Depa dok ingat dengan Kongress Maruah Melayu tu.. PH akan berpecah.. maka depa pun aturklan program dengan juak juak anti Ds Anwar dalam pentadbiran PH.. Semua kerusi dah diatur dikalangan pemimpin Bani Melayu.. Walaupun Ds Anwar kata dia mendapat jemputan saat Akhir.. Tapi bagi aku tindakan Ds Anwar tidak hadir dalam kongress Maruah Melayu itu tepat..
Semua dijemput kecuali Ds Anwar..Jadi Mereka jemput Tun Mahathir untuk dijadikan pahlawan Ashabiyah Melayu.. malangnya ramai bani Melayu hari itu rasa dipermainkan Tun Mahathir bila Mahathir lebih banyak kritik Bani Melayu berbanding kaum dan Agama lain.. Bayangkan Mufti belah utara yang datang sebagai wakil Ulama Ashabiyah pun tak berpuas hati dengan ucapan tun yang dikata tak berperisa..
Itulah Kebijaksanaan Tun Mahathir sebagai pahlawan sebenar Melayu.. walaupun dikepung dengan pemimpin pemimpin bani Ashabiyah Melayu.. Tun mampu bersilat keluar dari kepungan mereka.. Tun tetap berucap gaya Tun Mahathir..sedikit pun tak terpengaruh dengan suasana dan semangat Ashabiyah kongress Melayu..sampai ada yang marah marah tinggalkan dewan marah kepada Tun Mahathir...
Akhirnya yang terperangkap adalah orang yg cuba memerangkap Tun Mahathir dan pemimpin PH.. Seakan dirancang baik, UMNO pun selepas kongress tersebut menawarkan kepada Tun Mahathir menubuhkan Kerajaan perpaduan atas nama Melayu...Lagi teruk bila pelawaan Timbalan Presiden UMNO Mat Hassan ditolak secara terang terangan oleh Tun Mahathir..
Itu sebabnya kita dapat tengok begitu marah pemimpin bani Melayu semalam..orang PAS pun mengamuk sakan dalam Parlimen.. mana tak nya.. Kalau diibaratkan Kongress Melayu tu sebagai Majlis pertunangan, dah buat Majlis, dah buat Kenduri.. lepas tu pengantin lelaki nak hantar tanda, cincin..Tiba tiba pengantin tolak... mau tak mengamuk..
Lagi menambah perisa dan rempah kemarahan bani Ashabiyah Melayu, Pada petangnya depa tengok aksi mesra Tun Mahathir dan Ds Anwar dalam sidang media majlis Presiden Pemimpin Pakatan Harapan.. bila depa tengok aksi itu bayangkan perasaan depa... hancur luluh.. Kenduri dah buat.. dah duduk sekali dalam Majlis..orang ramai dah dipanggil datang kenduri....Tok Imam dan Tok Bilal dah dijemput bagi tazkirah untuk yakinkan orang yang dipinang calon lelaki ni..lekaki yang baik.. akhirnya Pinangan ditolak..
Hari ini bila dah takda modal sangat.. Depa mainkan video senda gurau Ds Anwar dan tun Mahathir dalam Majlis semalam.. punya lah marah, sampai ungkapan Maruah depa dengar Barua.. masih nak cuba lagi lagakan PH.. malangnya tak berhasil..
Yang betulnya Tok Guru Nik Aziz pernah sebut perkataan Barua pada UMNO.. dan Boneka UMNO pada pemimpin PAS yang nakkan perpaduan dengan UMNO.. itulah hakikatnya, Mereka lah Barua dan Boneka UMNO..bak pepatah Haji Hadi..ibarat Kambing buta berkepala Beruk.. :)
Ipohmali