TIADA GUNANYA HAMZAH MENANG, BELIAU TERKAIT RASUAH

 


118-168, PUSINGAN KEDUA PUN DIMENANGI HAMZAH!!


15 February 2026


Dalam perjumpaan anjuran Hamzah Zainuddin di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) semalam, fokus ternampak lebih diberikan kepada jumlah sokongan Ahli-Ahli Parlimen terhadapnya.


Dalam majlis itu direkodkan seramai 19 daripada 25 Ahli Parlimen Bersatu hadir sebagai tanda sokongan kepada Ahli Parlimen Larut itu.


Kejayaan Hamzah memperolehi sokongan 19 daripada 25 Ahli Parlimen Bersatu itu memang sesuatu yang membangggakan, bahkan meletakkan Muhyiddin Yassin yang memecatnya dalam kedudukan yang agak memalukan.


Ini kerana, secara logiknya, Muhyiddinlah yang sepatutnya memperolehi lebih sokongan berbanding Hamzah.


Tetapi sebenarnya, selain diberi sokongan oleh 3/4 Ahli-Ahli Parlimen Bersatu, Hamzah juga memperolehi sokongan daripada 2/3 Ketua-Ketua Bahagian parti itu.


Daripada 168 Ketua Bahagian Bersatu yang ada, 118 daripadanya memihak kepada Hamzah.


Jumlah 118 ini juga sebelum ini mendesak pengunduran Muhyiddin.


Jumlah 118 Ketua Bahagian itu turut sama hadir dalam perjumpaan di Rumah Kelab PAUM Sabtu lalu.


Selain itu, sebagai tanda protes terhadap pemecatan Hamzah, banyak juga daripada Ketua-Ketua bahagian itu yang mengumumkan pembubaran bahagian masing-masing.


Dalam pada itu, beberapa tokoh berpengalaman seperti Rais Yatim dan Noh Omar pula mengambil tindakan meletakkan jawatan daripada jawatan masing-masing dalam Bersatu.


Mengikut langkah yang sama, Ketua sayap bersekutu Bersatu, Dr Chong Fatt Full juga turut mengumumkan perletakan jawatannya.


Dengan semua yang berlaku sebagai susulan pemecatan Hamzah, kalau pun tidak lumpuh, struktur Bersatu sekarang ini boleh dikata mengalami ketempangan yang serius yang tidak mampu lagi menjanjikan harapan masa depan kepada rakyat.


Sukar dibayangkan bagaimana Muhyiddin mahu terus menggerakkan Bersatu bagi menghadapi PRU16 akan datang.


Mahu tidak mahu , ini pun dikira satu lagi kemenangan buat Hamzah, sekaligus kekalahan kedua kepada Muhyiddin. - ShahbudinHusin 15Februari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/02/118-168-pusingan-kedua-pun-dimenangi-hamzah/




GAMBAR GAMBAR DEMONTRAAI ANTI AZAM BAKI








 

HAMZAH SUDAH MENANG PUSINGAN PERTAMA!!




 19-6, HAMZAH SUDAH MENANG PUSINGAN PERTAMA!!


15 February 2026


Dalam sejarah mana-mana parti politik, memecat pemimpin bukanlah perkara luar biasa.


Lumrahnya, pemimpin yang dipecat itu ialah mereka yang tidak sehaluan dengan ketua parti atau pemimpin yang berisiko membuatkan ketua parti kecundang jika berlaku pertandingan.


Maka, memecat ialah jalan mudah untuk ketua parti kekal menerajui parti.


‘Membunuh’ pesaing politik sebagaimana dilakukan Muhyiddin Yassin terhadap Hamzah Zainuddin sudah kerap berlaku dalam pelbagai parti sebelum ini.


Sejarah paling diingati berkaitan pemecatan pemimpin ialah bila mana Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO dipecat oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1998 dahulu.


Cuma, dalam semua sejarah pemecatan yang pernah berlaku sebelum ini, mereka yang memecat akan terus kukuh kedudukannya dan beroleh lebih banyak sokongan berbanding pemimpin yang dipecat.


Ini kerana, pemimpin yang ada kuasa memecat lebih ditakuti dan lebih dikerumuni penyokong berbanding pemimpin yang telah dipecat dan sudah kehilangan segala-galanya.


Tetapi, berbeza dalam kes Muhyiddin memecat Hamzah ini, sokongan yang diperolehi pemimpin yang  dipecat nampaknya lebih besar daripada pemimpin  yang ada kuasa memecat.


Dalam ‘roadshow’ pertama yang dilakukan Hamzah yang berlangsung di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaysia (PAUM) semalam, terbukti beliau menerima lebih banyak sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen Bersatu berbanding Muhyiddin.


Daripada 25 Ahli Parlimen Bersatu yang ada, setelah ditolak enam orang yang lebih awal mengalih sokongan kepada Anwar, 19 orang (termasuk Hamzah) telah hadir bersama-sama Ketua Pembangkang itu di Rumah Kelab PAUM.


Bermakna, jumlah Ahli Parlimen hang tinggal bersama Muhyiddin hanyalah enam orang saja.


Ertinya, lebih ramai Ahli Parlimen Bersatu sekarang ini yang menyokong dan bersama Hamzah yang baru saja dipecat berbanding menyokong Muhyiddin yang menguasai parti serta masih ada kuasa untuk memecat.


Tidakkah ini pelik?


Bukankah ketua parti yang masih memimpin parti dan ada kuasa memecat sepatutnya lebih banyak menerima sokongan berbanding pemimpin yang telah dipecat?


Apakah Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang belum dipecat yang hadir dalam ‘roadshow’ Hamzah itu tidak takut bakal dipecat?


Nampaknya dengan lebih ramai Ahli Parlimen Bersatu yang memihak kepadanya, Hamzah kini dikira telah menang pusingan pertama dalam pertarungan dengan  Muhyiddin sebaik saja beliau dipecat.


Itu baru  sekali ‘roadshow’ diadakannya?


Bagaimana jika lebih banyak lagi ‘roadshow’ digerakkan Hamzah selepas ini?


Bersama hanya enam Ahli Parlimen bersamanya,  Muhyiddin kini ternampak lebih kecil berbanding Mohamad Sabu yang mempunyai lapan Ahli Parlimen Amanah yang menyokongnya.


Persoalan utama kini, bersama enam Ahli Parlimen yang ada bersamanya, selain diiringi sejumlah lain yang turut meletakkan jawatan, mampukah Bersatu terus bertahan pada PRU16 akan datang? - ShahbudinHusin 15Februari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/02/19-6-hamzah-sudah-menang-pusingan-pertama/





AKHIRNYA SIAP. WALAUN MAKI TAK HABIS LAGI.

 

SYAM GHAZ


Alhamdulillah.. Nasib baik Pum Kemubu 4 siap di waktu yang paling tepat.. di saat Kelantan dilanda kemarau, paras air sungai Kelantan mula menurun, 2 pum yang sedia ada (Kemubu 1 dan 2) tidak dapat berfungsi. 






Kemubu 3 pula entah terkena penyakit apa, tak sudah sudah walaupun tarikh dijangka siap telah lama berlalu. 


Terima kasih PMX, walaupun Kemubu 4 banyak keluk klik dalam pembinaannya, akhirnya siap juga.




KIOK

 

Jamzuri Ardani


Adalah mustahil Bersatu akan dapat meneruskan kelangsungan perjuangan politiknya. Krisis sudah terlalu parah. 


PAS pula sedang berusaha keras membina hubungan politik dengan Umno.  Walaupun di khalayak PAS mendabik dada katanya mahu bergerak solo, mereka pun tahu jika bergerak solo mereka akan terus jadi pembangkang. 


BN adalah parti yang paling sukar untuk membuat keputusan. Mahu terus bersama PH, mereka akan kehilangan sokongan dari ahli-ahli mereka sendiri. Mahu bergerak solo,  undi Melayu akan pecah dan memberi kelebihan kepada PH. Mahu bergabung dengan PAS, banyak luka yang masih merah berdarah. Lagi pun, pembahagian kerusi dengan PAS hampir mustahil dapat dilaksanakan. 


PH juga tidak berada dalam keadaan selesa. Tiada sebarang petanda PH berupaya menarik undi Melayu walaupun blok pembangkang sedang berada dalam keadaan huru-hara. Undi bukan Melayu terhadap PH juga semakin melemah. Pengkalan undi PH makin menguncup. 


PRU16 nanti, faktor kredibiliti calon dijangka memainkan peranan yang lebih besar menentukan sikap pengundi. 


Saya cadangkan kepada PH supaya hapuskan sistem kuota parti dalam menentukan kerusi dan calon pilihanraya. Calon yang bertanding mestilah berasaskan merit, bukan kuota parti. 


Tiga parti komponen dalam PH perlu menamakan calon di semua kerusi parlimen dan DUN, dan pemilihan calon yang mewakili PH hendaklah dipilih berdasarkan merit. Kalau perlu buat sistem penapisan 'primary election' macam di AS, kena buatlah. Dengan cara ini, penentuan calon tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada jawatan dalam parti atau keupayaan melobi pimpinan parti. Tawaran politik kepada rakyat juga semakin lebih berkualiti.


ISU SAHAM AZAM BAKI

 


Isu pemilihan saham Tan Sri Azam Baki dibincangkan dalam Podcast YBM #35.



Dalam isu seperti ini, seorang penguat kuasa bukan sahaja perlu bersih, tetapi mesti dilihat benar-benar bersih. Tidak boleh ada ruang untuk persoalan atau keraguan.


Isu ini juga ada beberapa persoalan lain yang timbul. Jika benar pengecualian telah diberikan oleh Ketua Setiausaha Negara, adakah perkara itu dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Jika sudah dimaklumkan, bila ia berlaku?


Soalan yang rakyat mahu tahu sebenarnya mudah. Berapa jumlah keseluruhan saham yang dimiliki Tan Sri Azam Baki? Dalam syarikat mana sahaja? Perlu dinyatakan dengan jelas dan satu persatu.


Perdana Menteri sepatutnya mengetahui jika pengecualian telah diberikan, termasuk butiran syarikat yang terlibat. Jika tiada tindakan untuk membatalkan pengecualian tersebut, rakyat akan melihatnya sebagai satu persetujuan.


Semua persoalan ini akan terus bermain di fikiran rakyat selagi tiada penjelasan yang jelas dan terperinci.


Tonton kupasan penuh isu ini diPodcast YBM #35:

https://www.youtube.com/live/GP-vv04gfKI?si=QgWdWKpWKDl6WkCe




SEMOGA MALAYSIA SWLAMAT SEJAHTERA


Jamzuri Ardani


 Pada 2015, terdapat kes di Seremban dimana seorang tukang masak dan anaknya didakwa di mahkamah kerana membunuh seorang perompak yang merompak rumah mereka. Dua beranak berhadapan dengan hukuman mati. 


Pada tahun 2016, di Kerteh Terengganu seorang bapa juga dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh seorang perompak yang juga penagih dadah yang merompak rumahnya. 


Mungkin ada orang bertanya kenapa pula undang-undang melindungi perompak. Sepatutnya undang-undang menyebelahi tuan rumah yang dirompak, bukan penjenayah.


Tapi itulah sifat undang-undang, samada kita setuju atau tidak. Setiap rakyat ada hak di sisi undang-undang. Penjenayah pun ada hak di sisi undang-undang. Mungkin ada orang kata, kenapa nak bela penjenayah. Tembak mati je kan senang. 


Undang-undang secara tabi'inya bersifat sederhana, berpada, dan berhati-hati. Walaupun orang itu rompak rumah kita, itu bukan lesen untuk kita bunuh perompak itu. Itu bukan bermakna undang-undang membela perompak, tetapi menghalang tindakbalas yang tidak berpada. 


Dulu bila Mujahidin Afghanistan berjaya jatuhkan kerajaan, mereka gantung Najibullah di tengah bandar. Tiada due process, tiada perbicaraan mahkamah. Begitu juga nasib yang menimpa Muammar Ghaddafi. Bagi setengah orang itulah keadilan. Orang zalim terus dibalas dan dihukum. Tapi itu bukan sifat undang-undang. 


Najib terlibat rasuah pada skala yang sangat besar. Berbilion wang negara lesap. Rakyat tanggung beban hutang puluhan tahun akibat korupsinya. Kisah korupsinya terkenal seantero dunia. 


Justice came very slow. Ia memakan masa lebih sepuluh tahun. Pendakwaan demi pendakwaan, perbicaraan demi perbicaraan, penangguhan demi penangguhan, rayuan demi rayuan, dan setelah dihukum ada pula proses pengampunan dan pengurangan hukuman. Memang ada yang tak puas hati. Tapi itulah undang-undang. Kita bukan Afghanistan dan bukan Libya. Negara kita aman damai dan stabil kerana kita mendaulatkan undang-undang, kerana kita bukan Afghanistan dan bukan Libya, kerana kita Malaysia. 


Semoga Malaysia terus aman sejahtera.



TAHNIAH POLIS BERTINDAK PANTAS.

 

Syam Ghaz







Naratif sentimen kaum India langgar Melayu yang kita perlu teliti dan ambik perhatian modus operandi mereka.


Ambil kesempatan isu kuil kena roboh, kemudian main isu gangster India langar Melayu sebab lalu tanah mrka nak buang sampah.


Benda tu berlaku pagi semalam, polis bgtau start viral 11.45pagi. 


11.09 pagi kami dh bagitau agensi berkaitan.


Jam 2.00 petang lebih 5 individu telah ditangkap, jam 5 petang saya dah up mrka telah ditangkap. 


10 content kami counter naratif pembangkang dapat 1.6 juta view, 674.5 ribu view dan banyak lagi counter neratif lain yang tak perlu dimaklumkan disini.


Jam 10 malam polis buat kenyataan media pasal ni.


Masa vakum tu ada cytro Pn yang nak tunggang isu kaum sebar ke semua platform medsos, nak bagi kaum Melayu anti Kerajaan Pusat.


Polis dah bertindak laju, cuma mrka tak boleh buat kenyataan media selagi siasatan belum lengkap. 


Betul dah Sop polis. Mungkin lepas jika ada Isu sensitif lagi, polis boleh buat pengumuman khas dulu dah ditangkap, laporan penuh akan dimaklumkan kemudian. 


Cuma bab media sosial InsyaAllah akan di perkasakan lepas ni. Terima kasih Sis Liyana Marzuki dan Harun Mohd Shah kerana prihatin. 


Kita pakat2 bantu dan baiki. 


Salam Jumaat 🤲🏻




JANGAN LUPA JASA BELIAU.

 


DALAM UMNO TAK KENAL PUN DIA NI DULU...CUMA KAKI FITNAH SAHAJA