LAGI ISU KWSP YANG HARUS DIFAHAMI

 

𝗜𝗦𝗨 𝗞𝗪𝗦𝗣

Ada pihak yang melatah dengan cadangan YAB Tambun agar simpanan KWSP dijadikan cagaran untuk pinjaman bank. Pendukung Perikatan Nasional seharusnya mendengar penggulungan Belanjawan 2023 oleh YAB Tambun bagi memahami secara menyeluruh. Belanjawan yang dibentangkan cukup inklusif bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara termaksuklah komitmen tuntas YAB Tambun untuk menoktahkan miskin tegar.

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 - Cadangan untuk pengeluaran KWSP ketika ini tidak boleh kita samakan pada keadaan sebelum ini. Hal ini kerana pelaksanaan sebelum ini adalah disebabkan negara berada dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi dimana terdapat banyak sekatan ekonomi akibat pkp. Manakala keadaan sekarang adalah berbeza apabila ekomomi negara, serantau dan dunia telah beroperasi seperti sediakala dan kitaran ekonomi mula berkembang tanpa sekatan.

Apabila ekonomi mula berkembang, setiap daripada rakyat mempunyai ruang dan peluang untuk menjana pendapatan melalui perkerjaan ataupun berniaga secara skala kecil atau sederhana. Dalam belanjawan 2023 juga telah memperuntukan sejumlah bajet bagi membantu para usahawan.

𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔- Pengeluaran KWSP tidak akan menyelesaikan masalah secara akar dan akan menjadi acara tahunan bagi politikus menunggang tanpa menyelesaikan masalah tunjang iaitu kos sara hidup dan inflasi. Ini jelas terbukti apabila 2 kali pengeluaran KWSP dibenarkan tetapi rakyat masih tersepit untuk kelangsungan hidup. Usaha yang sedang dilakukan oleh YAB Tambun adalah untuk menyelesaikan masalah akar iaitu menangani kos sara hidup dan menjana pertumbuhan ekonomi tanpa rakyat bergantung kepada simpanan KWSP mereka. Matlamat Simpanan KWSP iaitu simpanan untuk hari tua akan menjadi satu malapetaka jika tidak dikawal sekarang.

𝗔𝗡𝗔𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗖𝗔𝗚𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗪𝗦𝗣

Seorang pencarum telah kehilangan pekerjaan tetapi mempunyai simpanan KWSP. Beliau mempunyai perniagaan skala kecil sebelum ini dan ingin mengembangkan perniagaan kepada skala sederhana dengan membuat pinjaman RM10K kepada intistusi kewangan untuk membuat modal tambahan bagi menjalankan perniagaan kedai makanan Menu RAHMAH.

Bayaran pinjaman bulanan beliau terhadap institusi kewangan anggaran RM116/bulan selama 10 tahun. Jumlah yang dibayar adalah rm14k termasuk interest.

Selepas 10 tahun, beliau dapat:

1. Perniagaan kedai makan

2. KWSP beliau akan menjadi Rm15500 termasuk pulangan KWSP bagi 5.5% setahun

Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh Kerajaan pimpinan YAB Tambun dalam membantu rakyat dibawah dan akhir sekali sekiranya ada antara mereka yang benar-benar memerlukan dana simpanan KWSP untuk kelangsungan kehidupan maka boleh membuat cagaran kepada institusi kewangan disamping simpanan dihari tua anda terjamin. Hal ini boleh mengelakkan anda terjerumus dalam kesempitan sejak usia muda hingga ke hari tua.

𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐈𝐑𝐔𝐃𝐈𝐍

𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍

 

Tahniah Buat Pelakon Holywood Kelahiran Ipoh Malaysia




Anwar Ibrahim


Saya utus tahniah buat tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang ditabal selaku Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023) menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.


Pelakon kelahiran Ipoh itu juga merupakan pelakon pertama Asia memenangi anugerah berprestij itu.


Ternyata pencapaian ini amat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.


Besar harapan agar pencapaian ini akan terus memberi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan.


Tahniah dan syabas dari seluruh rakyat Malaysia!


#MalaysiaMadani


Foto: Kevin Winter—Getty Images



NAK KECOH PULAK DAH..SAPA KAWAN DENGAN PAS AKAN KECOH..LAGI SATU PAS SUKA PERGUNA PARTI LAIN UNTUK KEMENANGAN PARTI DIA.

 Apa dah jadi, angin bertiup kencang dalam parti lebai yg tak senang hati dgn politik dalaman parti gerakan. Pihak Gerakan di percayai akan mempergunakan penyokong yg mengundi parti pas utk mendapatkan lebihan kerusi adun utk Gerakan dalam pilihanraya negeri. 


Dan sekiranya plot idea itu berjaya, ada ura2 mengatakan berkemungkinan setelah parti Gerakan berjaya mengumpul kekuatan hasil dr kemenangan kerusi adun dlm pilihanraya negeri kelak, akan berlaku penjajaran politik baru tanpa melibatkan pas & bersatu.


Ini berdasarkan penelitian pihak parti cina Gerakan akan kes pengubahan wang haram & rasuah yg terpalit kepada parti Bersatu...juga besar kemungkinan terpalit kepada Pas sekiranya siasatan SPRM di perluaskan.


Dari sisi lain, pihak pas juga amat tidak senang dgn kemunculan Azmin dlm Bersatu yg cuba kembangkan pengaruhnya dlm parti tersebut di mana ramai yg tahu Azmin sangat hidamkan jawatan MB buat kali ke 2 setelah kalah total di PRU15 dahulu di mana pas juga menghidamkan posisi tersebut.


Apa sudah jadi... 😁😁😁

KEKAYAAN PIMPINAN ULAMAK- RAKYAT MEREMPAT

 



Sebab tu Kelantan dan Terengganu mundur dan meskin yang kaya MP2 pas je tu yang rakyat faham Kann . Sebab tu mp2 pas kaya raya goyang kaki senang di tipu selalu di tipu perosak Agama . Allah akan laknat mana2 hambanya melampu batas .



ULANG LAGI VIDEO INI-ADA GOLONGAN MAHA KAYA YANG TIDAK MAHU MEMBAYAR CUKAI


 

KENYATAAN HAMZAH TAK CERDIK KERANA MENYMPAN FAIL- FAIL DIBAWAH OSA


 

AZMIN KENAPA AWS TIDAK MELABUR KETIKA KAMU BERKUASA- AZMIN DAKWA BERBOHONG-ANWAR DAH CAKAP DALAM DEWAN


 

DATUK ROY DICARI KERANA KES RASUAH JANA WIBAWA


 

PAS HANYA NAK KUASA SAJA- APA YANG DIMARTABATKAN TENGOK KELANTAN SAJA- TENGOK AKHLAK WALAUN PUN TAU KE MANA- PAS RASA ISLAM TERANCAM.


 

PENDAKWAAN TERHADAP MUHYIDDIN


 

ANAK PIMPINAN UMNO KUASAI PUTERI DAN EXCO


 

Syarikat pengimport telur ancam saman Azmin


Sebuah syarikat yang diberi kebenaran mengimport telur dari India ke Malaysia, mengancam untuk menyaman bekas ahli parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali berhubung ucapan yang dibuatnya mengenai perniagaan itu.


Ini selepas Azmin mendakwa pada Sabtu bahawa ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan diberi kontrak untuk import telur melalui rundingan terus dan dikecualikan daripada pemeriksaan keselamatan makanan.


Menjawab ucapan itu, J&E Advance Tech Sdn Bhd - pengimport tunggal telur dari India - menafikan dakwaan Azmin berhubung kontrak rundingan terus dan pengecualian keselamatan makanan.


"J&E tidak pernah diberikan sebarang kontrak rundingan terus oleh kerajaan dan J&E tidak pernah menjual atau menawarkan untuk menjual telur yang diimport dari India kepada kerajaan atau mana-mana agensi kerajaan atau syarikat-syarikat GLC yang berkaitan.


“Kenyataan Azmin adalah satu pembohongan terang-terangan yang direka untuk mengelirukan masyarakat umum bagi memesongkan kes jenayah yang difailkan terhadap presiden partinya Muhyiddin Yassin,” kata syarikat itu pada satu kenyataan hari ini.


J&E memberi tempoh 72 jam kepada Azmin mulai hari ini untuk membuat "kenyataan pembetulan" kepada syarikat itu serta di media sosial, atau berdepan tindakan saman.


https://www.malaysiakini.com/news/658432



Pengerusi PN pertahan diri di mahkamah, bukan di hadapan media



 


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Mahiaddin Yassin perlu melalui proses di mahkamah untuk membersihkan namanya dan bukan bersikap defensif terhadap pertuduhan berkaitan rasuah dihadapinya.



Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad membuat gesaan itu susulan kenyataan Presiden Bersatu itu sebelum ini bahawa apa-apa siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar dihormati.

"Saya ingat lagi masa kes siasatan terhadap UMNO dibuat dulu, Muhyiddin kata itu adalah proses SPRM dan perlu dihormati.. Sekarang ini ia adalah proses yang sama seperti beliau katakan sebelum ini, malah ia proses bebas.



"Biar proses ini berjalan dan kedua-dua pihak mempunyai kes di mahkamah, jadi kita biarkan proses itu dilalui dan tidak sepatutnya ada rasa defensif dan mereka harus melalui proses mahkamah...," katanya dipetik.



Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata demikian kepada pemberita pada Karnival Alam Kita di pekarangan Stadium Batu Kawan Pulau Pinang.



Muhyiddin, 76 diheret ke Mahkamah pada Jumaat dan didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu.



Selain itu, beliau menghadapi dua pertuduhan penggubahan wang haram berjumlah RM195 juta.



Presiden Bersatu itu dijangka akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di Shah Alam jam 9 pagi ini bagi berdepan satu lagi tuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 berhubung wang dalam akaun parti dipimpinnya.



Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa pertuduhan dikenakan terhadapnya bersifat pertuduhan terpilih serta bermotifkan politik.



Walau bagaimanapun SPRM dan Peguam Negara dalam kenyataan menegaskan proses siasatan dijalankan adalah bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

 

“SUMBANGAN POLITIK KEPADA PARTI KERAJAAN DAN PEMBANGKANG TIDAK SAMA”

 

Unsur rasuah apabila parti kerajaan menerima dana atau sumbangan  politik tidak sama seperti apabila dana sedemikian disalurkan kepada parti pembangkang, kata sumber SPRM.

Ini kerana pembangkang tidak berada dalam kedudukan untuk menghulurkan apa-apa kepada penyumbang mereka, tidak seperti kerajaan, kata pegawai kanan itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Pada Jumaat lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin didakwa atas tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang disalurkan ke akaun partinya.

Muhyiddin mendakwa dana itu adalah derma politik, dan mencabar SPRM supaya juga memburu PKR dan Umno – parti yang dakwanya juga menerima pembiayaan sedemikian.

Diminta mengulas mengenai perkara itu, pegawai kanan SPRM berkenaan berkata, secara umum, sama ada sesebuah parti itu berkuasa atau tidak adalah pertimbangan utama bagi setiap siasatan.

“Katakanlah kamu parti Pejuang. Saya beri sumbangan untuk kempen dan sebagainya, tetapi saya tidak mempunyai sebarang urusan sama ada rasmi atau tidak kerana kamu tidak pernah beri saya sebarang projek.

“Jadi saya boleh beri dan awak boleh terima. Ini tidak salah.

“Berbanding dengan parti pemerintah yang mempunyai kuasa untuk meluluskan projek, dan kemudian syarikat itu dapat projek dan diminta memberikan peratusan tertentu projek tersebut. Ini berbeza,” kata sumber itu.

PKR adalah dalam pembangkang sebelum pilihan raya umum ke-15, manakala Umno pula membentuk kerajaan, bersama-sama dengan Bersatu dan PAS.

Pembiayaan politik ketika ini tidak dikawal walaupun rang undang-undang telah digubal selama bertahun-tahun, dengan kerajaan terdahulu berikrar untuk membentangkan undang-undang sedemikian.

Dalam perkembangan terkini, kerajaan semasa berkata rang undang-undang itu akan dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk pertimbangan selanjutnya.

Sementara itu, mengenai mengapa hanya penerima didakwa dalam kes berprofil tinggi, seperti Muhyiddin, walaupun Akta SPRM juga menghukum kedua-dua pemberi dan penerima, sumber itu berkata terdapat perbezaan antara kes rasuah dan salah guna kuasa secara langsung.

Dalam kes rasuah, pegawai itu berkata, lazimnya sama ada pemberi atau penerima, atau kedua-dua mereka, akan didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, dalam kes salah guna kuasa, individu yang menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan akan didakwa di mahkamah.

“Baca Seksyen 23 Akta SPRM. Ia mengatakan bahawa apabila seseorang pegawai badan awam menyalahgunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan sama ada untuk faedahnya, atau untuk faedah keluarganya, atau untuk rakan sekutunya, dia telah melakukan kesalahan. “

Menurut sumber itu, walaupun dalam kes rasuah lazim, pertuduhan biasanya akan dikenakan terhadap penerima, yang dalam kedudukan untuk menekan pihak satu lagi untuk memberi rasuah.

“Biasanya orang yang menerima akan didakwa kerana dia menindas pihak lain untuk memberi wang, sebab itu orang yang menerima sentiasa menjadi tertuduh utama,” kata sumber itu.

Sumber itu menambah bahawa pemberi juga sering menjadi saksi pendakwaan, dan mendakwa mereka akan menyukarkan penyiasat untuk mendapatkan kerjasama.

“Jadi, siapa yang mahu bekerjasama (dengan SPRM) nanti?” soal pegawai kanan itu lagi.


MALAYSIAKINI