MGID

UTUSAN EDISI BARU PRO BERSATU?



Hanya beberapa jam selepas diisytiharkan “mati”, Utusan akhirnya diketahui belum mati lagi. 

Ia mungkin hanya pengsan atau koma saja buat sementara ini.

Yang diisytiharkan “mati” hanyalah syarikat induk Utusan melalui permohonan pembubaran secara sukarela selepas syarikat itu tidak dapat membayar hutang serta gaji pekerjanya selama beberapa bulan sebelum ini.

Bagaimanapun,  sebelum syarikat induk dimufliskan, syarikat yang memegang lesen penerbitan Utusan iaitu Dilof Sdn Bhd  telah dijual kepada Aurora Mulia Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Syed Mokhtar Albukhary.

Dilof yang kini dimiliki 70 peratus pegangan sahamnya oleh Aurora Mulia segera ditukar nama kepada Media Mulia Sdn Bhd.

Sebelum ini, Syed Mokhtar sudah pun menguasai Media Prima yang menerbitkan akhbar New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro serta TV3 dan beberapa saluran TV lain.

Dengan itu, Syed Mokhtar kini adalah penguasa terbesar media di negara ini.

Melalui penguasaannya sebanyak 70 peratus dalam Media Mulia, Syed Mokhtar difahamkan akan menerbitkan semula Utusan dengan wajah baru tidak lama lagi.

Pengerusi Eksekutif Utusan, Abdul Aziz Sheikh Fadzir mengesahkan, Utusan akan terus "hidup" memandangkan firma yang dikaitkan dengan jutawan Syed Mokhtar itu merancang untuk melancarkan sebuah penerbitan baru dengan menggunakan lesen penerbitan dan percetakan yang baru dimilikinya itu.

“Utusan akan terus hidup. Kami membubarkan syarikat induk tetapi pemilikan lesen percetakan telah diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan baru dalam masa terdekat," katanya.

Ikut logik, tujuan Syed Mokhtar, taikun yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad membeli pegangan dalam Media Mulia tentulah untuk membolehkannya menguasai akhbar Utusan. 

Dengan pemilikan itu, daripada menjadi milik UMNO, Utusan kini adalah milik Syed Mokhtar.

Persoalan kini, apakah dengan wajah baru yang bakal diterbitkan nanti, sama ada masih mengguna pakai nama Utusan atau nama lain, akhbar itu secara tidak langsung akan menjadi media yang pro Bersatu dan kerajaan yang dipimpin oleh Tun Mahathir?

Dalam erti kata lain, sementara UMNO hilang sebuah media yang selama ini banyak berjasa kepadanya, apakah dalam diam-diam Bersatu sudah memilikinya medianya sendiri?

Yang hampir pasti, jika Utusan wajah baru itu bakal digunakan sebagai media yang pro Bersatu dan kerajaan semasa, sebahagian besar daripada lebih 800 kakitangannya, terutama beberapa pengarangnya yang diketahui totok UMNO dan anti Tun Mahathir selama ini,!peluang mereka untuk diambil bekerja semula barangkali tentulah tersangat tipis sekali. (ShahbudinHusin 10/10/2019)


DAP terus jadi mangsa ucapan kebencian, berita palsu UMNO


Penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian oleh pihak pembangkang untuk menganggu-gugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. 
Terbaru, Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook mengeluarkan 10 sebab mengapa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyingkirkan dua parti yang bercirikan pelbagai kaum dalam Pakatan Harapan, iaitu DAP dan PKR demi maruah Melayu. 
“10 sebab” yang diberikan Asyraf itu tidak mengandungi sebarang asas dan bukti serta jelas berunsur fitnah untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu. 
Berkongsi pemikiran sempit yang serupa adalah Naib Presiden UMNO, Mohamad Hassan, yang meminta supaya Dr Mahathir membawa keluar partinya, Bersatu dari Pakatan Harapan dan membentuk gabungan bersama PAS dan UMNO. 
Seruan itu ditimbulkan Mohamad selepas berlangsungnya Kongres Maruah Melayu minggu lalu.
Pun begitu, Dr Mahathir tidak melayan desakan pembangkang dan menegaskan bahawa Malaysia adalah negara yang merangkumi masyarakat berbilang kaum dan tidak boleh ditadbir oleh hanya satu-satu kaum. 
“Kita tidak minat untuk membuat kerajaan baru. Kita sedar negara kita adalah negara berbilang kaum dan pihak kerajaan daripada kita merdeka sehingga sekarang mempunyai ahli yang terdiri daripada semua kaum.
“Itu sesuatu hakikat yang kita tidak boleh tolak bahawa negara kita adalah negara berbilang kaum dan semua kaum mempunyai hak dalam negara kita,” katanya.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang turut mengulas pembohongan yang ditimbulkan Asyraf selepas penganjuran kongres berkenaan. 
Menurut pemimpin veteran DAP itu, ucapan kebencian, berita palsu dan pembohongan Aysraf itu adalah ancaman sebenar dan terbesar terhadap maruah orang Melayu dan rakyat Malaysia. 
“Disebabkan itu, langkah pembaikan yang tegas diperlukan dan sangat penting bagi menangani ucapan kebencian dan berita palsu daripada terus memusnahkan Malaysia,” katanya...


BN jual lebih RM4 bilion tanah milik kerajaan dalam tempoh 7 tahun



 Pakatan Harapan (PH) tidak pernah membuat sebarang penjualan tanah milik Kerajaan Persekutuan seperti yang didakwa pemimpin Barisan Nasional (BN), tegas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. 
Sebaliknya, kerajaan terdahulu BN, katanya, telah menjual lebih RM4 bilion tanah milik Kerajaan Persekutuan antara 2010 hingga 2017.
“Malah, kebanyakan penjualan tanah milik kerajaan yang berlaku dalam tempoh tersebut dilakukan secara rundingan terus, dan bukannya secara tender terbuka,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 
Antara tanah milik kerajaan Persekutuan yang dijual pentadbiran sebelum ini adalah tanah di Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur yang berkeluasan lebih 20 hektar dengan nilai jualan RM1 bilion pada 2013. 
“Para pemimpin pentadbiran lalu yang terus-menerus menuduh kerajaan Pakatan Harapan menjual tanah dan aset kerajaan harus menghentikan dakwaan mereka yang tidak berasaskan fakta, dan akui bahawa ini merupakan satu amalan lazim Kerajaan yang mereka anggotai dahulu,” tambah Guan Eng. 

KENAPA TINGGALKAN PAS?

SIDANG MEDIA SAMAN FITNAH KE ATAS MOKTAR SENIK


Tar senik  kena saman fitnah..Alhamdulillah ...kasi ajar sikir lebai bertopengkan  ni..

. *JEMPUTAN MEDIA*

*YB Edry Faizal, Ahli Dewan Negeri Dusun Tua* akan mengadakan satu sidang media berkenaan saman fitnah terhadap Anggota Jawatankuasa PAS Mokhtar Senik.

Tarikh: 10 Oktober 2019 (Khamis)
Masa: 11:00 pagi
Tempat: Pejabat Ahli Dewan Negeri Dusun Tua, No 38-1 Jalan Seri Mas 1, Taman Seri Mas, 43100 Hulu Langat Selangor. (Landmark Domino's Hulu Langat)

Sehubungan dengan itu, pihak media dijemput untuk membuat liputan ke sidang media ini. 

Untuk sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh hubungi *En. Shukri Mokhtar*, Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Negeri Dusun Tua di talian *016-2189366.*

Terima Kasih,

*Shukri Mokhtar*,
*Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Selangor*

USAHA GAGAL DI KONGRES MARUAH MELAYU, SEKUTU KLEPTOKRASI MENGAMUK DI PARLIMEN SEMALAM




Depa dok ingat dengan Kongress Maruah Melayu tu.. PH akan berpecah.. maka depa pun aturklan program dengan juak juak anti Ds Anwar dalam pentadbiran PH.. Semua kerusi dah diatur dikalangan pemimpin Bani Melayu.. Walaupun Ds Anwar kata dia mendapat jemputan saat Akhir.. Tapi bagi aku tindakan Ds Anwar tidak hadir dalam kongress Maruah Melayu itu tepat..

Semua dijemput kecuali Ds Anwar..Jadi Mereka jemput Tun Mahathir untuk dijadikan pahlawan Ashabiyah Melayu.. malangnya ramai bani Melayu hari itu rasa dipermainkan Tun Mahathir bila Mahathir lebih banyak kritik Bani Melayu berbanding kaum dan Agama lain.. Bayangkan Mufti belah utara yang datang sebagai wakil Ulama Ashabiyah pun tak berpuas hati dengan ucapan tun yang dikata tak berperisa..

Itulah Kebijaksanaan Tun Mahathir sebagai pahlawan sebenar Melayu.. walaupun dikepung dengan pemimpin pemimpin bani Ashabiyah Melayu.. Tun mampu bersilat keluar dari kepungan mereka.. Tun tetap berucap gaya Tun Mahathir..sedikit pun tak terpengaruh dengan suasana dan semangat Ashabiyah kongress Melayu..sampai ada yang marah marah tinggalkan dewan marah kepada Tun Mahathir...

Akhirnya yang terperangkap adalah orang yg cuba memerangkap Tun Mahathir dan pemimpin PH.. Seakan dirancang baik, UMNO pun selepas kongress tersebut menawarkan kepada Tun Mahathir menubuhkan Kerajaan perpaduan atas nama Melayu...Lagi teruk bila pelawaan Timbalan Presiden UMNO Mat Hassan ditolak secara terang terangan oleh Tun Mahathir..

Itu sebabnya kita dapat tengok begitu marah pemimpin bani Melayu semalam..orang PAS pun mengamuk sakan dalam Parlimen.. mana tak nya.. Kalau diibaratkan Kongress Melayu tu sebagai Majlis pertunangan, dah buat Majlis, dah buat Kenduri.. lepas tu pengantin lelaki nak hantar tanda, cincin..Tiba tiba pengantin tolak... mau tak mengamuk..

Lagi menambah perisa dan rempah kemarahan bani Ashabiyah Melayu, Pada petangnya depa tengok aksi mesra Tun Mahathir dan Ds Anwar dalam sidang media majlis Presiden Pemimpin Pakatan Harapan.. bila depa tengok aksi itu bayangkan perasaan depa... hancur luluh.. Kenduri dah buat.. dah duduk sekali dalam Majlis..orang ramai dah dipanggil datang kenduri....Tok Imam dan Tok Bilal dah dijemput bagi tazkirah untuk yakinkan orang yang dipinang calon lelaki ni..lekaki yang baik.. akhirnya Pinangan ditolak..

Hari ini bila dah takda modal sangat.. Depa mainkan video senda gurau Ds Anwar dan tun Mahathir dalam Majlis semalam.. punya lah marah, sampai ungkapan Maruah depa dengar Barua.. masih nak cuba lagi lagakan PH.. malangnya tak berhasil..

Yang betulnya Tok Guru Nik Aziz pernah sebut perkataan Barua pada UMNO.. dan Boneka UMNO pada pemimpin PAS yang nakkan perpaduan dengan UMNO.. itulah hakikatnya, Mereka lah Barua dan Boneka UMNO..bak pepatah Haji Hadi..ibarat Kambing buta berkepala Beruk.. :)

Ipohmali

SERAH JAWATAN: TUN MAHATHIR TIDAK MAHU JADI PM ‘TIDAK BERKUASA’



UTUSAN AKAN TERBIT SEMULA DI BAWAH SYED MOKHTAR?

HIDUP MELAYU..DALAM DIAM TANAH GADAI....

Oleh W.Faudzin.

Dikatakan di era PH jadi kerajaan baru berusia setahun lebih, maka maruah Melayu jatuh.  Maka terpaksa diadakan Kongres Maruah Melayu.  Cuba lihat, di bawah kepimpinan rejim terdahulu, inikah maruah Melayu yang terbilang?  Itu belum lagi dikira kehilangan banyak tanah rezab Melayu.  Hidup Melayu umno!!

Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah membuat sebarang penjualan tanah milik kerajaan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menepis dakwaan sesetengah pihak.

(function() { var d = document, w = window; w

ANWAR DAN SKIM SISWAZAH MENGANGGUR 80AN-.- KINI IANYA DIPERKENALKAN DI PORT DICKSON UNTUK PETANIAN MODEN

  Sekitar 1986, ketika beliau menjadi menteri pertanian, beliau telah melancarkan siswazah tani. Lebih kurang macam itu.Masa tu banyak mahas...