AKHIRNYA NAJIB KECUNDANG


‘Wallahi, wabillahi, watallahi,’ Najib bersumpah dalam mahkamah!

‘Wallahi, wabillahi, watallahi,’ Najib bersumpah dalam mahkamah!

“WALLAHI, wabillahi, watallahi, saya tidak mempunyai pengetahuan berhubung RM42 juta itu,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika diberi peluang untuk merayu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.
Menurutnya, beliau tidak meminta, tidak ditawarkan wang itu dan tiada bukti serta saksi berhubung perkara itu.
Kes ditangguhkan untuk keputusan sebentar lagi.
Muktamad!! Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta

Muktamad!! Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada Najib Razak dan denda RM210 juta atas salah guna kuasa.
Bagi tiga pengubahan wang haram dan tiga tuduhan pecah amanah, setiap pertuduhan membawa hukuman penjara 10 tahun.
Semua hukuman penjara dijalankan serentak. Tidak ada denda untuk tuduhan pengubahan wang haram.

Muhyiddin tersenyum puas bila Najib dihukum, dakwa AMT Umno

Muhyiddin tersenyum puas bila Najib dihukum, dakwa AMT Umno

Penjara 12 tahun, denda RM210 juta untuk Najib walau bersumpah dengan nama Allah

Penjara 12 tahun, denda RM210 juta untuk Najib walau bersumpah dengan nama Allah

KEPUTUSAN KES SRC INTERNATIONAL ADALAH KEMENANGAN RAKYAT


Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah mendapati Dato’ Sri Najib Razak bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Keputusan ini adalah satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia. Proses pengadilan ini pasti tidak akan bermula sekiranya rakyat tidak bangkit untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan dan mengalahkan Barisan Nasional pada PRU14. Malah bila disoroti sejarah isu ini, masalah urus tadbir 1MDB dibangkitkan kali pertama di Parlimen oleh YB DS Anwar Ibrahim pada 2011.
Majlis Presiden merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam proses ini, termasuk mantan Peguam Negara yang telah memulakan proses perundangan ini.
Majlis Presiden menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk meneliti dan menelurusi penghakiman yang telah dibuat hari ini.
Majlis Presiden berpendirian bahawa reformasi institusi menyeluruh perlu dilaksana untuk memastikan iklim politik yang memungkinkan kebobrokan dan kerosakan besar yang berlaku pada zaman pentadbiran Barisan Nasional tidak berulang lagi. Ini hanya boleh dilakukan dengan pengembalian mandat rakyat ke tempatnya.
YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat
(KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara
(AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
28 Julai 2020.

AMANAH BUAT LEBIH BAIK DARIPADA RUU 355

KEPUTUSAN NAJIB BUKTI KEBEJATAN UMNO


Penerangan KEADILAN menyambut baik keputusan mahkamah yang mensabitkan salah terhadap DS Najib dalam 7 pertuduhan yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Ini sebenarnya jumlah kecil daripada banyak lagi kes melibatkan DS Najib terutamanya 1MDB yang telah mula dibangkitkan oleh KEADILAN, khususnya DS Anwar Ibrahim sejak tahun 2011 lagi di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
Keputusan hari ini juga dicapai melalui kebebasan sistem kehakiman, prinsip yang diperjuang dan menjadi sebahagian asas penubuhan KEADILAN. Kita akan terus berjuang memastikan reformasi institusi dilaksanakan dan dipertahankan serta terus menambah baik persekitaran demokratik seiring dengan tata kelola kerajaan yang baik.
Penerangan KEADILAN, bersama rakan-rakan di blok pembangkang percaya rakyat kini sudah tidak boleh dimomokkan dengan pelbagai ancaman dan fitnah. Kami akan terus bersama dan berikhtiar mengembalikan mandat rakyat untuk membolehkan reformasi menyeluruh dilaksanakan di segenap peringkat.
Kami yakin rakyat mahukan reformasi dan akan terus menyokong pemimpin dan parti yang komited dengan agenda ini.
YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Penerangan
Parti KEADILAN Rakyat
28 Julai 2020.

TAK LEH BLAH...Pemimpin Pas turut hadir, baca doa untuk Najib


Image may contain: 2 people, people sitting, shoes and outdoor


Pemimpin dan ahli Pas turut hadir memberikan sokongan kepada Mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Antara pemimpin yang hadir ialah Yang Dipertua Pas Kawasan Pekan, Abu Kassim Manap bersama pimpinan kawasan serta beberapa ahli Pas lain.
Ditanya berkenaan keputusan Najib, beliau berharap keputusan bekas perdana menteri itu tidak dicampur oleh politik.
“Saya harapkan kemenangan yang adil, tiada campur tangan. Saya yakin Bossku (Najib) akan baik baik sahaja. Insya-Allah,” katanya lapor Malaysiakini.
Dalam satu video yang dikongsikan di laman Facebook, pemimpin yang hadir juga telah mengetuai bacaan doa bersama Najib.
Mereka berdoa agar Najib diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi serta memberi kemenangan yang besar kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

RAKYAT MENGUNDI PARTI, BUKAN BATANG TUBUH AZMIN, ZURAIDA

RAFIZI PUAS HATI

Saya jarang ulas mengenai politik sekarang.
Tapi sebahagian besar masa saya sebagai Ahli Parlimen dihabiskan berdepan dengan skandal 1MDB dan SRC.
Saya tak pernah berharapkan apa-apa dari usaha itu, tapi hari ini saya rasa segala kesusahan itu berbaloi.
Syabas Malaysia

KRISIS NEGARA GREECE BOLEH JADI PENGAJARAN BERGUNA BUAT MALAYSIA.


How Greece Is Stopping China's Plan For World Domination






1) Negara kecil Mediteranean yg hampir bangkrap ini turut diperangkap dgn "CCP Debt Trap". Mereka mengalami krisis hutang yg dahsyat sehingga hampir-hampir muflis. Sestgh pendpt kata sudah muflis sebelum CCP invest berbillion dollars utk pelabuhan mereka mcm CCP lakukan di Sri Lanka dan Zimbabwe.

2) Krisis hutang Greece ini berjaya MULA pulih pd tahun 2018. Yg menariknya krisis politiknya ada sedikit persamaan dgn Malaysia. Di antara tempoh krisis hutg (2010-2018) pada tahun 2015, parti pemerintah iaitu ND tewas teruk kpd Pembangkang iaitu parti Syriza.

3) Kini, yg memerintah Greece skrg ialah ND semula selepas Syriza ditewaskan utk kembali jd pembangkang dlm pilihanraya 2019. Begitulah dinamiknya politik negara kecil pelancongan dan maritime dgn 10 juta penduduk ini. Tak perlu pun Tebuk Atap, tak perlu masuk ikut Pintu Belakang, bersabar utk pilihanraya seterusnya.

4) Di Malaysia keadaan jadi berantakan kerana Pembangkang pasca PRU14 telah Tebuk Atap dan menyokong PNkhianat gara2 tak sabar nak tunggu PRU15. Tapi dpt KERAMITA yg sungguh tidak stabil dan mencipta Trust Deficit yg teruk. Sbb perangai PNyamunlah mereka ambil kesempatan. Jika mereka ada prinsip, mereka akan biarkan Kerajaan PH selesaikan masalah sokongan dan dalaman utk ganti PNkhianat yg cabut lari. Yg PM ketika itu pun ngok jugak, letak jawatan walau YDPA nasihat jangan, sbb boleh runding lagi. Tapi letak jawatan juga lalu YDPA punya hak utk menentukan siapa dpt sokongan majoriti. Akhirnya baginda pilih Abah, tarak guna nak marah, diri sendiri patut juga dipersalah.

5) Kemudian, di kalangan parti yg telah dijatuhkan sanggup bergaduh dan menghina pemimpin sendiri allout sbb kelupoq nak jadi kerajaan cara Pintu Belakang juga dgn Menunggang Retorik dan menjual nama rakyat, kununnya demi mandat rakyat. Mandat rakyat Atuk depa. Sebenarnya mandat "perut" hgpa. 2x5 shj perangai mcm PNkhianat, akan menyusahkan YDPA, rakyat dan negara sbb tak sabar nak tunggu PRU15.

6) Kerja nak kumpul SD jadi kerajaan semula walau dgn hanya 112 ni kerja sia-sia. Sbb Abah Yiddin BUKAN SETOLOL PM yg lalu utk letak jawatan. Dia tak akan letak jwtan dan mudah2 nak serah kuasa. Dia akan nasihat YDPA bubar Parlimen. Masa tu kita dah bersedia ke? So jadi KERA shjlah tanpa jaan sambil terpaksa masuk Snap Election tanpa bersedia dgn permuafakatan.

7) Apapun....kisah Greece sepatutnya jadi pengajaran buat Malaysia. Pertama, jgn berhutang dan berhutang dan terus berhutang melepasi 55% KDNK atau di luar kemampuan negara.

8) Kedua, jangan jatuh ke dalam Debt Trap CCP. Berhati-hati dalam berurusan dgn komunis itu sebagai Contoh :- ECRL yg nak tebuk semula banjaran kuartza. Apa mineral atau galian yg ada dlm antara kuartza tertua di dunia itu? Mungkinkah Plutonium berkualiti tinggi atau bongkah emas di bawahnya? Itu kena tanya Geologist France yg pernah membuat kajian dan siasatan.

9) Ketiga, sabar dan gentleman la tunggu PRU seterusnya biar rakyat tentukan siapa yg akan dapat mandat yg segar bugar bukan yg dah hancur berderai bila yg sekoq tu letak jawatan tanpa tunggu YDPA siasat atau tanpa Dewan Rakyat tentukan bilangan. Toksah kalut sangat, biaq KERAMITA hadap semua masalah ekonomi kita kritik yg benar shj. Itu lah pembangkang berwibawa. Nak kata berprinsip kalu, suka hati mak bapak hgpa lah.

10) Di sebalik segala kerja politik tak berprinsip oleh KERAMITA mereka tak sebodoh itu nak bg negara bangkrap yg bakal mengakibatkan mereka sendiri tak boleh nak balun gaji, elaun atau ghanimah. So relax. Biaq depa jadi penin dgn Ekonomi Pandemic dan rakyat semakin marah bila dah 1 juta yg kehilangan kerja. Kita tgk2 dan senyum shj atau simbah minyak mana patut.

11) Bila bank tidak sambung moratorium byran balik pinjaman, makin ramailah yg rakyat yg panas hati. Biarkan. Perhatikan. Tak payah kalut nak jd kerajaan sbb memg tak boleh pun. Malah payung kuning tak akan suka bekas PM 2.5 jd PM semula. Apatah lagi nak lantik PM SEBULU yg dia boleh "remote control"? Takkan le YDPA tak faham? Jgnlah merendah2kan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yg Maha Mulia Tuanku.

12) Semoga pergolakan2 ini menjadi kisah yg boleh dijadikan pengajaran, tauladan dan sempadan berguna kpd rakyat Malaysia yg cintakan keadilan, ketelusan, integriti dan negara yg bebas rasuah dan penyelewangan kuasa. Perjuangan diteruskan.

Wallahualam.

- Zus Din
28 Julai 2020

Hakim: Sah! Najib saling berhubung dengan Jhow Low



Jho Low amat rapat dengan keluarga Najib" - bekas pegawai Najib ...


Hakim berkata tertuduh iaitu Dato’ Seri Najib Razak tahu berkaitan transaksi wang ke dalam akaun di AmBank Islamic tetapi tidak mendedahkannya.
Berkaitan akaun bank, hakim berkata Jho Low dan ketua setiausaha sulit Najib, Azlin Alias saling berhubung dengan tertuduh.
Selain itu, Hakim berkata bukti-bukti menunjukkan tertuduh tidak memulakan usaha mendapatkan kembali dana SRC daripada Switzerland, walaupun berkata akan ditangani secara kerajaan kepada kerajaan.
Hakim juga berkata,pasukan pembelaan gagal menolak anggapan berdasarkan Akta SPRM 2009 berkaitan imbangan kebarangkalian dan gagal membangkitkan keraguan munasabah bawah Section 23(1) akta itu.
Sumber: Malaysiakini


Terkini! Najib bersalah atas 7 pertuduhan salah guna kuasa

Terkini! Najib bersalah atas 7 pertuduhan salah guna kuasa
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan menyalah guna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.‬
‪Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mahkamah mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.
“Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini, saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah anggapan mengenai keseimbangan kemungkinan atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan terhadap tertuduh di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009,” kata Mohd Nazlan,” lapor Astro Awani.

PULIS..PULIS..PULIS...SAMAN MEREKA...AWAS KLUSTER PENYAMUN


Norizan Abdul Hamid

Covid 19
Lepas ni kalau ada kluster baru pasti datang nya dari sini ..
Kluster Najib.
SOP kelaut ..
Pakat dok kerumun dia mcm ulat taik ja aku tengok !
Mana pulis!?

Jangan pulak kerajaan PN nak salahkan rakyat lepas ni ..
Kena PKP semula (na'uzubillahi minzalik) .. kita sumpah depa ni semua jadi ulat .. 🐛🦠

@ GambarHariNiSempenaSambutanKeputusanSRCNajib @
..

LEPAS JADI KERAJAAN BARU PAS TAU SEMUA TAK BOLEH BUAT

POLIS BERI AMARAN SUPAYA BERSURAI AKIBAT GAGAL PATUHI JARAK...

11.10am: The police have made an announcement to disperse the crowd of Najib’s supporters waiting outside the court after concerns over the lack of social distancing practices were raised.


The police remind the crowd that rules under the recovery movement control order (RMCO) still apply and to maintain social distance.

Najib convicted of abuse of power in SRC case

Najib convicted of abuse of power in SRC case


KUALA LUMPUR: The High Court here today convicted Najib Razak of one of the seven charges against him in connection with RM42 million belonging to former 1MDB unit SRC International.
Trial judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali said the defence had failed to raise reasonable doubt on the prosecution’s case for the abuse of power charge.


PENYAMUN PUN P SOKONG


Mat Pong

HAHAHA. Kesian ahli-ahli PAS bodoh. La ni siap turut serta bersolidariti untuk BOSSKU. Untunglah. Makan free. Bas free. Bodoh punya lebai mewa😂

UMNO DAN PAS AKAN BERBALAH

DAHSYATNYA. SALAM PENGENALAN SAHAJA 6 JUTA


Berikut adalah antara keterangan seorang saksi semalam dalam perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sebagaimana dilaporkan oleh portal Malaysiakini.
Zahid Hamidi berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah melibatkan dana Yayasan Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 lagi melibatkan pertuduhan pengubahan wang haram.
Perbicaraan diadakan hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
=====================================
Seorang saksi mengaku sanggup meminjam wang daripada rakan-rakannya untuk memberikan wang sumbangan berjumlah RM6.6 juta kepada Yayasan Akalbudi bagi mendapatkan ‘projek’.
Menurut bekas pengarah Kiosk Solution Sdn Bhd dan MTM Network Sdn Bhd, Ng Hong Sing, 56 tahun dia telah diperkenalkan kepada individu bernama “Datuk Ruzi” oleh seorang kawannya, yang menurut Ng merupakan “orang kuat di Bagan Datuk”.
Katanya, antara sebab dia mahu berkenalan dengan Ruzi adalah kerana Ruzi juga merupakan “orang kuat” kepada Ahmad Zahid Hamidi.
Ng berkata pemberian sumbangan itu juga sebagai ‘perkenalan’ antara dirinya dengan bekas timbalan perdana menteri itu.
Pada sekitar Januari 2016, Ruzi menawarkan untuk memperkenalkannya kepada Ahmad Zahid, namun memaklumkan dia harus memberikan sumbangan kepada Yayasan Akalbudi “bagi tujuan mendapatkan kerja”, sebelum membawanya berjumpa Ahmad Zahid seminggu kemudian.
“Mula-mula, saya kata (sumbangan) RM1 juta, dia (Ruzi) cakap terlalu sedikit. (Dia tanya) paling banyak berapa kamu boleh (bagi), saya kira-kira saya boleh buat RM3 juta, tapi dengan bayaran asing-asinglah, bukan sekali,” katanya ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong.
Dalam pertemuan dengan Ahmad Zahid di rumahnya, Ng berkata, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih kepadaya kerana sudi memberi sumbangan kepada Yayasan Akalbudi.
“Saya juga ada memberitahu kepada tertuduh jika dapat memberikan peluang pelaburan kepada saya kerana syarikat saya mempunyai pengalaman luas dalam bidang IT.
Tertuduh juga ada memberitahu kepada saya bahawa urusan selebihnya, saya boleh berhubung dengan Datuk Ruzi.
“Pertemuan tersebut telah berlaku dalam lebih kurang lima hingga enam minit,” katanya lagi.
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, kata Ng, Ruzi memberitahu kepadanya, “jika saya menyumbang lebih kepada Yayasan Akalbudi, saya akan mendapat projek yang lebih besar”.
Dia kemudiannya bersetuju menyumbang sebanyak RM6 juta kepada yayasan berkenaan.
“Dia (Ruzi) cakap tolonglah, sebab yayasan pun duit tak cukup. Saya fikir-fikir, saya boleh pinjam duit sama kawan-kawan. Lepas kira-kira, itu yang maksimumlah”.
Bagaimanapun, dia mengaku, meskipun setelah menyumbang sehingga RM6.6 juta, dia tidak mendapat apa-apa projek seperti diharapkan.