KEJAYAAN ANWAR DAN KERAJAAN MADANI


 

PARTI TIGA SUKU


 

MP KETANDUSAN ISU.. SEMBANG PANDAI TAPI HAMPAS


 

Jangan ‘Menyiku’ Mana-Mana Sahabat – Ahmad Zahid

 

Ahmad Zahid berkata jangan menyiku mana-mana sahabat dalam Kerajaan Perpaduan selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025 di Putrajaya. Foto Facebook Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, 2 Jan – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Pengerusi DAP, Lim Guan Eng untuk tidak menyinggung mana-mana parti yang bersama membentuk kerajaan ketika ini.

Presiden UMNO itu berkata, perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku dan setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan harus diberi kepercayaan untuk bersama mengemudi kerajaan.

“Zaman beliau (pimpin DAP) telah berlalu…berilah kepercayaan kepada kepimpinan DAP yang ada sekarang ini…jangan nak menyiku mana-mana sahabat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang memberi amaran bahawa kerjasama UMNO dan Pas dalam perhimpunan solidariti kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh menimbulkan keraguan terhadap kedudukan dalam kerajaan.

Guan Eng berkata, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi terutama himpunan aman tanda solidariti kepada Najib pada Isnin ini.



Teruk tunggang Islam, realitinya judi dan arak meriah semasa Pas jadi kerajaan






 

Oleh NORMAN RADZUAN



Sejak saya mengikuti politik 1987, tahun 2024 adalah sejarah hitam negara apabila sebuah parti Islam yang saban minggu tidak putus-putus memainkan sentimen agama dan bangsa sehingga orang Melayu percaya bahawa Islam di negara ini terancam.

Politik identiti timbul daripada retorik yang digerakkan secara aktif oleh parti ektremis bahawa Islam dan Melayu diancam di bawah kerajaan Perpaduan ini.

Tahun 2024 yang lalu mereka mengalihkan strategi dengan saban hari memainkan naratif ‘ Islam Terancam’.

Ia satu corak politik yang sangat jahat hingga perpecahan kaum terutama orang Melayu dan Cina semakin meningkat.

Sayangnya di pihak kerajaan sama ada media dan Jakim tidak bertindak dengan sebaiknya untuk memberi penerangan isu-isu pokok seperti ini.


Media kita terlalu fokus kepada isu ekonomi yang terlalu akademik yang akhirnya membuatkan orang Melayu lebih terpengaruh ke arah sentimen agama.

Sepatutnya di pentas mimbar masjid dijadikan pentas terbaik setiap minggu menjawab tohmahan secara ilmiah isu-isu semasa dan tidak berpihak tetapi lebih kepada penjelasan bahaya fitnah menjadi mainan ahli-ahli agama.

Di corong-corong radio agama mesti ada slot menangani fitnah, dan perbanyakkan perbahasan agama untuk isu-isu semasa yang dimainkan oleh Pas. Kadang-kadang saya hairan kenapa orang agama ini lembab dalam menangani isu fitnah sebagai contoh.

Ia bukan soal kepartian tetapi ia isu agama yang dilacurkan begitu teruk sekali. Akhirnya muncullah ‘Ustaz Tokers’ mengambil tanggungjawab tersebut kerana kelewatan orang agama bertindak.






Kita mesti sedar bahawa politik identiti menjadi pilihan utama dalam politik negara. Identiti yang saya maksudkan adalah identiti Melayu Islam.. ya jika sebut Melayu biasa identitinya Islam.

Identiti bangsa dan agama ini memainkan peranan yang signifikan dalam strategi parti pembangkang atau Pas.

Ia terbukti berkesan sehingga berjaya menarik ramai orang Melayu mempercayai mereka apatah lagi dengan imej jubah serban dengan strategi identiti.


Jika Sarawak dilihat semakin luntur semangat semangat federalisme dgn memainkan sentimen kenegerian, di Semenanjung Pas adalah parti yang sangat tidak bertanggungjawab kepada semangat Malaysia itu sendiri.

Akhirnya, politik negara tidak stabil bukan kerana tidak bagus ekonomi negara di bawah pentadbiran PMX tetapi masalah dalaman negara – satu dengan semangat kenegerian dan satu lagi dgn memainkan politik indentiti.

Semangat Malaysia adalah seperti dihasratkan oleh PMX, seluruh rakyat perlu ada rasa cinta yang mendalam terhadap negara, sikap ihsan dan kasih sayang serta perteguh perpaduan antara kaum.

Hingga indeks perkauman kita sangat teruk di mata dunia. Media sosial menjadi alat atau pentas untuk kebencian kaum dimainkan.

Sesiapapun jika mendengar fitnah saban hari pasti, kalau sekali mungkin ditolak tetapi hari-hari, termakan juga hasutan tersebut.

Sebagai contoh, fitnah terbaru dari barisan pimpinan yang sama, Dr Zamri Mantop memfitnah Perdana Menteri kononnya PMX mengajak rakyat bersolidariti ke atas Iswardy Morni.

Isu bersalah atau tidak ia isu mahkamah tetapi fitnah hanya tujuan untuk menghasut orang Melayu. Sebenarnya siapa yang derhaka kepada Raja… mereka sendiri yang menolak permintaan Agong untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan ini.

Jika tindakan mahu diambil, Zamri Mantop boleh memohon maaf atau delete tulisannya tetapi anda lihat sendiri berapa ramai orang Melayu sudah tertipu dan termakan hasutan itu? Sebagai contoh komen netizen:

  • Mohd Nazri
    Kepala bapak dia. Orang yang hina raja kau sibuk nak bela
  • Pok Jue
    Kena kat anak buah dia siap nak bersolidariti bagai, kena kat pembangkang tangkap masuk lokap.ketimbang betol la.

Ratusan komen menghina PMX kerana termakan fitnah ini. Jika anda tanya saya pelik atau tidak orang Melayu mencari Islam dengan mencari pemimpin yang kaki fitnah.

Orang Melayu cari pemimpin Islam yang sering memfitnah dan dikena saman. Adakah mereka faham apa itu Islam dan ajarannya?

Adakah cukup hanya laungan di bibir sahaja tetapi ciri-ciri pemimpin Islam itu tidak wujud kepada individu-individu yang mengaku perjuangkan Islam?

Sebab itu, saya katakan politik identiti itu telah merosakkan pemikiran orang Melayu. Sedangkan bukti yang nyata JUDI semakin hebat di zaman Pas menjadi kerajaan.

Malah, minuman arak jenama Timah telah diluluskan ketika Pas menjadi kerajaan.

Tidakkah orang Melayu melihat bahawa hudud dan RUU355 adalah provokatif sentimen untuk menaikkan semangat orang Melayu yang akhirnya dibohongi selepas 33 bulan menjadi kerajaan Pas membisu untuk membawa hukum-hukum ini.

Kita sudah 67 tahun merdeka tetapi masih tidak boleh menerima kaum-kaum lain sebagai rakyat Malaysia.

Sedangkan kemerdekaan itu wujud hasil persepakatan antara kaum yang ada. Orang Melayu umumnya sudah tahu hak-hak keistimewaan yang ada pada mereka.

Sekiranya, isu ancaman terhadap Islam dan Melayu dilihat secara terperinci, kita boleh menilai setiap isu tersebut secara adil.

Tapi bila ditanya apa yang terancam? 100% mereka hanya menyebut DAP tetapi bentuk ancaman apa mereka sendiri tidak tahu.

Tindakan ektremis yang dibawa Pas hingga membuat kebebasan bangsa lain beragama turut diancam hanya utk sekadar persepsi politik.

Contoh kes Hanna Yeoh baru-baru ini. Salahkah jika dia berkata sebagai Duta Tuhan agamanya untuk dirinya? Seperti kita mengaku sebagai sebagai Khalifah Allah.

Sedagkan di negara-negara Barat, Islam bebas diamalkan walaupun di sana umat Islam mengaku sebagai duta atau khalifah Allah.

Ada ahli Pas nampak Hannah Yeoh mengkafirkan orang Islam? Betullah kata Jebat, 400 tahun kita dijajah bangsa Kristian elok sahaja Islam berkembang di Malaya.

Di Sabah, jalan ke Kundansang setiap 5 km ada sahaja gereja, tapi Islam terus menjadi agama yang paling pesat berkembang di negeri tersebut.

Sebab itu saya katakan politik identiti ini sangat tidak bertanggungjawab dan bahaya untuk masa depan negara.

Ia hanya berbentuk persepsi untuk terus menaikkan api kebencian antara kaum.

Jika di pihak kerajaan tidak mengambil pendekatan serius, parti kerajaan tidak mampu mengharungi cabaran dan arus politik yg deras ini.

Yang tidak tangkas berpencak silat pasti akan tersingkir dalam persilatan politik ini.




Abdul Hadi Digesa ‘Tabayyun’ Isu Ketidakhadiran PM Anwar – Dr Zulkifli

 MAKAN GAJI BUTA TAK KEMANA PUN- BUSUK PERUT KA ?


Ketidakhadiran Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Kaherah, Mesir kerana mengutamakan tugas rasmi menerima lawatan Presiden Turkmenistan dan mewakilkan Menteri Pengajian Tinggi ke sidang kemuncak berkenaan. Foto Facebook Dr Zulkifli Hassan

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Dr Zulkifli Hasan menggesa Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengambil pendekatan tabayyun (menyiasat) sebelum memastikan setiap maklumat diterima dan disebarkan adalah perkara benar dan tidak memudaratkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata pendekatan itu sebahagian tuntutan Islam untuk menjaga kebenaran, keadilan dan keharmonian dalam masyarakat.

“Selain bertabayyun, Islam juga mengajar umatnya tidak bersangka buruk, mengadu domba dan menyebar fitnah,” katanya dalam satu catatan di Facebooknya.

Beliau menjawab pandangan Abdul Hadi beberapa hari lalu, mengaitkan pendekatan MADANI dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jahiliah berikutan ketidakhadiran Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Kaherah, Mesir bulan lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad (dua dari kanan) menerima kunjungan kunjungan hormat kali pertama Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow ke Malaysia. Foto Facebook YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Mengulas lanjut, beliau berkata pandangan mengaitkan MADANI dengan jahiliah itu adalah salah.

“Gagasan Malaysia MADANI berasaskan konsep Madinah Rasulullah SAW yang berjaya menyatupadukan warganya daripada pelbagai suku kaum melalui Piagam Madinah,” katanya.

Mengulas ketidakhadiran Anwar pada sidang kemuncak itu, Zulkifli berkata, Anwar dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak ke sidang kemuncak berkenaan kerana mengutamakan tugasan rasmi.

“Pada tarikh sidang kemuncak itu (18-19 Disember lalu), Anwar dan kerajaan menerima kunjungan hormat kali pertama Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow ke negara kita.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mewakilkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk mewakili Malaysia pada Sidang Kemuncak ke-11 D-8 di Kaherah Mesir. Foto Facebook Dr Zulkifli Hassan

“Saya sendiri menyertai sesi mesyuarat dua hala dan sambutan rasmi tersebut di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya,” katanya.

Beliau menjelaskan, Anwar sudah mewakilkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk mewakili Malaysia pada Sidang Kemuncak ke-11 D-8 kali ini.

D-8 yang ditubuhkan di Istanbul, Turkiye pada 15 Jun 1997 adalah sebuah kumpulan pakatan ekonomi dibentuk dalam kalangan negara Islam membangun yang terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turkiye.

Dalam pada itu, beliau berkata, gagasan MADANI yang diketengah sebagai dasar negara oleh Anwar membuka ruang baharu untuk penyuburan ilmu serta akhlak Islam dalam pemerintahan dan politik dengan ajaran agama yang menjadi terasnya.



KALI INI DIA TAK AKAN TERLEPAS LAGI. LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT DAN SAMAN BAKAL MENDATANG.


 LEBAI Zamri sebar fitnah terhadap PM Anwar: Laporan polis sudah dibuat

Satu laporan polis telah dilaporkan terhadap Dr Zamri Mantop (PN-Sungai Burong) dan seorang lagi individu Aiman Zaki ekoran dua hantaran Facebook yang memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hantaran – hantaran Facebook berkenaan mendakwa bahawa Anwar memberi sokongan solidariti kepada aktivis PKR Iswardy Morni meskipun Anwar tidak berbuat demikian.


Ketua Cabang PKR Lumut Abdul Razak Nazri yang membuat laporan polis tersebut mahu pihak polis menyiasat kedua-dua individu di bawah seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan dengan memuatnaik kandungan yang bersifat fitnah, palsu atau menyebabkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Razak yang juga setiausaha pengelola MPN PKR Perak juga mahu mereka berdua disiasat dibawah seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan kerana hantaran tersebut mengandungi fitnah yang menjejaskan reputasi dan nama baik Perdana Menteri.

Jika disabitkan kesalahan Zamri dan Aiman berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda dibawah seksyen 500 manakala seksyen 233 memperuntukkan hukuman penjara 1 tahun dan denda RM1000.


Dalam perkembangan berkaitan Dr Zamri menafikan bahawa beliau menyebarkan fitnah dan sebaliknya menyalahkan pengendali halaman beliau.



ANAK MUDA HARUS BANGKIT LAWAN RASUAH - KENAPA SEKONGKOL DENGAN PERASUAH. ANAK MUDA YANG BIJAK..BUKAN WALAUN YANG BEBAL.


 

DALAM PARLIMEN MELALAK..SIAPA? FADLI SAARI...MP PALING BODO DALAM PAS.


 UCAPAN MP PIANG DALAM DEWAN




ADUN SG BURUNG NI PENAKUT .


 

HANGPA LENA KA APA ? BENDA 2014 ....MASA TU LENA KOT


 

AMT NUR JAZLAN KATA JANGAN PERCAYA- JIN POLITIK AMBIL KESEMPATAN


 

PN RETAK! PAS SOKONG NAJIB DEMI DEKATI UMNO? LELAKI UGUT BABY SHIMA TELA...


Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mendakwa PAS cuba mendekati Umno dengan mengadakan himpunan solidariti Najib Razak pada 6 Jan ini disebabkan hubungannya dengan Bersatu mula retak. Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, berkata parti itu juga cuba menghidupkan Muafakat Nasional (MN) melalui himpunan itu sambil mengingatkan Umno bahawa PAS tidak ikhlas. “Tapi satu dunia tahu dan lihat PAS hipokrit. PAS sanggup buat apa saja demi kuasa,” kata wakil rakyat DAP itu kepada FMT mengulas rancangan PAS berhimpun di Istana Kehakiman bagi menyokong Najib Isnin depan. Perhimpunan itu akan diadakan pada hari sama Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah. Ini kali pertama Umno dan PAS bersama sejak MN berakhir pada 2022. Ahli Parlimen Sungai Petani, Taufiq Johari, pula berkata tindakan PAS tidak menunjukkan keikhlasan mereka terhadap Najib kerana sehingga kini tiada seorang pun wakil rakyat mereka tampil membuat rayuan pengampunan. “Saya tidak pasti apa agenda sebenar PAS dan adakah ia usaha untuk rapat dengan Umno. Namun jika benar, saya yakin Umno lebih mengerti betapa kurangnya nilai keikhlasan PAS dalam bekerjasama,” kata wakil rakyat PKR itu. Seorang lagi wakil rakyat PKR, R Yuneswaran mengingatkan Umno tidak terperangkap dengan gimik politik PAS mahu memecahbelahkan Umno yang ketika ini terbahagi kepada dua kem, iaitu Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan Najib. “Saya harap Umno jangan terperangkap dengan agenda PAS menyokong Najib sebagai gimik. Kalau betul-betul jujur, tunjukkan bukti empat negeri diperintah PAS yang Umno (boleh) berada dalam kerajaan. “PAS perlu tunjukkan mereka sokong Najib berdasarkan moral dan prinsip,” kata Ahli Parlimen Segamat itu.





RAKYAT SERANG FADHLI UCAPAN GILA KUASA! ZAMRI MEMFITNAH & MOHON MAAF SAL...



“Zamri Mantop punya pukulan di awal tahun 2025. Masa dia fitnah tak ada sebut nama ‘admin’, sekali dah kantoi buat dosa fitnah, terus letak atas kepala admin, tuan badan terus selamanya suci dan bersih,” katanya. Miqdad berkata budaya fitnah nampaknya semakin subur dalam Pas, menganggap mungkin inilah gambaran Islam yang mereka perjuangkan. “Memfitnah dan membunuh lebih ringan dosanya berbanding berfahaman sekular yang menjadi syirik, bak kata Haji Hadi,” balasnya sinis. Selepas kantoi memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Adun Pas, Dr Zamri Mantop menukar hantarannya dan menarik balik tulisan itu.
Apa yang menghairankan, hantaran awal yang dimuat naik di Facebooknya hari ini dikatakan telah ditulis oleh pentadbir halaman beliau dan bukan beliau.
Pentadbir halaman beliau juga memohon maaf atas kesilapan tidak memeriksa fakta dengan tepat dan berjanji ia tidak akan berulang lagi. “Setelah mendapat perhatian serius dan nasihat daripada YB. Ustaz Dr. Zamri, pihak admin mengambil maklum mengenai poster (tersebut). “Ia adalah hantaran dari publik kepada admin yang meragukan sumber aslinya. Pihak admin menarik semula atas posting yang dilakukan. ‘Ketelitian sumber akan diambil cakna pada masa akan datang. Mohon Maaf atas kekhilafan yang berlaku dan berjanji ia tidak akan berulang kembali,” tulisnya. Terdahulu, laman FB Dr Zamri Mantop memuat naik poster Anwar Ibrahim yang didakwa akan bersolidariti bersama Iswardy yang didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong tiga tahun lalu. Beliau mengkritik kenyataan yang kononnya dibuat oleh Anwar, dan melabel Anwar “memalukan” serta tidak hormat kepada Agong. “Yang ini kita nak bagitahu derhaka ke atau sedang berlakon ya? Atau memang inilah perangai sebenar? “Dengan begitu selamba tanpa ada rasa hormat kepada Agong, cukup memalukan. Siapa bolehkan sahkan ini?”. Demikian hantaran ditulisnya sebelum ia dipadam. Sementara itu seorang aktivis, Miqdad Zakaria menempelak tindakan Adun Sungai Burong itu yang menyalahkan pentadbir halamannya untuk melepaskan diri sendiri.




KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)BERKAITAN VIDEO TULAR BEBERAPA INDIVIDU YANG CUBA MENYEBARKAN AGAMA KRISTIAN DI HADAPAN SEBUAH PASAR RAYA DI DESA SETAPAK





1. Merujuk kepada berita berkaitan video tular beberapa individu yang cuba menyebar agama Kristian di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak supaya menghormati serta akur kepada Perlembagaan Persekutuan bagi memelihara keharmonian dalam bernegara.


2. Apa-apa tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara perlulah dihentikan kerana ia boleh membawa keresahan awam khususnya dalam kalangan umat Islam.


3. Semua pihak adalah dimohon untuk bertenang dan memberikan kepercayaan penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia dalam membuat siasatan terperinci.


4. Sekiranya terbukti mana-mana pihak telah melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan.


Sekian, terima kasih.


SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


2 Januari 2025



JANGAN PECAH BELAH DENGAN AMANAT SONGSANG


Iswardy Morni


Sekular lebih besar dosa dari fitnah kan Dr. Zamri Mantop DZM


Tapi menunggang agama dan membawa ajaran sesat lebih besar dosa nya dari sekular.


Betul kan Abdul Hadi Awang



 Sheikh Omar


Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali mempersoalkan sama ada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhasrat membawa rakyat Malaysia ke era ‘Amanat Haji Hadi’ sekali lagi yang menyaksikan rakyat bermusuhan akibat momokan politik ekstrem dan memecah-belahkan.



Ia susulan kenyataan Abdul Hadi seperti yang disiarkan menerusi portal berita semalam yang mengaitkan DAP dengan fahaman liberalisme dan sekularisme yang turut mencabar Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.


Dalam masa sama, Sheikh Umar turut mempersoalkan sama ada Ahli Parlimen Marang berkenaan sedang cuba menyemai benih-benih perpecahan dan permusuhan dalam kehidupan rakyat Malaysia yang majmuk dengan pelbagai latar kaum, agama dan budaya.


#HadiAwang #PolitikMalaysia


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com



TARIF LETRIK

 

CQ AHMAD


TARIF ELEKTRIK MALAYSIA TERENDAH ANTARA 6 TERATAS NEGARA ASEAN.




Hormat manusiawi


Zamri Zanal Abidin




Walaupun seteru politik sepatutnya tidaklah sampai hilang hormat manusiawi. Hormat manusiawi yang saya maksudkan ialah meraikan haknya untuk tidak difitnah, menghormati usahanya untuk sentiasa bertindak betul dengan tidak mencampuri urusan di luar bidang kuasanya, bukannya memperlekehkan usahanya dan sekurang-kurangnya menghormati usianya yang jauh lebih tua daripada 'admin' YB itu. 


Dengan begitu selamba, tanpa ada rasa hormat manusiawi, admin YB ini memohon dengan ayat yang tidak sepadan dengan fitnah yang dilemparkan. YB tersebut sepatutnya memecat admin yang terburu-buru seperti ini. Admin seperti ini hanya akan menjatuhkan maruah dan nama baik YB. Benarkah ini kerja-kerja admin tanpa merujuk kepada YB terlebih dahulu? Saya hanya bertanya. Sekian.



TANGKAP.

 

CnP

Semakin teruk minda politik orang melayu. Selamba saja kafirkan menteri agama.

Harap pihak berkuasa segera tangkap.




FITNAH PERTAMA 2025

Che Ibrahim


Pas fitnah apa hari ini 2/1/25?? 

1/1/25 fitnah PMX








3 BEZA PEGAMPUNAN NAJIB DAN ANWAR


Zuwairi  Md Yusof


 Pengampunan Anwar Ibrahim vs Pengampunan Najib Razak



BANYAK KALI DAH KAU NI. DULU DI SG BAKAP.... TAK MAKAN SAMAN LAGI.HARAP SAMAN DIA NI.

 

SR. Suara Rakyat


Masuk 2025, 1 Rejab 1446H hari pertama tahun baru pemimpin mahupun OSTAD PAS berebut² nak jadi Calon Duta Fitnah 2025. Kini sekali lagi pemimpin PAS berkelulusan PhD sebar fitnah terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



Walaupun posting fitnah telah dipadam kerana takut ditangkap/ disaman, laporan polis telah dibuat malah pihak MCMC dan PDRM telah ambil tindakan selanjutnya.


https://www.facebook.com/ust.dr.zamri/posts/pfbid0vAVKb8UPdffLDAi2y7HgBD1fyKByTokv36hsVwmYjqhfGNxzLkHJJMk9wH696Hthl



PAS MENGGELUPUR.

 

Inilah punca 𝗣𝗔𝗦 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝘂𝗽𝘂𝗿 sehingga tergamak 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘁𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗷𝗶𝗵𝗮𝗱 dan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 fitnah atas nama perjuangan.



Sepatutnya PAS, yang mendakwa perjuangkan Islam, 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗠𝗮𝘀𝘁𝘂𝗿𝗮 ni. Paling tidak pun gantung keahlian kerana 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗹𝗮𝗵𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.


Sebaliknya PAS bela pula. Sanggup pula putar-belitkan dalil 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗲𝗹𝗼𝗸. Semuanya semata-mata kerana 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶.


Jadi tidak benarlah kalau nak kata 𝗣𝗔𝗦 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. PAS 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 yang meletakkan kuasa sebagai 𝗺𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮.


Parti-parti luar negara yang 𝗱𝗶𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿 lebih kukuh integritinya. Kalau ada pemimpin mereka yang menjadikan fitnah sebagai hujah, pasti akan disingkir. 


Tapi tidak bagi PAS. Perkataan 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 tak membawa apa-apa makna. Malah Presiden PAS sendiri pun tanpa malu pernah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂.


Begitulah hipokrasi PAS. Tapi malangnya ramai orang Melayu terpedaya dengan 𝗱𝗼𝗸𝘁𝗿𝗶𝗻 𝙋𝘼𝙎 𝙗𝙖𝙬𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢. Hingga tak perasan 𝗣𝗔𝗦 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴.


Kerajaan mesti mengharamkan penggunaan nama Islam pada parti. Jika tidak, imej Islam akan terus jadi tercemar kerana 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LAGI KEGAGALAN MAT NUSI

 Saaha Mongkol


Bolasepak Kedah bila Sanusi Presiden KFA dan Pemain bolasepak jadi Exco Sukan .


Stadium baru ❎️

Penaja ❎️

Piala ❎️

Gaji ❎️

Padang latihan ❎️

Sembang deraih ✅️


Demikianlah.


FATWA SESAT HADI AWANG TULAR LAGI.


Fathi Aris Omar


 Ramai orang terkejut, khususnya dari luar PAS. Sementara penyokong PAS akan terus kagum dan yakin pada kenyataan terkini TS Abdul Hadi Awang.




Hakikatnya tiada yang baharu atau berbeza daripada keyakinan presiden PAS dalam Amanat Hadi yang diucap di Banggol Peradong lebih 40 tahun lepas.


Sesiapa yang hidup bersama/dekat PAS, ideologi jemaah Islam, mengikuti kuliah/ceramah dan politik Terengganu pada 1980-an pasti akan jelas jalur berfikir Minda Presiden kali ini.


Dengan kata lain, kenyataan terkini Hadi yang bertajuk "Dosa sekularisme lebih besar dari fitnah dan membunuh" hanyalah satu huraian daripada Amanat Hadi, sebahagian ucapannya di sebuah kampung tidak jauh dari pekan Manir pada 1981.


Namun begitu, kalau kita teliti betul-betul teks tersebut, kita akan perasan Hadi tidak berminat sangat menghuraikan sekularisme atau masalah sama ada Malaysia negara sekular atau tidak. 


Apa buktinya? Senang sahaja, Hadi tidak mengutip beberapa lagi ayat al-Quran misalnya surah al-Maidah tentang hukum. 


Surah ini, dan beberapa ayat lain, yang digemari penceramah PAS untuk mengatakan (secara sindiran) kerajaan (baca: Umno) tidak berhukum dengan hukum Islam.


Pada agakan saya, Hadi lebih berminat memujuk penyokong PAS agar ramai-ramai berpakat membayar saman tiga pemimpin DAP. 


Sebab itu naratifnya seringkas ini sahaja: DAP hendak pertahankan sekularisme; sekularisme itu syirik yang paling besar (lebih besar daripada fitnah dan bunuh), DAP terima ahli ateis, liberal dan komunis; maka ... marilah kita pertahankan wakil rakyat kita fitnah DAP! 


Saya agak di situlah inti Minda Presiden kali ini. Sebab penyokong PAS yang rasional dan berakal pasti keberatan untuk menampung kos ratusan ribu ringgit itu. Walau mursyidul am PAS sudah berhujah  "tidak salah" derma tetapi nampaknya hujah ustaz Hashim Jasin masih diragui orang parti sendiri. 



Maka, untuk itu, Hadi perlu bantu yakinkan perjuangan mengutip derma bagi membayar saman. Selagi Hadi berhujah begini, selagi itulah tabiat cakap lepas, cakap tanpa usul periksa, atau sedap mulut tanpa fakta akan membiak dalam PAS.



Tetapi, yalah, seperti kes PAS saman Sarawak Report dan Clare Rewcastle-Brown. Asalnya Hadi saman, konon hendak menafikan PAS terima dana 1MDB. 


Sudahnya bayar RM1,422,980 kepada editor portal tersebut. Bayangkan, PAS saman, PAS yang bayar! Jadi setakat bayar RM825,000 kepada tiga bekas sahabat PAS ini bukanlah besar sangat.





LEKEH BETOI ADA PHD..BODOW MUNG NI... KATA AZHAR IDRUS.. MUNG BODO..KALAU SANUSI.. PALA BAPAK HANG. TU BUKAN MAKI. TU PUJI PUJIAN.

 


Bila dah kantoi, salahkan admin. Skrip biasa. Pastu terus up diri sendiri dengan "nasihat daripada YB Ustaz."



Disebabkan hang kaki block orang, maka sesuai digelar Zamri Sentop.


Tahun baru dah mengundang ribuan komen memaki hamun diri sebab kebodohan memfitnah.


Nak sangat dapat anugerah Tokoh PAS Fitnah 2025 ka? Teruja tengok anugerah tu dapat kat Kepala Batas tahun 2024?


Sini Doktor Zamri Sentop. Sana Doktor Mastura Sepu. Dua-dua kaki fitnah. 


Memalukan institusi pendidikan yang anugerahkan doctorate kat hampa.


Nate cih!



SANUSI KATA PALA BAPAK HANG


Che Ibrahim


 Adakah tahun 2025 Pas akan terus meroyan dan memfitnah untuk menjatuhkan kerajaan madani??



Balik tengok tengok kawasan ko. Ko kena jel berapa hari kata kerajaan 



DITULIS PASCA PRU 13, 2014. LEBAI KAT MANA.

 


*Buku "Becoming Hannah : A Personal Journey".*



1. Ditulis Pasca Pru13, pada tahun 2014. PAS bersama DAP pada Pru13, 2013. Ketika buku ini diterbitkan, PAS ok saja.


2. Buku ini sudah diulang cetak 18 kali. Termasuk masa 33 bulan PAS sebagai Kerajaan. Tiada pun suara PAS nak haramkan ulangcetak, atau nak haram terus buku ini.


3. Nak pesan kepada PAS, ketika bersama (baik ketika bersama DAP(PR-PH), atau ketika bersama UMNO (PN-BN, MN), jangan diungkit perkara yang PERNAH dipersetujui bersama! 


4. Mempersepsikan, memfitnah, mempropaganda buruk perkara yang pernah dipersetujui bersama itu namanya KHIANAT.


Bodoh puak² lebai ni..walaun asyik kena bodoh dengan.lebai PAS je!!

😂😂😂


#nakmundurpilihpas



PATUT JENGUK JENGUK KAWASAN BETUL BETUL.. BSRAPA PENGANGGURAN, PENAGIHAN DADAH DSN MASAALAH SOSIAL LAIN.



 𝗣𝗮𝘀𝗶𝗿 𝗠𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗷𝘂 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗪𝗮𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮. Sebab tu MP dia tak payah sibuk soal pembangunan di parlimen itu dan boleh sibukkan diri ke 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.



𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 bertanya 𝗡𝗴𝗮 𝗞𝗼𝗿 𝗠𝗶𝗻𝗴 tentang datuknya dulu 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗷𝘂𝗿𝗶𝘁 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗻𝗮. Dia bising bila Nga Kor Ming tak jawab. Tapi sebenarnya, sebelah mana pun tak jadi hal sebab itu datuknya.


Tapi Fadhli sendiri, orang tanyakan 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗠 sampai ke sudah ni tak berani tunjuk. Itu orang tanya keputusan dia tu. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗮𝘁𝘂𝗸𝗻𝘆𝗮. Tu pun tak boleh jawab. Lagi nak bising pasal orang lain? Apa punya sampah la MP ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MUKA MUKA YANG MEROSAKKAN ISLAM. KENA SAMAN FITNAH PUN ADA.. ANAK MENANTU SEBAT DUIT ORANG PUN ADA, MELUTUT MOHON MAAF PUN ADA, SEMBANG TAPI BILA JADI KERAJAAN SATU APA PUN TAK BUAT, BERI TANDER TERBUKA MELIBATKAN KERUGIAN PUN ADA. NI NAK JAGA ISLAM? .

 


Sesuai la poster ni. Ada gambar beberapa 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗔𝗦 kemudian ada pulak 𝘲𝘶𝘰𝘵𝘦 jika diam saar 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮𝗺𝘂 𝗱𝗶𝗵𝗶𝗻𝗮...



Memang sesuai. Sebab dalam poster tu ada beberapa muka yang jadi 𝗽𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶𝗵𝗶𝗻𝗮. Ada muka orang yang 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗹𝗶-𝗸𝗮𝗹𝗶, yang melutut 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗮𝗳 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, muka 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂, ada juga yang 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗲𝗴𝗮𝗿-𝗱𝗲𝗴𝗮𝗿, tapi bila jadi kerajaan, 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗴𝘂𝗻𝗮.


Poster ni seru buat laporan polis untuk muka-muka ni ke? Aku setuju. Sebab banyak kali dah 𝗱𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TALIAN AKAN TERGENDALA AKIBAT KECUAIAN PEKERJA.



Berita di WRLR  akan tergendala kerana kecuaian pihak pekerja.. Terpotong atau memang cuai sehingga talian cable optik terputus.

Blog ini akan menggunakan  alternatif lain untuk menghidupkan berita di blog ini.