HADI MUDAH LUPA

 




‘Lupakah PAS juga kerjasama dengan DAP?’ Loke bidas dakwaan Hadi



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, sejarah DAP selama lebih 50 tahun membuktikan ia bukan parti komunis.

IPOH: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mengkritik Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung dakwaannya bahawa DAP adalah “pro-komunis”.

Menolak dakwaan Hadi, Loke menegaskan bahawa presiden parti Islam itu sebelum ini telah bekerjasama dengan pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

“Mungkin beliau (Hadi) lupa perkara ini,” kata Loke pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) malam tadi.

Hadi menerusi rajutan di Twitter sebelum ini berkata, DAP harus ditentang kerana ia “pro-komunis”, sambil menambah bahawa komunis “mengganas lebih daripada penjajah Kristian dan Yahudi”.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Hadi, dalam khutbah Jumaat di Marang, berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan PH kerana gabungan itu diterajui oleh “komunis” dan menyokong komuniti LGBTQ, sementara Barisan Nasional (BN) pula tidak boleh dipercayai.

Pemimpin PH kemudian membidas dakwaan Hadi, dengan Lim, pengerusi kebangsaan DAP berkata, dakwaan Hadi adalah “benar-benar palsu” dan berbaur hipokrasi.

Beliau berkata, PAS tidak sepatutnya dibenarkan menjadi sebahagian daripada kerajaan akan datang kerana ia bersifat rasis dan ekstremis.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, kenyataan Hadi itu bertujuan menimbulkan keraguan dalam kalangan pengundi bagi menutup kelemahan dirinya, seperti percubaan gagal membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meningkatkan hukuman undang-undang syariah.

Loke berkata, DAP bukan parti komunis dan mempunyai sejarah lebih 50 tahun yang dapat membuktikannya.

No comments: