Live sekarang bersama Ustaz Lukmanul Hakim dari Surau Flat Seri Delima

Live sekarang bersama Ustaz Lukmanul Hakim dari Surau Flat Seri Delima
https://www.youtube.com/watch?v=FpJmHlw530g

Punca Hutang 1MDB Malaysia Bernilai RM22.25 Bilion Meningkat Mendadak RM25.7+ Bilion Dalam Tempoh Hanya 9 Bulan?



hutang 1mdb

Punca Hutang 1MDB Malaysia Bernilai RM22.25 Bilion Meningkat Mendadak RM25.7++ Bilion Dalam Tempoh Hanya 9 Bulan? : Ringgit Malaysia semakin lemah di pasaran sekarang memberikan beban besar kepada 1MDB. Masakan tidak sebahagian besar hutang 1MDB adalah terdiri daripada matawang dolar Amerika.

Sekarang ini, 1MDB dibebankan hutang sejumlah RM42 bilion yang mana pecahannya anda boleh semak seperti di bawah ini berdasarkan laporan kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2014 lalu :

KLIK SINI : 1MDB Berbelanja Mewah. 1MDB Berjudi di Pulau Cayman Island? Jaminan Keuntungan Lebih 30%!
Daripada hutang berjumlah RM42 bilion, Pecahan hutang dalam matawang dolar Amerika bernilai RM22.25 bilion bersamaan US$7.4 bilion telah meningkat sebanyak RM3.96 bilion menjadi lebih RM25.7 bilion gara-gara kejatuhan mendadak ringgit Malaysia pada ketika ini sejak 9 bulan yang lalu pada kadar 6.5%.

Ini bermakna 1MDB berada dalam risiko yang cukup besar apabila kejatuhan nilai ringgit yang bakal menghampiri RM3.50 bersamaan US$1 menjelang akhir tahun 2015 ini sepertimana yang dijangkakan oleh kalangan pakar-pakar ekonomi telah memberikan tekanan kepada beban hutang 1MDB. Dek kerana, kejatuhan ringgit Malaysia tidak semena-mena 1MDB telah menambah nilai hutang mereka sejumlah RM3.96 bilion sekaligus menambah tekanan 1MDB untuk menjelaskan hutang tersebut kelak.

Kenaikan Hutang 1MDB Dalam Dolar Amerika Naik?

  • Malah pada ketika tukaran dolar Amerika kepada ringgit Malaysia pada kadar RM3.00 dan RM3.20 pun telah menyebabkan hutang 1MDB telah bertambah RM2.4 bilion

  • Angka hutang terus bertambah secara tiba-tiba dek kerana kejatuhan ringgit menjadi RM3.96 ketika nilai matawang Ringgit Malaysia terhadap Dolar Amerika pada paras RM3.40 untuk setiap dolar Amerika selepas terbeban dengan kerugian berjumlah RM663 juta melalui laporan kewangan 1MDB yang berakhir 31 Mac 2014.
Pinjaman 1MDB dengan Maybank Investmant Bank pada tahun 2012 juga telah beberapa kali distruktur semula dek kerana berhadapan masalah untuk menjelaskan hutang tersebut.

P/S : Masalah kepada 1MDB adalah beban kepada rakyat Malaysia kelak.

Najib di padang golf dengan Obama di Hawaii

Nampaknya beruntung rakyat Malaysia terutamanya yang sedang menerima musibah akibat bencana banjir yang telah ditakdirkan Tuhan ke atas rakyat Malaysia. namun PM 1 Malaysia kita telah bermain golf dengan Presiden Obama di Hawaii... Ditengah rakyat sedang menderita dan bertarung dengn berbagai masaalah harga barang, minyak , dan bakal berhadapan dengan GST tahun hadapan yang tak berapa hari....keadaan yang tidak menguntungkan para penjawat awam dengan gaji yang kecil dan kejatuhan nilai ringgit,Najib sedang bermain golf? Haiiii macai Umno..hangpa tak dak akai ka nak pikiaq?????Betul apa yang ditulis oleh Shahbudin Hussein dalam tulisan beliau di bawah.

Seingat aku, sejak menulis danmenentang mahathir, aku rasa mahathir tak pernah kot ke luar negara ketika ditimpa musibah macam ini, atau timbalan dia yang banyak membantu...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah meluangkan masa di padang golf pada ambang Krismas, dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Najib kini sedang bercuti di Hawaii, lapor Washington Post semalam, dengan memetik Rumah Putih.

Semakan di laman web FlightRadar24 menunjukkan jet rasmi, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, tiba di Honolulu dari Kuala Lumpur pada 20 Disember.

Najib telah dilaporkan bercuti hujung tahun.

[Baca berita penuh/asal]

Pemimpin Yang Lebih Utamakan Cuti Daripada Banjir Semoganya Dilaknat Allah Dan Kalah Pilihanraya

 Shabudin hussein

Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini semakin buruk. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir terus bertambah buruk dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan juga semakin bertambah.

Beberapa kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Ada juga laporan mengatakan hubungan darat Kelantan telah terputus dengan negeri-negeri lain.

Melihat keadaan hujan yang masih mencurah dengan lebat, adalah dijangka banjir yang disifatkan antara yang terburuk ini akan terus melanda untuk beberapa lama lagi. Tidak mustahil juga ia akan berlarutan sehingga awal tahun baru 2015 nanti.

Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah.

Meskipun bantuan dari segi makanan, keperluan harian dan usaha memindahkan mangsa terus giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, tetapi amat malang kehadiran pemimpin meninjau ke tempat banjir agak mengecewakan kali ini.

Selain pemimpin peringkat negeri yang tentunya bertungkus-lumus membantu mangsa di kawasan masing-masing, kehadiran pemimpin Pusat  ke negeri-negeri yang dilanda banjir nyata agak mengecewakan.

Tiada kelibat Perdana Menteri, Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kanan seperti Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal, Ahmad Maslan dan lain-lainnya. Jika bercakap berkaitan isu politik dan mengampu pemimpin, begitu ramai yang berebut-rebut mahu ke depan, namun di mana mereka ketika rakyat derita ini?

Yang nampak hanyalah beberapa kerat pemimpin seperti Shahidan Kassim, Shahrizat Jalil, Abdul Azeez Rahim, Mustapha Mohamad dan Ahmad Shabery Cheek saja. Pemimpin sayap Pemuda dan Puteri juga hampir tidak kelihatan sama.

Ke manakah pemimpin-pemimpin sihat dan segar-bugar ini menghilang? Muhyiddin sudah lebih seminggu tak kelihatan dan dipercayai sedang bercuti di luar negara ketika ini. Najib juga dipercayai baru berlepas bercuti ke luar negara dua hari lalu setelah meluangkan sedikit waktu melawat mangsa banjir di Pahang.

Majoriti pemimpin lain dipercayai turut bercuti di luar negara ketika ini. Ada yang bercuti sebelum banjir melanda dan ada pula yang berlepas setelah banjir itu menggila. Najib sendiri pergi bercuti setelah mengetahui banjir kian bertambah buruk dan ini merupakan percutian keduanya dalam tempoh tidak sampai lima bulan di mana pada Hari Raya Aidilfitri lalu beliau juga bercuti ke beberapa bandar di Eropah.

Soalnya, apakah perasaan pemimpin yang sedang bercuti ini sedangkan mereka mengetahui ada rakyat yang sedang sengsara dan sesetengahnya berjuang antara hidup dan mati menyelamatkan nyawa dan harta benda akibat banjir?

Apakah bercuti dan berehat di luar negara terlalu penting sehingga ianya tidak boleh ditangguhkan langsung? Atau kalau sedang bercuti, tidak bolehkah pulang segera dan menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin kepada rakyat?

Sekadar meminta mangsa bersabar dan berdoa dengan keadaan banjir yang kian buruk sedangkan mereka berada di luar negara, mungkin riang gembira dan ketawa bermain salji, bukan saja tidak memadai tetapi jelas memperlihatkan perlakuan paling buruk sebagai pemimpin.

Inilah masanya mereka yang bergelar pemimpin perlu bersikap jujur dan mengutamakan rakyat. Berehat, bercuti, membeli-belah dan bemain salji di luar negara yang lebih penting atau nasib rakyat yang lebih utama?

Kepada pemimpin yang tiada perasaan, tidak prihatin dan lebih mengutamakan diri sendiri dengan tidak sanggup menangguh atau memendekkan percutian mereka  di ketika rakyat sedang sengsara ini, eloklah kita juga mendoakan agar mereka itu dilaknat Allah, kalah dalam pilihanraya akan datang dan tidak lagi bergelar pemimpin. (SH 24/12/2014)