DEWAN ULAMAK PAS BERSYUKUR DAPAT BANTU RAMPAS MANDAT RAKYAT?


Lawak tapi jijik sungguh bila dgr ucapan dari us Nik Zawawi di muktamar kat tv tadi.  Dia boleh kata kita kena bersyukur kerana Allah telah tunaikan janji beri mereka kuasa jadi kerajaan.  

Jual nama Allah.  Maha suci Allah tidak akan menghalalkan kerja khianat jauh sekali Allah ciptakan pengkhianatan itu.  Apakah kamu patut bersyukur berada bawah kerajaan tanpa mandat rakyat yg menaikkan kembali puak kleptokrasi serta sekutunya?  Jika itu adalah kerja Allah, mengapakah kamu melaknat kerajaan Zamri (Umno) di Perak pada tahun 2009 yang merampas kuasa dari Nizar (Pas) dulu? Kenapa mengharamkan kerajaan rampasan kuasa waktu itu sehingga beberapa orang lebai berbaring di tgh jalan depan istana membantah perlantikan Zamri sebagai MB Perak?  Apa beza rampasan itu dengan rampasan di Pusat sekarang?

Bezanya, rampasan di Perak itu kamu maki hamun kerana parti kamu hilang kuasa.  Manakala rampasan kuasa di Pusat ini kamu dapat kuasa jadi menteri.  Bukan?

Kenapa kamu babitkan nama Allah di dalam kerja jahat dan kotor kamu?  Tidak malukah kamu yg berserban besar dan berjubah labuh itu dilihat oleh orang2 bukan Islam betapa seolah2 Islam ini mudah menukar hukum ikut kepentingan perut masing2.


WFAUZDIN NS


ANWAR BERSAMA TEMAN TEMAN LAMA DALAM WADAH



Hadir dalam Muktamar Nasional Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) di Bangi bersama teman-teman lama sewaktu di PKPIM dan ABIM.
Saya kongsikan pengalaman berharga seawal 1970-an berdialog isu-isu agama dan sosio-ekonomi dengan teman-teman pimpinan agama, persatuan belia dan parti politik dalam konteks Malaysia sebagai masyarakat majmuk.
Saya tekankan kewajipan membina generasi pelapis muda negara yang berteraskan pembudayaan ilmu dan akhlak, serta terus istiqamah menjunjung prinsip kebenaran dan keadilan.



VIDEO: AZMIN KENA HALAU DI SABAH






BEREBUT LAH JAWATAN SELAGI BOLEH....LAMA MANA NAK BERTAHAN.??

 

Terkini! BN dan PN berebut jawatan Ketua Menteri

Terkini! BN dan PN berebut jawatan Ketua Menteri

Tidak sampai 24 jam pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mengangkat Datuk Hajiji Mohd Nor sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS menang, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan serta-merta menafikannya.

Dalam satu hantaran pendek Shahril dalam facebooknya, beliau mengatakan perkara itu tidak dibincang dengan BN. Tambahnya, satu kenyataan akan dikeluarkan berkenaan perkara tersebut.

“Tidak dibincang dengan BN. Kenyataan/liputan media akan menyusul”, responnya ringkas.

Kemelut kepimipinan di kalangan parti-parti dalam PN dan BN menjelang Piilihan Raya Negeri Sabah begitu meruncing sehingga malam semalam.

Meskipun Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin cuba campur tangan dalam mententeramkan keadaan, namun beliau dilaporkan turut gagal untuk meleraikan kebuntuan untuk menyusun agiihan kerusi.

Sumber: https://negaramerdeka.com/hajiji-km-sabah-mana-ada-bincang-kata-shahril-hamdan/


TAAT DAN SOKONG BUTA TULI , WALAU KENA BULI..DULU SEMUA SALAH PIHAK LAIN..AMACAM???

 

PRN Sabah: Menantu Presiden Pas gesa ahli taat keputusan

PRN Sabah: Menantu Presiden Pas gesa ahli taat keputusan

Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin mengingatkan agar semua ahli Pas agar taat kepada keputusan pimpinan yang menyaksikan parti itu tidak dapat bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurut menantu Presiden Pas itu, ketaatan dan kepatuhan adalah lebih utama daripada kekecewaan ahli Pas terhadap keputusan Perikatan Nasional yang meminggirkan parti itu.

“Kawan-kawan tentu rindu dengan suasana ini. Rindu untuk mengibarkan bendera PAS beramai-ramai.

“Kawan-kawan tentu kecewa dengan apa yang sedang berlaku.

“Ingatlah… Ketaatan dan patuh kepada keputusan pucuk pimpinan kita lebih diutamakan dari kekecewaan kita,” katanya di laman Facebooknya.

Beliau menjelaskan, pimpinan Pas mengutamakan perpaduan dan pemuafakatan Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional yang terbina selama ini.

“Sama-samalah kita menjaganya, jika ia terlerai maka musuh akan mengintai peluang atas pepercahan kita,” katanya lagi sambil berkongsi gambar konvoi raksaksa Pemuda PAS Larut PRU14 dalam misi menawan DUN Selama dan DUN Kubu Gajah.



Pemuda Pas kecewa prestasi ‘mujahid siber’, gagal pertahan Takiri....kah.....Mujahit macamana....

 

Pemuda Pas kecewa prestasi ‘mujahid siber’, gagal pertahan Takiri

Perwakilan Pemuda PAS tampil menyatakan rasa kecewa dengan prestasi mujahid siber atau laskar siber parti itu yang dilihat gagal menyaingi pihak lawan dalam sebarang bentuk serangan melibatkan isu-isu hangat di media sosial.

Perkara itu dibangkitkan oleh perwakilan Pemuda PAS Kawasan Batu Krau, Abu Anas Omar Khayyam Mohd Hanafiah ketika sesi membentang dan membahas laporan tahunan dan penyata kewangan berakhir Disember 2019 sempena Muktamar kali ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya dalam beberapa isu antaranya sebelum ini melibatkan Menteri Perusahan Komoditi dan Perladangan, Dr Khairuddin Aman Razali yang diserang teruk di media sosial sebelum ini gagal ditangani oleh mujahid siber.

“Perkara yang saya nak sentuh seperti mana yang kita tahu, menteri perusahan komoditi dan perladangan kita teruk kena hentam baru-baru ini di Twitter.

“Tapi (prestasi) mujahid siber 12.5 peratus sahaja, kita fahamlah itu rendah. Mungkin kemampuan atau pencapaiannya hanya 12.5 peratus menyebabkan kita tidak mampu melawan perkara yang berlaku dalam Twitter tersebut, memang sangat teruk.

“Memang sangat teruk, waktu itu saya bertanya kepada ahli jawatankuasa kawasan yang lain, mana kita punya mujahid siber untuk cover benda itu?

“Sedangkan fakta kita ada, tapi kita tak keluarkan (misalnya) gambar kartun seperti mana geng sana keluarkan. Seolah-olah kita out, kita dah out. Tetapi apabila kita rujuk Twitter Pemuda PAS melebihi DAP dan Amanah, begitu juga Facebook dan Instagram,” katanya.

Isu melibatkan Khairuddin sebelum ini tercetus susulan kegagalannya menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Turki.

Sementara itu, Abu Anas berkata persoalannya secara realiti melihat mujahid siber tidak dapat menyaingi laskar siber parti lawan.

Justeru soalnya, apakah tindakan Pemuda PAS untuk melahirkan mujahid siber yang dapat melawan perkara terbabit.



KES TAKIRI APA JADI, SENYAP?


PAS KENA GAME DI SABAH?


26 POSTING SEHINGGA KINI . LAGI BERTA AKAN MENYUSUL

 



SILA TEKAN  >  DI BAHAGIAN BAWAH KANAN UNTUK BERITA AWAL HARI INI 

GADUH, GADUH ..JANGAN TAK GADUH..


Baru saja hari penamaan calon, perbalahan antara UMNO dan Bersatu nampaknya sudah tak terbendung lagi.

Dengan UMNO bertanding paling banyak kerusi dalam PRN Sabah ini iaitu 31, kepercayaan umum tentulah calon parti itu akan mengisi jawatan Ketua Menteri jika kemenangan memihak kepada blok pembangkang pada 26 September depan.

Apatah lagi, Pengerusi UMNO dan BN Sabah, Bung Mokhtar Radin telah berjaya mengenepikan dua pesaingnya untuk jawatan itu, Musa Aman dan Abdul Rahman Dahlan daripada diturunkan sebagai calon mewakili BN.

Dalam keadaan Musa dan Abdul Rahman tidak bertanding, ternampak hanya Bung Mokhtarlah satu-satunya calon Ketua Menteri yang ada.

Lebih daripada itu, dengan UMNO sendiri meletakkan 31 calon dan 41 jika termasuk MCA dan PBRS, BN adalah pihak majoriti bertanding daripada keseluruhan 73 kerusi dalam DUN Sabah.

Tiba-tiba pagi ini, Muhyiddin Yassin mengumumkan Hajiji Mohd Nor adalah calon Ketua Menteri, sedangkan Bersatu hanya bertanding 19 kerusi saja.

Dalam hal ini, tentu saja tindakan Muhyiddin itu dibantah UMNO, termasuk oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi sendiri.

Apa motif Muhyiddin?

Apakah beliau mahu mengkhianati BN dan berharap pengundi lebih memberi kemenangan kepada calon BN semata-mata?

Adakah ini juga bermakna hubungan UMNO dan Bersatu memang tidak boleh disatukan?

Itu baru di Sabah, bagaimana dalam PRU15 nanti?

Apakah ketika itu nanti UMNO pula akan mengumumkan calon Perdana Menteri daripada mereka pula?

Apa pun, perebutan UMNO dan Bersatu ini adalah suatu berita baik buat Warisan yang bukan saja tidak berebut kerusi, malah hanya ada seorang calon Ketua Menteri.

 (Shahbudindotcom 12/09/2020)



EJEN CIA BERCAKAP TENTANG KEGAGALAN...KAH......

Nik Mohamad Abduh

Dapat jadi khadam pacak bendera pun suka gak ke??kalo aku dah lama langgar je parti komponen..dulu masa Pas dalam Pakatan Rakyat bole buat kenapa skrg takleh?? takut dengan Abang wee ka siong ke?Owhh..takut hilang jawatang kah?

Ada masa lagi ni untuk penamaan calon ni..Pas tunggu apa lagi?? langgar je semua parti komponen..pedulikan kata-kata rakan setaawun..buktikan yang Pas bukan parti khadam,parti kiambang bertaut,parti habis madu sepah dibuang dll..Ayuh tunjukkan kekuatan Pas..ambo bagi sokongan moral...Islam dimana mana..Buktikan hudud dan RUU 355 itu bokeh dilaksanakan di bumi Sabah...

ZAHID HAMIDI LAGI HEBAT DARI HJ HADI?


PRN SABAH: PERANAN PAS ‘TUKANG BACA DOA’?


7 CALON PKR DISABAH

Parti Keadilan Rakyat menawarkan 7 calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Buat semua pengundi, diingatkan agar semak pusat mengundi, saluran serta waktu digalakkan keluar mengundi di http://pengundi.spr.gov.my


#SemuanyaUntukSabah 


1. N09 Tempasuk - Mustapha bin Sakmud


2. N05 Matunggong - Sazalye Donol Abdullah


3.  N18 Inanam - Peto Galim


4. N32 Klias - Abdul Rahman Yakub


5.N45 Sook - Raymond Ahuar 


6.N14 Tamparuli - Alijus Sipil


7.N20 Api Api - Christina Liew Chin Jin


#SemuanyaUntukSabah

#PKRMestiMenang

#SabahMemilih

PKR AKUR TANDING 7 KERUSI – ANWAR


Pirane ke 16 Sabah paling meriah dan mencabar ULASAN AWAL

 MSO

Pirane ke 16 Sabah paling meriah dan mencabar

ULASAN AWAL


ESOK hari penamaan calon pilihan raya negeri (Pirane) Sabah ke 16. Semalam parti komponen utama yang akan turut "beragung" untuk menguasai negeri Bawah Bayu itu sudah mengumumkan calon masing-masing. 

Dua gabungan utama mulanya dilihat akan bertarung bermati-matian, Warisan - Plus dengan BN - PN, secara satu lawan satu tetapi seperti ada sedikit gangguan apabila kedua gabungan itu tidak begitu bersepadu gagal menggapai kata sepakat. 

Warisan parti yang memerintah masa kini akan bergabung dan berpadu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), UPKO, DAP dan Amanah, telah mengumumkan calon-calon mereka semalam, kecuali PKR. Presiden Warisan Shafie Apdal telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding menggunakan lambang partinya, kapal di majlis peluncuran Misi dan Misi Warisan Plus. 

Dalam majlis itu Shafei mengumumkan yang Warisan - Plus akan bertanding di 46 kerusi, manakala parti-parti lain, UPKO 12, DAP 7 dan Amanah wahid. Manakala PKR yang menjadi sekutunya diperuntukan tujuh (7) kerusi. PKR dan UPKO akan bertanding menggunakan lambang masing-masing.

Ada sedikit kecacatan dipihak Warisan - Plus, apabila PKR tidak ikut serta mengumumkan nama-nama calon mereka. Ia agak membimbangkan apabila semasa Shafei mengumumkan calon pengerusi PKR Sabah Christina Liwe dan beberapa pemimpin PKR keluar meninggalkan dewan.

Tindakan itu berlaku kerana PKR tidak berpuas hati dengan peruntukan kerusi kepadanyanya 7 sahaja daripada 14 yang diharapkan. 

Agihan tujuh kerusi itu benar-benar mengecewakan PKR kerana dalam Piraum ke-14 lalu mereka diperuntukan sebanyak lapan (8) kerusi, berkurangan satu. Ada munasabahnya mereka menuntut tambahan kerusi memandangkan jumlah DUN Sabah bertambah 13 kerusi lagi. 

Apabila Shafie begitu obsesi untuk capai kemenangan sampai melupai prinsip keadilan menyebabkan timbul juga rasa tidak puas hati kepada KM Sabah itu sehingga ada yang mengatakan beliau angkuh. 

Bung Mokhtar dan pemimpin BN
selepas umum calon.

Kecacatan ini mulanya dilihat keretakan bakal berlaku keretakan dalam gabungan Warisan - Plus.

Bagaimana pun ia tidak menjadi apa-apa masalah kepada DAP dan Amanah. DAP akur dan senang menerima tujuh kerusi manakala Amanah pula sudah rasa bertuah dan bersujud syukur kerana diberi satu kerusi, Tanjung Keramat.

Nasib baik, kecacatan gara-gara rasa tidak puas hati PKR itu tidak berpanjangan. Akhirnya dengan kebijaksanaan politik para pemimpin tertingginya khasnya Christina Liwe dan Anwar Ibrahim sebagai presiden, PKR rela dan bersetuju untuk bekerjasama dengan Warisan dan rakan-rakan lain bagi menghadapi tentangan BN, PN dan lain-lain demi rakyat Sabah.

Kecacatan BN - PN serius.
Kecacatan dipihak BN-PN ternyata lebih serius dan besar daripada kecacatan dialami Warisan - Plus itu. Majlis pengumuman calon bersama BN - PN yang dirancangkan tidak menjadi kenyataan dan tertunda. PN tidak bersetuju untuk mengumumkan calon-calon mereka. Majlis itu bertukar menjadi majlis ramah mesra bersama, hanya BN (Umno) mengumumkan calon. Sebaliknya PN mengumumkan calonnya di tempat berasingan pada sebelah petang. 

BN - PN terdiri daripada Umno, (BN) satu pihak STAR, PBRS, SAPP satu pihak dan PBS. Seperti juga berlaku dalam gabungan Warisan - Plus, ada parti yang bertanding atas lambang sendiri, PBS dan STAR.

Pada majlis pengumuman calon-calon BN parti itu bertanding di 40 kerusi, masing-masing Umno 31, PBRS 5 dan MCA 4. Nama-nama calon diumumkan oleh Pengerusi Umno sabah Bung Mokhtar Raden. Dalam pada itu PN pula mengumumkan ia akan bertanding di 29 kerusi masing-masing PPBM 19, STAR 8 dan SAAP 8. Sementara PBS 15 yang menyokong PN bertanding di 15 kerusi.

Kecacatan di kedua-dua gabungan itu baik Warisan - Plus atau BN-PN ialah ternyata tidak dapat dielakkan. Kesemua parti gagal mencapai kata sepakat dan memenuhi kehendak masing-masing baik dalam pengagihan kerusi mahu pun penggunaan lambang. 

Dalam Warisan - Plus, Amanah dan DAP bersetuju dengan pengagihan kerusi masing-masing tujuh (7) dan 1 serta bertanding atas lambang Warisan. Sementara PKR yang diperuntukan tujuh (7) kerusi menggunakan lambang sendiri, begitu juga dengan UPKO 12 kerusi.

Yang jelasnya kecacatan dalam gabungan BN - PN lebih realistik apabila sudah ada tanda-tanda berlaku pertembungan sesama sendiri. Terdapat 11 kerusi awal dikesani akan berlaku pertembungan sesama sendiri, antara BN dengan PBS dan PBS dan PBRS. 

Pirane ke 16 yang hari mengundinya jatuh pada 26 September 2020 adalah sangat menarik dan berwarna warni kerana sekurang-kurang akan berkibar enam bendera parti utama di sepanjang pilihan raya itu. Bendera atau simbol itu adalah, Warisan, PKR, BN, PN UPKO, PBS dan Bebas. Tentu juga calon-calon atau lambang Bebas akan lebih banyak daripada lambang parti berdaftar.

Sekiranya benar ura-ura PCS pimpinan Anifa Aman akan meletakkan calon di semua 73 kerusi ia akan menambahkan lagi kemerian Pirane tersebut. 

Sehingga saat catatan ini dibuat, pembahagian kerusi walaupun sudah diumum ia masih belum muktamad seratus peratus. Angka-angka yang dimiliki oleh parti-parti bertanding itu mungkin akan berubah, sama ada bertambah atau berkurangan. Pertukaran dan perubahan boleh berlaku hingga ke jelang Subuh esok. Pernah berlaku perubahan nama calon juga boleh berubah di pusat penamaan calon.

Dipercayai juga menjelang hari penamaan calon esok akan berlaku beberapa kejutan yang tidak terfikir oleh semua dimana mungkin ada kejutan yang boleh merubah keadaan dan momentum yang ada pada waktu ini. 

Pertandingan dan permainan sebenarnya akan dapat disaksikan selepas semua calon-calon yang bertanding disahkan sebagai calon dalam pilihan raya selepas tamat tempoh penamaan calon esok. Ulasan selanjutnya selepas ini. 

Membaca catatan ini tentu tidak lengkap kalau tidak disentuh nasib parti agama Pas. Biarlah buat sementara saya tidak menyebut dan mengulas parti berkenaan. Kita lupakan sahaja sebab kewujudannya dalam Pirake itu tidak mustahak. [wm.kl.10:53 am 11/09/2020]

Glossori:

beragung (kn) = bertarung, berlawan, berlumba.

BERSATU LEMAH, ADA MASALAH PEMBAHAGIAN KERUSI PRU 15


DI SARAWAK PAS BERTANDING UNTUK TIDAK JADI PARTI SEKULAR, DI SABAH PAS TIDAK BERTANDING UNTUK TIDAK JADI PARTI SEKULAR JUGA?


Masih kita ingat, sewaktu Pas masuk bertanding di PRN Sarawak, mereka menjawab hujah pihak-pihak yang mempertikaikan parti itu masuk bertanding kerana di Sarawak Pas boleh dikatakan tidak wujud.  Apa Pas jawab?  

Pas kata "Kami masuk bertanding di Sarawak adalah untuk dakwah, mereka ketawakan PAS. Kenapa? Kerana dalam kamus politik mereka (parti sekular) tiada istilah dan matlamat dakwah.".  (Rujuk Harakahdaily https://harakahdaily.net/index.php/2018/04/06/pas-sebuah-parti-dakwah-yang-berprinsip/ )

Pas bawa dalil dakwah ketika itu.  Dan, tuduh yang mempertikaikannya sebagai sekular.  Jika mempertikaikan Pas tidak bertanding itu sudah dianggap 'sekular', apa pula hukum kepada Pas sendiri yang tidak bertanding di PRN Sabah?  Kalau ditanya kepada lebai sekarang, sudah pasti ada dalil baru pula.  Silap2 kita yang mempertikaikan Pas tidak bertanding di Sabah kali ini di cop 'sekular' juga.  Ertinya, Pas buat apa saja sudah pasti selamat dunia akhirat.  Sesiapa yang menyanggahnya, silap2 boleh masuk jirat.  Itulah Pas.

WFAUZDIN NS

LAWAN TETAP LAWAN HANYA UNTUK PENGKHIANAT DAN MAHATHIR


Slogan "Lawan tetap lawan" itu diperkenalkan oleh Anwar dan menjadi penaik semangat warga Keadilan.  Tapi, Anwar berpesan selalu, "Lawan Tetap Lawan' tu hanya digunakan untuk menghadapi musuh, bukan kawan.  Bila dengan kawan, sila tundukkan sedikit muka kita sebagai tanda hormat apabila berunding.  Anwar bukan cakap sahaja, tapi beliau praktikkan.

Maka, Keadilan yang berhasrat untuk bertanding 14 kerusi di Sabah, akhirnya setuju dan terima hanya 7 Kerusi di Sabah daripada 73 kerusi semuanya.  Kalau ikut  slogan "lawan tetap lawan' membuta tuli, tentu sahaja Keadilan akan langgar semuanya, tetapi selagi Warisan kata parti itu adalah kawan Keadilan, maka adab berkawan perlu juga bertolak ansur.

Bezanya dengan Mahathir.  Mahathir ini putar alam cukup kuat.  Baru-baru ini dia kata dengan wartawan luar negara, beliau tiada masalah dengan Anwar, tetapi Anwar yang ada masalah dengannya.  Kalau Mahathir itu bukan orang tua, mahu rasanya aku carut dan maki.  Tetapi bila kenangkan mungkin waktu beliau berkata sedemikian beliau berada di dalam keadaan 'nyanyuk', tidak perlu kita salahkannya.

Semua tahu Anwar paling banyak bertolak ansur dengan orang tua ini.  Boleh dikatakan apa sahaja yang orang tua ini mahu, semuanya Anwar setuju.  Jadi PM, walaupun partinya menang 13 Kerusi sahaja, Anwar tiada masalah.  Mahu terus jadi PM melebihi dua tahun bercanggah dengan apa yang Mahathir sendiri pernah janjikan, Anwar tiada masalah.  Minta jadi PM sehingga selepas APEC, tanpa tarikh yang ditetapkan bahkan jika sampai orang tua ini dikambus dalam tanah pun, Anwar tiada masalah.

Siapa yang bermasalah?  Mahathir yang bermasalah.  Mahathir yang gatal2 letak jawatan di dalam keadaan kerajaan PH waktu itu masih ada majoriti,  Mahathir yang bermasalah apabila tidak mahu mendengar nasihat Agong agar jangan letak jawatan.  Mahathir yang bermasalah apabila mahu bubar PH dan mahu jadi PM sekali lagi atas nama kerajaan perpaduan.  Mahathir yang bermasalah apabila tidak mahu penuhi janjinya sebelum PRU14 iaitu mengangkat Anwar sebagai PM selepasnya.  Mahathir yang bermasalah apabila berkata Anwar tidak layak jadi PM kerana Anwar ketua parti yang berbilang kaum.  Masalah Mahathir juga apabila setuju Shafie Apdal diangkat menjadi PM walaupun Shafie juga adalah ketua parti yang berbilang kaum.  

Mahathir lupakah bahawa beliau sendiri istiharkan tiada lagi kerjasama dengan Anwar?  Anwar tidak pernah kata tidak mahu bekerjasama dengan Mahathir.  Istilah kerjasama bagi Mahathir adalah wajib menyokongnya untuk menjadi PM atau ikut telunjuknya.  Itu sahaja.  Tidak peliklah kalau dia kata hanya Amanah dan Dap sahaja yang bekerjasama dengannya.

Oleh itu, slogan "lawan tetap lawan' itu selain untuk digunakan kepada kumpulan pengkhianat dan sekutunya, ianya juga wajar digunakan untuk Mahathir.   


WFAUZDIN NS


JANGAN GELAK SANGAT, SYAFIE PUN JELMAAN JUGA


HAMDAN TAHA

Warisan Shafie Apdal Support Anwar Ibrahim Against Tun Mahathir – Sabah  Leader Hails Anwar as 'Last Samurai' to Fight for Sabah's Rights – The  Coverage

Rakan rakan PKR jangan usik Pas banyak sangat....

Sebab PKR  pun WARISAN  buat tak kisah jer sebenarnya. Shafie tidak pernah ada dalam hati dia sedikit pun hormat kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.....

Dia adalah jelmaan Tun Daim....bapa mentua dia adalah orang kanan Daim...

Shafie untung sekarang ni sebab di sebelah Bn dan Pn tidak kemukakan siapa di kalangan mereka nanti akan jadi Ketua Menteri....jadi Shafie nampak lebih popular sebab dia sekarang Ketua Menteri sementara....

Kita tunggu besok apakah betul Bn dan Pn akan ada kerusi yang bertindih....dan kemana Musa Sman pergi besok...

Umno pun tak boleh juga ketawakan PKR kerana mereka juga sama kedudukan...Pn dah ambil kerusi mereka banyak.....dan calun Bn pula masih ramai orang yang lompat di guna semula....dari segi moral agak nampak kelemahan di situ kerana masih berharap pada mereka yang tikam parti dari depan dan belakang sebelum ini pun masih di bagi peluang jadi calun BN....


(function() { var d = document, w = window; w

Anwar Ibrahim: Ucapan Di Dataran Merdeka "Parlimen" 02/08/2021