Jamzuri Ardani
Adalah mustahil Bersatu akan dapat meneruskan kelangsungan perjuangan politiknya. Krisis sudah terlalu parah.
PAS pula sedang berusaha keras membina hubungan politik dengan Umno. Walaupun di khalayak PAS mendabik dada katanya mahu bergerak solo, mereka pun tahu jika bergerak solo mereka akan terus jadi pembangkang.
BN adalah parti yang paling sukar untuk membuat keputusan. Mahu terus bersama PH, mereka akan kehilangan sokongan dari ahli-ahli mereka sendiri. Mahu bergerak solo, undi Melayu akan pecah dan memberi kelebihan kepada PH. Mahu bergabung dengan PAS, banyak luka yang masih merah berdarah. Lagi pun, pembahagian kerusi dengan PAS hampir mustahil dapat dilaksanakan.
PH juga tidak berada dalam keadaan selesa. Tiada sebarang petanda PH berupaya menarik undi Melayu walaupun blok pembangkang sedang berada dalam keadaan huru-hara. Undi bukan Melayu terhadap PH juga semakin melemah. Pengkalan undi PH makin menguncup.
PRU16 nanti, faktor kredibiliti calon dijangka memainkan peranan yang lebih besar menentukan sikap pengundi.
Saya cadangkan kepada PH supaya hapuskan sistem kuota parti dalam menentukan kerusi dan calon pilihanraya. Calon yang bertanding mestilah berasaskan merit, bukan kuota parti.
Tiga parti komponen dalam PH perlu menamakan calon di semua kerusi parlimen dan DUN, dan pemilihan calon yang mewakili PH hendaklah dipilih berdasarkan merit. Kalau perlu buat sistem penapisan 'primary election' macam di AS, kena buatlah. Dengan cara ini, penentuan calon tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada jawatan dalam parti atau keupayaan melobi pimpinan parti. Tawaran politik kepada rakyat juga semakin lebih berkualiti.
No comments:
Post a Comment