TAK LEH BLAH...Pemimpin Pas turut hadir, baca doa untuk Najib


Image may contain: 2 people, people sitting, shoes and outdoor


Pemimpin dan ahli Pas turut hadir memberikan sokongan kepada Mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Antara pemimpin yang hadir ialah Yang Dipertua Pas Kawasan Pekan, Abu Kassim Manap bersama pimpinan kawasan serta beberapa ahli Pas lain.
Ditanya berkenaan keputusan Najib, beliau berharap keputusan bekas perdana menteri itu tidak dicampur oleh politik.
“Saya harapkan kemenangan yang adil, tiada campur tangan. Saya yakin Bossku (Najib) akan baik baik sahaja. Insya-Allah,” katanya lapor Malaysiakini.
Dalam satu video yang dikongsikan di laman Facebook, pemimpin yang hadir juga telah mengetuai bacaan doa bersama Najib.
Mereka berdoa agar Najib diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi serta memberi kemenangan yang besar kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

No comments: