KEH KEH KEH.

Che Ibrahim.


 Adakah seruan berjuang dalam konteks pilihanraya hari ini boleh sampai ke tahap "syahid"?







Kematian dalam Peristiwa Memali pun kita tidak sepakat dlm kesyahidannya, alik kerajaan masa tu memfatwakan sebagai "syibhil bughah". 


Begitu juga kematian dalam Peristiwa Al Maunah di Sauk, ada yang dakwa sebagai mati syahid, tapi kerajaan kata satu "Pengderhakaan Kepada YDPA". 


Jauhilah politik melampau yang boleh menjadi racun kepada keharmonian dan perpaduan, yang akan membawa kepada kemusnahan.



SIDANG MESIA RETIS VS RAFIZI

 


JOB


Khairil Azri


Baru sempat tengok video sidang media Caprice, rentetan perihal isu “pendedahan” yang dia buat sebelum ini berkaitan Rafizi. 


Aku ringkaskan supaya korang takpayah bazir masa macam aku.

.

1. Caprice maklumkan dia telah melantik peguam untuk menguruskan isu undang-undang yang melibatkan Rafizi.


2. Satu notis tuntutan telah dihantar kepada Rafizi melalui e-mel sekitar jam 1.00 hingga 2.30 petang.


3. Dalam notis tersebut, Rafizi diminta supaya menurunkan atau memadam semua kandungan berkaitan Caprice sebelum jam 5.00 petang hari yang sama.


4. Notis itu juga meminta satu permohonan maaf dibuat secara terbuka.


5. Caprice menyatakan notis tersebut dibuat kerana beliau mendakwa kandungan yang dimuat naik oleh Rafizi bersifat fitnah terhadap dirinya.


6. Caprice turut menyebut bahawa jika kandungan tersebut tidak diturunkan atau dipadam dalam tempoh yang ditetapkan, beliau akan meneruskan tindakan saman terhadap Rafizi.


7. Caprice menegaskan beliau tidak pernah menyebut, menuduh atau mengaitkan Rafizi dengan angka RM2.5 bilion.


8. Caprice menyatakan beliau tidak pernah membuat sebarang tuduhan secara langsung terhadap Rafizi.


9. Menurut Caprice, kandungan yang dibuat olehnya sebelum ini hanyalah berbentuk soalan dan pertanyaan.


10. Caprice menyatakan soalan-soalan tersebut bertujuan untuk mendapatkan penjelasan dan bukan untuk membuat tuduhan.


11. Caprice menerangkan kepada media bahawa beliau memang secara konsisten membangkitkan dan membuat liputan isu-isu negara melalui media sosial, termasuk isu seperti GISB serta isu awam melibatkan individu seperti PU Azman, sebagai sebahagian daripada pendekatan beliau menyentuh perkara yang melibatkan kepentingan awam.


12. Caprice juga ambil peluang terang sekali lagi kenapa dia timbulkan persoalan² yang dia sebut dalam video dia sebelum ini, dengan menunjukkan tangkap layar SSM, pautan berita dan gambar gambar yang mengaitkan Rafizi dengan seorang individu bernama Lee Chu Boo.


13. Caprice menyatakan beliau tidak mahu ditarik ke dalam konflik atau perang politik sedang berlaku.


14. Caprice menjelaskan bahawa beliau bukan ahli politik dan tidak mempunyai kepentingan politik.


15. Caprice menyatakan kesediaan untuk berjumpa Rafizi dan menyelesaikan perkara ini secara baik di luar mahkamah.


16. Caprice turut menyebut perkara ini berlaku dalam bulan Ramadan, jadi dia secara terbuka minta maaf dan mengajak supaya isu ini diselesaikan secara damai(tidak proceed saman).


17. Di bahagian akhir sidang media, Caprice menunjukkan sejambak bunga ros merah yang disediakan untuk Rafizi sebagai tanda perdamaian.

.

.

Bonus:

1. Caprice puji SPRM sebab dapat tangkap banyak jerung, buat kerja yang bagus.


2. Caprice gambarkan ada elit(dia guna perkataan jerung besar, game) luar sana cuba naratif tertentu dan panggil Bloomberg sebagai media zionism


3. Caprice sebut pemilik bloomberg dengan Netanyahu adalah bestfriend, persoal kenapa tak pernah cover berkenaan Netanyahu.


4. Caprice ajak rakyat Malaysia kenapa kita nak percaya media yang dimiliki oleh orang yang baik dengan orang orang jahat seperti ini,.apakah Bloomberg peduli perihal kemanusiaan dan rasuah?


5. Caprice sebut setiap media ni ada bias, di Malaysia, ada media berat sebelah Cina, ada media ada media sebelah PAS, ada media berat sebelah BN. (Dia taknak sebut sebab takut kena saman katanya). Takkan Bloomberg ni jadi alim?


Seolah dia bertanya Bloomberg ni berat sebelah(buat Job) mana? Takkan tak ada agenda?


TAMAT.





ORANG LAMA YANG MEMBINA PKR LAGI HAMPA.

 

Norman Daud.



Sejujurnya saya agak kecewa dengan keadaan hari ini.






Di sebalik kemelut besar yang sedang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan juga tekanan dalam Perikatan Nasional, fokus sebahagian ahli Keadilan pula masih lagi untuk bergocoh sesama sendiri.


Disaat musuh kelihatan lemah, kita tidak mengambil peluang ini untuk memperkukuhkan sokongan akar umbi. Sepatutnya inilah masa untuk merapatkan saf, memperkemas jentera dan menawan keyakinan pengundi atas pagar.


Sebaliknya, kemelut Team Hiruk dan Team Damai masih belum menunjukkan tanda reda.


 Masing-masing terus melancarkan serangan, seolah-olah kemenangan peribadi lebih penting daripada kestabilan parti. Sedangkan yang sebenarnya terluka ialah Presiden kita dan parti sendiri.


Apa sebenarnya keutamaan kita?


Jika parti bukan lagi keutamaan, maka berundur itu lebih terhormat. Jangan menabur garam ke luka yang sedang cuba kita sembuhkan.


Sebelah pihak lain pula tidak perlulah melayan setiap provokasi. Setiap respons yang emosional hanya membesarkan isu dan memberi kesan kepada pandangan umum terhadap parti kita.


 Politik ini bukan pertandingan ego. Ia amanah.


Kita bukan parti kecil yang boleh bergaduh tanpa implikasi. Kita adalah tunjang kerajaan hari ini. Presiden kita ialah Perdana Menteri Malaysia. Serangan terhadap DS Anwar Ibrahim tidak pernah berhenti. Isu ekonomi diputar. Isu institusi diprovokasi. Isu kaum dan agama dimainkan tanpa henti. Lawan faham satu perkara..jika Presiden kukuh, kerajaan stabil.


Sebab itu mereka menyerang bertali arus.


Namun ketika mereka menyusun peluru politik, kita pula sibuk membuka ruang dari dalam. Lihat apa yang berlaku kepada Bersatu sebelum ini. Pergolakan dalaman melemahkan struktur. Keyakinan akar umbi merosot. Kita mahu ulang kesilapan yang sama?


PRU semakin hampir. Ini bukan masa mengira siapa lebih dominan dalam mesyuarat cabang atau siapa lebih kuat di media sosial. Ini masa untuk kita perkukuhkan parti.


Parti ini perlukan fokus. Perlukan kekuatan. Perlukan kesepaduan.


Apabila kita bercakaran, yang bertepuk tangan bukan ahli sendiri. Yang tersenyum ialah lawan.

Akar umbi memerhati. Pengundi atas pagar menilai. Mereka tidak peduli siapa menang dalam konflik dalaman. Mereka mahu lihat kestabilan, disiplin dan hala tuju yang jelas.


Jika benar parti ini rumah perjuangan kita, letakkan parti di atas kepentingan peribadi. Jika benar kita mempertahankan Presiden, hentikan tindakan yang hanya melemahkan kedudukannya.


Musuh tidak akan menunggu kita selesai bergaduh.


Soalnya sekarang, kita mahu jadi benteng atau beban?