PESANAN UNTUK PEJA...


 

TAK CERDIK BUDAK NI

 


W.Faudzin


Yang dikatakan jual aset negara tu PH.  Tapi, yg masuk penjara tu Najib.  Yang bersalah tu bini Najib.  Yang tgh bicara tu Presiden Umno.  Jangan ingat anak muda semua cerdik, contohnya Minah sekor ni.

Anwar Ibrahim kecundang jadi PM, kerana salah tempat.?



Pagi tadi saya call adinda saya Mohd Faisal atau Peja. Saya berikan petua bagaimana dia perlu berkerja untuk menang di Tambun.


2. Pada pengamatan saya Anwar Ibrahim akan kalah di Tambun. Dan dia akan kecundang untuk selamanya bercita menjadi Perdana Menteri.


3. Kenapa saya katakan Anwar Ibrahim kalah di Tambun?


4. Anwar Ibrahim tidak buat kerja rumah Parlimen Tambun dengan berhati-hati. Adakah beliau  tahu perkara ini?.


5. Keputusan Pru ke 14 jelas membuktikan jumlah undi yang Peja dapat ialah 38,661 undi dengan majoriti 5.320. Undi dan mengalahkan calon BN yang memperolehi undi sebanyak 33.341 undi. 


6. Dalam Pru ke 14, Peja menggunakan lambang PKR. Dari itu pengundi bukan Melayu, khas penyokong Cina, India dan DAP memberikan undi kepadanya yang lebih kurang 15.000 undi dan selebih pengundi Melayu.


7. Dahulu PAS berasingan dan bersaing dengan PKR dan BN. Calon  PAS di Tambun memperoleh undi 14.948. Jika dicampurkan undi Peja dan Calon PAS akan berjumlah 53.609 undi.


8. Jika BN bertanding. Calonnya tidak mesra alam saperti Ketua UMNO Bahagian Tambun, BN agak sukar menang.  Dan undinya merosot.


9. Kesimpulannya jika pengaruh Peja kekal dengan kedudukan sokongan 25.000 undi dan di bantu oleh PAS dalam satu payong Perikatan Nasional sebanyak 14.000 undi, Ini memberi makna Peja sudah ada hampir 40ribu pengundi.


10. Berasal dari 107 ribu pengundi. Dan dua DUN di kuasai oleh PH, tidak memberi makna Anwar Ibarahim mudah menang di Tambun. Sentimen Peja sebagai anak tempatan dan membesar di Tambun, tidak boleh di ketepikan begitu sahaja.


Sejauh mana Anwar Ibrahim dapat menyanggah dia bukan nomad politik yang berpindah randah dan bukan anak tempatan Tambun.. akan menjadi penentu kemenangan. Tapi saya rasa akan tersungkur di Tambun. -zmy



PESANAN UNTUK ANWAR - JANGAN HUBUNGI, JANGAN JUMPA DAN TOLAK SEMUA BENTUK KERJASAMA DENGAN MAHATHIR



Ibarat lelaki kasanova yang sedang mabuk dan kemaruk mahu memikat seorang gadis jelita secantik bidadari daripada syurga, itulah perumpamaan paling sesuai untuk menggambarkan bagaimana ghairahnya Tun Mahathir Mohamad mahu bekerjasama dan ingin berbaik dengan Anwar Ibrahim menjelang PRU15 akan datang ini.


Agaknya juga, siang dan malam, waktu makan, waktu mandi dan sebelum melelapkan mata pun wajah Anwar saja yang terbayang di matanya.


Entah sudah kali yang ke berapa beliau meluahkan perasaan ingin berbaik semula dengan Presiden PKR itu, terbaru hari ini luahan hati bekas Perdana Menteri itu muncul sekali lagi dan ternampak beliau begitu terdesak sekali.


Katanya, jika kali ini beliau yang perlu memulakan langkah terlebih dahulu ke arah itu, beliau sanggup melakukannya.


Malah menurut Pengerusi GTA itu, beliau juga tidak kisah jika dengan tindakan itu akan ada pihak menganggapnya menjilat semula ludah sendiri.


Kenapa sampai begitu sekali?


Bukankah baru beberapa hari lalu beliau mengeluarkan kenyataan bahawa sebab utama GTA enggan bekerjasama dengan PH ialah kerana di dalam gabungan itu ada DAP yang tidak disukai oleh orang-orang Melayu?


Tambah beliau, dengan bekerjasama dengan PH yang ada DAP itu, maka ia akan menyebabkan GTA kehilangan sokongan daripada orang-orang Melayu.


Tetapi, kenapa hari ini sanggup menjilat ludah sendiri untuk berbaik semula dengan Anwar?


Tidakkah mahu bekerjasama dengan Anwar bermakna mahu bekerjasama dengan PH yang masih ada DAP di dalamnya?


Tak takutkah ditolak oleh orang-orang Melayu atau GTA sebetulnya tiada kekuatan langsung untuk menang walau satu kerusi?


Meskipun Anwar dalam reaksi segeranya terhadap hasrat Tun Mahathir itu lebih memperlihatkan sifat kenegarawanannya dengan menyatakan tiada masalah baginya untuk bertemu dan berbincang, ingin dipesan kepada Pengerusi PH itu agar jangan buang masa walau sesaat pun berbuat demikian.


Semua penyokong PH, pengundi atas pagar dan rakyat biasa secara umumnya sangat tidak suka dan menolak jika Anwar bekerjasama dengan Tun Mahathir yang dalam hatinya lebih banyak sifat khianat berbanding keikhlasan.


Berbaik dengan Tun Mahathir, apa lagi jika bekerjasama, hanya akan menyebabkan Anwar dibenci dan ditolak oleh penyokongnya sendiri.


Lagi pula, PH ketika ini sedang berada di landasan yang betul untuk meraih kemenangan walaupun tanpa bekerjasama dengan GTA dan Pejuang.


Muslihat sebenar di sebalik kerjasama yang diimpikan oleh Tun Mahathir itu tidak lain adalah untuk beliau, GTA dan Pejuang menumpang kekuatan PH demi memastikan nafas politiknya tidak terhenti dan ditolak pengundi, bukan sangat untuk mengelakkan UMNO/BN daripada berkuasa semula.


Selepas berjaya nanti, percayalah, sekali lagi Anwar akan ditolaknya daripada menjadi Perdana Menteri.


Dalam hati, jiwa, urat dan seluruh pembuluh darahnya, ketakutan paling besar Tun Mahathir ialah jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri.


Oleh itu, jangan sama sekali berjumpa atau menghubungi beliau untuk merundingkan sebarang kemungkinan bagi bekerjasama itu.


Dengan tarikh penamaan calon dan pengundian telah ditetapkan oleh SPR, sekarang ini sebenarnya adalah masa untuk bersiap sedia ke medan perang dan sebaiknya simpan dulu semua pen yang boleh digunakan bagi menandatangi perjanjian kerjasama.


Lupakan terus Tun Mahathir, PH tidak mati tanpa beliau, tetapi Tun Mahathirlah yang mungkin mati kerjaya politiknya tanpa bekerjasama dengan PH.


Dalam perkembangan sama, maklumat lain mengatakan Tun Mahathir telah menghantar orangnya untuk bertemu dengan orang kanan Anwar bagi merintis jalan hubungan kerjasama yang dimpikannya itu sejak dua minggu lalu.


Dalam pertemuan itu, orang Tun Mahathir itu kemudian meminta orang kanan Anwar agar memujuk Presiden PKR itu agar sudi menghubungi dan seterusnya bertemu dengan Tun Mahathir.


Kenapa Anwar yang diminta menghubungi Tun Mahathir, sedangkan Tun Mahathir yang ingin bekerjasama dengan Anwar?


Tidak mungkinkah jika Anwar menghubungi Tun Mahathir, keadaan nanti akan dipesongkan seolah-olah Anwar yang ingin bekerjasama dengan beliau?


Di sini saja sudah boleh dinilai di mana keikhlasan beliau terhadap Anwar.


Oleh itu, pilihan terbaik bagi Anwar hanya satu – jangan hubungi, jangan jumpa dan tolak sama sekali untuk bekerjasama dengan sang pengkhianat itu. – ShahbudinHusin 21/10/2022.


INI ADALAH PANDANGAN SEORANG PENULIS YANG AGAK DIKENALI SEKARANG- LAMA JUGA AKU MENGAMBIL PENULISAN BELIAU DALAM BANYAK ISU- KINI DIA DIKENALI-BAB INI AKU RASA RAKAN RAKAN DALAM PKR TIDAK AKAN SETUJU SAMA SEKALI.. MAHATHIR MUSUH BAGI AHLI PKR SEJAK 1998.

 






CAVEAT

1. Saya dari mula dah bersuara. Hanya dengan one-to-one we can defeat the greater evil.

2. Hari ni kita nampak, both sides dah mula berbalas pantun.

3. Pagi tadi, Tun M keluar video dia, dia boleh turunkan ego. Bekerjasama dengan musuh lama untuk kalahkan musuh utama.

4. Petang ni, DS Anwar pun dah balas. Dia bersedia berjumpa. Terbuka untuk bekerjasama.

5. Thing is, Tambun bukan safe seat untuk Anwar. 60% Melayu di sana. Kena ingat kena bahagi 3. Mungkin DS Peja dan calon BN juga. Risiko tinggi nak menang.

6. Sama juga, di Langkawi. Seat Tun bukan selamat sangat. Masih perlukan geng PH untuk support.

7. Split undi pembangkang akan untungkan UMNO. Senang saja sifirnya untuk semua tahu.

8. Makanya, kena letak tepi semua ego. Time to put all hands on deck again.

9. Untuk itu, CAVEAT paling penting. Jangan sampai khianat mengkhianat lagi. Caveat untuk Tun, saya cadangkan:

(i) Endorse atau support DSAI sebagai PM10, untuk swing vote Melayu

(ii) Pick 5-10 best seats for GTA yang PH tak perlu bertembung. Secure your winning seats.

(iii) Withdraw from PH seats especially critical seats supaya peluang PH tinggi against BN.

(iv) Cuba bawa masuk PN in the picture, kalau PAS taknak pun takpe.

10. CAVEAT untuk DS Anwar

(i) Kalau Tun endorse, jangan pulak pi geng dengan Zahid Hamidi lepas PRU.

(ii) Tidak boleh lepaskan Geng Klepto dan beri ampun.

11. Work on a political pact selagi boleh. Jangan bertembung.

12. Agree on things that can be agreed. Yang lain put aside.

Contoh:

(i) No free walk over for BN. Jangan ulang keputusan PRN Johor dan Melaka.

(ii) Bakal banduan as PM? Tak kot!

(iii) Merpati terlepas dan kembali nak jadi Perdana Menteri. Minta dijauhi.

13. Ini tulisan rakyat marhein. Geng kayangan boleh juga pikir sendiri.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

PERINGKAT PERMULAAN DAN AKAN TERUS MENINGKAT


 

TERBAIK....BUTA MATA HATI KAWASAN TU


 

INILAH ANWAR.,.

 

Dato Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menghina dan mengeji anda serta keturunan anda, tetapi kenapa anda berbuat demikian kepada nya. Adakah dia bersalah kerana memasang impian mahu jadi Perdana Menteri dengan rekod kejayaan nya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri yg cukup cemerlang. Atau anda rasa terganggu kerana tidak mampu memasang impian seperti nya kerana anda seorang yang lemah, bacul dan pengecut, kerana itu anda perlu menghinanya untuk menutup kegagalan anda. Tahukah anda:

1. Jika anda seorang penjawat awam, anda merasai bonus tahunan yang pertama kalinya diperkenalkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pd tahun 1993, walaupun prestasi perkhidmatan anda sendiri pun tak percaya cukup cemerlang.

2. Jika Anda seorang Ibu Bapa atau pelajar anda diperkenalkan dengan uniform sekolah patuh syariah pada tahun 1987. Dasar Pelajaran baru diperkenalkan oleh Dato Seri Anwar selaku Menteri Pendidikan dengan menghapusksn unsur khurafat dan pendidikan penjajah. Guru dan pelajar digalakkan untuk membudaya pakaian sopan dan menutup aurat.

3. Jika anda seorang Kontraktor, anda telah merasai sistem pengagihan kerja secara adil melalui sistem undian di Agensi Kerajaan dan Sistem Payung untuk kerja kerja awam swasta. Sebab itu ekonomi berkembang pesat mulai tahun 1992 hingga 1998.

4. Jika anda seorang muslim, berbanggalah anda menikmati sistem kewangan tanpa riba pada masa kini yang diperkenalkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1993.

5. Jika anda Alumni UIA, tahukah anda sejarah penubuhannya cukup panjang. Tanpa susok insan Anwar Ibrahim, Universiti ini mungkin tidak akan ujud di bumi bertuah ini. 


Sekadar beberapa sumbangannya kepada anda yang menjadi sejarah, tetapi anda membalas nya dengan kejian dan hinaan yang tidak berfakta, 


ITULAH ANDA.



HADI MUDAH LUPA

 




‘Lupakah PAS juga kerjasama dengan DAP?’ Loke bidas dakwaan Hadi



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, sejarah DAP selama lebih 50 tahun membuktikan ia bukan parti komunis.

IPOH: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mengkritik Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung dakwaannya bahawa DAP adalah “pro-komunis”.

Menolak dakwaan Hadi, Loke menegaskan bahawa presiden parti Islam itu sebelum ini telah bekerjasama dengan pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

“Mungkin beliau (Hadi) lupa perkara ini,” kata Loke pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) malam tadi.

Hadi menerusi rajutan di Twitter sebelum ini berkata, DAP harus ditentang kerana ia “pro-komunis”, sambil menambah bahawa komunis “mengganas lebih daripada penjajah Kristian dan Yahudi”.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Hadi, dalam khutbah Jumaat di Marang, berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan PH kerana gabungan itu diterajui oleh “komunis” dan menyokong komuniti LGBTQ, sementara Barisan Nasional (BN) pula tidak boleh dipercayai.

Pemimpin PH kemudian membidas dakwaan Hadi, dengan Lim, pengerusi kebangsaan DAP berkata, dakwaan Hadi adalah “benar-benar palsu” dan berbaur hipokrasi.

Beliau berkata, PAS tidak sepatutnya dibenarkan menjadi sebahagian daripada kerajaan akan datang kerana ia bersifat rasis dan ekstremis.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, kenyataan Hadi itu bertujuan menimbulkan keraguan dalam kalangan pengundi bagi menutup kelemahan dirinya, seperti percubaan gagal membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meningkatkan hukuman undang-undang syariah.

Loke berkata, DAP bukan parti komunis dan mempunyai sejarah lebih 50 tahun yang dapat membuktikannya.

KATA NAK HAPUS KOMENEH MASA NI LAWAN 27 KERUSI DAP...APA LAAA...SEMBANG


 

ULANG SIAR KONVENSYEN PH : Anwar Ibrahim, Anthony Loke, Mat Sabu & Wilfred Madius Tangau Konvensyen...

CARI LAH HARTA SEPENCARIAN- BUKAN HARTA SEPENCURIAN


 

HUSAM MUSA TIDAK HARUS DIPINGGIRKAN


 

MASA MANA PULAK AJAK PN JOIN PH...SILAP TU


 

UNDI BN, PENDUDUK BANDAR HILANG TANAH, RUMAH

 

JIKA BN TERUS PERINTAH, RAKYAT MALAYSIA CARI KERJA KE INDON


DASAR PENDIDIKAN NEGARA MASIH ERA 1990AN?


DSAI BOLEH MENANG DI TAMBUN



ZED STRIFE

DSAI akan bertanding di Tambun.. based on rekod PRU14, takut lak aku tengok and serius DSAI nak bertanding situ.. aku org perak, ini kubu kuat BN sejak berzaman dari Dato Husni timb menteri kewangan najib dulu..

Tapi Majlis Presiden dah buat keputusan dan diorang dah ada strategi dan pelan, InshaAllah all the best DSAI boleh menang di kerusi Parlimen Tambun.

 

PILIH TAMBUN BERMAKNA ANWAR SEORANG YANG SUKA CABARAN

 

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim akhirnya memutuskan Parlimen Tambun sebagai kawasan yang akan ditandinginya pada PRU15 nanti.

Mengumumkan perkara di Konvensyen PH di Ipoh malam tadi, Anwar berkata, keputusannya memilih Tambun adalah bertujuan untuk menjadikan Perak sebagai negeri barisan hadapan dalam perjuangannya kali ini.

“Saya tidak memilih kerusi mudah yang jamin majoriti besar. Saya mengepalai dan akan tawan Tambun dalam PRU15.

“Perak akan menjadi negeri barisan hadapan perjuangan kali ini. Saya akan labuh di Tambun,” katanya disambut tepukan gemuruh.

Dengan memilih Tambun, bermakna Anwar yang juga Presiden PKR akan cuba merampas kerusi itu daripada wakil rakyatnya sekarang iaitu Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu atau Peja yang memenangi kerusi tersebut pada PRU14 lalu.

Secara tradisi pula, Tambun adalah kerusi milik UMNO di mana Ahli Parlimen terakhirnya sebelum tewas kepada Peja ialah Ahmad Husni Hanadzlah, bekas Menteri Kewangan Kedua.

Melihat kepada jumlah pengundi berdaftar pada 2018 iaitu seramai 107,763, di samping cabaran daripada UMNO/BN dan Bersatu/PN yang ada Pas didalamnya sudah pasti sengit, hakikatnya Tambun bukanlah kawasan yang mudah bagi Anwar.

Berbanding Port Dickson, kawasan yang diwakili Anwar sekarang dan telah dijaganya dengan baik sejak empat tahun lalu, berpindah ke Tambun bermakna beliau harus bermula daripada kosong.

Banyak kerja dan program turun padang harus dilakukannya, malah perlu dilipatgandakan berbanding yang dilakukannya di Port Dickson sekarang ini.

Tetapi itulah Anwar, beliau memang seorang yang suka cabaran dan tidak suka memilih jalan mudah dalam perjuangannya.

Bahkan, dengan rekodnya di Port Dickson selama ini, beliau kini menyediakan kawasan itu lebih mudah untuk dimenangi sesiapa saja yang diputuskan PKR sebagai penggantinya.

Apa yang dilakukannya ini dengan memilih kawasan baru untuk ditandingi tidak mungkin berani dilakukan oleh presiden parti lain seperti Zahid Hamidi, Mahiaddin Md Yasin, Hadi Awang, malah Tun Mahathir Mohamad pun tak berani keluar daripada negeri Kedah untuk bertanding.

Di sinilah kelebihan dan berbezanya Anwar berbanding semua yang lain kerana selepas keluar daripada Permatang Pauh, beliau kemudian berpindah ke Port Dickson dan kini ke Tambun.

Dalam erti kata lain, beliau adalah sosok yang boleh menang di mana saja kawasan yang ditandinginya.

Termasuk Tambun dengan komposisi pengundi – Melayu 65.8%, Cina 23.7%, India – 9.0% dan lain-lain 1.5%, kawasan itu adalah gambaran wajah Malaysia yang sebenar dan walaupun cabaran dijangka sengit, Anwar dilihat tidak sukar untuk memenanginya, sesuai dengan perjuangannya untuk semua kaum selama ini.

Apatah lagi dengan bertanding di Tambun yang sekaligus meletakkan Perak sebagai negeri barisan hadapan dalam perjuangannya, selain kedudukan beliau sebagai bakal Perdana Menteri, semua itu adalah merit tambahan yang lebih memungkinkan sokongan kemenangan lebih melonjak kepadanya.

Jentera PH secara keseluruhan pula sudah pasti juga akan memberi lebih tumpuan bagi memastikan calon Perdana Menteri beroleh kemenangan yang membanggakan.

Bagi pengundi Tambun, berbanding diwakili dua menteri sebelum ini iaitu daripada UMNO dan juga Bersatu, sudah tentu kali ini amat teringin untuk diwakili oleh Perdana Menteri sebagai wakil rakyat mereka.

Walaupun Perak adalah negeri kelahiran Presiden UMNO dan keputusan Anwar mahu menjadikan negeri itu sebagai negeri barisan hadapan dalam perjuangannya serta ingin dirampas dalam PRU15 nanti dan ia tentunya merupakan suatu tamparan kepada Zahid Hamidi, Peja sebagai Ahli Parlimen Tambun sebenarnya lebih tertampar lagi dengan keputusan Anwar bertanding di situ.

Jangan-jangan tidurnya pun sudah tak lena lagi mulai malam ini.

Apakah Peja masih mahu kekal di Tambun atau mula mengintai mencari kawasan lain untuk menyelamatkan dirinya? – ShahbudinHusin 21/10/2022.



[TERKINI] Anwar Ibrahim umum bertanding di Tambun

(Sidang Media Doorstop) Anwar Ibrahim: Kenapa Tambun?

OWHHH...MACAM RASUAH LA NAK DAPAT SOKONGAN



 NAMPAK MACAM RASUAH...TAPI BUKAN...PARTI ANA SIFAR
 RASUAH

MENTERI KEWANGAN YANG PALING BODO


 

Fitnah dan terus fitnah PEJABAT MOF PENUH TANGLUNG?

NORMAN RADZUAN




Org Melayu mudah kena scam. Dulu mereka percaya fitnah kononnya di PP tak boleh azan… benda tak masuk di akal tetapi gemparlah org Melayu jenis malas berfikir termakan fitnah. Akhirnya yg tukang fitnah bila mahu disaman memohon maaf.

Semalam Tajuddin kata Pejabat Kementerian Kewangan penuh tanglung… ramai yg percaya tapi gambar ini sebagai bukti ia hanya fitnah.

Sebenarya dari zaman Najib hingga diambil alih LGE kalimah ayat suci tak pernah ditanggalkan walaupun sebagai Menteri boleh berbuat demikian atas keselesaan dan anutan agama masing2.

Perkara yg betul seperti kerajaan PP adalah negeri paling tinggi sediakan bajet berpuluh juta utk umat Islam di PP tak mahu dihebahkan.

Tajuddin ini tangan Najib dia cium, tangan Anwar pun dia cium dan terbaru tangan Zahid pun dia nak cium. Muka pemimpin pun sanggup dia cium.

Begitulah kehidupan org politik Malaysia naikkan sentimen perkauman tapi dlm masa menyembah org2 tertentu utk nikmat dunia. Yg jadi mangsa org Melayu bawahan.


SIAPA TAHU BILA MUSIM TENGKUJUH BERMULA??




Kita boleh jangka musim tengkujuh selalunya pada akhir tahun... bulan 11 dan bulan 12... kadang-kadang lajak sampai bulan 1 tahun berikutnya...

Tapi... tak pernah ada orang tahu bila harinya (yakni) tarikh sebenar musim tengkujuh bermula... boleh jadi 28 November... boleh jadi 13 November... boleh jadi juga pada 1 November... malah xterkejut kalu tiba-tiba musim tengkujuh bermula pada 20 Oktober...

Tarikh dan masa tu semua ketentuan Allah Taala...

Bukan ketentuan SPR atau Ismail Sabri atau YDP Agong... Jadi makanya... jangan memandai-mandai cakap nak buat PRU sebelum musim tengkujuh... sebab xder sapa manusia yang boleh tahu bila betulnya tarikh tengkujuh start... bila musim hujan lebat... bila pulak banjir nak kena... atau xder banjir pun langsung...

Ada faham ka?

 

AMANAH TAKMAHU HUSAM..HUSAM BOLEH MASUK PKR..MOHON SECARA RASMI...

 



Kesian aku tengok rakyat Kelantan. Sudahlah PAS tak kompeten mentadbir. PH khususnya Amanah pula tak serius nak ambil alih pentadbiran.

Dah waktu-waktu kritikal begini pun masih ada lagi kekeliruan begini. Aku berharap cerita yang disebut ni tak betul. Kalau betul, rasanya biarlah UMNO saja yang ambil alih Kelantan.

Kalau betul Amanah tak mahu Husam, terus terang. Biar beliau keluar secara rasmi dan kemudian boleh masuk parti lain. Janganlah buat begini. Merugikan rakyat. Guane boh?

Raja Gelap

 

MAVCOM vs AirAsia

 MAVCOM vs AirAsia 


1. Sejak 10 hari lalu, banyak orang sudah tanya hal ini. Mohon maaflah kalau saya terlepas pandang jawapannya. 


2. Jadi saya mohon ulang tanya, khususnya kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). 


3. MAVCOM sambung Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) AirAsia Berhad untuk tempoh enam bulan dari 1 Oktober 2022 hingga 31 Mac 2023. 


4. Tempoh itu mungkin akan disambung enam bulan lagi dari 1 April 2023 hingga 30 September 2023 kalau AirAsia mematuhi syarat-syarat khusus yang dikenakan oleh MAVCOM menjelang 31 Disember tahun ini. 


5. Nak tanya MAVCOM pasal apa sambung enam bulan hingga 31 Mac 2023 dan mungkin sambung enam bulan lagi sampai 30 September 2023 dengan bersyarat?


6. Apakah syarat yang AirAsia kena penuhi menjelang 31 Disember 2022 itu? Pasal apa MAVCOM macam nak berahsia pula? Pelanggan, pelabur dan orang ramai berhak tahu. Manalah tahu sambung bersyarat ASL ini ada kena mengena dengan isu keselamatan atau kewangan atau kedua-duanya sekali. 


7. MAVCOM kena terus terang pasal syarat ASL ni banyak. Laman web MAVCOM senaraikan enam. Sementelah MAVCOM boleh luluskan ASL untuk tempoh sehingga 10 tahun dari tarikh kuat kuasa. 


8. Jadi mesti ada alasan yang sangat kuat (compelling) menyebabkan MAVCOM memberi ASL setahun dengan bersyarat kepada AirAsia. 


9. AirAsia bukan calang-calang syarikat. Ia sebuah organisasi korporat yang berprofil tinggi dengan pemilik-pemilik merangkap peneraju yang berpengaruh (influential), "savvy" dan pelobi hebat. 


10. Jadi, demi untuk berlaku adil kepada semua pihak, MAVCOM kenalah lebih telus (transparent) dengan penjelasannya. 


Terima kasih.



Apa khabar Tambun?

 Apa khabar Tambun? 




Alhamdulillah, saya telah mengumumkan sebentar tadi bahawa saya akan menandingi Parlimen Tambun pada PRU15 mewakili Harapan. 


Kita akan bekerja kuat dan pastikan Harapan akan menawan Putrajaya sekaligus merampas negeri Perak!


#MalaysiaBangkit #KitaBoleh #KoridorHarapan



PERKAUMAN BUKAN PENYELESAIAN


 

Kamu yang mengkhianti mandat rakyat kerana terima katak-kata ini..." #trendingnewsmalaysia #AWANInews #SisiTVParlimen #DewanRakyat


 

NAK SCAM PKR KENA KE PARTI SENDIRI


 

INI AHLI DAP KAH YANG KELUAR KENYATAAN INI ? GERAKAN KAWAN KITE

 

ZACK ROCKSTAR

Mungkin selepas ini pantunnya berbunyi begini:

"Tanjung Piai pergi ke Dumai,

Sampai di sana naik kereta,

Mari gelak beramai-ramai,

Undi GERAKAN kawan kita?"

 

TELUR PUN TAK BOLEH NAK JAGA??



Kerajaan yang ada ni sebenarnya dah lama failed.... gagal... gagal mentadbir ekonomi negara... malah gagal mengawal kebejatan peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya... bayangkan... harga ayam pun susah Kerajaan Malaysia nak kawal...


Ni bukan setakat harga telur... tapi bekalan telur ayam pun Kerajaan Malaysia tak boleh nak kawalselia dan tadbir...


Takkan la penternak atau peladang nak sorokkan bekalan telur... mesti mereka akan release bekalan telur ke pasaran... kalu tidak mereka yang akan rugi sebab telur yang rosak... jadi tentunya bekalan sebenarnya ada.... 


Tapi macam mana boleh tak ada bekalan?? Pemborong dan Peruncit pun sure tak sorok kan bekalan... sebab telur ayam mudah rosak... Adoilah... pening memikirkan kegagalan Kerajaan Malaysia ba ni... itu pun masih ada hati nak mintak diundi lagi pada PRU15... adoilah...


Gagal wei... gagal...



(function() { var d = document, w = window; w

BUKAN SAJA FITNAH..TETAPI JUGA BERNIAT JAHAT.

 Walaun tularkan gambar DS Anwar makan besar sambil sindir rakyat makan Menu Rahmah. Tapi sebenarnya gambar itu gambar tahun 2019 dan ia di ...