LAWAN TETAP LAWAN HANYA UNTUK PENGKHIANAT DAN MAHATHIR


Slogan "Lawan tetap lawan" itu diperkenalkan oleh Anwar dan menjadi penaik semangat warga Keadilan.  Tapi, Anwar berpesan selalu, "Lawan Tetap Lawan' tu hanya digunakan untuk menghadapi musuh, bukan kawan.  Bila dengan kawan, sila tundukkan sedikit muka kita sebagai tanda hormat apabila berunding.  Anwar bukan cakap sahaja, tapi beliau praktikkan.

Maka, Keadilan yang berhasrat untuk bertanding 14 kerusi di Sabah, akhirnya setuju dan terima hanya 7 Kerusi di Sabah daripada 73 kerusi semuanya.  Kalau ikut  slogan "lawan tetap lawan' membuta tuli, tentu sahaja Keadilan akan langgar semuanya, tetapi selagi Warisan kata parti itu adalah kawan Keadilan, maka adab berkawan perlu juga bertolak ansur.

Bezanya dengan Mahathir.  Mahathir ini putar alam cukup kuat.  Baru-baru ini dia kata dengan wartawan luar negara, beliau tiada masalah dengan Anwar, tetapi Anwar yang ada masalah dengannya.  Kalau Mahathir itu bukan orang tua, mahu rasanya aku carut dan maki.  Tetapi bila kenangkan mungkin waktu beliau berkata sedemikian beliau berada di dalam keadaan 'nyanyuk', tidak perlu kita salahkannya.

Semua tahu Anwar paling banyak bertolak ansur dengan orang tua ini.  Boleh dikatakan apa sahaja yang orang tua ini mahu, semuanya Anwar setuju.  Jadi PM, walaupun partinya menang 13 Kerusi sahaja, Anwar tiada masalah.  Mahu terus jadi PM melebihi dua tahun bercanggah dengan apa yang Mahathir sendiri pernah janjikan, Anwar tiada masalah.  Minta jadi PM sehingga selepas APEC, tanpa tarikh yang ditetapkan bahkan jika sampai orang tua ini dikambus dalam tanah pun, Anwar tiada masalah.

Siapa yang bermasalah?  Mahathir yang bermasalah.  Mahathir yang gatal2 letak jawatan di dalam keadaan kerajaan PH waktu itu masih ada majoriti,  Mahathir yang bermasalah apabila tidak mahu mendengar nasihat Agong agar jangan letak jawatan.  Mahathir yang bermasalah apabila mahu bubar PH dan mahu jadi PM sekali lagi atas nama kerajaan perpaduan.  Mahathir yang bermasalah apabila tidak mahu penuhi janjinya sebelum PRU14 iaitu mengangkat Anwar sebagai PM selepasnya.  Mahathir yang bermasalah apabila berkata Anwar tidak layak jadi PM kerana Anwar ketua parti yang berbilang kaum.  Masalah Mahathir juga apabila setuju Shafie Apdal diangkat menjadi PM walaupun Shafie juga adalah ketua parti yang berbilang kaum.  

Mahathir lupakah bahawa beliau sendiri istiharkan tiada lagi kerjasama dengan Anwar?  Anwar tidak pernah kata tidak mahu bekerjasama dengan Mahathir.  Istilah kerjasama bagi Mahathir adalah wajib menyokongnya untuk menjadi PM atau ikut telunjuknya.  Itu sahaja.  Tidak peliklah kalau dia kata hanya Amanah dan Dap sahaja yang bekerjasama dengannya.

Oleh itu, slogan "lawan tetap lawan' itu selain untuk digunakan kepada kumpulan pengkhianat dan sekutunya, ianya juga wajar digunakan untuk Mahathir.   


WFAUZDIN NS


No comments: