DAP buat laporan polis terhadap Bendahari PAS


Foto Hadi.



Foto Hadi.

Beliau kalah dalam saman antara Nizar  Jamaludin awal tahun ini.




DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Bendahari PAS, Razman Zakaria yang menuduh parti kononnya biadab kerana tidak menerima anugerah atau gelaran semasa tempoh aktif berkhidmat dalam politik.
Menyifatkan dakwaan tersebut palsu dan bersifat fitnah, Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Wong Kah Woh menegaskan bahawa DAP menghormati serta mendokong kedudukan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“DAP juga adalah sebuah parti yang mementingkan perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengharapkan apa-apa pulangan.

“Kami berpendapat bahawa kata-kata Razman Zakaria merupakan satu fitnah jahat dan bertujuan untuk memupuk politik kebencian yang kita tidak mahu lihat di negara ini,” ujarnya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur.

Beliau justeru menggesa agar pihak polis menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan akta lain yang berkaitan.

Pada 16 Oktober lalu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata pemimpin DAP hanya dibenarkan untuk menerima anugerah atau gelaran selepas bersara daripada perkhidmatan politik.

“Pemimpin-pemimpin DAP terlibat dalam politik kerana mahu berkhidmat kepada rakyat dan bukannya untuk mengejar kemasyhuran atau gelaran atau kedudukan.

“DAP mengiktiraf pentingnya anugerah dan gelaran sebagai cara untuk menghargai sumbangan mereka yang menjadi tokoh ulung dalam masyarakat dan oleh itu menasihati wakil rakyat dan ahli majlis tempatan untuk menerima penghormatan ini selepas mereka bersara daripada perkhidmatan, mungkin selepas mereka telah menyumbang kepada masyarakat pada umumnya,” ujarnya.