JANGAN INGAT TUHAN ITU TIADA


Tuju pada scammer
Ingat laa
Balasan tu ada






 

Hari Pertama Lebih Lapan Jam, Esok Rafizi Dipanggil SPRM Lagi

 


Rafizi Ramli ketika keluar dari bangunan SPRM selepas lebih 8 jam memberi keterangan pada hari pertama rakaman percakapan pada 4 Mei 2026.

PUTRAJAYA, 4 Mei – Selepas lebih lapan jam dirakam keterangan, akhirnya kelibat bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli muncul di hadapan pintu keluar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 6.45 petang tadi.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau akan dipanggil semula esok pada jam 10 pagi bagi menyambung proses siasatan yang masih berjalan.

“Proses siasatan biasa, mereka tanya dan saya jawab. Saya beri kerjasama penuh dan proses berjalan lancar, cuma ambil masa panjang.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Rafizi dipanggil untuk dirakam keterangan pada 4 Mei 2026 jam 10 pagi bagi membantu siasatan.

“Jadi, saya ingat soal siasat bermula tepat pukul 10 sampai ke 6.45 lah,” katanya selepas keluar dari bangunan SPRM hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan dipanggil untuk beberapa hari lagi bergantung kepada jumlah soalan dan perkembangan siasatan.

Siasatan terhadap bekas timbalan presiden KEADILAN itu dipercayai berkait laporan yang dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia berhubung dakwaan usaha sama kerajaan dengan Arm Holdings (ARM).

 

Sebelum ini, media melaporkan Rafizi dipanggil bagi memberi keterangan membantu siasatan membabitkan perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan gergasi semikonduktor itu.

Di bawah Akta SPRM, setiap soalan yang diajukan perlu dijawab, sekali gus menjadikan kehadiran peguam tidak begitu diperlukan dalam situasi tersebut.

“Kalau kita tak ada apa-apa yang nak disembunyikan, fakta itu kita ingat dengan baik, tak guna (tak perlu kehadiran peguam) juga ada peguam dekat situ,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar dilaporkan berkata, Rafizi dipanggil untuk dirakam keterangan hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Malaysia memperuntukkan USD225 juta (RM930.52 juta) untuk perkongsian selama empat tahun dengan Arm Holdings bertujuan memudahkan syarikat tempatan mendapatkan akses kepada harta intelek dan teknologinya.



Wakili Malaysia, PM Anwar Sumbang RM100,000 Kepada ASWO SAS

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah sebentar ke Sekolah Sultan Alam Shah untuk melihat keadaan infrastruktur sekolah serta bertemu dengan pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 4 Mei – Sebagai tanda sokongan membantu persediaan dan perjalanan, sebanyak RM100,000 disumbang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) sebagai persediaan pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) yang akan menyertai World Music Contest 2026 di Kerkrade, Belanda, Julai depan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sempat meluangkan masa singgah ke Sekolah Sultan Alam Shah di Putrajaya untuk melihat sendiri keadaan infrastruktur sekolah serta bertemu pasukan ASWO, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah sebentar ke Sekolah Sultan Alam Shah untuk melihat keadaan infrastruktur sekolah serta bertemu dengan pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Katanya, seramai 46 pelajar tingkatan satu hingga empat yang menganggotai pasukan itu bakal mewakili negara ke pertandingan berprestij yang berlangsung pada 30 Julai di negara itu, kata Anwar menerusi hantaran di media sosial.

“Keupayaan anak-anak ini untuk melangkah berani membawa bakat ke pentas dunia adalah cerminan kekuatan negara kita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah sebentar ke Sekolah Sultan Alam Shah untuk melihat keadaan infrastruktur sekolah serta bertemu dengan pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ia tidak hanya terukur pada angka dan pembangunan fizikal, tetapi juga pada keupayaan membina keyakinan, mendewasakan jiwa dan membentuk jati diri anak bangsa,” katanya.

Anwar berharap persediaan pasukan ini ke Eropah diiringi dengan harapan ia akan menyemarakkan semangat anak-anak ini menerpa kejayaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah sebentar ke Sekolah Sultan Alam Shah untuk melihat keadaan infrastruktur sekolah serta bertemu dengan pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya doakan selamat maju jaya buat anak-anak Alam Shah Wind Orchestra. Gegarkan pentas Eropah dengan alunan muzik berkelas dunia, dan harumkan nama Malaysia dengan keindahan seni serta semangat yang tidak pernah luntur,” katanya.

Mereka teruja dengan kehadiran Perdana Menteri yang menitipkan kata-kata semangat serta memberi motivasi tambahan kepada pasukan dalam misi mengharumkan nama negara di pentas global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah sebentar ke Sekolah Sultan Alam Shah untuk melihat keadaan infrastruktur sekolah serta bertemu dengan pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim



Serah Pada Pihak Berkuasa Siasat Projek Litar Lumba Sungai Petani – Saifuddin Nasution

 


Keadaan tapak litar lumba antarabangsa Sungai Petani ketika dirakam pada 8 November 2025. Foto Sym Bike Tour

BANDAR BAHARU, 4 Mei – Isu pembinaan Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani bernilai RM75 juta termasuk kemungkinan berlakunya penyelewengan akan didedahkan apabila tiba masanya kelak, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, siasatan sedang dilakukan pihak berkuasa berhubung projek terbabit yang diumumkan pada 2022, sebelum sebarang tindakan lanjut diambil ke atas pihak berkaitan.

“Saya difahamkan ada pihak yang sudah membuat laporan, kalau betul ada (penyelewengan), saya serah pada autoriti berkenaan.

Keadaan tapak litar lumba antarabangsa Sungai Petani ketika dirakam pada 8 November 2025. Foto Sym Bike Tour

“Pada peringkat ini saya tak mahu beri sebarang komen, walaupun hakikatnya saya ada banyak maklumat berkaitan, tetapi saya pilih tidak bercakap dulu.

“Kadang-kadang apa yang saya cakap akan diberi tafsiran wujudnya motif politik dan sebagainya, jadi biar proses siasatan dilakukan dahulu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sentuhan Budi Mangsa Ribut Bandar Baharu di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi AMANAH Kedah mencabar Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan audit ke atas Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani.

Ia bagi memastikan tidak berlakunya penyelewengan selepas wujud dakwaan berlakunya ketirisan dalam projek terbabit apabila RM10 juta dikatakan sudah dibelanjakan bagi kerja penyediaan tapak sebelum ini.

Muhammad Sanusi tidak boleh mengelak daripada memikul tanggungjawab apabila mengumumkan projek terbabit secara besar-besaran pada 2022, tambah beliau kerana terdapat perbezaan apabila projek berkenaan diumumkan ketika beliau mentadbir negeri dan mempunyai tanggungjawab di atas setiap pengumuman yang dibuat.

“Saya tahu apa yang tersurat dan tersirat di sebalik projek berkenaan. Sampai masanya saya akan sebut beberapa maklumat menarik di sebalik projek demikian.

Projek litar lumba antarabangsa Sungai Petani didakwa mengalami masalah hingga mendorong pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Cuma yang nak saya sebut bahawa, tak sama masa jadi pembangkang berucap dan diberi tanggungjawab sebagai kerajaan yang bercakap. Apabila jadi kerajaan, kita ada tanggungjawab dan pertangungjawaban.

“Kalau sudah umum, bukan satu, bukan dua, bahkan tujuh ke lapan projek… jadi rakyat akan mula melihat setelah sekian lama tak akan satu pun tak siap, takkan semua orang salah,” katanya.

Anwar arah penguatkuasaan lebih ‘keras’, sasar penyeludupan


 


Kerajaan memberi amaran tegas bahawa ketirisan dan penyeludupan tidak akan lagi dikompromi, dengan penguatkuasaan lebih ketat dan konsisten di semua peringkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata integriti dalam penguatkuasaan perlu diperkukuh bagi memastikan setiap dasar kerajaan benar-benar sampai kepada rakyat.

“Ketirisan dan penyeludupan tidak boleh dikompromi. Tindakan mesti lebih tegas dan konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Menurut Anwar, pelaksanaan subsidi bersasar termasuk diesel dan elektrik merupakan antara langkah penting bagi mengelakkan ketirisan yang selama ini membebankan kewangan negara.

Katanya, pendekatan itu memastikan bantuan hanya sampai kepada golongan yang benar-benar layak, termasuk pengangkutan barangan, nelayan dan sektor agri-komoditi.

Dalam masa sama, kerajaan turut memperketat penguatkuasaan terhadap kartel dalam sektor makanan, khususnya ayam dan telur, bagi memastikan harga kekal stabil tanpa manipulasi pasaran.

Langkah itu dilaksanakan melalui gabungan rundingan dan tindakan penguatkuasaan yang lebih agresif.

Anwar menegaskan semua langkah diambil berteraskan keseimbangan antara melindungi rakyat dan memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan dalam keadaan global yang tidak menentu.

Menurutnya, pendekatan itu membolehkan kerajaan bertindak lebih tepat, telus dan berkesan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.


Undang dulu ‘dihalau’, kini dibela? Peguam persoal layanan berbeza


 



Seorang peguam mempersoalkan dakwaan wujud layanan berbeza terhadap institusi Undang di Negeri Sembilan, dengan membandingkan insiden lampau dan perkembangan semasa.

Liyana Marzuki mendakwa pada 2016, seorang Undang di Johol bukan sahaja dipecat, malah didakwa dihalau dari kediaman rasmi serta berdepan tindakan memalukan.

Menurutnya, situasi itu berbeza dengan naratif semasa yang dilihat mempertahankan kedudukan Undang sebagai setara dengan Yang di-Pertuan Besar.

“Ketika berkuasa, layanan terhadap Undang berbeza. Bila hilang kuasa, naratif pula berubah,” katanya dalam kenyataan.

Liyana turut mendakwa terdapat pihak yang mempertahankan tindakan seorang Undang dalam isu terkini, termasuk dakwaan cubaan menurunkan Yang di-Pertuan Besar secara tidak berperlembagaan.

Katanya, tindakan tersebut sepatutnya diteliti dari sudut perlembagaan dan adat, bukannya disokong secara membuta tuli.

Beliau mempersoalkan mengapa tiada kecaman terhadap tindakan tersebut, sedangkan dalam konteks lain ia boleh dianggap sebagai penderhakaan kepada institusi raja.

Menurutnya, rakyat kini lebih peka dan mampu menilai perbezaan layanan terhadap institusi berkenaan berdasarkan situasi politik semasa.

Kenyataan itu hadir di tengah polemik melibatkan peranan Undang dan kedudukan Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan, yang kembali menjadi perhatian umum.

Liyana menegaskan sebarang tindakan melibatkan institusi diraja perlu dilihat secara berhati-hati dan berlandaskan perlembagaan serta adat yang sah'



𝗞𝗮𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮...?


M. Asri M. Jamil



 𝗞𝗮𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮...? 




Apabila Menteri Besar mengumumkan keputusan Dewan Keadilan dan Undang, mereka kata beliau masuk campur urusan adat.


Sekarang, orang yang sama pula kata Menteri Besar gagal menyelesaikan krisis adat.


Jadi, sebenarnya kau nak apa?


Kalau MB bercakap, dikatakan campur tangan. Kalau MB menghormati proses adat dan tidak melangkaui bidang kuasa, dikatakan gagal pula.


Ini bukan lagi soal mempertahankan adat. Ini soal naratif politik yang berubah-ubah ikut keadaan.


Urusan adat Negeri Sembilan ada saluran dan institusinya sendiri. Dewan Keadilan dan Undang ada peranan serta kedudukannya. Kalau benar mahu hormat adat, hormatilah prosesnya.


Jangan bila keputusan tidak memihak kepada kehendak politik sendiri, semua orang hendak disalahkan.


Yang jelas gagal bukan Menteri Besar. Yang gagal ialah naratif yang tidak konsisten.


Hari ini kata jangan campur. Esok kata gagal selesai.




KRISIS POLITIK N9; SIAPA UNTUNG ,SIAPA RUGI


 

BOLEH JADI 1 BAG BERAS RM 80

 

Che Ibrahim Mohamed



Berdasarkan harga padi yang dicadangkan ini, harga beras akan naik ke rm8-rm10 sekilo @ rm80 satu pek 10kg (harga sekarang rm26)

1 Tan padi bersamaan 1000kg, bila dah jadi beras sekitar 600kg. Maknanya harga beras di sawah dah rm5 sekilo + kos pengangkutan, proses, packaging dll jadi la rm8 sekilo.







PN janji harga lantai padi RM3,000 lepas jadi kerajaan.hangpa percaya la depa ni. dia ni dulu nak penaik harga latrik. jaga jaga hangpa. jamgan kena muhong banyak kali'

 




HANG NAK JUAI PADA KAMI SEKAMPIT BERAPA PULOH PULAK



TAKIYUDDIN Hassan berucap pada Himpunan Aman Pesawah di Kampung Alor Setoi di Alor Setar, hari ini.
Share on facebook

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) menjanjikan harga lantai belian padi kepada RM3,000 bagi setiap tan metrik sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, janji itu mampu dilaksanakan kerana harga semasa ketika ini iaitu RM1,500 per tan metrik tidak banyak berbeza dengan tuntutan dimahukan para pesawah. Beliau berkata, penetapan harga yang lebih stabil akan berupaya memperhebat aktiviti penanaman…


PN masa ada kuasa 33 bulan kenapa tak buat harga padi 3k satu tan? Sebab harga tak munasabah. Hanya auta janji pilihanraya aja.PMX dah ejas harga lantai beberapa kali sesuaj dengan keadaan semasa.
Pesawah wajib undi MADANI pertahankan PMX..






[Kini Jelas] Tindakan Umno N Sembilan bakal cetus murka istana? Penganalisis dedah risiko besar!


 

LAAA.MESIN MINTA SEDEKAH TAK JALAN KA NUSI...GEREK TAK BOH MINYAK DIESEL KA ?







 

INI BUDI SEGALA BUDI DALAM MINYAK PETROL DAN DIESEL.


 

UMNO KALAU TAK CAYA KE AKU...NAK CAYA KE SIAPA?


 

BN GERAK SOLO TAPI PERLU BERPAKAT DENGAN PARTI LAIN. GERAK LA SOLO NAK TENGOK UMNO JADI KERA SUMBANG. PMX BAGI BANYAK JAWATAN PADA UMNO


 

PENIAGA KECIL MENGELUH. DIMANA SAYA TAHU..SEBAB SAYA TURUN TANYA SENDIRI


 

TERKINI ZRA


 

SAYA TIDAK MAHU KOMEN


 

Pelakon, Pelawak Jalil Hamid Kembali Ke Rahmatullah

 

Berita pemergian Jalil Hamid disahkan anaknya, Afiqah jam 12.30 tengah hari 4 Mei 2026. Foto Danial Al Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon dan pelawak veteran Jalil Hamid yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengahari, Isnin.

Berita pemergian tersebut disahkan oleh anaknya, Afiqah Jalil yang menyedari ayahnya sudah tidak bergerak.

Kata Afiqah, bapanya yang berumur 69 tahun itu disahkan menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Subang Jaya.

“Ya betul, ayah saya sudah meninggal dunia.

Allahyarham Jalil Hamid dipercayai mengalami masalah jantung bengkak dan menghembuskan nafas terakhir jam 12.30 tengah hari 4 Mei 2026.

“Ibu masuk ke bilik untuk tengok ayah dan didapati dia sudah tiada,” katanya.

Ditanya mengenai penyakit yang sedang dihidapi oleh arwah, Atiqah memaklumkan bapanya sedang bergelut dengan masalah jantung bengkak.

“Ayah saya memang ada masalah jantung bengkak,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al Munawwarah, Shah Alam dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21 selepas solat Asar.

“Kami sekeluarga mohon semua mendoakan urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” ujarnya.



Cadangan Penyelarasan Bajet Tak Jejas Pengambilan Doktor, Jururawat – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Putrajaya pada 4 Mei 2026.

PUTRAJAYA, 4 Mei – Pengambilan kakitangan kesihatan termasuk doktor dan jururawat tidak akan terjejas susulan cadangan langkah penyusunan semula perbelanjaan kerajaan.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat kekeliruan berhubung cadangan penyelarasan bajet yang disalah tafsir seolah-olah menjejaskan sektor kritikal seperti kesihatan dan pendidikan.

“Saya nak jelaskan pengambilan doktor baharu, jururawat itu tak terjejas, tak terkesan. Pembinaan klinik tak terkesan, cuma skop hospital yang mewah itu kurang,” katanya.

Kenyataan media Kementerian Kewangan pada 29 April 2026. Foto Kementerian Kewangan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di sini, hari ini.

Isu berkenaan timbul ekoran kekeliruan kononnya kerajaan ‘memotong’ perbelanjaan kepada beberapa kementerian tetapi Kementerian Kewangan menjelaskan, panduan telah dikeluarkan kepada Kementerian dan Agensi untuk menyusun semula keutamaan perbelanjaan mengurus, selaras dengan cabaran krisis bekalan global dan tanggungan subsidi yang meningkat.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan pengurusan fiskal yang berhemat bagi mengoptimakan sumber Kerajaan supaya dapat mengekalkan sokongan kepada rakyat secara berterusan.

“Kementerian Kewangan ingin menekankan bahawa pelarasan perbelanjaan akan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal kepada rakyat dan kestabilan ekonomi,” katanya.







Kekangan Fiskal Negara, Kerajaan Tampung Subsidi RM5 Bilion Sebulan – PM Anwar

 






Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Putrajaya pada 4 Mei 2026.

PUTRAJAYA, 4 Mei – Berikutan kenaikan harga bahan api susulan konflik di Asia Barat menyebabkan kerajaan kini menanggung beban subsidi mencecah kira-kira RM5 bilion sebulan, dengan jumlah itu berpotensi meningkat kepada lebih RM6 bilion sekiranya harga minyak global terus melonjak tinggi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjelaskan situasi itu, Perdana Menteri berkata, jumlah subsidi ditanggung kerajaan itu terus meningkat berbanding sekitar RM700 juta pada Januari lalu, sekali gus memberi tekanan kepada kedudukan kewangan negara.

“Kalau harga (subsidi ditampung kerajaan) setakat sekarang, RM5 bilion sebulan, bayangkan 10 bulan RM50 bilion daripada dana kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Putrajaya pada 4 Mei 2026.

“Penjawat awam harus tahu ya. Kadang-kadang ada yang tidak tahu, di bawah, di luar lain, ada yang tanya kenapa kos naik, kenapa harga minyak tak turun? RM1.99 patutnya turun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di sini, hari ini.

Untuk itu, Perdana Menteri menggesa agar penjimatan terus dilakukan seperti pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang menjimatkan perbelanjaan hampir RM2 juta dalam tempoh 10 hari pertama pelaksanaan.

Justeru, beliau meminta sokongan semua pihak agar dapat melaksanakan langkah berkenaan ketika kerajaan berusaha memenuhi keperluan bekalan tenaga negara biarpun harganya terus meningkat.