.

Beliau terus dikekalkan sebagai Setiausaha Agung, begitu juga dengan Salleh Bajuri yang turut dikekalkan sebagai Bendahari Agung.

Begitu pun, di sebalik tiada perubahan kepada kedudukan Hamzah, tetapi keberadaan Azmin Ali yang sebelumnya yang dikhabarkan bakal mengambil alih tempat Hamzah ternampak semakin diperkukuhkan.

Adun Hulu Kelang dan Ketua Pembangkang Dun Selangor itu kini dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Selangor menggantikan Abdul Rashid Asari.

Selain itu, dua orang pemimpin Bersatu yang dikenali sebagai sangat pro kepada Azmin turut dilantik sebagai Ahli MPT yang baru.

Mereka ialah Adun Taman Medan, Dr Afif Bahardin dan Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasruddin.

Kedua-dua mereka ini adalah berasal daripada PKR sebelumnya, sama seperti Azmin juga.

Seorang lagi yang dilantik sebagai Ahli MPT ialah Nolee Ashilin Radzi, adik ipar kepada Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau Peja.

Dengan tiga perlantikan tersebut, kedudukan Azmin bersama Peja jelas semakin diperkukuhkan dalam Bersatu.

Oleh kerana Mahiaddin Md Yasin telah menyebut hasratnya ingin kekal menerajui Bersatu hanya selama sepenggal saja lagi, bererti pemilihan parti yang dijangka pada Jun depan ini adalah yang terakhir baginya.

Ahli Parlimen Pagoh itu tidak akan bertanding lagi dalam pemilihan seterusnya pada 2027 nanti.

Dengan itu, gandingan Azmin dan Peja adalah gambaran yang sedang disolek dan dicantikkan untuk mengambil alih kepimpinan Bersatu selepas Mahiaddin.

Ke mana Hamzah selepas ini?

Dalam apa jua keadaan, kelebihan untuk bertindak adalah memihak kepada Mahiaddin sekarang ini.

Atas kuasa sebagai Presiden, beliau boleh menukar atau mengugugrkan Hamzah pada bila-bila saja, bahkan turut boleh tidak melantik lagi Ahli Parlimen Larut itu sebagai Setiausaha Agung selepas pemilihan pada Jun akan datang.

Jika Hamzah tidak berbuat apa-apa, potensi untuk masa depannya mereput begitu saja adalah amat tinggi, apalagi hubungan beliau dengan Mahiaddin sudah keruh sejak kebelakangan ini.

Terserah kepada Hamzah membuat pertimbangan mengenai masa depannya – melawan atau rela dikuburkan begitu saja. – ShahbudinHusin 30/01/2024.


 

Pembangunan pesat KL tidak pinggir golongan B40


 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Pembangunan pesat Kuala Lumpur akan dipastikan tidak meminggirkan golongan berpendapatan rendah atau B40, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.



Beliau berkata bagi tujuan tersebut penyusunan semula dan penetapan baharu zon guna tanah seperti pengenalan zon khusus bagi kediaman mampu milik akan dilaksanakan.



"Dalam kepesatan pembangunan di tengah kota raya metropolitan Kuala Lumpur, saya ingin tekankan bahawa peningkatan darjat hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan B40 perlu juga untuk kita berikan perhatian serius.



"Sehubungan itu, penyusunan semula dan penetapan baharu zon guna tanah seperti pengenalan zon khusus bagi kediaman mampu milik dilihat akan

dapat menterjemah kesungguhan kerajaan dalam merancakkan pembangunan Perumahan MADANI untuk golongan sasar," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.



Draf pelan itu dilancarkan dua hari sebelum Kuala Lumpur menyambut ulang tahun ke-50 diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan.



Zaliha berkata melalui Draf PTKL ini, kawasan-kawasan yang berkepentingan awam seperti kemudahan masyarakat dan kawasan lapang juga telah disusun

pendefinisiannya dalam memastikan kawalan lebih menyeluruh mampu dilaksanakan oleh pihak DBKL dan agensi berkaitan.



Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan pandangan pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan industri untuk mengambil bahagian dalam sesi pendengaran awam dengan berikan cadangan serta idea terhadap kandungan Draf PTKL 2040.



"Adalah tidak sempurna sekiranya pelan yang disediakan ini tidak memperhalusi pandangan serta ulasan oleh komuniti awam mahupun pihak-pihak yang berkepentingan," ujarnya.



Zaliha menjelaskan PTKL merupakan satu pelan terperinci menterjemahkan dasar yang terkandung dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 yang telah diwartakan pada 19 Oktober lalu.



"Bertepatan dengan tema Sambutan 50 Tahun Wilayah Persekutuan pada tahun ini iaitu ‘Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni’, PTKL ini dirangka dengan menitikberatkan kepentingan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang mesra didiami oleh segenap lapisan masyarakat dan menjadi tumpuan kepada pelancongan serta pelaburan untuk dekad-dekad mendatang," ujarnya.



Draf PTKL 2040 boleh disemak oleh orang ramai bermula dari 31 Januari sehingga 1 Mac depan di Menara DBKL 1 dan 3 serta pameran bergerak yang akan diadakan di 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur.



Warga kota dipelawa untuk memberikan sebarang pandangan atau cadangan di lokasi pameran atau secara atas talian di laman https://ppkl.dbkl.gov.my/e-pandangan/.



DBKL juga akan mengadakan sesi taklimat di tingkat 30, Menara DBKL 1 pada tarikh yang akan diumumkan kelak.



Kuala Lumpur telah berkembang dari pelbagai aspek termasuk menyumbang sebanyak lebih RM 200 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pada tahun 2024 ini, Kuala Lumpur tersenarai di kedudukan ke-18 bandar raya terbaik dunia berdasarkan Britons Ranking.



Ia juga diiktiraf di kedudukan ke-8 bandar yang paling suka didiami oleh ekspatriat mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Forbes dan di tangga ke-6 bandar paling ramai pengunjung berdasarkan kajian Indeks Bandar Destinasi Global yang dijalankan oleh pihak MasterCard.

 

[panas] DUA KEM DALAM BERSATU NYATA, SEMAKIN PANAS HAMZAH VS ABAHCOW?

SANUSI BERI AMARAN : PN BAKAL BUBAR? BERSATU HANCUR?

Usahawan tani IPR-Intan jana pendapatan RM3,000 sebulan



 



Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)-Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) yang digerakkan kerajaan didapati berjaya menjana pendapatan bulanan purata jauh lebih tinggi dari sasaran minimum RM2,000 sebulan.



Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata sasaran tersebut dapat dilihat daripada data hasil pendapatan peserta IPR INTAN di Putrajaya selepas pusingan pertama tuaian sehinggga Januari tahun ini.



Dalam perkongsiannya di Facebook, beliau memaparkan hasil pendapatan tujuh peserta yang menanam mulai September tahun lalu dan menuai pada Disember lepas.



Peserta pertama berusia 44 tahun mengaut pendapatan RM23,413, peserta 2 (44) RM21,917, peserta 3 (21) RM17,458, peserta 4 (41) RM18,266, peserta 5 (23) RM15,189, peserta 6 (68) RM11,990, peserta 7 (61) RM18,266.



"Maknanya, julat tambahan pendapatan bulanan yang dijana bagi setiap kitaran empat bulan ialah antara RM3,000 (paling rendah) ke RM5,800 (paling tinggi)," katanya.



Jelas Rafizi, bagi projek itu, kerajaan tidak memberi modal tunai atau baja serta perkakas seperti sebelum ini.



Sebaliknya kata beliau kerajaan sediakan tapak pertanian moden yang telah dilengkapi sistem pengairan dan pembajaan moden.



"Tugas peserta ialah membentuk unit kelompok yang dibimbing oleh pasukan teknikal pertanian moden," jelasnya.



Katanya pendapatan tambahan hasil pertanian moden IPR INTAN yang paling rendah (Putrajaya) adalah RM3,000 sebulan iaitu lebih tinggi dari gaji median nasional iaitu RM2,600 sebulan meliputi sebahagian besar pemegang diploma dan ijazah. Formula pertanian moden untuk membasmi kemiskinan telah berjaya dibuktikan di beberapa tapak di seluruh negara.



Jelas Rafizi pihaknya menyasarkan untuk mewujudkan peluang tersebut kepada 20,000 peserta di seluruh negara menjelang akhir 2025.



"Ini bersamaan dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan dengan membina 200 pusat data yang memerlukan pelaburan beratus bilion kerana kilang moden tidak menggunakan ramai pekerja.



"Barulah berbaloi kena kecam jika rakyat dapat melihat sendiri tapak-tapak pertanian moden ini tumbuh bagai cendawan di seluruh negara," katanya.



Terdahulu pada Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim buat pertama kali melawat tapak IPR INTAN di Tanjung Rambutan yang berada di dalam Parlimen Tambun.



Rafizi menjelaskan IPR INTAN menggunakan pendekatan menjadikan tapak pertanian sebagai “kilang” dengan berusaha mengelakkan peserta mengalami risiko kerugian seperti serangan penyakit dan kekurangan hasil tuaian.



"Peserta menjadi pekerja yang menguruskan plot yang telah dibangunkan dengan kaedah pertanian moden dan diberi latihan.



"Kalau mereka putus asa awal, ada peserta baru yang masuk untuk menyambung seperti pekerja kilang baru mengganti yang telah berhenti," ujarnya.



"Peserta diberi jaminan menerima sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan setiap kali pusingan tanaman, dengan elaun RM600 sebulan dalam 2-3 bulan pertama sebelum boleh dituai," katanya lagi.

 

Pengampunan Najib Menjejas Reputasi Negara. Najib's pardon if granted wi...

UGUT BUNUH PMX KENA PENJARA 6 BULAN - WOIII- JANGAN KUTIP SABUN JATUH- SIAP HANG DOK DALAM SANA.... DAN KEZALIMAN MAHA FIRAUN TERHADAP ...



Seorang pemandu lori dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini kerana membuat hantaran mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di aplikasi TikTok, tahun lepas. Hakim N Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Faizal Mohamad, 35, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini. Faizal yang menangis selepas mendengar hukuman itu, didakwa membuat dan memulakan penghantaran yang mengancam sifatnya terhadap Anwar dan menteri-menteri dengan menggunakan nama profil Tiktok @jaiadani89 dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 20 Nov 2023. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/694743 2. https://www.malaysiakini.com/news/694751



BUKA MULUT JA MUHONG

 

Abu Miskhat


Kita tak sepatutnya laju sangat berucap walaupun ramai pengikut tepuk..



BERITA PELESU - UTUSAN MOHON MAAF... PELESU PUNYA UTUSAN... BERITA PELESU BAWA MASUK PAPER...


 

FUHHH... BOLEH BEBAS RUPANYA...


Iswardy Morni


 “Najib sudah mendapat pengampunan semalam, tetapi kenyataan rasmi belum dikeluarkan,” katanya.


Terdahulu pagi ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa secara ringkas memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berhubung pembebasan Najib oleh Lembaga Pengampunan.




BUKA MULUT JA MUHONG.. KESIAN AYAQ TAK DAK.. PADI PUN KURANG DARI PENANG YANG KECIK.. AYAQ JUAI ORANG TAK AMBIK DAH.. LA AMBIK DARI PERAK... BUTA JA PERAK DAPAT DUIT BERJUTA.... KESIAN HANGPA....


 

KAH.. KAH.. KAH.. BARU TAU... PKR DAP BAGAI PARTI DAH DENGAN PARTI NI LAMA DAH.... LA BARU TAU YA.. ORANG DAH CAKAP LAMA DAH NAK TENGOK JA...


 

TOK WALI UN CAKAP AWAI DULU LAGI


 

SABAQ LA SAT. DEPA BUKAN KACAU SAJA SAJA.. JUMPA DAH... SABAQ SAT.. NANTI KITA TENGOK MACAMANA.


 

DULU KATA ANWAR AKTOR..SEKARANG KAU RAMPAS KEMBALI TAHKTA PELAKON TERBAIK


        Zunar cartoonist fan club



HANG BAYAQ APA.. BERAPA GAJI HANG....

 




Aku jumpa ni di aplikasi X. Ada yang bercerita gajinya cuma tinggal RM100 lepas dia beli barang keperluan walaupun dah puas berjimat. Cerita tu tak pelik sangat cuma bila ada walaun bertanya "Madani apa komen", jadi aku rasa nak jawab.


Pertama sekali, tak ada komen yang sesuai diberikan sebab maklumat tak lengkap. Dia cerita gajinya cuma tinggal RM100 tapi tak pula dinyatakan berapa gajinya yang sebenar. Kalau gajinya cuma RM800, maka tak peliklah apa yang berlaku.


Kedua, harga barang memang akan sentiasa naik. Itu tak boleh dielakkan. Kenapa? Sebab inflasi. Kena ingat inflasi sentiasa positif. Kalau inflasi negatif (deflasi), ia boleh menyebabkan kemelut ekonomi. Tapi bila positif maka harga akan selalu naik.


Inflasi ni lagging indikator. Bermakna kita dapat kira inflasi selepas harga tu naik. Contoh kalau tahun lepas  harga barang tu RM10, tahun ini jadi RM10.15, maka inflasi adalah 1.5%.


Bayangkan satu barang dijual pada harga RM10 pada tahun 2014. Katakan inflasi 1.5%. Pada tahun 2015 ia dah jadi RM10.15. Tahun 2016, inflasi 1.5% lagi jadi harga lebih kurang RM10.30. Begitulah seterusnya. 


Kalau inflasi konsisten 1.5% setiap tahun, bayangkan tahun 2024 dah jadi berapa?  Jangan lupa tahun 2021 inflasi kita tinggi. Jadi kenaikan lebih tinggi. Hinggalah 2023 barulah inflasi mula mereda.


Jadi harga barang memang dijangka naik. Itulah tanda ekonomi berkembang. Cuma, kenaikan lebih tinggi disebabkan kemelesetan ekonomi dalam tahun 2020 hingga 2022, ketika PN berkuasa.


Jadi apa kerajaan buat? Untuk info, Menteri Ekonomi memang dah nampak perkara ini. Rafizi pernah kata ini kesan dari kenaikan gaji yang tidak bersesuaian dengan kenaikan harga barang. Sebab itu rakyat amat terkesan pada ketika ini.


Masa aku dalam union, bila tiba perjanjian bersama, kita akan minta immediate adjustment berdasarkan jumlah inflasi selama tiga tahun. Itu sebab kita mahu gaji kita bersesuaian dengan situasi harga barangan.


Sebab itulah inisiatif Dasar Gaji Progresif diadakan. Ia untuk membolehkan rakyat menikmati kadar bayaran yang bersesuaian dengan kadar harga barangan semasa. Tapi dasar ini perlukan masa untuk dibuat. Tak semudah ABC.


Masa PN berkuasa dulu, bila tiba harga barang naik, pandai lebai buat macam-macam alasan. Walaun pun sokong semacam je walaupun alasan tak masuk akal dan tak munasabah langsung.


Aku ingat masa tu aku sendiri bukan minta kerajaan turunkan harga barang tapi aku bertanya apa langkah yang dibuat untuk tangani isu ni. Tapi tak ada apa pun yang dibuat oleh PN selain daripada suruh  rakyat bersabar. Tiba-tiba hari ni walaun pandai pulak nak meroyan ye?


Setidaknya kerajaan Madani ni ada usaha-usaha untuk meningkatkan hidup rakyat supaya tak terus tertekan kesan dari kenaikan harga barang keperluan yang tak dapat dielakkan ini.


Dulu masa PN dalam kerajaan, ada pernah kita dengar sebarang inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat? Jangan harap la.


Yang ada berita beli Mercedes, cerai guna WhatsApp, test drive Ford Raptor, langgar PKP, pasta durian dan lepas jatuh, terbongkar kes Jana Wibawa. Semua yang menguntungkan dorang. Yang membantu rakyat mana ada. Kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KAH..KAH..KAH...KIOK..


         Penat ke ? Tak tumbang gak...



BARU NI AKU KATA MP YANG TUNJUK POKOK KUNYIT. IYA BETUL. KAU MASUK SG BULOH, KAU TAHU LA BERKUNYIT KA TIDAK. ANWAR 5 TAHUN DISITU.BANDUAN SEMUA KENAL DIA TERMASUK WARDEN.....KUNYIT LA KAU.



Zuwaiti Md Yusof





SPRM sita kereta mewah bekas Setiausaha Politik Radzi Jidin yang mana berkait dengan satu projek bernilai RM 80 Juta Ringgit iaitu JQAF sewaktu Radzi Jidin jadi Menteri Pendidikan.Cuba SPRM check balik record NGO mana paling banyak dapat dana dari Kementerian Pendidikan waktu tu.Dana yang di salurkan Itu jugak la yang membiayai gaji Cybertropper PN dan bergerak dalam sebuah organisasi bernama Yayasan Xxxxxx.Kebanyakan ahli mereka sekarang pon hidup mewah.Umur muda2 boleh pakai Mercedes. ☺️



PESANAN AKHIR YDP AGONG KE 16



Memusa Paduca


 TITAH AGONG | Beberapa jam menjelang tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah membuat rayuan terbuka kepada ahli politik menerusi nasihat keramat baginda.


"Menukar kerajaan tidak menjamin apa-apa. Tidak menjamin kestabilan, tidak menjamin apa-apa perkara. Kita tidak mampu mempunyai kerajaan yang tidak stabil."


"Elok fokuskan untuk memajukan ekonomi negara, mengharmoni rakyat, menyatukan semula semua kaum. Jadi jangan berfikiran sempit. Itulah nasihat keramat saya."



POLIS KESAN POLIS YANG DISYAKKI AMBIL RASUAH

 



Menurut laporan FMT dan Metro, Polis Perak sedang mengesan pelancong asing yang juga pempengaruh media sosial merujuk kepada pasangan UK dari page TREAD the globe untuk membantu siasatan berhubung anggota trafik didakwa menawarkan diskaun saman ketika ditahan di lokasi kejadian yang tular semalam.


Kalau baca lagi laporan di Metro, Polis Perak sebut, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.


Dan setakat dilaporkan,


Polis Perak juga sedang mengenal pasti anggota trafik terlibat, sama ada anggota itu berkhidmat di kontinjen negeri ini atau kontinjen lain dan masih menjejaki mereka bagi membantu siasatan, selain mengenal pasti pelbagai aspek, iaitu lokasi, tarikh serta masa kejadian itu berlaku.


Baiklah, sebagai usaha dengan niat yang murni membantu PDRM..


Video yang dimuatnaik oleh TREAD the globe semalam itu adalah video yang diambil pada awal Disember tahun lalu. Dan kalau kita ikuti perjalanan mereka di laman sesawang polarsteps, ianya berlaku sekitar 4 Disember ketika mereka turun dari Cameron Highland menuju ke arah utara sebelum berhenti di Ipoh.


Untuk jejak pasangan ini di Malaysia dan ambil keterangan untuk membantu siasatan memang rasanya sudah terlambat kerana terkini mereka sudah dua hari meninggalkan daerah Chumphon dan kini dalam perjalanan ke Hua Don di negara jiran kita Thailand.


Ini berdasarkan kemaskini terakhir mereka dengan gambar dua ekor ayam yang berdekatan 'Trudy', campervan mereka di tepi jalan yang telah di 'geo-tagged' di daerah berkenaan, terakhir dua hari yang lepas.


Maka melihatkan keadaan di atas, mungkin PDRM boleh teruskan dengan usaha untuk kenal pasti anggota yang terlibat dahulu barangkali.



PEMUKIMAN KETUA PARTI KOMPONAN PH PERPADUAN

 











Alhamdulillah Pemukiman Ketua-Ketua Parti Komponen Pakatan Harapan (PH) hari ini berjalan dengan lancar. Persefahaman dan komitmen semua gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan adalah kunci kepada kestabilan kerajaan hari ini. 


Insya-Allah Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi oleh PH, BN, GPS dan GRS akan terus kukuh mentadbir Malaysia.



WALAUN CELAKAKAN MB SELANGOR. MB SELANGOR BALAS SEMULA SIKAP CELAKA WALAUN NI.

 

Aku dah kata MBS YAB Amirudin Shari antara orang muda yang aku suka cara dan kata-katanya. Tengok dia belasah walaun ni secara bersahaja. Memang ada class la MB ni. Guane boh?




 

Raja Gelap II 


.

OWH SHAHDUNYA SHAHIDAN KASSIM.

 

Bila bercakap depan Cermin seorang-sorang macam ni ler jadinya...




KARMA JUGA AKHIRNYA


Che Ibrahim


 Pertembungan Anwar - Daim ....Adakah mahkamah yang akan jadi penentu atau Allah yang akan menentukan???




FUHHHH... RUMAH UNTUK RAKYAT SEORANG SEBUAH


 

IDUP DAP KERANA BERANI LAWAN PENYAKAW. JANGAN JADI PARTI PEJUANG MELAYU ISLE... TAKUT NAK USIK PENYAKAW.. MALAH BERSAMA PENYAKAW...


Nga Kor Meng




 Seluruh anggota jemaah Menteri hari ini berdiri teguh bersama YAB PMX @anwaribrahim untuk melawan rasuah tanpa kira kedudukan dan latar belakang.  #MalaysiaBersih #MalaysiaMADANI

AIKKK.. APASAL LAK KAMI NAK LAWAN.?


Isaac Newton



 Yang kaya Anak beranak..

Yang di suruh lawan PMX" kami rakyat mahaen pulak dah....

Boleh jew kut tapi bagi ler kami fullus seorang sejuta 😂😂😂

Apa mcm ?? Deal or no deal ??

Berat 6666 ni Un 🤣🤣🤣




DAH BALUN PULUH PULUH BILLION, ANAK CUCU KAMI PUNYA MASA DEPAN.... MALAYSIA NI PATUT RUMAH MURAH TIAP RAKYAT BOLEH DZPAT.

 




Sedihnya atok kita ni. 


Masa anak cucu atok bergumbira, rakyat sengsara berdekad-dekad, atok ada di mana ?  


Sedihla sangat..