ADAKAH INI BERMAKNA UMNO KHIANAT PERJANJIAN

 

Walaupun Saarani Mohamad daripada UMNO telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak dan Bersatu pun setuju memberi sokongan terhadapnya, kekeruhan hubungan antara dua parti nampaknya masih lagi belum selesai.

Ternampak juga permohonan maaf Zahid Hamidi atas tindakan UMNO menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu atau Peja gagal mengubati luka yang berbekas di hati Bersatu.

Kali ini Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung Bersatu mengungkit pula tentang perjanjian antara Bersatu, UMNO dan Pas ketika pembentukan Perikatan Nasional atau PN pada Februari lalu.

Kata beliau, mengikut konsensus yang dicapai dalam pembahagian jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar ketika itu, Perak sepatutnya kekal menjadi milik Bersatu kerana ia dipegang oleh wakil parti itu sebelum pembentukan PN lagi.

Menurutnya, perjanjian itu telah dimeterai antara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Haji Hadi Awang.

“Ketika pembentukan Kerajaan PN di peringkat pusat, kedudukan kerajaan-kerajaan negeri juga diambil kira bagi memastikan wujud kesinambungan antara kepimpinan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Bagi tujuan tersebut, kerjasama politik tidak dijalinkan atas dasar parti yang mempunyai bilangan ADUN terbesar semata-mata, tetapi ia juga atas dasar tolak ansur dan persetujuan bersama di antara semua parti yang terlibat,” jelas Hamzah yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri.

Hamzah menyebut bagaimana Johor diserahkan semula kepada UMNO, menjadikan jumlah negeri yang diketuai parti itu menjadi empat – termasuk Melaka, Perlis dan Pahang.

Bagi Pas pula, persetujuan dicapai untuk mengetuai Kelantan, Terengganu, dan Kedah, manakala Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal menerajui Sarawak.

“Alhamdulillah, persefahaman politik itu telah terbukti dapat mengukuhkan kedudukan kepimpinan kerajaan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

“PN telah menguasai semula negeri tersebut dan persetujuan juga telah dicapai untuk wakil Bersatu menjawat jawatan Ketua Menteri bagi negeri Sabah,” ujarnya lagi.

Berdasarkan kenyataan Hamzah ini, adakah ia bermakna UMNO yang merampas Perak telah mengkhianati perjanjian yang telah dipersetujuinya bersama Pas dan Bersatu?

Bolehkah Zahid Hamidi dan Hadi Awang mengesahkan wujudnya perjanjian sebagaimana diaebut Hamzah ini?


 (Shahbudindotcom 11/12/2020)




PERRGHHHH.....NYANYUK

 

W.FAUDZIN

Weyy...hang nyanyuk ka?? Perjanjian tu dulu waktu hang dlm PH. PH mmg berpegang pada janji sbb tu dulu hang dpt jawatan MB walaupun menang satu kerusi.

Sekarang ni, hang dah jadi pengkhianat berpakat dengan puak2 yg dah memang dikenali kaki penipu. Lupa ke? Dapatlah ubat....

 Image may contain: 1 person, text that says "Ikut perjanjian asal, Perak patut kekal di bawah Bersatu Hamzah Firdaus Azil Disember 11, 2020 11:10 MYT பகൾ HAMZAH: Kerjasama politik tidak dijalinkan atas dasar parti yang mempunyai bilangan ADUN terbesar semata-mata, tetapi ia juga atas dasar tolak ansur dan persetujuan bersama di antara semua parti yang terlibat."

Akar umbi UMNO pasti tolak cadangan gabungan perdana, kata Nur Jazlan

 

Akar umbi UMNO pasti tolak cadangan gabungan perdana, kata Nur Jazlan

Nur Jazlan Mohamed berkata, prinsip demokrasi berparlimen adalah majoriti menentukan nasib minoriti, bukan sebaliknya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Timbalan Ketua UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed berkata, pemimpin akar umbi dan ahli parti itu tidak akan bersetuju dengan penubuhan gagasan perdana membabitkan Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak untuk memenangi pilihan raya umum ke-15.

Beliau menyifatkan PPBM sebagai parti minoriti lemah yang tidak mempunyai kekuatan akar umbi apabila kehilangan jawatan menteri besar di Johor, Kedah dan Perak selepas PRU14 lalu.

“Contohnya, kegagalan menteri besar daripada PPBM di Perak menjaga kepentingan bersama PN telah menimbulkan tindak balas daripada ADUN UMNO yang menyebabkan penyingkirannya,” katanya kepada FMT.

Beliau mempersoalkan bagaimana gabungan itu mahu berunding dan menentukan pembahagian kerusi yang tidak memihak kepada UMNO, tetapi meminta parti itu berusaha memenangkan calon PPBM.

“Prinsip demokrasi berparlimen adalah majoriti menentukan nasib minoriti, bukan sebaliknya,” katanya mengulas cadangan Setiausaha Agung PN dan PPBM, Hamzah Zainudin hari ini untuk PN, BN dan GPS bersatu di bawah sebuah gagasan perdana bagi memastikan kemenangan pada PRU15.

Katanya, gagasan itu perlu menggubal “Piagam Persefahaman Politik” untuk meyakinkan rakyat ia menawarkan kestabilan politik kukuh serta keupayaan untuk terus mentadbir negara melalui dasar berkesan.



COVID-19: Malaysia catat 1,810 kes positif, 6 kematian

 


Isabelle Leong
COVID-19: Malaysia catat 1,810 kes positif, 6 kematian
NOOR HISHAM: Enam kes kematian baharu direkodkan menjadikan angka keseluruhan kes kematian di negara menjadi sebanyak 402 kes. - BERNAMA

Level 1:
Status Terkini #COVID19, 11 Dis 2020 Kes sembuh=937 Jumlah kes sembuh=67,173 kes Kes baharu positif=1,810 kes (1,799 tempatan, 11 import) Jumlah positif=80,309 kes Kes kematian=6 Jumlah kes kematian=402 kes Kes dirawat di ICU=123 kes Bantuan Alat Pernafasan=63 kes

Bolehkah anak muda mendominasi politik Malaysia pada 2021?

 

By
 Khoo Ying Hooi
 -

s
Photograph: Eric Thoo

Pergerakan anak muda barangkali boleh menjadi atma jiwa dalam mengubati kelelahan politik yang menyelubungi negara kita, tulis Khoo Ying Hooi.

Kita akan memasuki tahun 2021 kurang dari sebulan lagi. Tahun ini merupakan tempoh yang bergelora bagi Malaysia di dalam beberapa hal.

Kita menyaksikan perubahan kerajaan yang tidak dijangka serta kontroversi dari Pakatan Harapan ke Perikatan Nasional pada Februari 2020. Ramai warga Malaysia merasa tertipu kerana mereka mengundi PH pada pilihanraya umum yang lalu serta tidak memilih PN sebagai kerajaan pemerintah.

Pandemik koronavirus yang meletus tanpa disangka turut mengganggu hampir segenap kehidupan kita – secara politik, ekonomi serta sosialnya.

Tingkah kerajaan PN di dalam menguruskan sidang parlimen jauh dari memuaskan. Sebagai sebuah badan legislatif di dalam demokrasi yang berfungsi, Parlimen merupakan platform bagi wakil yang dilantik rakyat untuk berbicara dan bersuara bagi kawasan mereka.


Walau bagaimanapun, kita melihat bagaimana keputusan diambil bagi mengehadkan peranan serta keberkesanan Parlimen seperti sepatutnya. Sidang parlimen selama sehari pada 18 Mei, konon kerana risiko Covid-19, merupakan salah satu contohnya.

Bagi sidang yang sedang berlangsung sekarang, hanya 80 wakil rakyat yang dibenarkan untuk hadir ke Parlimen secara fizikal pada satu-satu waktu, dan sesi perlu berakhir pada 2 petang. Ianya cukup memalukan, kerana banyak negara di seluruh dunia cuba untuk memastikan sidang parlimen untuk berlaku tanpa gangguan, sambil mengambil langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Walaupun senario politik yang kelam serta gangguan politik yang dihadapi negara, namun, muncul juga tanda-tanda positif. Seperti yang diterangkan lewat kenyataan media Aliran selepas mesyuarat agung tahunan, negara ini boleh menyaksikan bagaimana anak muda akan memainkan peranan yang lebih luas serta bermakna di dalam masyarakat.

Di rantau ini sendiri, kita menyaksikan bagaimana anak muda bangkit di dalam peristiwa serta melibatkan kemampuan yang pelbagai. Parti Solidariti Indonesia digerakkan anak muda Indonesia serta Parti Future Forward yang diharamkan di Thailand merupakan dua contoh. Penubuhan Malaysian United Democratic Alliance (Muda) oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga mengembalikan harapan bagi anak muda di dalam negara kita – walaupun ianya masih awal untuk mengetahui apakah ianya berkesan. Namun, pergerakan anak muda barangkali boleh menjadi atma jiwa dalam mengubati kelelahan politik yang menyelubungi negara kita.

Pembentukan parti politik anak muda sudah lama dinantikan. Satu sebab mengapa anak muda dipinggirkan sekian lama adalah kerana struktur politik dominan yang dimiliki kita: di mana personaliti ‘tua’ seringkali diberikan lebih perhatian serta dianggap lebih ‘dipercayai’. Politik personaliti, bagaimanapun, bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia mahupun di Asia Tenggara.

Selain Muda, kita juga tidak boleh mengenepikan potensi positif kelompok anak muda, seperti Undi18, yang cuba untuk menghubungkan jurang di antara ahli politik, pembuat dasar serta anak muda.

Pada 4-5 Julai, beberapa kelompok anak muda Malaysia berjaya mengadakan parlimen olok-olok secara maya, dikenali sebagai Parlimen Digital. Acara ini menyaksikan 222 anak muda Malaysia, mewakili kawasan sebenar, berdebat isu dari cabaran ekonomi sehinggalah keadaan sistem pendidikan nasional. Usaha ini mendapat pujian pelbagai pihak: ramai yang kagum dengan kematangan serta kualiti perdebatannya.

Data pertengahan 2018 dari Jabatan Statistik menunjukkan bahawa 14 juta dari 32.4 juta penduduk di Malaysia berusia di antara 15 dan 40 tahun. Dengan Dewan Rakyat meluluskan pindaan pada Julai 2019 untuk menurunkan had umur anak muda dari umur 40 tahun ke 30 tahun, populasi anak muda di Malaysia akan mengecut sehingga sembilan juta, apabila pindaan kepada Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia berkuat-kuasa.

Namun, adakah penglibatan anak muda di dalam politik lewat Muda, Parlimen Digital serta usaha-usaha lain mewakili anak muda di beberapa lokasi lain di dalam negara?

Di sebalik perkembangan positif, kesan dari kelelahan politik oleh anak muda adalah sebuah kenyataan. Soalan yang sering ditimbulkan: mengapa tidak ramai anak muda yang terlibat politik? Ramai yang mempersoalkan kerelevanan sesebuah isu politik bagi mereka – terutamanya jika ahli politik berterusan bermain dengan percaturan politik, misalnya bertukar parti politik sesedap hati mereka serta melepaskan ikatan kepada ideologi atau prinsip yang sepatutnya dipegang selaku wakil rakyat yang dipilih rakyat untuk mentadbir.

Kepercayaan umum kepada sistem politik kita turut menyusut. Kita seringkali mendengar tanggapan sebegini: ahli politik semuanya sama. Ramai termasuklah anak muda sudah hilang percaya kepada kemampuan kerajaan untuk menjadikan kehidupan mereka lebih baik. Di Malaysia, purata umur menteri di dalam kabinet sekarang adalah di atas umur 50 tahun.

Perubahan kerajaan dari Barisan Nasional ke PH menyaksikan kemunculan beberapa wajah segar, namun ‘politik orang tua’ tetap berterusan.

Bolehkan anak muda mendominasi politik Malaysia pada tahun 2021? Saya percaya mereka boleh, namun perubahan struktural serta persepsi mesti berlaku. Bagi sesebuah sistem politik untuk terwakili, ianya mestilah melibatkan semua bahagian masyarakat. Kita sudah sengsara akibat dari sebuah sistem politik yang tidak inklusif: anak muda kurang terlibat di dalam proses politik, dan sekaligus mengurangkan pengaruh mereka di dalam membuat keputusan melibatkan kehidupan mereka.

Berdekad lamanya, apa yang berlaku adalah anak muda percaya bahawa suara mereka tidak akan didengari ataupun mereka tidak akan diambil serius walaupun suara mereka didengari. Ini memberikan kesan jangka masa panjang, kerana anak muda adalah aset, dan jika kita tidak memberdayakan mereka, kita berisiko untuk mempunyai pimpinan yang lemah mentadbir negara ini

Untuk bergerak ke hadapan, saya percaya kepada strategi bermata dua amat diperlukan. Apa yang diperlukan bukan sekadar peluang dan kepercayaan kepada anak muda dari masyarakat serta pentadbiran, namun anak muda sendiri perlu memberdaya mereka sendiri dengan meluaskan jaringan melibatkan kelompok anak muda yang rencam.

Khoo Ying Hooi
Editor bersama, Surat berita Aliran
1 Disember 2020

DI KELANTAN TAK MAHU KONGSI KERUSI EXCO, TAPI DIPERAK MEMINTA MINTA

 NIZAM AKA

Apa masalah dengan lebai hadi ni? Tiba-tiba  mohon mengadap Sultan Perak dengan alasan nak khabar maklum kedudukan Pas berkait krisis politik yang melanda Perak?

Image may contain: 1 person



Krisis atas dahi apa lagi,Hadi oiii?MB dah selesai angkat sumpah dan 5 Exco pun selamat angkat sumpah?Krisis apa lagi?Atau krisis kerana besan kamu tak dilantik sebagai exco perak?Nak kalut ribut jumpa Sultan bagai,untuk apa?Sedangkan SUA Pas,Takiyuddin pun dah maklum yang Pas takkan bersama-sama dalam kerajaan baru Perak..Habis tu,yang terhegeh-hegeh nak mengadu kerana tiada wakil pas tak lantik exco,untuk apa?Apa,kamu nak kata yang kenyataan yang dibuat oleh SUA parti kamu sendiri,tak boleh nak pakai? Atau kamu esbenarnya nak u-turn? Tak ingatkah pesanan dalam akhbar harakahdelete 404 kamu sendiri mnyebut "Islam Larang Meminta Jawatan"?Apa,kamu sendiri nak langgar apa yang ajar oleh Islam?

Exco di negeri yang tadbir oleh Umno,kamu gila-gila nak..Tapi Exco di negeri yang kamu tadbir sendiri di kelantan,macam-macam  alasan kamu buat kerana tak mahu bagi  kepada umno?

Umno masih nak berkawan lagi dengan parti yang tamak dan tergila-gilakan jawatan ini?Parti yang menipu rakyat dan pengundi-pengundi kononnya berjuang kerana agama,padahal pas itu satu parti yang perkudakan agama demi mengejar pangat,jawatan dan gaji besar?Pas hanyalah parti penipu,pembohong dan kaki kelentong..

 


TAK PAKAI TAK APA..KAMI NGUTUK SAJA..TAK SALAH KAN?

 

YOB BMO

Kalau Pandangan rakyat kata xleh ambik kira...bererti dia pun MB xleh diambik kira gak laa..!saa suku...

Image may contain: 1 person, text

NASIB BAIK BUKAN DAP,BUKAN PKR DAN BUKAN AMANAH...KALAU DAK...MAMPOIH DIJAJA SEDONIA...JILAT KAHAK IJAU NAMPAK

 Image may contain: text

REE: Tuan Ibrahim digesa tunjuk ajar Menteri Besar Kedah

HAH...DERHAKA LAGI.....



Kalau aku...nyah kau dari Perak...tengin benor kome...derhaka pada sultan...


 

JOM MENGGAGAU DI PINANG TUNGGAI- PROJEK TAMBAK GUNI PASIAQ MB KEDAH

 Gesaan mewartakan segera Ulu Muda sebagai hutan tadahan air - Aliran


Image may contain: 1 person, text that says "mk malaysiakini Malaysiakini (BM) @mkini_bm Saya boleh kerah orang kampung sekat Sungai Muda, seloroh MB Kedah Translate Tweet Saya boleh kerah orang kampung sekat Sungai Muda, seloroh MB Kedah malaysiakini.com"


Tediaaa aihh..hebat no MB Kedah, dia kata dia boleh suruh orang kampong p tambak dengan pasiaq dan sekat ayaq hala ke lain..Fuhh aku suka juga nak tengok projek sekat ayaq bawa p ke lain…Mampoih habih la orang Penang tak dapat makan ayaq….ishh lagu tu no….

Aku nak bayangkan lagu mana kalau MB ni buat pelan ayaq tu nak bawa p kona kot mana…sat..sat otak aku tengah dok pikiaq dia nak pusing  masuk sungai mana dan sungai tu gamaknya tinggai kerin kontang la sebelah kepala bataih tu…kalau dia kona patah balik u-turn memang situ la kena buat..dia akan lalu sg Petani..tu ja sebaba sempadan antara Kepala Batas..Seberang Perai Utara dan Sg Petani...ayaq tu akan melimpah p ke Sg petani la...banyak duit no Kedah...baik beli keta dari dok pusing patah balik nak tenggelamkan Sg Petani..baguih no otak MB hangpa..punya banguih..

Kalau pakat pakat tengok lah…orang kampong  nak alih sekat dengan guni pasiaq aku rasa tenggelam  Sungai Petani…habih la Dato Johari..tenggelam semua sungai Petani tu…

Orang Penang nak ambik ayaq mana?  Aku rasa tindakan Kedah ni baguih juga..biaq orang Penang mampoih semua..lepiah tu Penang pulak sekat orang Kedah jangan mai kerja kilang di Mak Mandin, bayan Lepaih, dan Perai….tuuu dia pakat pakat bekelahi..baru meriah…

Sebenaqnya banyak ja sungai, Cuma nak elok dengan dak saja..Aku rasa sungai di belah tasek gelugoq,  Sg mengkuang, Sg Perai..tolak pi sana mai sini, Penang boleh hidup.Kalau 50 juta tu nak bayaq setahun…baik Penang yang kaya raya tu dia akan guna duit tu alirkan mana mana sungai atau jadikan kawasan sungai yang ada digunakan sebaik mungkin. Bagilah si MB tu telan ayaq dan kenyangkan rakyat Kedah….

Banyak sungai yang tercemar dah diubah kepada green river..misalnya belah Sungai Pinang dah ada kesedaran untuk menjadikan sungai Pinang tu lebih bersih akibat kempen dan kesedaran tentang penggunaan dan menjaga kebersihan.Selain ayaq sungai Pinang , ayaq dari bukit bendera harus dijadikan sebagai sumber walau pun ianya terhad. Dengan adanya beberapa NGOs misalnya water watch di Penang dan Persatuan Pengguna dan kesedaran rakyat Penang, ancaman MB berotak kampong ni boleh atasinya…kah..kah…

Apa pun Sg pinang di Pulau dan Sg perai, Sg Mengkuang dan Sg tasek gelugor harus di persiapkan agar cabaran MB Kedah ni bukan sebagai ancaman. 

 


Batu sempadan pisahkan Pulau Pinang-KedahKerian menjadi titik sempadan Perak, Kedah, Pulau Pinang

Sempadan sungai antara Kedah Penang Perak...apa kata ambik sikit dari Perak ....kedah melompong..sekupang pun tak dapat.


Sungai Mengkuang...antara sungai yang  dijadikan  pusat pelancongan kini.generasi muda digalakkan menjadikan sungai sebagai anugerah yang tidak ternilainya. Penang menjalankan aktiviti mendidik rakyatnya menjaga sungai..


WRLR-


(function() { var d = document, w = window; w

KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM-MENOLAK ELAUNS SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG BERTARAF MENTERI

 Kenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yakob dan k...