Tindakan kerajaan menggantung perlembagaan NAFAS berkuat kuasa 1 November tahun lepas adalah untuk memastikan badan itu lebih cekap dan bantuan dapat disampaikan epada petani dengan lebih adil dan berkesan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, atas dasar itulah kerajaan mengambil langkah tegas menggantung perlembagaan NAFAS berkuat kuasa 1 November bagi menambah baik tatakelola dan pengurusan.
“Langkah ini bertujuan memastikan NAFAS berfungsi lebih cekap, bebas daripada penyalahgunaan kuasa, serta memastikan bantuan kepada petani disalurkan secara adil dan berkesan,” katanya Ketika berucap di Konvensyen AMANAH 2025 di Klang hari ini.
Katanya, Majlis Penasihat NAFAS yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zainal Rahim Seman, mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) akan merangka struktur baharu NAFAS dengan pendekatan tatakelola yang berintegriti.
“Dengan reformasi ini, NAFAS dijangka menjadi institusi yang lebih berkesan dalam mendukung industri pertanian dan menjamin keterjaminan makanan negara,” kata beliau.
No comments:
Post a Comment