Oleh NAJIB BAKAR
Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden boleh pilih ketepikan sebentar kebencian yang ketara, tetapi…
Dalam sukan kita ada terma ‘sportmanship’, tingkah laku gentleman, walaupun berhadapan dengan musuh.
Saya baru ada kesempatan nak jawab sedikit Afnan susulan libat urus RMK-13 di Kedah pada 20 Januari lalu.
Lihat dia kemaskini status dengan banyak gambar, tapi disengaja pilih gambar YB Rafizi yang bukan dalam keadaan shot yang baik.
Mulut YB Rafizi dok muncung, sebab gambar diambil dalam keadaan beliau sedang bercakap.
Bila sengaja dipilih dan post gambar macam tu menyerlahkan kebusukan hati, sakitnya hati mereka kepada Kerajaan Madani.
Gambar watak lain semua dalam keadaan baik.
Nak habaq kat hang Afnan, kami pun ada banyak ja gambar pimpinan politik Kedah dalam keadaan bercakap yang tak proper rupa mukanya, tapi kita gentleman pilih gambar semua elok-elok.
Majlis pun majlis kerajaan, bukan majlis politik. Baik, siap bab itu.
Berterima kasih
Menteri Ekonomi YB Rafizi turun jumpa MB Kedah, YAB Sanusi bersama delegasi Kementerian Ekonomi, dengan satu hasrat, dapatkan input sebanyak mungkin untuk penyediaan dokumen Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).
Apa yang YB Rafizi sebut berkenaan gaya baru, konsep baharu RMK-13, akan ditekankan lebih kepada pembangunan modal insan, bakat baharu, pendidikan, untuk menyediakan tenaga kerja bernilai tinggi.
Beza dengan dokumen sebelum ini yang lebih banyak dijadikan tempat rujukan kontraktor untuk mencari projek pembangunan.
Namun, itu tidak bermakna peruntukan pembangunan untuk infrastruktur akan dihentikan.
Seperti yang hang pun tau Afnan, Pegawai Daerah dan YDP di Kedah ni semua berterima kasih kepada Kementerian Ekonomi, sebab peruntukan memang diturunkan.
Rakyat Kedah tetap dibantu walaupun parti Kerajaan Pusat kalah semasa pilihan raya.
Dalam majlis yang sama, dua orang Pegawai Daerah di Kedah terang-terangan memuji usaha Kerajaan Pusat memberikan peruntukan pembangunan yang banyak sepanjang 2024.
Bila masa Kedah atau negeri pembangkang ni dianaktiri?
Takkan hang nak nafi benda ni?
Hang boleh kata Kedah sekian lama tidak dipedulikan?
Dey, Kedah adalah antara enam negeri yang paling banyak dapat peruntukan, 50% dari jumlah, selain Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Yang paling penting, projek pembangunan infra di Kedah dan seluruh negara akan tetap berlangsung untuk 2025 dan tahun-tahun mendatang.
Duit kita bukan sebanyak Saudi untuk terus spend berbilion selesaikan dalam masa singkat.
Akan ada keutamaan, projek yang mendesak, di seluruh Malaysia yang perlu diberi tumpuan, tahun demi tahun.
Contohnya, projek tebatan banjir Kelantan, berbilion harganya. Kerajaan Pusat tetap komited untuk teruskan, sebab nak selesai terus masalah banjir rakyat Kelantan.
Atau hang rasa Afnan, elok bilion di Kelantan tu ditarik dan beri kepada Kedah? Nanti hang main isu rakyat Kelantan pulak ditindas. Macam tak kenai ja hampa semua ni.
La ni, infrastruktur di Kedah tidaklah seteruk mana, kalau dibanding dengan contohnya Sabah.
Sabah tu, setengah jam saja memandu dari Kota Kinabalu, dah jumpa lokasi yang infranya teruk. Kedah ni jauh lebih baik.
Janganlah buat muka minta kesian sangat seolah-olah kena tindas, meluat aih tengok.
Tapi ya lah, bila orang takdak idea nak perintah, cuma reti main sentimen, ginilah lagaknya.
Nak buat kerja, tak mampu fikir, tak kompeten.
Salahkan orang tu benda paling mudah buat bila nak tutup kelemahan diri sendiri.