MGF26022020_SIDANG-MEDIA-PAKATAN-HARAPAN_01
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan pembangkang sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Saya akan mengadakan pertemuan dan saya fikir mungkin Anwar,” katanya dalam wawancara bersama televisyen Bloomberg Haslinda Amin.

Wan Azizah adalah Presiden Pakatan Harapan, juga isteri kepada Anwar.
Anwar telah menunggu hampir dua tahun untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan janji melakukan peralihan kuasa kepada beliau.
Bagaimanapun, Dr Mahathir enggan memberi masa untuk peralihan walaupun Anwar menyatakan bakal mengambil kuasa pada bulan Mei.
Dr Wan Azizah berkata, Pakatan Harapan akan bersedia untuk sebarang kemungkinan termasuk pilihan raya mengejut.
Beliau juga menyatakan tidak mempunyai ‘harapan tinggi’ kepada kerajaan baru yang menunjukkan ketidaktentuan dengan menangguhkan sesi sidang Parlimen pada 9 Mac.
”Kami perlu menunggu dan melihat bagaimana situasi seterusnya. Kerana segala-galanya kelihatan begitu tidak menentu, jadi tidak selamat, begitu rapuh,” kata beliau.
Kerajaan Pakatan Harapan roboh selepas Dr Mahathir mengumumkan beliau mendapat mandat untuk terus menerajui kerajaan sehingga sekitar bulan November, walaupun selepas itu, beliau memaklumkan mempunyai hak untuk memutuskan bila hendak melepaskan jawatan.

Anwar pula menyatakan persetujuan dan berkata beliau harus bersabar.
Namun, Dr Mahathir tiba-tiba melepaskan jawatan dengan alasan telah kehilangan sokongan daripada partinya sendiri.
Pada masa ini, Pakatan Harapan menyokong Anwar selepas Dr Mahathir tidak menghadiri mesyuarat tergempar yang diadakan.
Akibatnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan daripada Barisan Nasional, mendorong Pakatan Harapan yang berada di belakang Anwar kembali meminta bantuan Dr Mahathir untuk mendapatkan sokongan kerusi Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.
Apabila ditanya sama ada beliau akan terbuka untuk menerima individu-individu yang berpaling tadah daripada pakatan itu, Dr Wan Azizah berkata: “Pengkhianatan agak sukar diterima dalam apa jua keadaan. Pengkhianatan masih lagi pengkhianatan”. –