Time machine..
Harakah Daily
Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada,
RMS.
KUALA LUMPUR, 9 Jan – Perbincangan tertutup empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala diadakan di sini pada Khamis.
Pertemuan diadakan pada majlis makan tengah hari secara tertutup yang dihoskan oleh Anwar di Rumah Tangsi, sebagai sebahagian daripada lawatan kerja Prabowo selama sehari ke Malaysia.
Ini adalah lawatan kerja pertama Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan pada 20 Oktober 2024 menggantikan Joko Widodo yang tamat dua penggal pemerintahan penghujung April 2024.
“Lawatan ini mencerminkan hubungan istimewa antara Malaysia dan Republik Indonesia yang ditunjangi oleh kerjasama kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, sosiobudaya, pertahanan dan keselamatan,” kata kenyataan Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, hari ini.
Sebaik majlis makan tengah hari selesai, Anwar dilihat menaiki kereta bersama Prabowo yang berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Turut menyertai delegasi Prabowo ialah Menteri Luar Indonesia, Sugiono.
Indonesia ialah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2023.
Jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM111.21 bilion (AS$24.39 bilion) tahun lalu.
Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024, dagangan dua hala bernilai RM95.50 bilion (AS$20.75 bilion), berbanding RM94.37 bilion (AS$20.69 bilion) bagi tempoh yang sama pada 2023.
Menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) diketuai Presidennya Dato’ Mohammad Sahar Mat Din.
DPIM yang ditubuhkan pada 1993 bermatlamat untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan peniaga dan pengusaha Muslim demi kepentingan serta faedah ekonomi Islam.
Dalam pertemuan ini, kami sempat membincangkan beberapa cadangan terkait inisiatif pembangunan ekonomi mencakupi konsep wakaf dan penggunaan kecerdasan buatan.
Saya hargai cadangan dikemukakan DPIM yang selari dengan hasrat Kerajaan supaya Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 mendapat suntikan idea-idea bernas dan sokongan pelaksanaan daripada pemain industri seperti dewan-dewan perniagaan dan perdagangan.
#MalaysiaMADANI
PAS tak sokong Zahid tapi sokong Najib
TERBONGKAR TUJUAN PAS SOKONG NAJIB
Kecoh seketika dan percayalah seminggu dua ini sepilah cerita kisah addendum Najib Razak. Sbnya mereka di luar sana tidak faham proses atau perundangan mahkamah. Kedua PAS hanya ingin menunggang cerita Najib ini dan bukan ikhlas.
Org2 Melayu di luar sana ingat 2-1 itu mcm main bola. Mereka tidak faham isu, sudah berkali kali kerajaan menafikan menyembunyikan addendum tersebut tetapi surat kononnya dari Istana itu juga perlukan pengesahan dari Mahkamah dari sudut perundangan.
Sebab itulah Mahkamah Rayuan kembalikan semula kpd Mahkamah Tinggi bagi mengesahkan dan keabsahan titah adendum tersebut. Cukup setakat itu kerana tidak mahu mengulang fakta perundangan yg telah saya tulis semalam.
Beberapa hari sebelum ‘HIMPUNAN DERHAKA’ ini saya telah menulis bahawa tujuan PAS bukanlah utk membela Najib. Mereka hanya mahu menunggang kes Najib dgn tujuan mahu memecah belahkan UMNO sekaligus Kerajaan Madani.
Bukan jadi rahsia apabila PAS berlebih lebihan dlm kes Najib sdgkan parti Najib sendiri tidak melakukannya.
Bila setpol MB Kedah, Zulkifli Yahaya Mohd Syukri menulis di ruang komen FB, “Kamu ni buta politik, itulah strategi nak pecahbelah Umno, juga pecahbelah BNPH,” ia sekaligus membuktikan dakwaan sebelum ini.
Tujuan PAS hanya utk perpecahan bukannya utk Najib. Ibarat tunggang atas tunggang. PAS tunggang Najib, penyokong Najib tunggang PAS.
PAS tahu harapan mereka utk menumbangkan kerajaan ini menerusi UMNO bukan BERSATU tetapi Zahid menolak dan mereka tiada pilihan lain.
Mereka cuba pujuk Zahid utk khianat dgn menjanjikan jawatan PM tetapi tetap ditolak Zahid kerana dirinya bukan seperti PAS yg suka mengkhianati rakan parti.
Harapan yg tinggal pada PAS ialah pecahkan UMNO. Biar UMNO hancur dan mereka menjadi kuat dan akn mengetuai pula kerajaan.
Yg rosak UMNO yg kuat PAS dan jika UMNO tidak berhati hati mereka akn dimakan oleh PAS yg kini mendominasi undi Melayu.
Nampak jahat tak PAS? Mereka boleh menghalalkan cara asal niat berkuasa tercapai. Kdg2 tidak terfikir di akal bagaimana sebuah parti yg kononnya mengaku Islam tetapi berkelakuan begitu buruk dlm berpolitik.
Jika anda seorang Muslim yg baik, Muslim yg tidak menjadi pentaksub, Muslim yg tidak rasis, Muslim yg berakal… pendek kata Muslim yg sebenar pasti anda dpt melihat betapa hipokrit atau jahatnya PAS.
Kenapa saya berkata demikian… selama 2 tahun ini PAS memainkan naratif PMX pilih perasuah Zahid yg mempunyai 47 kes mahkamah yg masih belum didapati bersalah.
Tetapi hari ini PAS sendiri membela Najib seorang banduan yg didapati bersalah oleh mahkamah. PAS lupa kes 1MDB ini telah membuat negara kehilangan berpuluh billion wang rakyat.
Pelik PAS menghina Zahid yg kesnya sdg berjalan (belum didapati bersalah) tetapi membela Najib yg sudah menjadi banduan (didapati bersalah). Samalah sebelum ini PAS membela pemimpinnya yg didapati memfitnah.
Sb itu saya katakan jika seorang Muslim yg baik yg mengikuti ajaran Islam yg sebenarnya mustahil tidak dpt melihat ‘kesesatan’ dlm perjuangan parti politik PAS.
Adakah kerajaan berbohong?
Jawapannya tidak sb di dlm addendum tersebut yg ditandatangani Dr Zaliha,
DAN BAHAWASANYA adalah munasabah pada hemat Beta, belas kashan patut diberi kepada DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, Beta, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustalin Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, pada menjalankan kuasa yang terletakhak pada Beta oleh Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan semua kuasa lain yang membolehkan bagi maksud itu ADALAH DENGAN INI MEMERINTAHKAN bahawa DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda dikurangkan kepada RM50,000,000.00.
Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK ditambah selama setahun dan tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029.
PADA MENYAKSIKAN YANG TERSEBUT DI ATAS Beta telah menurunkan tandatangan dan cop Mohor Beta pada 29 JAN 2024
DENGAN TITAH PERINTAH BAGINDA.
—————/——————/—————-/
KERAJAAN SEMBUNYIKAN ADDENDUM?
Surat di atas itu telah membuktikan tiada dlm addendum tersebut utk tahanan di rumah. Sebab itu dlm sidang akhbar semalam Menteri KDN jelaskan, "Dalam penghujahan di mahkamah, Tan Sri Shafee mendakwa bahawa KDN tidak melaksanakan keputusan berkaitan tahanan rumah.
Namun, berdasarkan dokumen rasmi yang diterima oleh KDN, tidak ada arahan mengenai tahanan rumah.
Apa yang kami terima hanyalah arahan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan dan denda.
Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan adalah dokumen rahsia besar, tetapi saya boleh mengesahkan bahawa ia tidak mengandungi apa-apa tentang tahanan rumah."
"Surat tersebut tidak menyebut apa-apa mengenai tahanan rumah. Oleh itu, Jabatan Penjara hanya melaksanakan apa yang terkandung dalam perintah tersebut. Adalah penting untuk menjelaskan bahawa KDN dan
Jabatan Penjara tidak menyembunyikan sebarang
keputusan Lembaga Pengampunan atau gagal mematuhinya. Kami hanya melaksanakan perintah yang sahih dan rasmi, seperti yang diterima."
Mamat yang 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 6 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 dari menghadiri sidang parlimen ni nak ajak orang lain 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 macam dia juga. Sampai menunjukkan kedunguannya sendiri.
Dia kata 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶, 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗡𝗮𝘀𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 bila mengatakan Titah Addendum itu sebagai 𝗸𝗵𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗮𝗻𝗴𝗶𝗻 (𝙝𝙚𝙖𝙧𝙨𝙖𝙮). Tapi mamat ni tak tahu fakta sebenar.
Yang kata titah adendum tu khabar angin sebenarnya 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 pada bulan 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 2024. Saifuddin sebut dalam sidang parlimen berdasarkan keputusan mahkamah tu.
Dekat mana tipunya? Atau budak ni sebenarnya nak kata 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂? Dia ni dah macam menghina mahkamah dah ni.
Benda mudah macam ni pun dia tak reti. Patutlah jadi MP pun 𝘁𝗮𝗿𝗮𝗳 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵 je. 𝘎𝘰𝘰𝘥 𝘧𝘰𝘳 𝘯𝘰𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨. Dia ingat semua orang 𝗺𝗼𝗿𝗮𝗹 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗱𝗶𝗮 kutip berita sampah, surat layang pun dijadikan fakta. Dasar budak mentah. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Wow... Nampak tak macamana 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹 di kalangan masyarakat kita? Inilah hasilnya bila makhluk yang gelakkan diri mereka sebagai ustaz atau ulama 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 sebagai senjata.
Bila kena diingatkan bahawa tindakan boleh diambil, laju pulak dia minta maaf. 𝗧𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵. Dah jelas fitnah tu 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿. Tapi sebab jiwa dah dirasuk ketaksuban, dia jadi lalai.
Dia minta maaf pun, fitnah ni dah tersebar. Dan ramai yang dah sebarkan. Macamana dia nak hentikan 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗷𝗮𝗿𝗶𝘆𝗮𝗵 yang akan 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗶𝗿 𝗸𝗲 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘁𝘂? Sebab tu 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶-𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 dan 𝗷𝗮𝘂𝗵𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Sebab puak pembangkang 𝗺𝘂𝗳𝗹𝗶𝘀 𝗶𝘀𝘂. Mereka tak ada idea nak serang kerajaan. Ini kerana kerajaan Madani ni 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗴𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸 berbanding mereka ketika memerintah dulu.
Kalau perhatikan, yang mereka selalu laung cuma dua perkara. Pertama 𝘀𝗼𝗿𝗼𝗸 𝗮𝗱𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 dan yang keduanya, 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮. Tapi kenapa? Sebab tujuan mereka hanyalah untuk 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶.
Mereka tahu dari segi 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶, 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗸𝗲𝗹𝗼𝗹𝗮, 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 dan dalam banyak perkara lain, mereka takkan mampu menandingi keberkesanan kerajaan sekarang. Imej Madani di mata rakyat semakin baik. Jadi adalah penting bagi mereka 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗹𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶.
Contohnya istilah kerajaan derhaka. Sedangkan umum mengetahui yang 𝘀𝗶𝗻𝗼𝗻𝗶𝗺 terhadap penderhakaan ni adalah 𝗣𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.
Mereka pernah buat 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝗺𝘂𝗿𝗸𝗮, pernah juga 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 bila meletakkan 𝗽𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝘀𝗶 𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻. Bahkan YDP Agong ke-16 sendiri 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝘂𝗿𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗡 ketika isu 𝗱𝗮𝗿𝘂𝗿𝗮𝘁.
Dan sekarang, makhluk yang 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶-𝗺𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 lantik 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗿𝘂 satu masa dulu pun dah bersama PAS. Jadi memang PAS 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗮𝗷𝗮-𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂.
𝘛𝘪𝘵𝘭𝘦 penderhaka tu sudah melekat pada PAS 𝗮𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗯𝗮. Tak mudah nak tanggalkan. Macam saka. Tak boleh nak lepas begitu saja. Kena cari 𝗽𝗲𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀 dulu.
Disebabkan itulah mereka cuba cipta persepsi yang kerajaan sekarang penderhaka. Mereka nak 𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗸𝗮𝗻 𝙩𝙞𝙩𝙡𝙚 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮 tu kepada Madani. Begitulah taktik licik mereka.
Bukan mereka nak 𝘀𝗼𝗹𝗶𝗱𝗮𝗿𝗶𝘁𝗶 kepada Najib sangat pun. Dan tak kisah sangat pun tentang adendum tu. Mereka guna isu ni untuk burukkan Madani dan 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶. Sebab mereka 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁 𝗵𝗮𝗸𝗶𝗸𝗶. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Che Ibrahim.
KECELARUAN OTAK PAS
Ketika DSAI diberi pengampunan penuh, dia kata pemerintah tidak mempunyai kuasa pengampunan bagi mana mana jenayah, keputusan hakim adalah muktamad.
Apabila Najib dikatakaan diberi pengampunan secara "tahanan rumah" yang masih menjadi pertikaian hingga di cabar di mahkamah, dia pula yang mendesak Najib diberi haknya untuk menjalani tahanan rumah.
Semasa perbicaraan nanti, Peguam Najib boleh memohon kepada mahkamah supaya minit minit tersebut diserah kepada Mahkamah untuk diperiksa.
Zulkarnain Luqman
Selepas isu titah adendum nampaknya semakin hari semakin bertalu-talu perkara yang berbentuk 3R ini dijadikan isu. Isu terbaharu adalah kontroversi tiada gambar masjid dalam montaj video 41 Kementerian Pelancongan. Sebaliknya video itu menunjukkan pula gambar gereja dan kuil.
Maka, bertalu-talu netizen sama ada penyokong pembangkang atau kerajaan membuat lontaran bahawa Kementerian Pelancongan tidak sensitif dengan agama Persekutuan dan umat Islam di Malaysia. Kononnya, perbuatan itu menunjukkan kerajaan madani ini anti Islam dan tidak peka dengan syiar orang Islam.
Hello saudara!!!
Apakah Islam itu setakat dalam video? Masjid ada di serata ceruk pelusuk Malaysia daripada Perlis hingga ke Sabah. Apakah setakat tiada gambar video montaj Tahun Melawat Malaysia 2026 itu maka hilang syiar Islam. Semenjak bila pula hendak digambarkan pelancongan ke Malaysia ini pelancongan ke masjid.
Syiar sebenar masjid adalah apabila penganutnya berpusu-pusu datang untuk solat jemaah di masjid dan surau. Kemakmuran masjid itu apabila ada orang yang datang beribadat. Masjid yang suram tanpa imam dan makmum itu adalah tandanya syiar Islam itu sudah terperosok.
Orang yang banyak mencemuh Kementerian Pelancongan itu sendiri pun belum tentu lagi memakmurkan masjid dengan solat jemaah. Entah-entah orang itu pun hanya datang waktu hari Jumaat sahaja. Entah dia pun datang ke masjid tatkala imam sudah berkhutbah dan hanya mendapat pahala sebutir telor ayam.
Bukannya kita tidak bersetuju jika hendak masukkan gambar masjid dalam video pelancongan. Namun, video pelancongan itu hanya satu video pendek dan bukan itu sahaja video yang boleh dibuat. Kementerian boleh sahaja membuat video lain yang menunjukkan gambar-gambar masjid yang boleh dikunjungi. Itu belum masuk lagi bab masjid yang mesra pelancong asing terutama pelancong yang bukan Islam yang sudah pastinya tidak menutup aurat dengan sempurna.
Mengkritik bukan menghentam adalah satu seni. Rakyat di Malaysia ini bebas bersuara tetapi janganlah sehingga melampaui batasannya.
Dahulu pun apabila beberapa pemimpin DAP seperti Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin datang ke masjid dengan bertudung pun menjadi kecoh kononnya mereka mencemarkan kemuliaan masjid.
Beberapa hari lepas pun tular kisah seorang pesakit mental yang menyerbu masuk masjid di Taman Tun Dr Ismail dan ditendang oleh seorang jemaah masjid. Apabila diberikan penjelasan bahawa orang itu sakit mental dituduh pula pihak berkuasa mereka-reka cerita. Mujurlah imam masjid itu datang memberikan penjelasan dan keadaan menjadi reda semula. Namun, berita itu telah tular kononnya orang bukan Islam sengaja ingin mencemarkan kemuliaan masjid dan yang dipersalahkan tentulah PMX, Anwar Ibrahim.
Jadi sebenarnya cara berfikir netizen di Malaysia ini sudah tenat. Mereka hanya melihat lontaran cemuhan ahli politik pembangkang dan terus tersentak. Otak mereka seperti sudah terpahat hitam dan putih. Jika kamu hitam maka kamu sudah rosak. Jika kamu putih maka kamu masuk syurga.
Pemikiran ini adalah bertitik tolak daripada fahaman yang melampau puak khawarij. Mereka melihat mereka sahaja yang Islam. Mereka tidak melihat Islam yang syumul yang penuh rahmah dan murni. Pemikiran sebegini perlu diperangi sebelum ianya bertambah parah dan merebak menjadi kepada tindakan fizikal yang melampau. Kita khuatir satu hari nanti jika perbuatan melampau ini tidak dikawal dengan tegas menerusi perundangan maka keadaan sudah semakin gawat dan merebak sehingga membahayakan negara dan rakyat.
Che Ibrahim.
Dengar cerita Probowo terpaksa percepatkan tarikh lawatan jumpa PMX untuk elak pembangang terus mencipta persepsi jahat.
Che Ibrahim.
Gara-gara hantaran palsu melibatkan
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, seorang Adun PAS disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan mungkin berdepan dengan tindakan lanjut.
Adun Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin, dipanggil oleh pihak berkuasa dan memberikan keterangan berkaitan isu tersebut pada 7 Jan lalu.
Menurut MCMC, mereka menerima aduan daripada orang ramai berkaitan hantaran tidak benar melibatkan Anwar baru-baru ini.
Berita penuh: https://mk.my/cfxvQrH