Pindaan perlembagaan KEADILAN dipersetujui sebulat suara

Pindaan perlembagaan KEADILAN dipersetujui sebulat suara

(Azuan Ab Rahman)

SHAH ALAM 24 NOV: Cadangan pindaan terhadap beberapa perlembagaan parti disetujui sebulat suara oleh perwakilan yang hadir ke Kongres Nasional Khas KEADILAN di sini, hari ini
Setiausaha Agung KEADILAN,  Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ucapan penggulungannya melahirkan rasa gembira  terhadap penerimaan perwakilan kepada pindaan tersebut yang dilihat bakal melonjakkan lagi kemampuan parti itu.
kongresAntara pindaan yang dibuat adalah berkaitan dengan kelayakan keangotaan di mana warganegara yang berusia 18 tahun ke atas layak memohon menjadi anggota biasa.
Perlembagan terdahulu menetapkan bahawa  syarat permohonan menjadi ahli parti adalah seseorang itu tidak menjadi anggota mana-mana  parti lain.

Pindaan terhadap perlembagaan itu juga turut menekankan semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.

Martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat turut diiktiraf dengan menghayati falsafah hormat wanita dengan memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi.


Demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara golongan itu disasarkan memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan dari mereka dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan.



Umno poyo bila Mat Sabu tetap menang (LM)

Kemenangan yang tidak menggembirakan Umno

Pemenang bagi jawatan Timbalan Presiden PAS sudah pun diketahui. Mat Sabu akhirnya berjaya mengekalkan jawatan setelah menewaskan pencabarnya, Nik Amar Nik Abdullah dengan 588 undi berbalas 490.



.

Ratu Shopping kebanggaan makcik felda (LM)

Menteri BN kalut terpaksa pertahan si 'RATU SHOPPING' ROSMAH - Rafizi

KUALA LUMPUR - Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, telah dinobatkan sebagai Ratu Beli-belah oleh Ketua Pembangkang yang sudah meluat, hairan dan jijik pada pendedahan yang telah dilakukan di Parlimen berikutan perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Qatar. 


.

GST: Gasak sampai tertonggeng


Kongres Nasional Khas KEADILAN pinda perlembagaan parti

Kongres Nasional Khas KEADILAN pinda perlembagaan parti


SHAH ALAM 23 Nov: KEADILAN akan mengadakan Kongres Nasional Khas bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, di sini pada 24 November hari ini yang akan dihadiri 2000 perwakilan termasuk Sabah dan Sarawak.
KEADILAN - Copy

Kongres khas tersebut yang bakal bermula seawal jam 7 pagi diadakan bagi membentang dan meluluskan beberapa pindaan terhadap perlembagaan parti sebagai langkah memenuhi tuntutan semasa politik tanah air.
Antara pindaan tersebut termasuk jumlah undi untuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan parti itu yang dijangka pada April atau Mei tahun depan.

Pindaan perlembagaan parti itu juga dikatakan bakal memberikan lebih kuasa kepada anggota peringkat akar umbi untuk membuat keputusan mengenai hala tuju parti dan memilih calon yang dirasakan sesuai.

Pindaan perlembagaan parti itu juga dikatakan bakal memberikan lebih kuasa kepada anggota peringkat akar umbi untuk membuat keputusan mengenai hala tuju parti dan memilih calon yang dirasakan sesuai.

KEADILAN sebelum ini meminda perlembagaan parti sebanyak tiga kali antaranya penyatuan dengan Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat yang diadakan pada tahun 2003.


Kali terakhir KEADILAN meminda perlembagaan parti ialah pada tahun 2010 di mana parti itu menetapkan pemilihan secara langsung melalui seorang anggota satu undi.

PAS PERLU MUHASABAH

  • KAJI SEMULA KENAPA TERENGGANU MASIH GAGAL DITAWAN
  • KEJATUHAN KEDAH TELAH DIRAMAL 2 TAHUN AWAL SEBELUM PILIHANRAYA
  • BAGAIMANA MAHU MENGAMBIL NEGERI YANG KALAH
  • ADAKAH  SIKAP PAS DAN AHLI DILIHAT TAMAK MENDAPATKAN KAWASAN ,TETAPI UNDI YANG RENDAH
  • LANGKAH MENGAMBIL TINDAKAN MEMBELAKANGKAN PARTI DILIHAT TIDAK BIJAK
  • ADAKAH PAS TERLALU EGO DENGAN SOKONGAN AKIBAT LETUSAN GERAKAN REFORMASI YANG DIMULAKAN ANWAR
  •  
  •  
  • PRU13: 'Barah' dalaman punca kejatuhan PAS Kedah
  • Perwakilan PAS Kedah mahu jawatankuasa post mortem PAS bagi pilihan raya umum ke-13 mendedahkan punca kekalahan PAS khususnya di negeri itu supaya ia tidak diulangi pada masa akan datang. 
  • DAPAT NEGERI PUN TERLEPAS,  YANG DAH ADA NAK DIUSIK.
    PAS PP jelaskan 'letupan' menjelang muktamar
    • Mohd Nor Haron berkata bimbang ia berlaku kepada PAS negeri lain jika perkara itu berulang sekalipun beliau difahamkan PAS di negeri lain menghadapi masalah yang sama.