Wakili Malaysia, PM Anwar Sumbang RM100,000 Kepada ASWO SAS

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah sebentar ke Sekolah Sultan Alam Shah untuk melihat keadaan infrastruktur sekolah serta bertemu dengan pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 4 Mei – Sebagai tanda sokongan membantu persediaan dan perjalanan, sebanyak RM100,000 disumbang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) sebagai persediaan pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) yang akan menyertai World Music Contest 2026 di Kerkrade, Belanda, Julai depan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sempat meluangkan masa singgah ke Sekolah Sultan Alam Shah di Putrajaya untuk melihat sendiri keadaan infrastruktur sekolah serta bertemu pasukan ASWO, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah sebentar ke Sekolah Sultan Alam Shah untuk melihat keadaan infrastruktur sekolah serta bertemu dengan pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Katanya, seramai 46 pelajar tingkatan satu hingga empat yang menganggotai pasukan itu bakal mewakili negara ke pertandingan berprestij yang berlangsung pada 30 Julai di negara itu, kata Anwar menerusi hantaran di media sosial.

“Keupayaan anak-anak ini untuk melangkah berani membawa bakat ke pentas dunia adalah cerminan kekuatan negara kita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah sebentar ke Sekolah Sultan Alam Shah untuk melihat keadaan infrastruktur sekolah serta bertemu dengan pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ia tidak hanya terukur pada angka dan pembangunan fizikal, tetapi juga pada keupayaan membina keyakinan, mendewasakan jiwa dan membentuk jati diri anak bangsa,” katanya.

Anwar berharap persediaan pasukan ini ke Eropah diiringi dengan harapan ia akan menyemarakkan semangat anak-anak ini menerpa kejayaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah sebentar ke Sekolah Sultan Alam Shah untuk melihat keadaan infrastruktur sekolah serta bertemu dengan pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya doakan selamat maju jaya buat anak-anak Alam Shah Wind Orchestra. Gegarkan pentas Eropah dengan alunan muzik berkelas dunia, dan harumkan nama Malaysia dengan keindahan seni serta semangat yang tidak pernah luntur,” katanya.

Mereka teruja dengan kehadiran Perdana Menteri yang menitipkan kata-kata semangat serta memberi motivasi tambahan kepada pasukan dalam misi mengharumkan nama negara di pentas global.

No comments: