Mana janji Najib mansuh Akta Mesin Cetak & Penerbitan?

Mana janji Najib mansuh Akta Mesin Cetak & Penerbitan?

Big SpendingKUALA LUMPUR 20 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (PPPA) apabila menggantung akhbar mingguan The Heat.

“Penggantungan The Heat membuktikan kata-kata Najib pada 2012 untuk meminda PPPA hanya tindakan kosmetik untuk menipu orang supaya percaya kepada ‘pendemokrasian BN’.,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

“Penggantungan ini tidak demokratik, sewenang-wenangnya dan serangan terhadap kebebasan akhbar. Ia dibuat untuk mengekalkan ketakutan, kepatuhan dan melemahkan media,” kata Surendran yang juga ahli parlimen Padang Serai.

Kata Surendran, langkah itu bercanggah dengan janji Najib sendiri dalam perutusan Hari Malaysia pada 15 September 2011 yang mengumumkan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Tambah Surendran, penggantungan The Heat adalah perbuatan balas dendam kerana akhbar mingguan itu mengkritik Najib dan isternya Rosmah Mansor.

“Apakah mengkritik perdana menteri dan isterinya boleh dianggap mengancam keselamatan negara, ketenteraman awam dan moraliti?


“Penggantungan (The Heat) jelas melanggar Perkara 10 perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak kebebasan bersuara , termasuk kebebasan akhbar,” tegas Surendran.

No comments: