NASIB BAIK LA RAFIZI BUAT PENDEDAHAN SEMUA NAIK KALUT: SPRM PUN BUAT BUAT CEKAP NAK DAKWA BEBERAPA INDIVIDU....NAJIB..ZAHID DAN HISHAMUDDIN JANGAN LUPA...

 


LCS: SPRM saran Jabatan Peguam Negara tuduh beberapa individu




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata agensi itu sudah melengkapkan siasatan terhadap beberapa individu berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyarankan kepada Jabatan Peguam Negara pertuduhan dikenakan terhadap beberapa individu berkait projek kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam kenyataannya, SPRM mengesahkan sudah melengkapkan beberapa kertas siasatan terhadap individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian LCS.

“Kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan daripada SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu.

“Seterusnya, SPRM akan menerima arahan lanjut hasil daripada kajian Pejabat Peguam Negara terhadap kertas siasatan tersebut,” menurut kenyataan itu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah dibuka bagi tujuan siasatan berhubung projek LCS.

Jelas Ismail, beliau telah mengarahkan supaya siasatan itu dibuat segera kerana ia melibatkan wang rakyat.

Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berkata Kementerian Pertahanan dan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) telah mengabaikan pandangan tentera laut bagi projek LCS apabila tiada satu kapal pun berjaya disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek tersebut.

Susulan itu, Bersatu menghantar memorandum ke Istana Negara semalam bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat projek LCS.

PRU15: Anwar pertimbang tanding Parlimen Tambun



Anwar Ibrahim berkata cadangan itu akan dipertimbangkan kerana
 mahu fokus pada jumlah kerusi dan jentera pilihan raya terlebih
 dahulu.

IPOH: Presiden PKR Anwar Ibrahim mempertimbangkan cadangan supaya beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, cadangan berkenaan telah diusulkan kepadanya namun keputusan belum lagi boleh diputuskan kerana fokus parti ketika ini adalah berkaitan jumlah kerusi dan jentera pilihan raya terlebih dahulu.

“Anda fikir macam mana? Kalau anda kata boleh, saya akan fikirkan. Ia satu cadangan yang sedang saya pertimbangkan.

“PKR bahagian Tambun ada usulkan, namun saya belum putuskan lagi. Kawan-kawan di Port Dickson pula merayu minta saya kekal di sana. Saya kena fikir dahulu,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ketua PKR Tambun, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dilaporkan mahu memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU15 dan keputusan telah dipersetujui di peringkat akar umbi menerusi Mesyuarat Agung Tahunan bahagian sebelum ini.

Menyentuh mengenai kerusi dan calon bagi PKR Perak untuk PRU15, Anwar berkata, perkara itu akan dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Presiden.

Terdahulu, beliau berkata, mesyuarat pada hari ini bersetuju untuk melantik Ahli Parlimen Tanjung Malim yang juga Naib Presiden PKR Chang Lih Kang sebagai Pengerusi MPN Perak bagi penggal 2022 hingga 2025.

BANYAK DIA PUNYA CANTIK.,KRONI KAYA KERAJAAN KENA BAYAR

 


Najib persoal kenapa PH tidak membantu Boustead selesai hutang ketika PH memerintah dahulu. Itulah Najib. Tahunya bila kroni buat hutang, kerajaan yang bayar. Lepas tu kroninya kaya, negara habis duit. Dengan alasan ia projek yang penting.


Baca berita sepenuhnya di: https://bit.ly/3pdAMQE


Persoalan yang paling utama, kenapa Boustead rugi tak perlu diselidik. Macamana Boustead berhutang boleh sampai begitu banyak? Salah tadbir ke? Atau boros tak tentu pasal ke? Mana boleh kerajaan nak terus bantu macam tu saja.


Kalau begitu, senang la jadi kroni. Kerajaan bagi projek penting, dia belanja boros. Duit habis, buat hutang. Lepas tu projek tak jalan, kerajaan tolong bayar hutang. Lepas tu sambung boros, projek tak jalan, hutang bertimbun, kerajaan bayar lagi?


Kalau begini modus operandi Najib, tak hairanlah negara hancur dipegangnya. Sebab itu hampir semua projek yang berjalan semasa pentadbiran Najib harganya selalu naik. Tak kisahlah duit negara habis licin. Janji syarikat kroni selamat.


Macam ini yang rakyat nak harap untuk jaga negara kita? Syukur BN kalah sekejap selepas PRU14 dulu. Walau PH memerintah sekadar 22 bulan, ada juga perubahan yang berlaku dan disebabkan itu, kita dapat tahu cerita penyelewengan begini.


Kalaulah BN tak kalah tempohari, rasanya kecurian duit rakyat ini akan berterusan dan sampai hari ini rakyat ditipu bulat-bulat. Duit habis, potong subsidi. Dah begini punya jahat pun masih ada yang nak panggil dia bossku? Bodoh bebenor? Guane boh?


 

Raja Gelap



RENTASAN 1186 | PANAS!! KENYATAAN 'DALANG' SKANDAL LCS BERCANGGAH DENGAN...




MENARIK DALAM RENTASAN 1186

1. ORANG POLITIK TAMAK, CARI KOMISYEN, KATA ANWAR
2. NEGARA PERLU KELUAR DARIPADA KLEPTOKRASI
3. INI SATU DASAR YANG MENYUSAHKAN ANAK MUDA



UBAH REKA BENTUK KAPAL LCS DAN 10 SURAT PANGLIMA TLDM TAK DILAYAN – KENAPA NAJIB TIDAK PERNAH MENGULAS DUA ISU INI?

 

Kalau kita lihat ulasan-ulasan Najib Razak di laman FB beliau sejak isu kapal perang LCS yang tidak siap ini meletus menjadi isu besar dalam negara, hampir semua aspek digebangnya.

Tujuannya tidak lain ialah untuk menunjukkan beliau sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan ketika itu dan Zahid Hamidi yang kini Presiden UMNO selaku Menteri Pertahanan di ketika kontrak LCS ditandatangani pada 2011 tidak terkait dan boleh disisihkan daripada skandal tersebut.

Terbaru, sebagai satu lagi usaha ke arah itu, Najib turut memuatkan sejarah pengkorporatan Limbungan TLDM pada 1991 ketika era Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang mana daripada situlah didakwanya bermula masalah hutang menimpa BNS, syarikat yang diberi kontrak membekalkan kapal pegang LCS.

Selain itu, hampir semua kritikan atau pendedahan pelbagai pihak berkaitan kegagalan projek LCS juga akan segera dijawab dan disanggahnya.

Ternampak hebat dan serba tahu Najib nampaknya, walaupun ketika di mahkamah banyak jawapan tidak tahu telah diberikannya.

Iyalah…di mahkamah dia sendiri kena hadir, tetapi di FB ramai admin yang membantunya.

Tetapi, dalam hebat dan gebang kencang itu, jika diperhati dengan teliti, ada dua isu yang sehingga sekarang Najib tidak pernah menyentuhnya sama sekali.

Pertama, berkenaan perubahan reka bentuk kapal LCS daripada jenis Sigma kepada Gowind, sedangkan di sinilah masalah banyak bermula.

Perubahan rekabentuk itu dicatatkan berlaku hanya dua bulan setelah sebelum itu Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan bersetuju dengan reka bentuk Sigma.

Perubahan kepada Gowind adalah atas cadangan BNS bersama DCNS iaitu syarikat yang pernah membekalkan kapal selam Scorpene ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Yang dipertikaikan ialah bagaimana Zahid Hamidi boleh bersetuju dengan cadangan menukar reka bentuk LCS daripada Sigma kepada Gowind oleh BNS dan DCNS, walhal dua bulan sebelum itu telah bersetuju dengan reka bentuk Sigma?

Bila reka bentuk ditukar, ia bermakna fungsinya juga turut berubah daripada kapal tempur kepada kapal peronda yang sekaligus bermakna kosnya tentulah tidak lagi sama.

Contoh mudah, masa kontrak ditandatangani, kereta yang nak dibeli ialah Ford Ranger Raptor 4 x 4, tetapi apabila projek sudah diluluskan, yang nak dibeli ditukar kepada Proton X70 dengan kos harga yang sama.

Jadi, dalam hal ini bagaimana Najib selaku Menteri Kewangan boleh meluluskan pertukaran rekabentuk itu?

Apakah Najib tidak meneliti dengan mendalam perubahan itu atau adakah oleh kerana Zahid Hamidi yang menjadi Menteri Pertahanan ketika itu adalah bekas Setiausaha Politiknya sebelum ini, maka ia dipersetujui begitu saja?

Kedua, tentang 10 surat bantahan atau teguran yang dihantar oleh bekas Panglima TLDM, Dr Abdul Aziz Jaafar berkenaan LCS tapi langsung tidak dilayan atau dibalas.

Memetik kenyataan Abdul Aziz kepada media, beliau dilaporkan telah menghantar sekurang-kurangnya 10 surat teguran dan rasa tidak puas hati serta pendirian TLDM berhubung tatacara perolehan projek LCS.

Surat rasmi berkenaan dihantar kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Setiausaha Negara dan juga Perdana Menteri.

Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kenapa Najib hanya berdiam diri dan tidak memberi sebarang respon kepada 10 surat tersebut?

Kalau satu surat, mungkin boleh diterima jika alasannya tidak perasan, tetapi bagaimana jika sampai 10 surat yang dibantar?

Sebagai Perdana Menteri, kenapa tidak merujuk kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan untuk memberi respon, lagi pun yang menghantar surat itu bukan calang-calang orang, tetapi seorang Panglima TLDM yang bergelar Tan Sri?

Sekarang ini, terlanjur Najib tengah banyak gebang kencang, apa kata beliau secara sendirian atau bersama Zahid Hamidi memberi jawapan kepada dua hal berkenaan? – ShahbudinHusin 11/08/2022.

 

 

 

BODOHNYA ADMIN FB NAJIB

 



Adoi! Pengsan la Pakcik Najib macam ni. Sebab tu Rafizi suruh pecat je admin FB Najib. Rafizi umpan sikit je, sekali dengan mata kail dia telan.

Rafizi dah jelaskan dengan panjang lebar. Boleh baca di pautan berikut: https://bit.ly/3vVBjuC

Apa yang Rafizi persoal, Najib dakwa kononnya syarikat yang disebut adalah syarikat milik rakyat. Namun yang pegang kuasanya adalah orang luar.

Perkara jelas songsang. Kalau sebarang orang buat memang senang nak terkantoi. Bila keserongan ini selamat tersimpan, mesti ada dalang yang sangat besar kuasanya. Kan?

Penghujungnya, kroni Najib juga yang kawal segala benda. Apa pula yang Najib nak tai chi kali ni? Banyak lagi nak kena beli pop corn ni. Guane boh?

Raja Gelap

 

NAJIK TAK LIHAT JADUAL PROGRESS PEMBINAAN

 



FAHMI FADZIL

Najib ada tengok jadual ni tak?

Kerja-kerja berjalan walau pada zaman PH (dan selepas Langkah Sheraton).

Malangnya, RM6 bilion hangus satu kapal pun tak sampai.

 

JIKA ANDA BACA PETA JADUAL INI ,ANDA LEBIH FAHAM PUTAR ALAM NAJIB


 




Projek LCS bermula pada tahun 2011, iaitu zaman Kerajaan BN dengan Najib Razak selaku Perdana Menteri & Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan. Description: ☝🏻

Semua keputusan berkaitan projek LCS juga dibuat oleh Kerajaan BN. Sehingga Ogos 2022, sepatutnya 5 buah kapal perang dah siap.




RAFIZI RAMLI : SUBKONTRAKTOR CAD & CED MILIK MAJORITI BOUSTEAD TETAPI DIKAWAL BUKAN RAKYAT MALAYSIA

 



Dari Rafizi Ramli

11 Ogos 2022

SUBKONTRAKTOR CAD & CED MILIK MAJORITI BOUSTEAD TETAPI DIKAWAL BUKAN RAKYAT MALAYSIA

Saya telah mendedahkan bagaimana projek kapal perang LCS menggunakan dua lapis subkontraktor (iaitu CAD dan CED) sehingga menyebabkan kos naik tiga kali ganda (kos sebenar dari DCNS hanya RM397 juta tetapi yang dituntut dari kerajaan oleh subkontraktor adalah RM1.2 bilion).

Seperti yang diduga, Dato’ Seri Najib Razak dengan cepat menjawab bahawa subkontraktor Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) adalah syarikat-syarikat bersekutu LTAT.

Beliau langsung tidak menjawab isu komisen 200% yang saya timbulkan, cukup sekadar membayangkan dia tidak terbabit dalam skandal ini kerana subkontraktor CAD dan CED adalah syarikat-syarikat bersekutu LTAT.

Berikut adalah latar belakang pembabitan LTAT (melalui Boustead) di dalam CAD:

• Anak syarikat LTAT, Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) meluluskan pembelian saham 51% di dalam CAD pada 28 April 2010. 49% lagi saham CAD dimiliki oleh Rheinmetall Air Defence AG (RAD), sebuah syarikat kontraktor pertahanan dari Jerman yang dipegang melalui anak syarikat milik penuhnya RD Investment AG.

• Keputusan untuk membeli saham majoriti CAD itu dibuat di dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah BHIC bertarikh 28 April 2010, iaitu setahun setengah sebelum Kerajaan Malaysia melantik BNS menjadi kontraktor membangun dan membina 6 kapal perang LCS melalui satu surat lantikan (LOA) bertarikh 16 Disember 2011.

• Dalam perjanjian pembelian 51% pegangan dalam CAD bertarikh 13 Ogos 2010 di antara BHIC (melalui anak syarikatnya) dan RAD (melalui anak syarikatnya), BHIC bersetuju bahawa RAD yang mempunyai kawalan pengurusan (“management control”) ke atas CAD, walaupun CAD dimiliki secara majoriti oleh BHIC.

• Pengerusi Lembaga Pengarah BHIC yang bersetuju dengan keputusan tidak masuk akal ini adalah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, bekas Ketua Pegawai Eksekutif LTAT yang diketahui umum cukup rapat dengan Najib Razak.

Ini adalah satu tindakan yang tidak masuk akal. Dalam mana-mana aturan syarikat yang mempunyai dua pemegang saham berbeza, kawalan pengurusan dipegang oleh pemegang saham majoriti.

Sebab itu saya sebut, berdasarkan semua bukti setakat ini, ia membayangkan ada perancangan tersusun dari awal untuk memastikan penyelewengan di dalam projek LCS ini dapat disembunyikan melalui pelbagai transaksi rumit, termasuk mewujudkan dua lapisan subkontraktor sedangkan BNS boleh saja menguruskan projek ini dengan sendiri.

Akibat dari keputusan tidak masuk akal itu, CAD hanya dimiliki oleh Boustead (dan LTAT) atas kertas sahaja. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO), dua jawatan pengurusan paling penting di dalam CAD dipersetujui dilantik oleh RAD (bukannya Boustead/LTAT). CEO CAD adalah Gordon Hargreave yang mewakili RAD.

Selain dari mengawal pengurusan CAD, wakil-wakil RAD juga diberi kuasa menandatangani cek dan meluluskan perbelanjaan tanpa perlu merujuk kepada wakil BHIC di dalam CAD. Laporan siasatan dalaman ke atas kelewatan projek LCS secara jelas menyebut perkara-perkara berikut:

• Kedua-dua wakil RAD iaitu Luitjen Rolf Ennega (kemudian ditukar dengan Frank Hoffmann) dan Gordon Hargreave adalah dua orang penandatangan cek dalam kumpulan had kuasa (“Limits of Authority”) yang sama. Ini bermakna, untuk meluluskan sesuatu perbelanjaan atau membuat pembayaran, mereka berdua boleh menurunkan tandatangan tanpa perlu mana-mana wakil dari BHIC.

• Laporan menyebut “This gave an absolute authority to RAD to handle the finances of CAD despite BHIC holding 51% shares” yang bermaksud “Ini memberi kuasa penuh kepada RAD untuk mengendalikan urusan kewangan CAD walaupun BHIC memegang saham majoriti 51%”.

Lebih teruk lagi, BHIC memberi alasan RAD perlu dibawa masuk untuk mendapatkan kepakaran mereka dan membolehkan pemindahan teknologi dalam menjayakan projek LCS ini.

Semakan umum boleh menunjukkan bahawa kepakaran sebenar RAD adalah dalam membangunkan “fire control systems”(FCS atau sistem kawalan tembakan) bukannya dalam mengendalikan keseluruhan projek yang melibatkan komponen-komponen lain seperti “combat management system” (CMS).

Kepakaran RAD dalam membangunkan FCS ini diperakui sendiri dalam satu kenyataan media oleh syarikat induk RAG iaitu Rheinmetall AG bertarikh 27 Februari 2012 (paparan skrin saya sertakan bersama), muka surat 2 perenggan 10:

“.. The Defence Electronics business unit, led by Luitjen Ennega, includes command and fire control systems as well as reconnaisance systems.”

Luitjen Ennega adalah wakil RAD di dalam CAD.

Siasatan dalaman juga mengesahkan bahawa wakil-wakil TLDM dan Boustead yang menganggotai kumpulan projek LCS telah mempersoalkan kepakaran RAD mengendalikan keseluruhan projek, sedangkan kepakaran sebenarnya hanyalah dalam satu komponen projek sahaja.

Muka surat 29 laporan dalaman menyebut (diterjemahkan):

“... Berdasarkan perbincangan kumpulan penyiasat dengan [INDIVIDU XX], beliau menyatakan kepakaran utama RAD adalah untuk membangunkan Fire Control System (FCS) sahaja dan RAD telah diberikan lantikan subkontraktor bagi pakej itu berjumlah RM347 jua. Maka, tidak logik BNS bergantung kepada CAD/CED untuk membangunkan dan menguruskan perbekalan komponen-komponen lain terutamanya Combat Management System (CMS) dan BIT Centre. Nampak sangat ia perjanjian berat sebelah yang hanya menguntungkan RAD kerana mereka boleh menimba kepakaran (dari pakej-pakej lain) dalam bidang yang mereka tidak ada kepakaran..”

Perkara ini ditimbulkan berkali-kali oleh bekas Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Jaafar. Siasatan dalaman ke atas pelaksanaan projek memetik teguran-teguran beliau seperti berikut:

“... Siasatan ke atas minit Lembaga Pengarah menunjukkan bekas Panglima TLDM (Tan Sri Aziz) telah beberapa kali menyatakan kebimbangannya kerana projek LCS nampak terlalu bergantung kepada subkontraktor CAD/CED. Beliau juga menasihatkan BNS supaya melibatkan pihak lain untuk mengurangkan risiko pergantungan itu..”

Maka, untuk menjawab Najib, saya simpulkan dan timbulkan perkara-perkara ini:

1. Atas campur tangan siapa yang begitu berani hingga Boustead/BNS melepaskan kawalan ke atas subkontraktor CAD/CED kepada bukan rakyat Malaysia sedangkan Boustead memegang saham majoriti?

2. Atas pengaruh dan campur tangan siapa yang membawa masuk RAD sedangkan maklumat pada ketika itu menunjukkan mereka tidak ada kepakaran sepenuhnya untuk mengendalikan projek ini?

Sebab itu, saya tegaskan sekali lagi bahawa bukti-bukti setakat ini menunjukkan penyelewengan dalam projek LCS telah dirancang dari awal, termasuk dengan mewujudkan syarikat-syarikat yang atas kertas nampak milik LTAT tetapi dikawal oleh individu-individu tertentu.

Persoalan paling besar: siapa jerung besar di belakang individu-individu tertentu yang mempunyai pengaruh dan kuasa sebegitu rupa?

RAFIZI RAMLI

 

TIKTOK-MEREKA DITIPU PEMIMPIN MELAYU ISLE


 

LAGI SKANDAL KAPAL OPV- AKAN DATANG PENDEDAHANNYA


 

TIKTOK- SANA TIPU SANA TIPU


 

TIKTOK : SELAMAT MENJAWAB


 

PH AKAN ATUR STRATEGI BAHARU GEMPUR BN – PN PRU 15


AKAUN MEDIA SOSIAL PM DIGODAM PUN KERAJAAN DIAM LAGI?

 

SENATOR DEWAN NEGARA PUN MAHU SKANDAL LCS DIBAHASKAN

Senator Dewan Negara pun mahu skandal LCS dibahaskan

SUDAH SUDAH LAH TOK WAN- GTA GERAKAN TOLAK ATOK TU PUN TAK KEMANA....


Kecewa Putra sertai GTA, Hamidah umum keluar parti serta-merta

Abd Razak Mohd Ali
Kecewa Putra sertai GTA, Hamidah umum keluar parti serta-merta
Menurut Hamidah, slogan GTA untuk bersatu demi Melayu dan Islam hanyalah retorik politik yang merupakan satu usaha untuk menipu rakyat. - Foto Astro AWANI
IPOH: Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta, hari ini.
Hamidah berkata, beliau membuat keputusan itu kerana kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan parti menyertai Gabungan Tanah Air (GTA) yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, buat masa ini beliau tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik.
“Demi prinsip dan tanda saya hilang kepercayaan kepada Presiden dan kepimpinan parti Putra yang telah bertindak untuk bekerjasama dengan Tun M, maka saya ingin melepaskan semua jawatan saya di dalam Putra serta keluar dari parti Putra berkuat kuasa serta-merta," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berpendapat hubungan itu tidak akan kekal lama kerana ia bukan gabungan yang ikhlas.
"Ia hanya merupakan 'marriage of convenience' dan saya tak tahu akhirnya nanti siapa yang guna siapa dan siapa yang kenakan siapa,” ujarnya.
Hamidah berharap tiada tohmahan yang bukan-bukan seperti sebelum ini kononnya beliau gila jawatan atau kecewa kerana tidak dapat jawatan.
"Saya meninggalkan semua parti yang saya sertai dalam kedudukan saya mempunyai jawatan yang penting dan besar.
"Dengan kesediaan saya meninggalkan semua jawatan dan kedudukan adalah bukti saya tidak gila jawatan," tambahnya.
Hamidah berkata, slogan GTA untuk bersatu demi Melayu dan Islam hanyalah retorik politik yang merupakan satu usaha untuk menipu rakyat.
Menurutnya, rakyat seluruh negara sudah mula perasan bahawa Dr Mahathir adalah seorang yang oportunis dan mementingkan diri sendiri.
Hamidah mengumumkan penyertaannya ke dalam Putra pada 20 Ogos 2018 selepas keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada September 2017.
Pada November 2015, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemecatan Hamidah daripada UMNO selepas mendapat keputusan sebulat suara oleh Majlis Tertinggi parti berkenaan.
Pada 4 Ogos lalu, Tun Mahathir mengumumkan penubuhan GTA yang disertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Putra dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa)