VIDEO; KISAH BENAR . CONTOHILAH TEAM BOLASEPAK INI.



Mana janji Najib mansuh Akta Mesin Cetak & Penerbitan?

Mana janji Najib mansuh Akta Mesin Cetak & Penerbitan?

Big SpendingKUALA LUMPUR 20 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (PPPA) apabila menggantung akhbar mingguan The Heat.

“Penggantungan The Heat membuktikan kata-kata Najib pada 2012 untuk meminda PPPA hanya tindakan kosmetik untuk menipu orang supaya percaya kepada ‘pendemokrasian BN’.,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

“Penggantungan ini tidak demokratik, sewenang-wenangnya dan serangan terhadap kebebasan akhbar. Ia dibuat untuk mengekalkan ketakutan, kepatuhan dan melemahkan media,” kata Surendran yang juga ahli parlimen Padang Serai.

Kata Surendran, langkah itu bercanggah dengan janji Najib sendiri dalam perutusan Hari Malaysia pada 15 September 2011 yang mengumumkan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Tambah Surendran, penggantungan The Heat adalah perbuatan balas dendam kerana akhbar mingguan itu mengkritik Najib dan isternya Rosmah Mansor.

“Apakah mengkritik perdana menteri dan isterinya boleh dianggap mengancam keselamatan negara, ketenteraman awam dan moraliti?


“Penggantungan (The Heat) jelas melanggar Perkara 10 perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak kebebasan bersuara , termasuk kebebasan akhbar,” tegas Surendran.

Najib jual aset negara untuk capai sasaran defisit

Najib jual aset negara untuk capai sasaran defisit


PETALING JAYA 20 DIS: Laporan Bank Dunia mendedahkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menjual aset negara untuk menampung perbelanjaan negara dan mengurangkan hutang, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.Rafizi
“Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya,” kata Rafizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN,, hari ini.

Katanya, laporan terkini dari Bank Dunia iaitu ‘Malaysia Economic Monitor:December 2013′ pada muka surat 10 menyatakan kerajaan ingin mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 melalui keuntungan cukai tambahan berjumlah RM11.8 bilion.

Menurut Rafizi, RM1.4 bilion itu dijangka diperoleh daripada jualan aset dan RM4.2 bilion daripada cagaran harta-harta negara.

“Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal.

worldbankreport“Ini bermakna, harta-harta negara telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara,” ujarnya.

Menurut Rafizi, beliau akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin bagi membincangkan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia.


“Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini (20 Disember) supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin,” katanya.