MGID

Peningkatan mendadak pengundi tentera di Kluang timbulkan keraguaan



JOHOR BAHRU,  1 jUN : Wujud peningkatan hampir dua kali ganda tuntutan daftar pemilih di kem tentera dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku pertama 2017 bagi kawasan Parlimen Kluang berbanding tahun lalu, kata Adun Mengkibol, Tan Hong Pin.
Berdasarkan RDPT berkenaan, katanya, sebanyak 1,184 tuntutan daripada anggota tertera atau pasangan berlaku di kawasan Parlimen terbabit berbanding 614 tuntutan yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang 2016.
“Angka ini sangat mencurigakan jika dibandingkan dengan pendaftaran pemilih anggota tentera atau pasangan di parlimen Kluang untuk keempat-empat suku tahun yang lalu pada 2016.
“Jelas kelihatan bahawa senarai tuntutan yang dipamerkan oleh SPR untuk RDPT suku tahun terbaru ini adalah lebih kurang dua kali ganda berbanding dengan jumlah anggota tentera yang didaftarkan untuk sepanjang tahun 2016,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Perbandingan itu, katanya, memberikan mesej yang membimbangkan mengenai usaha untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) di Kluang dengan menggunakan pemilih tentera yang selama ini dianggap sebagai undi simpanan tetap gabungan parti pemerintah itu.
“Adakah ini merupakan suatu usaha atau percubaan terakhir pihak parti pemerintah untuk memasukkan pemilih yang lebih berpotensi mengundi mereka supaya mereka sempat menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,” katanya.
Mengambil kira sikap terburu-buru SPR yang mahu mendaftarkan lebih ramai pemilih tentera itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Johor justeru menjangkakan PRU-14 semakin hampir dan berkemungkinan berlangsung selepas suku ketiga tahun ini.

AUKU jadikan universiti seperti kilang, reban ayam



KUALA LUMPUR, 1 Jun : Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dicipta dan diluluskan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk mengekang dan menimbulkan perasaan takut dalam kalangan mahasiswa.
Ekoran itu, Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, institusi pengajian tinggi di negara ini gagal menghasilkan mahasiswa yang berketerampilan.
“Maknanya universiti seperti (sudah) jadi macam satu kilang atau reban ayam yang tak (mengalakkan) berfikir.
“Mengapa kita tidak membenarkan, memeriahkan masyarakat (untuk berbeza pandangan). Ia akan menimbulkan idea-idea yang segar daripada perbezaan itu. Ini yang saya fikir kita perlu perjuangkan,” katanya dalam wawancara Helo Roket baru-baru ini.
Mengikut perangkaan kerajaan, lebih kurang satu perempat daripada graduan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini gagal mencari pekerjaan.
Manakala bagi mereka yang berkerja pula, 45 peratus meneri gaji bukan RM1,500 atau kurang.
Justeru, Dr Aziz yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor berkata, undang-undang seperti AUKU tidak diperlukan dalam sebuah negara yang membangun seperti Malaysia.
“AUKU itu sendiri wujud pada tahun 1971 sedangkan kita merdeka pada tahun 1957 maknanya undang-undang ini dibuat selepas merdeka apabila kerajaan menyedari bahawa mahasiswa menjadi suatu ancaman kepada mereka (kerajaan) dan juga kepada tenaga akademik.
“Dan ini saya fikir perkara yang tidak harus berlaku dalam negara yang membangun,” katanya.
Malah, katanya lagi, universiti telah menyimpang jauh daripada konsep asalnya iaitu mengembangkan ilmu dan menjunjung tinggi kebijaksanaan.
“Ini yang saya fikir menyedihkan dan tragis, kita membelanjakan berbilion-bilion wang rakyat untuk menubuhkan universiti (tetapi) sudahnya kita berhadapan dengan profesor yang dipersoal kredibiliti mereka.
“Malah, berhadapan dengan generasi mahasiswa yang kononnya tidak ada kualiti, payah cari kerja dan sebagainya,” ujarnya. 

Bagaimana SPR boleh tercicir hampir 28,000 nama pemilih?


KUALA LUMPUR, 1  Jun : Timbul keraguan terhadap pertambahan sebanyak 28,416 pengundi di bawah prosedur tuntutan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suka tahun pertama 2017.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, perkara itu tidak dimaklumkan melalui kenyataan media seperti mana kebiasaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghebahkan mengenai pameran RDPT.
Melalui hasil semakan lanjut, beliau mendapati SPR menggunakan peruntukan Seksyen 14 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang jarang digunakan dan kurang diketahui bagi tujuan pertambahan tersebut.
Peruntukan itu, katanya, membenarkan pengundi baru, yang namanya tercicir daripada daftar pemilih atau berlaku kesilapan berkaitan nama dan alamat, ditambah atau diperbetulkan dalam senarai yang dikemas kini.
Namun, katanya lagi, adalah sukar untuk mempercayai SPR terlupa untuk memasukkan lebih 28,000 pengundi dalam RDPT bagi suku tahun pertama 2017.
“Mengapa SPR tergesa-gesa ingin memasukkan nama berkenaan dan tidak menunggu sehingga pameran awam dalam RDPT bagi suku tahun kedua 2017.
“Adakah kerana SPR mahu memastikan semua pengundi berkenaan berada dalam rang daftar pemilih sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) berlangsung pada September?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Melalui analisis lanjut, katanya yang juga Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, pertambahan sebanyak 1,170 pengundi di Selangor kebanyakannya melibatkan anggota tentera atau pasangan.
“Saya tidak membantah penambahan pengundi tentera dalam rang daftar pemilih. Sebaliknya mempersoalkan prosedur yang digunakan untuk membolehkan nama mereka ditambah,” ujarnya.
Beliau telah menulis surat kepada Pengarah SPR Selangor bagi menuntut penjelasan mengenai pertambahan pemilih tersebut.
“Kegagalan SPR memberikan penjelasan yang memuaskan akan menjejaskan kepercayaan awam terhadap integriti agensi tersebut,” tegasnya. 

TIDAK BERKENAN DENGAN AHMAD AWANG, USTAZ TIDAK BERTAULIAH BERCERAMAH?

LOGO RASMI PAKATAN HARAPAN DIDEDAH JUMAAT DEPAN

(function() { var d = document, w = window; w

ANWAR DAN SKIM SISWAZAH MENGANGGUR 80AN-.- KINI IANYA DIPERKENALKAN DI PORT DICKSON UNTUK PETANIAN MODEN

  Sekitar 1986, ketika beliau menjadi menteri pertanian, beliau telah melancarkan siswazah tani. Lebih kurang macam itu.Masa tu banyak mahas...