Mahathir reaffirms promise to hand over premiership to Anwar
image:
Malaysia's Prime Minister Mahathir Mohamad (right) sits next to Malaysia's reform icon Anwar Ibrahim during a rally in Port Dickson on Oct 8, 2018. (AP Photo/Vincent Thian)
Read more at https://www.channelnewsasia.com/news/asia/mahathir-reaffirms-promise-anwar-premiership-11581982
Untuk kesekian kalinya, rasanya sudah lebih 15 kali, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.
Bercakap di Tokyo sempena lawatan rasmi ke negara tersebut, Tun Mahathir berkata, beliau tetap akan mematuhi janji yang telah dipersetujui itu, walaupun tiada tempoh masa yang ditetapkan.
“Saya telah bersetuju yang Anwar akan mengambil alih dari saya dan saya akan mematuhi dengan perjanjian saya.
“Semasa pembentukan gabungan PH, adalah dipersetujui bahawa ia akan diketuai oleh saya sebagai pengerusi.
“Kami juga berjanji sekiranya saya menjadi Perdana Menteri, penggal saya akan dihadkan ke beberapa tempoh, tetapi masa sebenar tidak dinyatakan,” tambahnya.
Tegas Tun Mahathir lagi, mungkin ada bantahan terhadap peralihan kuasa itu, tetapi menambah bahawa ia “adalah masalah mereka, bukan masalah kepada dirinya.”
Sebagaimana yang disebut pada awal tadi, ini adalah penegasan yang sudah melebihi 15 kali dinyatakan oleh Tun Mahathir berhubung janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.
Tetapi, meskipun penegasan itu kelihatan semakin kukuh, masih ramai yang curiga dengannya.
Ia, sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini di mana umpamanya jika seorang lelaki telah berjanji untuk bertunang selama dua tahun dengan seorang gadis, apabila melebihi tempoh setahun pertunangan itu, sepatutnya telah ada tarikh untuk majlis persandingannya.
Setelah lebih setahun bertunang, tentulah agak ganjil apabila silelaki tak habis-habis mengulangi janji akan berkahwin, tetapi tidak pula menetapkan tarikh yang khusus untuk majlis kenduri dan bersanding.
Yang ditunggu dan mahu didengar selepas lebih setahun bertunang ialah bilakah tarikh untuk berkahwin dan bukannya ulangan kata-kata akan berkahwin, akan berkahwin dan akan berkahwin.
Begitu juga dalam kes peralihan kuasa kepada Anwar ini, rakyat tidak mahu lagi mendengar Tun Mahathir terus mengulang-ulang janji akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar.
Perkara itu sudah terlalu kerap didengar oleh rakyat dan dinyatakannya sama ada di dalam negara mahu pun di luar negara. Pendek kata, seluruh dunia telah mendengarnya.
Rakyat kini hanya mahu tahu bilakah tarikh peralihan kuasa itu akan berlaku.
Saya pun sudah hampir letih menulis mengenainya. Dalam blog, melalui FB dan buku, sudah banyak kali saya menyentuh perlunya Tun Mahathir segera memilih tarikh yang sesuai untuk beliau berundur dan seterusnya Anwar mengambilalih teraju pentadbiran negara ini.
Harapnya selepas ini, minggu depan atau bulan depan, Tun Mahathir tidak lagi mengulang-ulang janji mahu menyerahkan jawatannya itu.
Sebaliknya, terus saja sebut satu tarikh untuk berlakunya peralihan jawatan itu.
Habis cerita, dengannya rakyat akan gembira, pembangkang ternganga dan PH boleh terus maju ke hadapan meneruskan agendanya. (Shahbudindotcom 31/05/2019)
Kerajaan Pakatan Harapan harus diberikan masa untuk mereformasikan pentadbiran negara selepas berjaya menumbangkan BN pada PRU14.
Exco Kerajaan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, apa yang berlaku pada pilihan raya lalu adalah manifestasi kekecewaan rakyat kepada kemusnahan yang dilakukan oleh kerajaan dahulu.
“Jelas kemusnahan yang dilakukan tidak dapat dipulihkan sekelip mata dalam masa setahun ini.
“Kerajaan Pakatan Harapan perlukan masa untuk mereformasikan pentadbiran negara dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan sesuai dengan prinsip Pakatan Harapan yang mendaulatkan undang-undang,” katanya.
Bekas Timbalan Ketua AMK itu berkata, Kerajaan Pakatan Harapan perlu berusaha dengan lebih giat lagi dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dengan kebijakan yang peduli rakyat.
“Setahun berlalu sudah pasti pelbagai pandangan dan pendapat dinyatakan baik bagi pihak rakyat ataupun pemimpin-pemimpin politik.
“Rakyat yang merupakan faktor terbesar tumbangnya BN sebagai parti pemerintah selama 60 tahun sudah tentu meletakkan harapan yang tinggi kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk membawa pembaharuan kepada negara,” katanya.
Walau pucuk pimpinan PAS dan Umno mendakwa kerjasama antara kedua-dua parti itu berjalan dengan baik, pemimpin akar umbi melihat perkara sebaliknya berlaku di Terengganu.
Pemimpin dan penyokong ini tidak dapat merasai kerjasama itu dan mengakui sukar untuk memulihkan hubungan antara kedua-dua pengikut parti Melayu itu.
Ibrahim Ahmad, seorang penyokong Umno yang tinggal di Kampung Mak Kemas, Bukit Payong berkata beliau malah melihat keadaan semakin tegang di antara penyokong kedua-dua parti.
“Mana ada hubungan baik? Pemimpin saja cakap macam itu tapi di sini sama saja. Sebelum dan selepas PRU14, kita tak rasa penyatuan ummah yang dicanangkan itu,” katanya.
Keadaan itu diperhatikannya berlaku di Kampung Mak Kemas apabila timbul dakwaan terdapat usaha memecat semua ahli jawatankuasa pengurusan masjid termasuk imam dan bilal.
Ibrahim, 65, mendakwa usaha itu dilakukan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu dilantik selepas PAS menguasai kerajaan negeri.
Ibrahim yang ditemui The Malaysian Insight di kampung itu berkata usaha yang dijalankan pada Mac itu bagaimanapun dibantah oleh kira-kira 200 jemaah masjid tersebut.
Kampung Mak Kemas terkenal sebagai kubu kuat Umno di Terengganu, terletak dalam kawasan Parlimen Marang yang diwakili Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Kampung Mak Kemas terletak bersebelahan dengan Kampung Padang Pak Su Man, yang majoriti warganya terdiri daripada penyokong PAS.
Kawasan ini menyaksikan pergeseran serius antara kedua-dua kelompok penyokong parti apabila perseteruan PAS dengan Umno di Terengganu memuncak sekitar 80-an.
Ia antara lain membawa kepada insiden kafir-mengkafir, solat jemaah dua imam dan pemulauan aktiviti antara kelompok parti yang menjadi tajuk utama laporan berita pada tahun-tahun tersebut.
Usaha MPKK menukar jawatankuasa masjid itu pula mengingatkan orang Kampung Mak Kemas mengenai tindak-tanduk PAS selepas berjaya merampas Terengganu pada 1999.
Ibrahim berkata beliau masih ingat tindakan anggota pentadbiran PAS mengunci kelas tadika Kemas setelah berjaya mengambil alih kerajaan negeri, kata Ibrahim.
“Kejadian itu berlaku di sini. Tadika Kemas ditutup dan kanak-kanak terpaksa belajar di luar,” katanya yang menceritakan semula kejadian sewaktu Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.
Ibrahim juga tidak percaya perseteruan di antara dua penyokong parti itu berakhir kerana surau yang dikuasai penyokong PAS itu tidak menunjukkan kemesraan.
“Surau PAS” yang hanya kira-kira 100 meter daripada masjid Kampung Mak Kemas itu tidak menjemput mereka jika ada aktiviti kemasyarakatan dilakukan, katanya.
“Surau itu sudah dua kali buat majlis buka puasa tapi tak pernah jemput orang sebelah sini,” katanya yang merujuk surau di Kampung Padang Pak Su Man.
Mengulas kecurigaan itu, jemaah surau PAS di kampung Pak Su Man pula berkata mereka tidak menjemput kariah kampung Mak Kemas kerana ia hanyalah majlis kecil-kecilan.
“Bukan kita tak nak jemput tapi kita buat kecil-kecilan saja, takut makanan tak cukup,” kata seorang anggota kariah, Zukri Talib, 53.
Beliau juga menjelaskan, isu mengenai usaha mengganti AJK masjid Mak Kemas itu juga disebabkan jawatan berkenaan diisi oleh penyokong Umno.
Usaha itu tetap dibantah anggota kariah di masjid Kampung Mak Kemas, Abdul Ghani Awang yang berkata AJK baharu tidak pernah menjejakkan kaki di rumah ibadat itu.
“Sebelum ini mereka tidak pernah (ahli PAS) datang masjid ini untuk ambil tahu tapi kenapa bila menang tiba-tiba nak masuk sini?
“Jadi mana penyatuan ummah yang digembar-gemburkan itu?” soal Abdul Ghani, 72 yang menjelaskan, jawatankuasa asal masjid itu masih dikekalkan susulan bantahan.
Sementara itu, seorang penyokong PAS yang hanya mahu dikenali sebagai Ayub berkata bukan mudah untuk akar umbi memadamkan permusuhan dengan Umno.
Katanya, mereka akur dengan arahan pucuk pimpinan PAS untuk berbaik-baik dengan penyokong Umno tetapi melihat kemesraan itu masih “jauh panggang dari api”.
“Kita penyokong akan akur saja tapi itulah bak kata orang, situasi sebenarnya dekat Terengganu ini macam jauh panggang dari api.
“Mungkin sebab kita dah berpuluh tahun tak baik, tiba-tiba kena baik, kekok sikit dan sudah tentu perlu masa tapi hubungan itu tidaklah kritikal sebelum PRU14,” katanya.
Tambahnya, mereka lebih mudah menerima penyokong Amanah yang lebih diterima berbanding penkafiryokong Umno.
“Ahli Amanah kita boleh terima sebab mereka ini dulu rakan seperjuangan, adik beradik susah senang bersama cuma sekarang pendirian berbeza.
“Kalau bergaduh pun kejap saja berselisih sikit tapi kita tak buang ahli keluarga kita hanya kerana berbeza pendirian,” katanya.
Kalangan pemimpin Pakatan Harapan Terengganu, pula menjangka akan mendapat untung daripada usaha kerjasama Umno dan PAS di negeri itu.
Timbalan Pengerusi PH negeri Azan Ismail berkata kerjsama tersebut akan melemahkan kedua-dua parti PAS dan Umno kerana tidak akan dapat diterima oleh penyokong parti di negeri pantai timur.
“Ini kerana sebahagian besar ahli PAS selama berpuluh tahun mereka bina kepercayaan tidak boleh terima amalan Umno kerana sifat nepotisme dan tidak meletakkan agama sebagai keutamaan,” kata pengerusi PKR negeri itu.
Katanya bagi penyokong Umno juga tidak dapat menerima PAS kerana melihat amalan agama parti itu melampau, seperti Amanat Hadi yang membawa kepada pemusuhan pada tahun-tahun 1980-an.
“Sebab itu di Pantai Timur kita mungkin akan menang (PRU15) sebab kesan itu terbalik tidak sama seperti di pusat,” katanya.
Pada masa sama beliau berharap rakan politik dalam PH Amanah dan Bersatu untuk lebih memainkan peranan menarik ahli Umno dan PAS keluar daripada parti tersebut.
“Kita masih berharap peranan parti Amanah berjaya menarik ahli PAS kerana itu motif penubuhan agendanya. Sama seperti Bersatu, tarik ahli Umno,” katanya.
Jelasnya, PKR tiada masalah dengan usaha seperti itu kerana parti tersebut sememangnya terdiri daripada ahli berbilang kaum sejak dari awal penubuhannya
ULASAN: Istilah yang diguna ialah infaq wajib Ramadan.
Mengapa guna istilah itu? Kenapa tak guna istilah zakat fitrah?
Tentulah ada pihak yang bagi nasihat, jika istilah zakat fitrah diguna, itu salah dari sudut undang-undang.
Sebab, hanya pihak berkuasa agama negeri sahaja yang layak memungut zakat fitrah. Pihak lain semuanya tak boleh.
Oleh kerana mereka berpendapat kumpulan mereka layak kutip zakat fitrah, maka mereka berusaha untuk kutip zakat itu.
Jika mahu dikutip dengan nama zakat fitrah, salah dari sudut undang-undang, maka digunalah istilah infaq wajib Ramadan.
Istilah infaq wajib Ramadan diguna pada sepanduk, resit kutipan, penyata kewangan atau minit mesyuarat supaya tidak dianggap melanggar undang-undang.
Tapi dari sudut praktikal, sebenarnya adalah zakat fitrah kerana mereka memang berniat memungut zakat fitrah.
Pembayar juga berniat zakat fitrah, dan jika ada lafaz, memang disebut, “Ini zakat fitrah ana dan semua tanggungan yang wajib ke atas ana.”
Kenapa semasa berlafaz tak guna istilah infaq wajib Ramadan.
Pertama, mungkin bimbang tidak sah sebab istilah yang masyhur ialah zakat fitrah. Kedua, infaq wajib Ramadan dan zakat fitrah adalah perkara yang sama bagi mereka.
Begitulah cara tengkuk agama dipulas. Untuk mengelak daripada kena tindakan undang-undang, diguna nama yang berbeza. Untuk dapat duit pula, dianggap maksudnya adalah sama.
Nanti ada episod kedua untuk isu ini yang kalau saya rajin saya akan tulis.
Sesiapa suka duit percuma ni cume geng penyokong UMNO BN dan PAS, kemaruk bantuan ciput, tahu nak untung je, bab kerugian diorang tak peduli, memang setan betul, dah diajar sejak merdeka dengan babtuan dedak ciput.
Durian runtuh, durian kepala bapak nya, takda untung pun nak bagi bonus dan durian runtuh.
Ini lah sebab jadi pemalas penyokong UMNO terutama nye melayu yg tinggal di luar bandar, mengharapkan bantuan ciput.
Pemimpin nya dapat BRIM BROMMM RM 42 juta, 3 juta, 90 juta, 3.5 juta dll.
Siapa sebenarnya "Syaitan Bisu yang Pengecut"? Oleh Ahmad Sayuti Bashiron 1. Kelmarin Tok Guru Presiden Pas itu menulis lagi, berjela, mendesak siapa pun sahaja yg dah masuk party itu "wajiblah kekal selamanya" dalam party itu, wajib yakin, wajib walak/taat apa jua keputusan pimpinan party, jangan pertikai apa pun keputusan yg dibuat. 2. Pelbagai ayat, hadith dikumpul demi mengatakan haramnya keluar party itu, yg disebutnya sbg khianat, dan bakal menerima azab Allah. 3. Akhirnya sekali di hujung karangan itu, Tok Guru politik itu hukumkan siapa sahaja yg keluar party itu sebagai "syaitan bisu yg pengecut"...; "..mereka yang telah meninggalkan perjuangan Islam tanpa pedulikan wala’ dan taat kepada jemaah menjadi syaitan-syaitan bisu yang pengecut terhadap musuh dan berani terhadap Islam". Tok Guru & dendam kesumat politiknya https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157111939769876 4. Hakikatnya walau dah masuk tahun ke-4 ramai pimpinan utama dan ahli party Tok Guru itu meninggalkan party lama itu, dan sebahagiannya menubuhkan Amanah sejak 2015, nampaknya Tok Guru politik itu masih kekal menyimpan dendam kesumat, ammarah membara dalam hati tanpa henti terhadap Amanah & Pakatan Harapan. 5. Semua masih ingat, di awal teguran pada kepimpinan party sejak pengkhianatan Tok Guru cuba-cuba bersama Umno dalam gelap digagalkan di awal 2008 hinggalah 2014, Tok Guru politik itu pernah berkata; (a) Party itu akan dibersihkan Tuhan bila mereka yg kotor itu telah lari keluar party. Katanya itu adalah process pembersihan yg Allah lakukan. Cabarnya silalah keluar tubuhkan party baru, dan janganjadi nyamuk yg buat bising (menegur dan mengkritik) Pas! (b) Tak lama selepas itu, tatkala ramai pula meninggalkan party itu dan tubuhkan Amanah, marahnya sudah dihala ke perkara lain pula, dan bertindak mengugut barang siapa yg sudah keluar Pas dan masuk Amanah itu WAJIB lah masuk semula ke Pas, atau mereka akan dihapuskan. 6. Sejak itulah Tok Guru itu tak henti-henti menggunakan pelbagai nama dan perumpaan binatang sebagai jolokan pada mereka yg tidak bersetuju dgn tindakan Tok Guru politik tersebut. Saya, rakyat tertanya... Apa yg Tok Guru mahukan sebenarnya? 7. Dalam Tok Guru mencemuh, maki, label dgn pelbagai nama binatang pada bekas kepimpinan & ahli yg Tok Guru anggap musuh Islam itu, tak pernah pun sekali Tok Guru ber-musahasabah pada diri sendiri dan pada setiap kata atau tindakan yg Tok Guru lakukan selama itu? 8. Lupakah Tok Guru bahawa pengkhianatan sebenar & paling besar dalam sejarah organisasi politik Tok Guru itu berlaku klimaknya pada 5 Jun 2015 apabila Tok Guru sendiri keluarkan arahan paling veto pada Muktamar party di Kuala selangor itu untuk paksa party itu wajib tinggalkan Pakatan Rakyat tanpa sedikit pun Tok Guru mahu akur atau mendengar pandangan majority Muktamar yg membantah veto Tok Guru pada hari itu. Apakah itu bukan pengkhianatan namanya Tok Guru? 9. Tak malukah Tok Guru, selama ini Tok Guru berkata tak pernah dalam sejarah mana-mana gerakan Islam dunia yg berlaku khianat pada perjanjian. Tapi akhirnya sejak 2015 itu Tok Guru sendirilah yg menunggang party itu untuk mulakan satu FITNAH terbesar apabila sanggup berbohong dan mungkiri pelbagai janji bertulis pada ahli dan penyokong party dan Pakatan Harapan yg sudah lama termetrai. 10. Dan sipa sangka rupanya Tok Guru ajak tinggalkan Pakatan Rakyat itu untuk Tok Guru bercumbuan bersama Umno atas perjuangan bangsa * agama yg mereka umpankan Tok Guru selama ini. 11. Walhal Tok Guru langsung sedikit pun tak berani (pengecut) untuk bentangkan apa jua hujjah atau fakta untuk menyokong tindakan khianat Tok Guru itu... 12. Tok Guru pasti ingat, Ramadhan 4 tahun sudah, dalam program terakhir party itu yg saya hadiri di Shah Alam, saya bangkit bertanya Tok Guru, "...apakah sebenarnya sebab yg Tok Guru sanggup putuskan secara veto hubungan dgn DAP / PRmasa itu tanpa mahu patuh langsung pada keputusan syura masa itu?" 13. Tok Guru menyepi. Dah 4 tahun masih tak berani melontarkan apa jua jawapan atau hujjah berfakta untuk soalan itu. Apa yg Tok Guru sebut hanyalah "putus sebab DAP anti Islam dan tolak hudud...". Maka ahli wajib walak & taat sahaja. Itukah saja hujjah seorang Tok Guru politik? Tok Guru tak berani untuk berhujjah balas, atau rasa kecut utk berhujjah? Tidakkah Tok Guru berasa atas segala cerca, makian dan hukuman zalim yg Tok Guru lontarkan selama ini, sebenarnya semua itu dah pulang kena pada batang tubuh Tok Guru sendiri KAFFARAHNYA...? w'alam. p/s - sebenarnya Ramadhan ini adalah bulan untuk melatih mengawal nafsu ammarah kita... Selamat beribadah malam 27..!