CINA TAK KISAH PUN BILA MELAYU VS MELAYU.... MEREKA PUNYA SIKAP LAIN.


MSO


 Ini kisah perahu hanyut kata pendayung tidak pandai. Sikap begini tidak baik. Sebelum tunding kesalahan kepada DAP pastikan yang Umno Sg Bakap solid ke tidak jujur ke tidak atau mereka ada main kayu tiga ke apa.


Dalam tilikan saya betul undi Cina tak masuk ke dalam peti undi PH bukan kerana kegagalan DAP tetapi ia ada kena mengena dengan sikap atau perndirian politik orang Cina.



Orang Cina pandai dalam berpolitik mereka punya sikap chauvenis yang tebal. Apabila calon bangsa mereka, mereka akan sokong habisan tanpa kira colour. Kalau calon Cina lawan Melayu mereka akan sokong Cina walaupun Melayu kawan mereka.


Kestiaan dan setiakawan Cina berbeza dengan Melayu. Faktor ini saya tenguk berlaku di Sungai Bakap. Kenapa peratus Cina kurang kerana calon bukan dari kaum mereka. Walahualam. Trims.




CAKAP CAKAP LEPAS KALAH TERUK. PETUGAS SAMPAI PENANG DARI JAUH...TAK TAU NAK BUAT APA..PI MAKAN ANGIN N NASI KANDAQ..SELFIE DENGAN KAWAN KAWAN..POS LAM FB..SYOK SENDIRI.KEH.KEH.KEH


 

TU DIA PERANGAI UMNO. WAK JAHID KENA SEPAK ORANG MACAM NI LAM UMNO.


 

ELOK JA BAGI MUKA... BIAR KENA MAKI HAMUN HARI HARI. FITNAH IKUT SUKA.. BARU ORANG KATA BAIK DAN TAK BOLEH BUAT APA PUN.. .

 


MSO


PH TIDAK BOLEH BIARKAN POLITIK BOBROK


PH menerima keputusan pilihan raya Sungai Bakap secara terbuka dan lapang dada. Nurul Izzah Anwar sebagai pengerusi Keadilan Pulau Pinang dalam kenyataanya bersama calon Cikgu Joohari Ismail, menyatakan penghormatan dan akur kepada pilihan warga Sungai Bakap itu.


Kekalahan itu kata Nurul Izzah ia diterima sebagai satu cabaran untuk bermuhasabah dan dijadikan nekad untuk terus bekerja lebih kuat dimasa depan untuk membantu rakyat di Pulau Pinang. Kekalahan itu tidak menyekang mereka untuk terus berkhidmatan kepada rakyat.


Dalam pada itu, beliau menyatakan sedikit dukacita dengan pihak pembangkang yang melemparkan fitnah, dan memainkan isu perkauman sempit bagi mempengaruhi sentimen pilihan raya tersebut. Apa hendak diceritakan Izzah, bahawa pilihan raya itu berjalan secara tempang atau melanggar perinsip demokrasi dan ajaran agama.


Baguslah kalau PH gentlemen dan dapat menerima pilihan rakyat Sungai Bakap itu. Sebenarnya sikap professional begitulah yang kita dambakan. Itulah praktis politik demokrasi tulen. Soalnya apakah sikap demikian baik dalam praktis politik kita?


Dalam konteks politik negara ini, berhadapan dengan masyarakat yang punya rumusan politik sendiri dan sanggup memperdagangkan demokrasi, sehingga sanggup menaburkan fitnah berleluasa, PH tidak boleh membiarkan kerana ia bukan sahaja kontradik dengan nilai hidup, adat tetapi agama juga.


PH terutama PKR perlu melakukan sesuatu yang sepadan (sesuai) dengan tindakan pembangkang itu. Pencegahan berkesan terhadap kemungkaran pembangkang itu perlu dilakukan segera. Politik moral, harmonis dan menepati prinsip dan ajaran agama hendaklah diterapkan sesuai dengan proses pembinaan tamadun bangsa.  


Dalam negara yang masyarakatnya masih cetek, dan tidak mementingkan mengenai moral dan integriti demokrasi kerana obses dengan kemenangan tanpa mengira halal dan haram perlu dipantau dan diajar. Justeru sikap bersangka baik,(husnuzon) tasamuh tidak boleh dipratiskan kerana ia akan memakan diri sendiri. Nawaitu kita hendak membina tamadun dan menambahkan nilai kemanusiaan akan sia-sia saja.


Oleh kerana itu PKR harus merangka gerak kerja yang boleh mematikan atau melemahkan penyebaran fitnah atau politik tidak bermoral itu. Melawan fitnah lebih penting daripada mendapat kerusi? Untuk pilihan raya akan datang PH selaku sebahagian daripada kerajaan kena pastikan politik beretika menjadi amalan semua pihak. Matlamat menghalalkan cara yang jadi falsafah politik hendaklah dikikis.


Selagi PH kekal mengizinkan politik tasamuh, husnuzon kepada dolongan yang jahil, maka selama itulah golongan itu sanggup membelakang moral dalam politik dan terus mendapat kepercayaan rakyat dan akan menang. Kalau itu berlaku maka selama itulah rakyat tidak berdosa tertipu dalam praktis politik yang mereka sangkakan bernuansakan agama, tetapi sebenarnya tidak.


Dalam hubungan ini satu mekanisme harus dibentuk untuk membendung penularan dan pengamalan politik bobrok itu secara serius. Jika PH enggan bertindak dan rela membiarkan politik tidak bermoral berterusan, maka PH akan menghadapi kekalahan demi kekalahan pada masa akan datang. Apakah kita sedia untuk menyaksikan negara ini diperintah oleh kumpulan orang yang mengamalkan politik matlamat menghalalkan cara. Trims.



𝗞𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡, 𝗠𝗘𝗠𝗨𝗝𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗢𝗗𝗢𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗧𝗨 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗜𝗞





✍️  Ahmad Mursi


1.  Itulah yang saya faham bila dengar kata2 pertama walaun meraikan kemenangan dengan bangga sebarkan: "ISO berjaya kalahkan PhD". 


2.  Saya bukan kata calon PN yang menang itu bodoh, tetapi walaun zahirkan begitu. Bukan alasan ekonomi, subsidi diesel, harga barang atau sebab isu air dll.


3.  Mungkin ini puncanya wakil rakyat yang diangkat PAS jahil bila bercakap isu ekonomi, polisi dan pentadbiran kerena kebodohan dianggap hal yang dipuji. Bekas Menteri PAS Tuan Ibrahim tak faham ISO, pimpinan PAS Fadhli Syaari memuji inflasi 0.9% di Kelantan walhal itu tunjukkan ekonomi yang lembab atau pengangguran tinggi.


4.  Ini PRK pertama selepas subsidi diesel bersasar diumum dalam keadaan PMX tahu PRK akan diadakan. Dari 6 PRK, 4 dimenangi oleh Madani.


5.  Jika menyelamatkan negara dengan memperbetulkan balik sistem subsidi jadi punca kekalahan, bagi saya itu reaksi biasa dan Madani terima sahajalah dengan hati terbuka kerana apa yang dibuat ini demi negara dan anak cucu.


6.  Tiada Perdana Menteri dalam Malaysia sanggup dikecam dengan melaksanakan subsidi bersasar melainkan PMX dan Kerajaan Madani. Yang lain pandai bercakap tapi tiada keberanian untuk buat.


7.  Dengan hutang negara RM1.2 trillion (63% dari KDNK) atau RM1.5trillion jika campur liabiliti (lebih 80% dari KDNK) , tidak patut kerajaan terus bersenang lenang berhutang untuk terus bagi gula2 pada rakyat. Angka 60%++ itu dah dikira amaran.


8.  Mengurangkan defisit fiskal, kurangkan hutang dan meletakkan prioriti perbelanjaan kerajaan pada hal yang sepatutnya mesti juga dibuat suka atau tidak. Kerajaan Madani akan diingati telah selamatkan negara dari bencana ekonomi.


9.  Apatah lagi kerajaan Madani telah luluskan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal 2023 untuk kekang dari kerajaan masa depan berhutang dengan cara yang tidak bertanggungjawab dan harapkan anak cucu kita menanggungnya.


10.  Cuma seperti biasa, dalam filem atau sejarah, hero biasanya dilihat kalah dulu.


11.  Tahun 2014 Jokowi dikecam sehebat-hebatnya dan rakyat protes dijalanan kerana hapus subsidi pukal dan jadikannya bersasar hanya 29 hari selepas angkat sumpah sebagai presiden. Waktu itu inflasi naik. Akhirnya rakyat faham dan dia menang semula penggal ke-2 pada tahun 2019. Yang penting penerangan kerajaan kena jalan.


12.  Jika pengundi PRK marah kerana harga barang, bagi saya rakyat tertekan ketika ini kerana harga barang yang telah melambung naik sejak zaman Tebok Atap yang pernah cecah 4.7% inflasi. Semasa kerajaan Tebok Atap, harga minyak masak botol naik sehingga RM50 (May 2022), minyak paket hilang kena sorok oleh anak menteri, ayam naik RM12 (Jun 2022), Telur sepapan naik sampai RM18.50 (Nov 2022) dan kadang2 hilang. Menteri paling ramai tapi cara merba.


13.  *Harga yang naik, takkan mudah lagi turun seperti dulu melainkan harga barang asas yang dikawal kerajaan.* Peniaga yang jual makanan siap tetap tidak turunkan semula harga mereka. Check la CPI. Itu yang rakyat masih terasa bahangnya kerana gaji tidak naik.


14.  Apa yang Madani berjaya buat? turunkan inflasi dari 4% menjadi 1.5%. Sebab itu CPI zaman Madani ni grafkan semakin landai. Kenaikkan harga barang mula terkawal. (tengok gambar di saya share).


15.  Jika selepas penyasaran subsidi diesel ini inflasi naik 2%, angka itu masih dianggap terkawal. Inflasi yang melebihi 4-5% di negara maju atau 6-8% di negara sedang membangun dianggap sebagai tanda amaran bahawa ekonomi mungkin sedang 'overheating'.




PH HARUS SEDAR DIRI. ROMBAKAN PERLU DILAKUKAN KERANA MENTERI TAK BERGUNA HARUS DI BUANG.


Zuwairi Md Yusof


 Mudah-mudahan kekalahan kerusi Sungai Bakap kepada PN dengan majoriti yang lebih besar boleh mengingatkan kerajaan Persekutuan MADANI PHBN bahawa ia tidak boleh mendapatkan undi Konservatif dan UMNO tidak akan memenangi banyak undi sehingga ia melakukan pembaharuan.Konservatif akan sentiasa undi parti haluan kanan.Progresif akan sentiasa undi parti haluan kiri.Pengubah adalah pengundi atas pagar.Kenal pasti kumpulan2 ini, tangkap minat mereka dan anda menang pilihanraya umum,negeri atau kecil tapi PH degil.





Sedar diri dan perbaiki diri?Pada tahun 2021 cakap macam itu.Tahun 2022 cakap macam itu sampai 2024 pun masih cakap begitu.Team Penerangan PH lemah, Team JKOM ke laut Pasifik taknak timbul2 dah.Team Menteri Penerangan pun hangat2 taik cicak.Semua harap PMX je jelaskan di parlimen dan luar parlimen.Boleh jadi sepenggal jela jika ini berterusan sampai PRU16 nanti.Probono je bagi pencerahan isu kepada rakyat.AMK Pemuda Keadilan,Mahasiswa Keadilan dan seangkatan dengannya seolah tak buat kerja dan tak kuat usaha untuk tarik orang Muda.Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) yang Adam Adli buat berjaya atau tidak? https://x.com/AdamAdli/status/1809560406215782471  


p/s UNDI18 ANAK MUDA jadi penentu terbesar pihak mana yg menang PRU16 di ikuti PENGUNDI UNDI ATAS PAGAR.MADANI PH BN ada banyak kerja perlu di buat untuk pastikan kumpulan ini memihak kita bukan PN.



Kenapa orang tak berduit sibuk nak buka pusat tahfiz?


 Cr -  Jannah Abd Latif 


Kenapa orang tak berduit sibuk nak buka pusat tahfiz? 


Tanah - Ingat sekupang dua? 


Bangunan - Nak bina bukan seringgit dua. Makan juta


Fasiliti - Duit


Guru tahfiz - Kena bayar gaji. Duit


Makanan minuman - Duit


Bil - Duit


Dengan isu pendaftarannya, keselamatan bangunan, pentadbiran.


Hujung-hujung, kutip derma sebab tahu sentimen orang melayu suka menderma. Tepek hadis kelebihan sedekah kat fb page.


Tahu-tahu, eh pengasas yang kutip derma tadi dah tukar kereta alphard, vellfire. Pakai lah jubah serban setiap hari. 


Tahu-tahu lagi, eh dah renovate rumah jadi banglo.



Tapi nak run tahfiz, harap duit derma orang miskin. Tepek lagi kat page gambar pelajar tahfiz serba kekurangan. 


Soalan ulangan.


Kalau tak ada duit kenapa sibuk nak bina pusat tahfiz?



HANG PI LA JOIN DEPA TU PUAAD.



W. Faudzin

 Aku nak bgtahu pakcik fuad ni, kita orang sanggup tak jadi kjaan daripada meminta PMX campur urusan kehakiman, ok.  Kalau hang percaya mahathir, Din cirit dan lebai Hadi tu akan bebaskan Najib, hang join dia ok.






Dah tidur dan masuk tempoh bertenang? Aku nak huraikan pendapat aku tentang Sg Bakap.





Adakah aku risau?Nak kata tak risau tu tipu, tapi takdak la sampai panik.


Aku nak bermula dengan, tahun ini adalah tahun kena hentam kerana dasar tak populis yang baru dilaksanakan.


Perkara ni dipesan berulang kali secara dalaman kepada aku dan kawan-kawan.


Bila penyasaran subsidi diesel bermula? 10 Jun 2024.  


Bila pengundian di Sg Bakap? 6 Julai 2024.


Tak sampai sebulan ada PRK. 


Hari tu, masa awal dengar kemungkinan ada PRK, semasa ex-ADUN Sg Bakap arwah masuk hospital, kami dok terfikir, "dah nak kena tangguh pulak ka penyasaran diesel ni?"


Boleh ka nak tangguh? 


Tentu boleh, KALAU matlamat utama cuma nak menang pilihanraya kecil DUN yang tidak mengubah status quo kerajaan negeri dan pusat.


Tapi, kenapa tak tangguh ja pengumuman penyasaran tu? Buat lepas PRK la.


Dia gini. Naik jadi pimpinan negara ni, apa tanggungjawab sebenar?


Nak betulkan negara walaupun terpaksa amik risiko politik.


Tengok gambar yang aku share tu, kredit FMT Business.


Daripada belanjawan 2024 sejumlah RM393.8 billion, cuma 22.9% (90 billion) untuk perbelanjaan pembangunan (development expenditure, DE).


Yang lain, kena bayar gaji, pencen, bayaran hutang, geran kepada kerajaan negeri, subsidi.


Hutang 1MDB pun kena bayar sampai tahun 2039.


Negara cuma ada RM90 billion untuk belanja buat infrastruktur air, sekolah, hospital, jalan, macam-macam lagi.


Tak sampai 1/4 daripada belanjawan.


Tapi negara perlu membangun, perlu maintenance, perlu ditambah baik.


Sebab itu penyasaran diesel itu kena bermula Jun, supaya ada sebahagian portion subsidi dalam carta pie tu dapat dipindahkan ke DE nanti.


Kalau penyasaran subsidi diesel tidak bermula pada bulan Jun haritu, penjimatan yang disasarkan menjelang hujung tahun ini tidak akan dapat dicapai.


Jadi, nak betulkan negara untuk jangka masa panjang, atau nak menang PRK DUN yang tidak signifikan untuk kuasa di negeri dan pusat?


Kalau tanya politikus, jawapannya tentu nak menang pilihanraya semata-mata. 


Tapi, kalau tanya negarawan, tentu untuk jangka masa panjang.


Boleh sahaja PMX ambil langkah kekalkan subsidi diesel dengan cara keluarkan bon kerajaan, dapat lah duit.


Itu cara banyak PM sebelum ni.


Tak payah sasarkan subsidi diesel pun. Kekalkan saja.


TAPI.


Apa akan jadi kepada belanjawan negara tahun demi tahun?


Daripada 22.9% DE, ia akan semakin mengecil dan mengecil.


Portion subsidi dan pembayaran hutang akan semakin besar dan besar.


Dalam 10-20 tahun lagi, siapa yang jadi Kerajaan masa tu, tak ada portion DE yang baik untuk pembangunan negara.


Pelabur pun takkan masuk, sebab pengurusan negara dilihat lemah.


Dengan pendapatan sebanyak itu, tapi kerak besar.


Analogi macam bank tengok profile kewangan kita kalau nak bagi loan la.


Gaji 3k, tapi 2.5k bayar komitmen, mana berani bank nak bagi loan lagi.


Then, macam mana negara nak buat hospital baru? Sekolah baru? Turap jalan? Bekalan air?


Tu bukan masalah PMX pun dalam masa 20 tahun nanti, betul?


Pandai-pandai la PM masa tu fikir, betul?


Tapi, kalau dia seorang yang amanah, fikirkan negara bukan hanya politik peribadi, dia tentu tak sanggup bebankan generasi masa depan dengan situasi itu.


Dasar-dasar ekonomi baru yang sedang berjalan, MoU yang ditandatangani, semua tu amik masa untuk nampak depan mata.


Apa dasar ekonomi baru yang sedang berjalan?


Dasar gaji progresif untuk naikkan gaji pekerja swasta dalam fasa projek rintis. Gaji penjawat awam akan dinaikkan.


Program beri joran bukan ikan untuk B40 dan miskin tegar melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat.


Pembabitan banyak venture capitalist untuk scene startup Malaysia sedang berjalan menerusi inisiatif KL20.


Pekerjaan high growth high value yang bernilai tinggi adalah fokus utama negara.


Semua tu amik masa untuk rakyat biasa nampak kesannya.


Tapi tanda-tanda awal dah ada kerana pelabur memberi reaksi terhadap pasaran saham negara, hence indeks KLSE melepasi paras 1600.


Ia melambangkan keyakinan pelabur tentang hala tuju negara.


Kesimpulannya, dasar ekonomi yang insya Allah akan mengangkat negara sedang berjalan. 


Ia perlu disekalikan dengan penjimatan daripada penyasaran subsidi dan dasar tidak populis yang lain.


Ya, tahun ini adalah tahun yang sakit untuk penyokong kerajaan. Silap-silap ada yang beralih sokongan.


Tapi pengundi atas pagar ni kebanyakannya mengundi kerana faktor ekonomi.


Bila ekonomi negara dapat dirasai baik oleh rakyat bawahan dalam 1-2 tahun lagi, fahamlah semua kenapa buat dasar tak populis pada waktu ini.


Oleh itu, bertahanlah.


At the end of the storm, there's a golden sky. And the sweet silver song of the lark.


Najib Bakar



KALAH DI SUNGAI BAKAP PETUNJUK MASA DEPAN YANG GELAP BUAT ANWAR



PRK Dun Sungai Bakap adalah pilihan raya kecil kelapan yang diadakan selepas Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.


Sebelum ini PRK telah berlangsung di Kuala Terengganu, Pulai, Simpang Jeram, Pelangai, Jepak, Kemaman dan Kuala Kubu Bharu.


Meskipun PRK Sungai Bakap adalah yang kelapan diadakan, tetapi ia merupakan yang pertama kali ditandingi oleh PKR, parti yang menerajui gabungan PH.


Dalam konteks parti Semenjung yang membentuk kerajaan perpaduan, Amanah, DAP dan UMNO telah berjaya mengecapi kejayaan dalam PRK yang mereka sertai sebelum ini.


Namun, berbeza sekali buat PKR, selain pertama kali menyertai PRK di Sungai Bakap, apa yang lebih malang ialah pengalaman pertama itu ditimpa dengan kekalahan dan bukan kemenangan.


Sudahlah begitu, majoriti kekalahan yang diterima dalam PRK kali ini juga lebih besar berbanding PRN Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.


Dalam PRN lalu, PKR tewas di Sungai Bakap dengan kekurangan 1,563 undi, tapi semalam jumlah kekurangan itu menokok kepada 4,267 undi.


Jika ikut logik, terutama kerana Sungai Bakap adalah tempat kelahiran Anwar; Pengerusi PKR Pulau Pinang ialah Nurul Izzah (anak Anwar); Ahli Palimen Nibong Tebal di mana terletaknya Dun Sungai Bakap merupakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Pengarah Pilihan Raya ialah Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi merangkap Timbalan Presiden PKR; ditambah dengan calon PH, Dr Joohari Ariffin adalah seorang yang berkelulusan tinggi, hakikatnya tak masuk akal sama sekali kekalahan boleh menimpa.


Selain itu, menteri-menteri yang turun berkempen, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sendiri, boleh dikata paling ramai sekali berbanding semua PRK yang lain.


Pengumuman projek-projek pembangunan dan bantuan yang dihulurkan pula tidak kurang meriahnya.


Mengapa akhirnya boleh kalah juga?


Tanpa ragu-ragu boleh disimpulkan kekalahan calon PKR di Sungai Bakap adalah disebabkan isu-isu nasional seperti kenaikan harga diesel, Blackrock dan kepimpinan Anwar yang dilihat gagal mengemudi negara menjadi lebih baik.


Peratusaan keluar pengundi Cina yang rendah, jauh berbanding Kuala Kubu Bharu adalah mesej penolakan kaum tersebut terhadap Anwar, khusus dalam soal ekonomi yang tidak menampakkan keadaan berubah kepada lebih baik berbanding sebelumnya.


Ditambah lagi dengan kenaikan harga diesel yang tinggi yang menyebabkan ramai peniaga-peniaga Cina terjejas, menambah lagi kesedapan penolakan itu.


Ramai kawan-kawan Cina saya yang berniaga turut mengeluh dan merungut tentang langkah memulihkan ekonomi Anwar yang mereka lihat belum menampakkan apa-apa hasil setakat ini.


Dengan itu, bagi saya mesej penolakan kaum Cina melalui peti undi di Sungai Bakap adalah peringatan pertama mereka yang tidak boleh dipandang ringan oleh Anwar.


Pengundi Melayu, selain lebih menerima PN berbanding PH sejak PRU15, diteruskan lagi dalam PRN enam negeri, keputusan di Sungai Bakap memperlihatkan kerajaan madani masih gagal menambat hati serta jiwa mereka.


Keadaan bertambah buruk bila mana sebahagian besar orang Melayu yang dulunya menaruh harapan terhadap Anwar, kini sudah ramai yang putus asa kerana mereka melihat Anwar tetap “Anwar yang dahulu” yang lebih gemar menonjolkan diri sebagai sosok populis dengan mengulang-ulang ungkapan sakau, rasuah, tatakelola dan sebagainya, tetapi semakin lupa terhadap janji-janji sebelum berkuasa, baik janji lama mahupun janji baru yang disebutnya pada dua tiga tahun lepas.


Di samping orang Melayu kekal dengan keselesaan mahu “Kerajaan Melayu” mentadbir negara ini, keyakinan mereka juga masih kuat bahawa PH lebih dipengaruhi oleh DAP dalam beberapa pendekatan seperti cubaan mengiktiraf kampung baru Cina sebagai tapak warisan Unesco, jaminan penempatan di matrikulasi untuk semua kaum yang mendapat 10A dalam SPM dan sebagainya.


Isu ini meletakkan mereka semakin menjauhi Anwar dan kerajaan madani ini lantaran merasakan kedudukan Melayu semakin tidak selamat ketika ini.


Jika keadaan masih tidak berubah selepas ini dan Anwar tidak melakukan perubahan drastik, amatlah sukar untuk meyakini PH mampu kekal lagi bersama kuasa selepas PRU16 akan datang.


Sungai Bakap adalah petunjuk tidak baik kepada masa depan PH dan jalan di hadapan sebenarnya lebih gelap buat Anwar.


Anwar jangan terlalu mengejar sokongan Ahli-Ahli Parlimen semata-mata sehingga mengabaikan untuk menarik sokongan pengundi melalui bagaimana untuk memastikan rakyat tidak semakin koyak poket mereka di bawah label madani ini,


Ungkapan menerima kekalahan dan suara rakyat dihormati tidak memberi sebarang makna jika beban kesusahan tetap datang menimpa di sebalik apa saja dasar atau pendekatan kerajaan selepas Sungai Bakap ini.- ShahbudinHusin 07Julai2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/07/07/kalah-di-sungai-bakap-petunjuk-gelap-buat-masa-depan-anwar.html



KEKALAHAN DIJUAL MURAH DIBELI MAHAL



Kira kira dua jam sebelum pengiraan undi dipirake Sungai Bakap bermula saya hantar satu status berbunyi ada kejutan di Utara tanpa specific mengenai pilihan raya itu. Bagi penjenguk yang cerdik sudah dapat mengagak ia mengenai keputusan pirake berkenaan.


Macam macam yang menilai status abatrek daripada saya itu. Yang otak kemetot biasalah masih terus terkeliru di antara belut dengan ular atau limbat dengan keli.

Ada yang sindir saya macam macam dan ada yang ugut nak unfriend dan ada yang saya terpaksa nyah kerana tak guna berkawan dengan orang otak kemetot. 


Saya sudah dapat gambaran awal tentang result pilihan raya itu kira kira 72 jam sebelum mengundi lagi hinggalah selepas separuh proses pengundian berjalan.


Kelebihan kempen ada kepada PN apabila ceramah mereka ditularkan secara live oleh  tiga hingga lima individu atau agen berbanding PH hanya dua atau tiga sahaja.

Penjengok yang menonton live itu hampir sama rata tetapi penyebaran meluas dipihak PN.


Gambaran dimalam terakhir berpihak kepada PN apabila deretan anak muda belarak dengan motorsikal malakukan flashmob suasana menampakan PN lebih bersemangat dan yakin. Mereka jadi superior manakala PH jadi inferior.


Pada pagi saya hubungi seorang rakan berbangsa Cina bertanya kaki judi batting sebelah mana, katanya mereka duduk sebelah PN. Ini kenunjukkan PN akan menang kerana pejudi selalunya tak mahu kerugian.


Selain itu kenyataan SPR mengatakan pengundi muda memberangsangkan jadi petunjuk bermakna mereka keluar untuk sokong PN. Orang muda walaupun cetek politik tetapi mereka kekal bersikap anti establishment dan politik yoya yoya.


Itulah yang menyakinkan saya bahawa ada kejutan di Sungai Bakap. Kekalahan itu kerana dijual murah oleh PH dan dibeli mahal oleh PN. Salam Maah Hijrah. Trims.




Antara kempen PN di Sg Bakap ialah, PH menang, Ron95 akan naik harga.


Mohd Fairul


Penyasaran subsidi bukanlah rahsia. Sebuah kerajaan yang baik dan bertanggungjawab kepada status kewangan negara, pasti akan melakukan penyasaran semula subsidi ini.


PH menang atau kalah di Sg Bakap, Penyasaran subsidi Ron95 akan tetap berlaku. 


Kesan baik Penyasaran subsidi ini akan dapat dirasai dalam tempoh lebih kurang setahun.


Penyasaran subsidi dilakukan dengan berhati-hati dan mengekalkan subsidi tertentu.


Malah masih ramai yang setuju dengan kenaikan sekali gus, berbanding berdikit-dikit kerana kuartir kenaikan harga barang berkali-kali. 


Cumanya dari awal lagi saya tidak setuju Penyasaran individu bermula pada pendapatan RM100k setahun. Patutnya mula pada pendapatan RM120k setahun.


Semoga ada penambahbaikkan Penyasaran subsidi ini.




KEMENAGAN PM BARU BRITAIN


Jamzuri Ardani


 Keir Starmer adalah Perdana Menteri baru UK setelah Parti Buruh yang dipimpinnya menang besar dalam pilihanraya parlimen UK. 


Starmer disebut sebagai 'the most working class PM UK ever had'. Kebanyakan PM sebelum ini samada berasal dari keluarga bangsawan atau golongan yang kaya raya. 


Bekas PM sebelumnya, Rishi Sunak datang dari keluarga billionaire yang kekayaannya disebut mengatasi kekayaan Raja England. 


Terdapat sentimen yang kuat di kalangan rakyat UK bahawa golongan elit politik di negara mereka sudah tidak lagi merasai degup nadi kehidupan rakyat biasa dan terpisah jauh dari realiti kehidupan rakyat. 


Keir Starmer lahir dari keluar 'working class'. Ayahnya bekerja di kilang dan ibunya adalah seorang jururawat kakitangan kerajaan.  Dalam kempennya, Keir Starmer menceritakan bagaimana keluarga mereka sering gagal membayar bil utiliti dan talian telefon di rumah mereka pernah diputuskan kerana bil tertunggak. 


Keluarga Starmer tidak pernah bercuti keluar negara. Pasta adalah dianggap makanan asing yang mewah buat keluarga mereka. 


Semasa mudanya, Keir Starmer adalah seorang peguam berhaluan kiri yang dianggap anti-monarki. Beliau dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang cekal dan berhati waja. Menurut rakan-rakannya, kadangkala beliau boleh menjadi orang yang 'menggerunkan'.  Beliau sukar berhenti melakukan sesuatu sehinggalah berjaya mencapai apa yang diingininya. 


Keir Starmer adalah seorang yang mengaku dirinya sebagai Atheis. Tetapi beliau juga sering menemani isterinya ke upacara agama Yahudi kerana isterinya berbangsa Yahudi. 


Beliau juga bukan seorang pemidato yang hebat. Tetapi lebih fokus menggagaskan sesuatu idea sehingga berjaya dilaksanakan.



Di antara laporan audit dan pendakwaan di mahkamah


Nim Hasyudeen


Apabila laporan-laporan Ketua Audit Negara (KAN) dibentangkan di Parlimen, satu negara biasanya kecoh. Ini adalah kerana dapatan yang dilaporkan itu membolehkan rakyat tahu bagaimana wang rakyat digunakan dengan kaedah yang tidak berhemah. 


Maka ramailah pengulas-pengulas akan membuat pelbagai ulasan termasuk mahu pendakwaan dibuat ke atas kes-kes yang dianggap telah menyalahi undang-undang dari perspektif pengulas. Walau bagaimana pun, jika kita lihat kembali ke belakang kerana laporan KAN telah dibuat puluhan tahun, tak banyak kes-kes pendakwaan dibuat walaupun laporan-laporan KAN nampak sensasi dan menjadi bahan umpatan.


Mengapa kesemua kes tidak semestinya didakwa? Ada beberapa sebab yang mungkin ramai orang tak faham:


1. Audit itu sendiri bukannya satu siasatan yang menyeluruh. Ianya boleh jadi audit pengurusan yang bertujuan untuk menilai kecekapan pengurusan atau pun audit pematuhan yang bertujuan menilai pematuhan organisasi ke atas peraturan atau piawaian yang berkenaan.


Jadi, walaupun hasilnya sensasi, kerja-kerja audit yang dibuat tidak menyeluruh dan mengumpul bukti yang cukup untuk pendakwaan.


2. Kes-kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti Polis atau pun SPRM kena disiasat terlebih dahulu oleh agensi-agensi berkenaan. Ini adalah kerana mereka kena kumpul bahan bukti yang cukup untuk membuktikan jenayah telah berlaku melangkau keraguan yang munasabah di mahkamah.


Ini bermakna pegawai-pegawai yang menyiasat kena mempunyai kemahiran untuk menyiasat kes-kes yang dirujuk berkenaan.


3. Selepas disiasat oleh agensi penguatkuasa, mereka kena merujuk kes berkenaan kepada Pendakwaraya. 


Pendakwaraya kena berpuas hati dengan bahan bukti yang telah dikemukakan kepadanya dan jelas undang-undang mana yang telah dilanggar.


Sekiranya syarat untuk pendakwaan tidak dipenuhi, maka kes berkenaan tidak boleh didakwa ke mahkamah juga.


4. Perkara utama di dalam menentukan pendakwaan ialah kena ada undang-undang yang dilanggar menyebabkan jenayah berlaku.


Anda mungkin pernah dengar berkenaan isu penyata kewangan Tabung Haji yang ada kerugian RM 10 bilion di dalamnya. Namun, Akta 240 berkenaan laporan tahunan dan penyata kewangan sektor awam tidak menjadikan pelanggaran akta berkenaan sebagai jenayah sama seperti dalam Akta Syarikat atau Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan. Sekiranya didapati ada masalah di dalam penyediaan penyata kewangan, pihak agensi penguatkuasa kena cari undang-undang lain yang ada jika mahu membawa kes ni ke mahkamah. Itu bukannya mudah.


Kita juga mungkin pernah mendengar pelbagai hasil audit forensik yang dibuat di sektor swasta. Di dalam audit forensik, tujuannya lebih fokus kepada mengumpulkan bahan bukti bagi tujuan untuk mengesahkan bahan bukti yang cukup untuk menjadi kes. Ada akauntan dan peguam yang mahir yang terlibat.


Walau bagaimana pun, laporan-laporan audit forensik yang lebih terperinci itu pun kena melalui proses di atas juga. Sekiranya dianggap tidak cukup bukti oleh agensi penguatkuasa mahu pun Pendakwaraya, tidak akan ada kes yang akan dibawa ke mahkamah juga.


Satu lagi kaedah yang boleh diambil oleh institusi kerajaan yang mana ada salah laku telah berlaku ialah tindakan sivil di mahkamah. Kes sivil memerlukan tahap pembuktian kes sivil lebih rendah, balance of probability atau imbangan kebarangkalian sahaja. Namun, institusi berkenaan kena tanggung sendiri kos tindakan mahkamah tersebut. Tu pun tak semestinya menang.


Diharapkan penerangan di atas memberi penjelasan kepada pembaca mengapa di sebalik riuh rendah yang wujud selepas laporan KAN dibentangkan di parlimen, tidak semua isu yang dilaporkan tidak akan dibawa ke mahkamah.



KEH.. KEH.. KEH... KALAH.

 

Jamzuri Ardani


Kalah di Sungai Bakap. 


Bagi saya ini keputusan yang agak di luar jangkaan awal. Apatah lagi majoriti kemenangan calon PN meningkat. Yes ... it is an upset result. 


Saya sebenarnya tidaklah sedih atau kecewa dengan keputusan ini. Ia tidak mengubah status quo. Bagi saya ia sekadar mengukur sentimen semasa rakyat. Dan ini mungkin bagus untuk Malaysia, bergantung sejauh mana parti-parti politik bersifat responsif terhadap keputusan ini. 


Sekali imbas, kita lihat mungkin ramai penyokong kerajaan yang tak keluar mengundi. Ada pun penyokong pembangkang yang sememangnya didorong emosi marah mahu mengambil peluang ini menyatakan sikap. 


Tetapi satu sentimen yang dikongsi bersama oleh penyokong kerajaan dan pembangkang ialah para menteri kerajaan madani dilihat sudah 'detached' dengan grassroot mereka. 


Mereka adakala bersikap terlalu elitis dan sukar mendengar keluhan di akar umbi. Bukan sombong atau lupa diri, tetapi alpa dengan perasaan dan harapan penyokong dan pendokong akar umbi. Ada yang fikir mereka dilantik ke sesuatu jawatan kerana mereka lebih bijak dan layak dari orang lain. Mereka lupa bahawa mereka berada diposisi itu antaranya hasil jerih perih dan pengorbanan para penyokong akar umbi. 


Jadi menteri atau exco memang sibuk. Tidak dinafikan. Jaga rakyat dan negara banyak urusannya. Benar. Tapi itu bukan alasan. Kalau pun itu memang alasan yang valid, ia tetap bukan alasan yang boleh diterima oleh akar umbi. Itu hakikat. 


Jadi, bagus juga muhasabah yang pengundi Sungai Bakap berikan. Supaya mereka yang sedang terawang-awang di kayangan segera berpijak di bumi nyata. 

.


KALAH TETAP KALAH. MENTERI KOMUNIKASI TAK CELIK LAGI. JKOM, P.MO PULA BANYAM LENA DAFI CELIK. KEH. KEH. KEH..

 


1. Macam ni lah. Aku tak mau acah-acah poyo. Bagi aku, kalah tetap kalah. Kalah boleh dielak dan menang boleh diraih. Kita kalah kerana kita lemah. Nasi kandar atau pulut durian tak salah apa-apa.


2. Jentera kita hanya berkempen sesama sendiri. Ceramah sesama sendiri. Aku berani kata, pendengar ceramah kita 90% bukan pengundi. Maklumat tak sampai pun kepada sasaran sebenar.


3. Media sosial tak dimanfaatkan sepenuhnya. FB calon pun sekadar letak gambar dia jumpa orang ramai. Padahal sepatutnya ia lebih daripada sekadar itu. Pengundi dahagakan maklumat segar.


4. Selain FB calon, apa lagi saluran media sosial yang diguna? Mungkin ada. Tapi apabila aku tak tahu maknanya ada ramai orang lagi yang tak tahu macam aku juga termasuk pengundi.


5. Penyokong dan pemimpin ramai datang. Dari seluruh negara. Tapi sekadar jadi pelancong dan berkumpul sesama sendiri. Tak diberi tugas khusus. Banyak yang sekadar melahu.


6. Ada petugas yang nampak macam sibuk ke sana-sini, padahal sekadar menyesakkan jalan raya dengan kerja yang tak terancang. Nampak sibuk tapi menyibuk.


7. Kita tidak bekerja secara berpasukan. Setiap parti dengan aktiviti partinya sendiri-sendiri. Setiap parti sombong dengan status partinya. Kita tidak dilihat berpadu atau dilihat tidak berpadu.


8. Pemerhatian aku, pengundi tidak rasa mereka disantuni. Pengundi tak rasa mereka perlu sokong calon kerajaan. Mereka masih menaruh harapan kerajaan yang ada ini bakal tumbang.


9. Sebagai kerajaan kita mesti lebih bertegas menyusun kembali organisasi masyarakat di peringkat akar umbi. Kita hanya gah di atas, tapi di bawah kita hilang kawalan terutama institusi masjid.


10. Usah takut untuk bertindak agresif. Sisihkan mana-mana individu yang tidak mendokong aspirasi kerajaan daripada mana-mana institusi masyarakat. Ini bukan masa untuk berdiplomasi tak bertempat.


11. Bagi saya, kita hanya berkhayal bahawa orang ramai sedang sokong kita. Padahal masyarakat akar umbi belum benar-benar merasai kehadiran dan kewujudan kita. Kita masih syok sendiri.


12. Dalam drama bersiri Korea The Whirl Wind, Perdana Menteri Jung Soo-jin yang berusaha keras menjatuhkan Presiden Park Dong-ho berkata, "Kebenaran akan tewas kepada kekuatan". 


13. Kita mendakwa kita benar, tetapi apa guna kebenaran jika kita tidak ada kekuatan. Berubahlah sebelum kita rebah...!


Zola,

Pelancong PRK Sungai Bakap.

7 Julai 2024



Analisa ringkas PRK Sg Bakap.



DESA HM


Berdasarkan majoriti undi PDM, kelihatan undi Melayu tidak banyak beza berbanding PRN yg lalu. 


Beza majoriti undi PH vs PN lebih kurang sama dgn PRN 2023 di semua PDM majoriti melayu.


Sebaliknya undi Bukan Melayu merudum sebab ramai tak keluar mengundi.


PDM Puteri Gunong,  Sg Bakap, Tasik Junjong merupakan PDM ramai bukan melayu,  antara 45% hingga 55%. 

Di situ, majoriti PH susut teruk kerana peratusan keluar mengundi di 3 PDM ini sangat rendah. 


Jom kita tengok perbandingan.

Daerah Mengundi PRK 2024 ( PRN 2023 ). (Tanda + menang, tanda - kalah)


1. Puteri Gunong, +369 ( +2094 )

2. Sungai Bakap,  -145 ( + 642 )

3. Ldg Sempah,  -237 ( - 302 )

4. Sungai Kechil,  -288  ( - 277 )

5. Tasek Junjong, -361 ( - 80 )

6. Padang Lalang, -841 ( - 823 )

7. Kpg Besar,         -659 ( - 733 ) 

8. Sungai Duri,    -2056 ( - 1940 )


Melihat kpd perbezaan undi antara PRK smlm dgn PRN 2023, hanya PDM 1, 2 dan 5 shj kelihatan perbezaannya begitu signifikan, sebaliknya bagi PDM 3, 4, 6, 7 dan 8 perbezaannya tipis.


Apa mesejnya?


Mesej prima yg boleh dirumuskan adalah referandum pengundi bukan melayu. Mereka bukan pangkah PN, tapi hanya buat kerja mudah, tak keluar mengundi. Itu manifestasi kpd ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan. Kenapa ini berlaku? Ramai pakar2 dlm ni, jawab lah sendiri. 


Keduanya, keberkesanan jentera kempen. Dgn usaha yg dilihat bersungguh2 dari PH utk memenangi  PRK ini, pola perubahan di kalangan pengundi Melayu, ternyata statik. Tidak nampak perbezaan yg ketara. Yg batat menyokong PN, tetap undi PN, dan begitulah sebaliknya. Kalaupun nampak sedikit peningkatan, dlm julat angka yg kecil, mungkin sebahagiannya disumbangkan oleh anak2 muda 18 tahun yg pertama kali dpt mengundi. Selebihnya dari pengundi tegar PAS/PN.


Jadi, apa solusinya?

Apakah perlu diubah modus operandi kempen?

Kena ubah gaya pendekatan kpd anak2 muda?. Boleh bagi cdgn. 


Mesej lain yg boleh diambil pengajaran, adalah undi penjawat awam. Penjawat awam yg majoritinya Melayu, nampaknya tidak tertarik pun dgn tawaran skim saraan baru kakitangan awam dan bonus RM 2000 serta duit raya dari kerajaan Madani. Bagi mereka, duit sapu, undi tetap parti yg kononnya merperjuangkan Melayu Islam....

Part ni susah nak jwb... kalau dulu, zaman BN berkuasa, mereka ada formulanya...


Tapi, zaman Madani, kita kena 'Rahmatan Lil Alamin'... hmmm... terpulanglah.


Buka minda.



MENGAPA PKR KALAH DI SUNGAI BAKAP?



Oleh Hassan Abdul Karim 


Ada hikmahnya PKR yang mewakili PH kalah dalam dalam Pilihanraya Kecil Sungai Bakap.


Ada kira-kira 3 tahun lagi sebelum PRU16 untuk PKR khususnya memperbaiki strategi dan naratifnya.


Saya datang membantu kempen pada hari Khamis dan Jumaat minggu pertama kempen.Berceramah di sebuah Ceramah Umum di sebuah kampung di Sungai Buaya.


Sambutan dingin.Kami berceramah di hadapan penyokong sendiri dari PH terutamanya anggota PKR.Hampir semuanya orang luar bukan penduduk tempatan.Bukan pengundi.


Saya cuba menyokong calon PH dan menyokong Kerajaan Perpaduan dalam isu perlaksanaan subsidi diesel bersasar.Ceramah saya hambar.Saya lihat penyokong PH sendiri pun kelihatan defensif dalam isu subsidi diesel itu.


Saya lihat PKR kalah di Sungai Bakap dalam isu naratif nasional.


Hari mengundi 6 Julai.Dua hari sebelum itu pada 4 Julai dibentangkan di Parlimen Laporan Ketua Audit Negara tentang penyelewengan dan ketirisan 11 projek-projek syarikat kerajaan.


Antaranya penyelewengan dan ketirisan berbilion ringgit itu berlaku pada masa kerajaan sekarang.


Mudah sahaja rakyat di Sungai Bakap menyimpulkan bahawa tak ada beza kerajaan sekarang dengan kerajaan- kerajaan yang terdahulu.


Calon PKR di Sungai Bakap ini seorang calon yang bersih, berintegriti, dengan kelulusan yang tinggi dan layak menjadi wakil rakyat yang baik.Saya sempat bertemu Dr Joohari Ariffin pada pagi Jumaat 28hb Jun di Bilik Gerakan Daerah Mengundi Sungai Kechil.


Malang sungguh kepada calon PKR pertama kali itu terpaksa memikul dosa PKR yang dikatakan telah memungkiri janji reformasi mereka, sehingga NGO BERSIH memberi grade F kepada Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh PKR.


Bukan salah Anwar Ibrahim.Bukan salah Ahmad Zahid Hamidi.Bukan salah UMNO dan juga bukan salah PKR serta PH apabila mereka terpaksa bergabung dalam Kerajaan Perpaduan yang juga ada nama keduanya iaitu Kerajaan Madani. Anwar, Zahid, PKR, PH, UMNO dan BN semuanya jadi mangsa keadaan.Tiada jalan lain.Suka tak suka sebuah kerajaan mesti ditubuhkan untuk mentadbir negara.Tetapi bagi ramai rakyat, baik Melayu atau bukan Melayu; sama ada masyarakat Islam atau Bukan Islam mereka beranggapan gabungan di dalam Kerajaan Perpaduan walaupun pragmatik tetapi mereka menganggap ia adalah politik reform yang songsang.


Jadi tidak hairan jika pengundi-pengundi di saluran 5, 6 dan 7 yang terdiri pengundi-pengundi di PRK Sungai Bakap menolak calon PKR dari PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan.


Jelas sekali bahawa PKR dan PH kalah di Sungai Bakap kerana isu ekonomi.


Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri ke-6 kalah dalam PRU14 pada Mei 2018 kerana isu    GST dan 1MDB.


Kali ini di PRK Sungai Bakap PKR dan PH yang mewakili Kerajaan Persekutuan kalah dengan isu perlaksanaan subsidi bersasar diesel.


Secara objektif, saya secara peribadi bersetuju dengan Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa usaha mengukuhkan ekonomi adalah langkah tepat.Perlaksanaan subsidi diesel secara bersasar walaupun tidak popular tetapi adalah dasar yang betul dan bertanggungjawab.Tetapi penerimaan rakyat termasuk di Sungai Bakap dalam isu diesel tersebut sangat merugikan calon PKR.Rakyat marah kerana kenaikan harga diesel menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain menjadikan kos sara hidup semakin tinggi.


Naratif politik pun tidak begitu baik apabila subsidi diesel ditarik balik sebahagiannya selepas langkah kerajaan menaikkan cukai SST dari 6 kepada 8% bagi sesetengah barang.Fitrah rakyat di mana-mana negara sekali pun mereka tak suka jika subsidi untuk rakyat dikurangkan atau dihapuskan atau cukai dinaikkan.


Dasar- dasar mengenai cukai dan subsidi ini diputuskan di Putrajaya.Tetapi kesan yang terpaksa dipikul ialah kekalahan calon PKR di Sungai Bakap.


Dari segi politik orang Melayu dan Islam,  nampaknya PKR dan PH juga kalah dari segi naratif dan optik. 


Langkah berani dan lantang Perdana Menteri Anwar Ibrahim di persada dunia antarabangsa  membela rakyat Palestin di Gaza, buat satu jarak waktu telah memperkukuhkan kedudukan Anwar Ibrahim di mata rakyat Melayu Islam di Malaysia yang mempunyai hubungan emosi, sentimen dan solidariti dengan umah Islam di Palestin, mulai runtuh dan lebur apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan Malaysia serta Pengerusi Khazanah Nasional telah bersetuju menjual sebahagian saham MAHB kepada syarikat GIP dari Amerika Syarikat yang dikuasai oleh BlackRock sebuah syarikat pelaburan antarabangsa Amerika Syarikat yang kuat menyokong kerajaan zionist Israel yang melancarkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza.


Dengan pelbagai sebab dan antaranya seperti apa yang saya senaraikan di atas, mungkin menjadi alasan mengapa calon PKR tewas di PRK Sungai Bakap.


Jika Kerajaan Perpaduan sekarang khususnya PKR dan PH tidak membina naratif nasional yang betul bukan sekadar bercakap sahaja tetapi dengan perbuatan  di mana rakyat boleh melihat di atas meja rumah mereka sudah ada beras putih tempatan yang mampu dibeli dengan harga berpatutan dan kos sara hidup seharian semakin ringan dan mudah sehingga rakyat boleh menarik nafas lega ; apabila inflasi menurun, gaji pekerja bertambah naik, maka ketika itu mungkin sebahagian besar rakyat khususnya golongan B40 dan M40 akan mengambil sikap lebih mesra dan memihak kepada PKR, PH, Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Madani.


PKR khususnya ada masa tak sampai 3 tahun sahaja lagi untuk mengelakkan PM Anwar Ibrahim menerima nasib yang sama seperti PM Rishi Sunak di United Kingdom yang tewas dalam pilihanraya pada Jumaat 5 Julai lalu.


Hassan Abdul Karim 

Ahli Parlimen Pasir Gudang 

6 Julai 2024