PRK ADUN RUNGKUP DAN MANONG BAKAL GULINGKAN KERAJAAN PERAK

PRK ADUN RUNGKUP DAN MANONG BAKAL GULINGKAN KERAJAAN PERAK

Dua Adun BN Perak bakal kehilangan kerusi kerana melanggar artikel 30 perlembagaan negeri Perak berikutan saman dikemukakan calon Pas, Jamil Dzulkarnain dan Misbahul Munir Masduki.

Saman difailkan Jamil Dzulkarnain terhadap Adun Manong, Mohamed Kamil Shafie, sementara satu lagi difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Kedua Adun BN itu tidak menjadi penduduk negeri Perak semasa hari pengundian, seperti ditetapkan didalam artikel tersebut.

“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” kata Robin Lim salah seorang peguam mewakili plaintif dalam kes tersebut.

Dalam tuntutan saman tersebut Jamil dan Misbahul Munir menyatakan, perkara itu dapat disahkan melalui alamat yang tertera di MyKad mereka yang mengesahkan bahawa mereka berdua bukan penduduk tetap negeri tersebut.

Melalui saman tersebut, Jamil dan Munir mahu mahkamah mengisytiharkan kedua-dua Adun tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil rakyat serta menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menyatakan, jika permohonan kedua-dua pemohon tersebut dipersetujui oleh mahkamah, maka kemenangan kedua-dua Adun tersebut akan terbatal dan pilihan raya semula perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

VIDEO: KHUTBAH YANG HEBAT MASJID BATU PERMATANG PAUH


PROGRAM BACK TO SCHOOL INDERA MAHKOTA

Program pengagihan baucar pembelian untuk program ‘Kembali Ke Sekolah’ peringkat Dun Semambu anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Pejabat Adun Semambu yang diadakan di perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota.
Setiap penerima diberikan baucar pembelian bernilai RM70 dan satu beg sekolah. Sejumlah 270 baucar telah diedarkan.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang menyumbang bantuan kewangan dan barangan, serta para sukarelawan yang menjayakan majlis ini.